Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

10/08/2012

Cerita Lope

Semenjak takde Bibik kat rumah ni, rutin harian Lope memang berubah.

Bertambah dan berkurangnya selera makan

Semenjak Bibik takde, boleh dikatakan Lope tak ada selera nak makan menu yang sama dengan apa yang saya masak semasa dia dengan Bibik. Sentimental sungguh jiwa anak Mama. So, selepas demam itu hari, saya mencuba beberapa makanan baru untuk Lope. Saya cuba masak dari masakan sup ayam kepada sup daging. Sebab masa demam hari tu dia cuma mahu makan Nestum, sekarang ni pun Lope masih dalam mood tak nak makan solid food lagi. Mulanya, saya blend semua. Kemudian, sekarang ni saya hanya blend nasi sahaja. Maybe next week, semua dah tak blend. Kembali pada solid food.


Sebab saya bersemangat nak Lope makan, maka beberapa eksperimen dah dibuat untuk nak tambahkan selera makan anak antaranya masak dengan menggunakan daging merah, cuba kasi makan telur (dulu dia alergik) dan dalam bahan masakan ada taruk sedikit pepper dengan alasan, bila saya rasa makanan tu jadi sedap.

Malangnya, apa yang saya buat tu memberi kesan yang tidak elok :( New discovery - Lope allergy pada daging merah, pepper dan telur. Sebenarnya memang dah tahu Lope allergy pada telur, tapi itu masa umur 1 tahun. Ingatkan dah okey sebab Lope makan kek/ice cream nampak OK. Rupanya telur masak separuh itu is a BIG No-No pada Lope.

Kesannya, habis kulit Lope rashes lagi. Habis hilang kulit putih bersih itu dihiasi dengan bintik merah. Tak payah dicerita mata yang membengkak kerana allergy.

:(

Lope semakin peka dan mula berkomunikasi

Berkomunikasi tak semestinya bercakap - kan? Body language, sign language jugak dikira komunikasi asalkan maklumat dapat disampaikan kepada kita. Semenjak Bibik tak ada, saya dapat rasakan yang ada masanya saya terlepas pandang sket dengan keperluan Lope - especially kalau saya tengah syok kat dapur, iron baju atau tengah kemas rumah. Ada masanya, dia haus tapi dia diam. Ada masanya, diapers dah penuh saya tak perasan sampailah leaking baru perasan :( my bad.

Jadi, bagi megelakkan semua tu berlaku, setiap kali juga saya akan berpesan. "Lope, kita dah takde Bibik. Kalau pampers Lope full, Lope lapar ke, Lope nak susu ke, Lope b-O ke, Lope panggil la Mama. Pastu Lope cakap, Mama Lope lapar" Seperti yang dijangka, Lope buat deeek je dengan apa yang saya cakap.


Well, nevermind =p

"Tak pun, kalau Lope rasa tak selesa, Lope pekik panggil Mama/Abah or adik. Barulah kami perasan"

Dan, trick tu menjadi. Sekarang, bila Lope tak selesa, Lope akan bising. Ada masanya, "Maaaa" dia jerit panjang-panjang. Awesome sungguh anak Mama :D Kalau ada Bibik, haruslah Lope tak akan belajar semua ni sebab dia dah ada dalam comfort zone dia, tak kena push.

Suka tidur

Semenjak dua menjak ni, hobi Lope selain makan adalah tidur. Hobi baru ni selepas demam hari tulah. Masa demam, dah la tak nak makan, restless je. Selepas dah sihat, saya memang feed dia btol-btol, sebab masa demam beberapa hari tu, dah 1.5kg turun berat badan. Kira nak cover balik la.

Sekarang ni, saya balik dari office saya akan kasi Lope dinner dulu sebelum berbuka puasa. Lepas dia dah makan, mandi wangi-wangi. Pada mulanya, dia bising membebel masa kitaorang berbuka puasa (termasuk Obiya) kat dining table ni macam mengabaikan dia =p Jadi, sebab dia membebel Mama letak dia kat kerusi sebelah area makan tu. Kat situ dia okeylah. Duduk kat kerusi, jaga balancing, aware dengan ketinggian kerusi etc. Mula-mula, si Obiya datang manja-manja dengan abangnya. Siap dia peluk, cium, hug bagai. Pastu, so adik mestinya kena tarik rambut tapi dia dah get used to it. Dah boleh terima hakikat, "bermain" dengan Lope kena tarik rambut sebab Lope tengah nak tambahkan sensory dia. 





Sampailah bila saya nampak Obiya dah layan tab dan Lope diam, saya pandang alih-alih dah zzzz. Saya biarkan dia tidur jadi saya sempat la kemas meja makan selepas berbuka. Lepas clear meja makan, saya tengok dia masih tidur. Jadi, saya biarkan. Sampailah saya tengok position tidonya dah jadi macam ni dah.


Ini dengan tengah tido tau. Dia turun kerusi, dia tonggeng, duduk lepas tu elok je dia panjat semula kerusi tu =p Semua tu dia buat masa dia tengah tido. Penidur sungguh.

Obiya menjadi "kakak"

Sebab Bibik dah takde, Obiya rasa dia bertanggungjawab menjadi "kakak". Contohnya, masa saya nak masak, saya akan pesan "Phia tolong tengokkan Lope ye, mama nak masak" dan sebab diberi tanggungjawab, maka si "kakak" yang prihatin akan check pampers Lope selang 5 minit +____+ dan, ada masanya si "kakak" kasi false alert cakap "Mama, Lope b-O" dan dia seronok pandang Mama terkejar-kejar datang nak cuci Lope.

Not funny, Obiya. Not funny. Tskk.

"Kakak" in action

Okey, itu aje cerita. Entry ni dok dalam draft selama 5 hari. Pfftt! Susahnya nak cari masa habiskan entry ni. Next entry sepatutnya pasal Lope gunting rambut raya tapi tatau bila leh upload =p

Selamat mengejar lailatul qadar. Jom tingkatkan ibadat di bulan mulia ini.
Till then, take care :)

1 comment:

Cikgu Zira said...

lope super cute kakak