Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

27/07/2012

Demam rindu

Entry Maid-Less saya pada 18 Julai 2012 rasanya 'tersangat' awal nak menulis komen akan ketiadaan Bibik. Genap seminggu Bibik tak ada, barulah saya rasa the real heat!

Genap seminggu - barulah masalah sebenar timbul.


Jeng.. jeng.. jeng..

Berlanjutan kes Lope tak lalu makan dan minum. Semua menu makan semasa Bibik ada, dia cuma makan 4-5 suap kemudian dia akan menutup mulut dan berkata "dah". Memang saya putus harapan nak suap Lope makan. Sudahnya, hanya nestum yang Lope jamah. Itupun sedikit sangat :( Bimbang bila Lope tak lalu makan. Bab minum pun sama. Kalau dulu dia akan minum susu 200ml sekali minum, sekarang ni nak habiskan 100ml pun berkejaran dengan saya. Siap kena nyanyi, kena paksa dan kena pegang btol-btol baru habis. 

Kesiannya Lope sebab dia tak bercakap. Tak pandai nak express apa yang dia rasa. Orang tua kata makan dalam. Rindu sangat lah tu. Sampaikan  kalau dok sebelah sesiapa sahaja orang perempuan, dia akan cuba pegang tangan dan nak minta dipeluk. Mulalah dia akan melentuk kepalanya. 

Itu Lope. Cerita Obiya lagi syahdu :(

Hari Jumaat saya terpaksa EL. Lope yang berterusan tak nak makan dan minum memaksa saya untuk monitor makan minum dia sepanjang hari. Masa ni jugalah, Obiya tak pergi school sebab elok di rumah sahaja bersama saya.  Seharian berada di rumah, sebelah malamnya dia demam.

Demamnya mahukan tangan Mama sentiasa melingkari badannya - memeluk badan kecil dia. Saya turutkan saja sampailah bila dia menangis dan terjaga pada waktu sahur berlanjutan sehingga subuh pertama di 1 Ramadhan barulah saya sempat bertanya padanya.

Saya: Anak Mama rindu Bibik ke?
Obiya: A'ah. Rindu Bibik.
Saya: Mama carikan Bibik lain, nak?
Obiya: Yeay! Bibik lain *muka happy*
Saya: Tapi, bukan Bibik Kasro tau. Bibik Kasro dah balik kampung.
Obiya: Alaaa Ma... Nak Bibik..

*pause sekejap*

Obiya: Mama, jom la Ma. Kita gi kampung Bibik...

*Mamanya agak terkejut dengan respon Obiya*

Saya: Kampung Bibik jauuhhhh. Kena naik flight.

*Obiya berfikir*

Saya: Macam ni lah. Kita balik kampung kita la..
Obiya: Yeay! Balik kampung..
Saya: Kita balik kampung kita - rumah Cik.
Obiya: Alaaaa.. tanak. Nak balik kampung Bibik...

*sambung menangis*

Saya speechless. Tak tahu macam mana nak cakap. Explain dah berulang kali, Bibik Kasro tak akan kembali lagi. Kalau datang balik pun, next year. Itupun kalauu nak balik. Tahulah kan janji dengan Bibik ni.

Sehingga ke hari ni, hati saya kusut. Lope dengan tak ada selera makan minumnya dan Obiya demam kerinduan yang mana sekarang ni pun tak mahu makan dan minum juga. Masya Allah. Perkara inilah yang paling saya takuti. Mereka demam dan sakit kerinduan :( Mungkin rasanya saya perlu bercuti sepanjang minggu. Menunggu mereka di rumah atau pulang ke rumah Cik. Almaklumlah, tahun ini saya tidak beraya dengan Cik *menangis* Sedihnya, nak balik pun rumah belum ready untuk Lope. [Fyi, rumah Cik is under renovation. Habuk di merata tempat. Sungguh tak sihat untuk Lope].

Sebab anak-anak silih berganti demamnya, saya ambil keputusan bercuti. Rasanya, diaorang perlukan perhatian lebih dari Mamanya. 4 hari saya bercuti + 2 hari weekends rasa macam alangkah indahnya menjadi housewife! :D Memang la penat sangat buat-buat kerja rumah tapi puas hati sebab A to Z buat sendiri.


Hari ini, genap 2 minggu Bibik balik dan budak-budak ni baru surut dari demam rindu.



8 comments:

Kesuma Angsana said...

begitulah anak2 kecil..apapun doakan mereka cepat sembuh ye

deelira@deeliraz said...

sian mereka.. xpe kak put.. lama2 mereka akan biasa. mungkin betul.. kakput kena amik cuti dan pantau mereka :)

Zach's Momma said...

alahai.. kesian obiya and lope.. :(
saya pun dah start risau takut Z rindu bila bibik dah takde bulan 11 nanti huhu..

Mama Tun Nur Safiya said...

Susah jugak yerr kalau diorg dah rapat ngan bibik ni...sue call la bibik at least hilang rindu diorg bila leh ckp or video call ker...

.::puterism::. said...

Kesuma Angsana

Insya Allah, dengan izin Allah, diaorang akan sembuh :)

.::puterism::. said...

Deelira

Mama dia dah almost habis cuti jaga mereka tapi selepas 6 hari Mama dok rumah, dua-dua nampak ok. Mungkin diaorang longing for Bibik. Time will heals everything, Insya Allah.

.::puterism::. said...

Zach's Momma

Berpesan la awal-awal kat Z. Serik rasanya anak demam macam ni. Demam "jiwa" susah sebab hanya masa atau orang tu muncul balik je dia akan OK.

.::puterism::. said...

Mama Tun Nur Safiya,

Shima, dah try call banyak kali tapi hp asyik off/takde coverage. Vudeo call jauh sekali kot :(