Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/07/2012

Cerita Puteri Mariam Sophia.


Semenjak Bibik tak ada, semua orang hidup berdikari. Dari Encik Bubu sampailah kepada Obiya. Dulu, Encik Bubu tak pernah concern pun pasal nak jimat tenaga cuci pinggan, sekarang ni sebolehnya nak minimize penggunaan semua benda sebab dia malas nak cuci kekdahnya =p Sebab dalam rumah ni cuma ada 2 orang perempuan - sorang besar dan sorang kecik, kami orang perempuan memang rajin berkemas. 

Anak perempuan saya seorang yang rajin tau. Bila dia nampak saya nak menjemur kain, dia akan datang menolong. Mula-mula, saya ingatkan sesekali aje. Tapi, selepas tu without fail kalau dia nampak je Mama dia nak jemur kain, dia akan datang tolong walaupun dia tengah main tab. (Bila tengah main tab pun sanggup tinggalkan, bererti sangattt besar la pengorbanannya)

Obiya akan jadi tukang hulur hanger pada Mama. Setiap kali saya keluarkan baju dari dalam bakul, saya akan tanya dia "ini baju sape?" dan dia akan jawab "ini baju abah" dan dia akan bagi hanger kat tangannya. Ada masanya dia akan bagi hanger bersize kecik untuk baju dia dan Lope, jadi bila saya cakap "hanger besar" dia akan tukarkan. Sampailah kalau sampai pada pakaian "kecil" saya tak tanya dia "ini baju siapa?" tapi dia dengan spontaneous akan cakap "ini baju abah". Muahahahhaha. Dia kenal, ok! =p

Bukan itu saja rajinnya, setiap kali Lope minum susu, saya akan memegang botol susu Lope. Dia juga mahu pegangkan Lope botol susu. Ada masanya saya tak izinkan, tapi ada kalanya dengan pengawasan saya, dia yang suapkan Lope. Rajin okey. Perangai dia tak ubah macam dialah si kakak. :')


Bila Lope demam itu hari, dia juga bertindak sebagai nurse peribadi Lope. Setiap masa, dia akan berada disebelah Lope, sama ada bermain tab atau pun bermain apa-apa sajalah. Bila Lope merengek, dia akan gosok belakang Lope sambil cakap "Lope akit ye.." (Lope sakit ye) ibarat nak memujuk si Abang :') Kalau Lope masih merengek, dia akan memanggil Mama. Itu termasuklah dia menjadi tukang lapor bila Lope gigit jari, cucuk mata atau pun Lope b-o. Dia akan panggil saya.

Tak menahan sungguh tengok "nurse" silang kaki main tab tengah setia tunggu patient dia. Ayu sungguh dia silang kaki. =p

Tapi, bila tengok gambar kat bawah ni.. hilang ayunya =p Ini muka suspen sure sebab main game nak kalah ni. Habis tangan kaki semua diguna pakai.


I thanked Allah for my daughter. :)

6 comments:

Zach's Momma said...

Rajinnya obiya.. :)

Lady Windsor said...

Comelnya obiya jadi nurse utk lope...sejuk mata memandang tengok keakraban kedua-dua...akak terbayang bagaimana bila mereka besar esok..tentu kedua-duanya juga akan jadi sangat akrab bagai isi dengan kuku..:)

Ann Mohamad said...

so sweet... tersentuh pulak perasaan ini bila lihat Obiya pandai jaga Lope & bantu Mama nya... Usia nya muda tapi fikiran nya matang... suka sangat.. Alhamdulillah Put dianugerahkan anak seperti Obiya ;)

.::puterism::. said...

Zach's Momma

Harapnya rajin kekal sampai bila-bila :) Alhamdulillah.

.::puterism::. said...

Lady Windsor

Insya Allah kak. itulah yang Put harapkan siang dan malam berdoa minta diaorang jadi akrab, bertimbang rasa pada Lope.

.::puterism::. said...

Ann Mohammad

Anak perempuan memang betul cakap orang-orang tua, "cepat makan hasilnya" sebab umur baru 3 dah pandai membantu itu dan ini. Alhamdulillah.