Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

19/06/2012

Sesi menangis di sekolah diteruskan lagi.

Yeay! Obiya nangis lagi kat school. Sila baca dalam nada yang sinikal.



Hari ni, memang saya dah pesan dari rumah lagi kat Obiya. Bangun pagi nak pegi school, sampai school tak boleh nangis. Si anak pun  bukan main lagilah dah berjanji, promise macam-macam, dia tak akan nangis. Mama dia pun tarik nafas lega, berjalan pimpin tangan bagai siap dalam kereta dok buat nyanyi duet sama-sama lagi lagu Boboiboy.

Sampai je school, terus mood dia berubah. Terus pegang baju mama macam tak nak lepas. Pastu mulalah statement "ala... nak ikut mama pegi office" Masya Allah. Geramnya mama dia rasa. Sesi pujuk memujuk pun mulalah. Sayangnya, semua tu tak pakai. Mama yang dari cool sampai jadi tak cool. Mana nak coolnye kalau sejam Mama pujuk dia kat situ. Bila cakap dengan cikgu dia, rasanya dia ada 'masalah' dengan kawan kat school, cikgu dia cakap mungkin la sebab ada 2 orang yang dia suka kawan tu jenis kasar sket mainnya.

So, no wonder lah setiap kali saya tanya kenapa tak nak pegi school dia tunjuk macam ada orang pukul dia. Itulah maksudnya. Tadi minta cikgu dia tengok-tengokkan dia, jangan kerap sangat ikut budak dua orang tu. Tapi, Obiya masih sama. Tak nak masuk ke kelas dia. Last sekali saya lari macam tu. Remuknya hati dengar anak nangis ronta-ronta panggil "Mama!" dari belakang. Kesiannya anak mama.


Sebenarnya, bila difikir balik rasanya Obiya ni selain ada masalah dengan kawan-kawan dia tu, saya rasa dia ada masalah nak suaikan diri dengan jadual yang baru. Bila malam dia tidur lewat, penat dah kurung dia dalam bilik, padam lampu tapi dia susah juga nak tidur awal. Bila tidur lewat, bangun pagi mulalah dia jadi moody. Mungkin sebulan pertama ni kena tunggu dia sesuaikan diri dulu. 

Kita tengok pulak macam mana esok ye. Harapnya takde dah scene nangis sana sini sebab saya memang dah segan dengan Boss sebab masuk lewat.

4 comments:

nasaoji said...

lama xmembaca blog..fb pun dah deactive!..

besar dah anak2 kt kan kak put..terbayang pulak sufi nangis2 p nurseri.. :(

Irfa said...

kesiannya dia
tapi nak buat mcm mana kan,takkan nak dibiar kan dia macam tu..nanti x nak sekolah lgsung.masalah pulak

semoga cepat la okeynya

Kesuma Angsana said...

tpi pelan2 lama2 nnti oklah tu... salam kenal n dah follow u 554

eima said...

biasa la tu kak .... my son dulu almost 2 month menangis sampai mengingau tak mo pi skool ... lepas tu ok la ...

mmg diorg tak dpt seswaikan diri ngan jadual br ... dulu suka hati nk bgn, mandi, main, mkn....skrg semua berjadual ..... jgn risau lah