Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

12/09/2012

Cerita raya, kehidupan baru, jadi single parent dan siri demam dua beradik.

Akhirnya, selepas sebulan baru sempat buka blog. 

Phew! Rindunya nak menulis. 

Tiap-tiap hari pasang niat nak update blog tapi kehidupan hari ini yang sangat busy 24/7 ni sangat mencabar. So, tengah sort gambar-gambar untuk buat update yang tertangguh.

1. Cerita Raya

Rasanya sempat lagi kot nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Dikesempatan ini, nak minta maaf andai selama menulis ni ada yang tersilap, terkasar bahasa sampai ada yang sentap bagai. Maafkan saya.

Cerita Raya kami tak ada yang awesome mana pun. Kami sekeluarga pulang beraya ke Bukit Marak di rumah Cik 2 hari sebelum raya. Alhamdulillah, sempatlah berbuka puasa dengan Cik di rumah. Raya tahun ni memang sederhana sangat bagi kami memandangkan rumah Cik yang tengah renovate tak siap sepenuhnya lagi. Tiada acara makan-makan macam tahun-tahun sebelum ni. 

Saya sendiri cuma berkunjung ke rumah-rumah bapa/ibu saudara sahaja. Raya tahun ni tanpa Bibik agak membataskan pergerakan kami. Tapi, dalam tak sangka kami tak pergi banyak rumah beraya, duit raya 2 beradik ni cukup kencang. Kalah tahun-tahun sebelum ni. Eheh!
 Adik dan Abang di pagi raya. Tampil sedondon :)

 Keluarga kecil kami. Tak ada gambar raya yang proper. Tunggang terbalik kot =p
Kami kembali semula ke Putrajaya pada 5 Syawal dan bersinggah sana sini di Kuala Terengganu dan Kuantan di atas beberapa urusan rasmi. 7 Syawal baru sampai sepenuhnya di Putrajaya =p 

2. Kehidupan bermula 1 September

Setelah saya da Encik Bubu berfikir panjang, menimbang baik dan buruknya, saya mengambil keputusan bercuti tanpa gaji. Masya Allah, bukan senang untuk saya diberi petunjuk untuk mengambil keputusan ini. 

Tak pegi office, inilah dunia saya. Kena sental, kemas, basuh, cuci dan etc. 
Penat tapi sangat-sangat menyeronokkan!

Sepanjang ketiadaan Bibik, saya dan Encik Bubu bergilir-gilir menjaga Lope. Kalau sebelum ini saya menghantar Lope ke sekolah dan Obiya ke playschool, kerana di atas beberapa faktor, Lope tidak dihantar. Saya akui saya mempunyai sedikit masalah untuk meletakkan kepercayaan kepada pihak sekolah. Beberapa pusat jagaan untuk kanak-kanak istimewa telah saya kunjungi dan tiada yang sesuai untuk Lope dikawasan sekitar Bangi/Kajang/Putrajaya/Cyberjaya.

Sepanjang bulan puasa juga, berapa kali Lope dibawa sama ke office sampai naik malu kat boss dan colleague. Nasibnya baik Lope behave tapi nak tak nak, adalah juga meragamnya. Saya sendiri langsung takde kosentrasi di pejabat. Dalam fikiran ni semuanya mengenai hal anak-anak dan rumah sahaja. Tidak adil rasanya untuk saya terus bekerja.

Bercuti tanpa gaji kerana menjaga Lope adalah sesuatu yang dah lama saya impikan. Saya memang meletakkan harapan yang tinggi sepanjang tempoh bercuti ini untuk menggunakan masa semaksimum mungkin untuk fokus kepada home therapy programme. Target saya, menjelang tahun hadapan : Lope mampu berjalan. Masya Allah, tabahkan, kuatkan hati dan semangat kami berdua. 

Terima kasih Encik Bubu kerana memberi peluang ini kepada saya :) Bagi chance saya jadi fulltime housewife merangkap home manager yang incharge domestic affair such as kemas rumah, masak memasak, urusan anak-anak or dalam erti kata lain bibik sejati =p dan therapist dan nurse :)

Memang penat buat kerja rumah tapi puas hati dan sangat enjoy :)

3. Menjadi single parent untuk 6 hari & siri demam 2 beradik

Merasalah jadi single parent selama 6 hari bila Encik Bubu pegi out-station ke Cebu, Filipina baru-baru ni. 6 hari menjaga budak-budak ni seorang diri. Pergh! Memang salute kat single parent sebab mampu harung membesarkan anak sendiri. 

Lebih nak best, hari ke 4 Obiya demam. Demam sebab rindu kat Abah kot =p Bila dia demam, kesian tengok kat si Lope sebab dia memang boring. Kejap-kejap, dia datang tarik rambut adik dia. Bila adik mengaduh sakit, bukan main ceria lagi muka dia sebab happy adik bersuara.



Bila dia asyik kacau adik, saya bertanya "Lope rindu adik ke?" dan seperti biasa takde respon. Bila saya cakap "Kalau rindu adik, panggil la adik.. adik.." dan dia dalam senyum nak melompatnya sebut "dik-dik" . Terkejut jugak saya dengar. Ini bukan kali pertama Lope menyebut apa yang saya suruh. Kali ini saya yakin, ini bukan kebetulan tapi memang dia mampu bercakap :D

Bila Abah dia balik, bersambung pulak Lope demamnya. Aduhai, memang tak rest la saya jadi nurse. Kali ini demam Lope memang teruk sampai 40.2! Memang runsing bila tengok Lope terkulai layu - lembik sebab badan panas membara. Lepas bagi ubat, sponging dan paksa minum air zamzam, Lope nampak OK. Tapi, takde selera makan.

Bila dibawa jumpa doktor buat kali kedua, sebab ingatkan dia ulser mulut ke apa, tapi doktor cakap semuanya OK. Alhamdulillah, walaupun dalam masa 2.5 hari, Lope hanya minum 350ml air zamzam, badan dia tak dehydrate. Kata Doktor, sebab air zamzam yang mempunyai banyak zat mineral tu mampu tampung keperluan badan. 

Bila diberitahu Lope tidak mahu makan dan minum, Doktor tanya "ada marah dia ke?" Saya agak tersentap sebab malam sebelum itu memang saya ada marah Lope. Marah sebab dah tension sangat dia tak nak makan/minum. Rupanya, Lope merajuk =p

So, bila balik tu, saya slow talk dengan Lope. Saya minta maaf sebab marah Lope dan explain kenapa Mama nak Lope makan dan minum. Seperti yang saya jangka, Lope buat dunno aje tapi saya yakin, dia dengar dan faham penjelasan saya.


Esoknya, semuanya kembali kepada asal :D Makan pun double triple dia habiskan. Selera makan pun berlainan. Macam-macam resepi Mama kena explore nak sesuaikan dengan selera Lope yang makin membesar ni :)

Ok, till then. Banyak lagi cerita nak lakar kat sini. Next entry ye :)

No comments: