Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

18/06/2012

Selamat Hari Ayah.

(belated)

Aboh.

Itu panggilan yang saya panggil. Sempatlah merasa panggil nama tu selama 25 tahun. Sempatlah kena spoil dengan lelaki tua yang comel, yang masa akhir usianya janggutnya berwarna putih tanda dimakan usia. Aboh will always be my man. Forever. Kalau orang tanya, lelaki mana dalam hidup ni yang saya treasure sangat-sangat saya akan jawab Aboh kemudian baru Bubu. Sorry Bubu, betapa sayang saya kat awak pun, awak takleh challenge Aboh saya.

Macam-macam entry saya tengok tulis pasal ayah diaorang. Saya nak tulis apa yang saya suka pasal Aboh saya, apa yang saya ingat dan apa yang saya tak nampak pada orang lain yang sama macam Aboh saya. 

Selepas makan, Aboh akan berjalan 100 langkah pusing keliling ruang tamu dengan kedua-dua tangannya dipusingkan sama. Aboh cakap, nak digest makanan.

Aboh memang tak boleh tinggal dalam rumah yang bertutup kemas. Kalau Aboh ada kat rumah, semua tingkap, pintu almari dan kipas ceiling akan dipasang. Aboh cakap kesian baju-baju Aboh lemas =p Kalau malam pulak, Aboh akan buka semua tingkap dan padamkan lampu dalam rumah. 

Masa kecik, selalu temankan Aboh pegi Pasar Besar Siti Khadijah kat KB tuh. Cik akan tulis semua barang runcit yang nak dibeli dan Aboh akan belikan semuanya. Cik tak perlu keluar rumah, Cik cuma perlu masak saja dengan barang-barang keperluan yang semua Aboh dah sediakan.

Masih teringat Cik sediakan pinggan special untuk Aboh kaler hijau dan mug juga. Setiap kali nak makan (breakfast/luch/dinner) kami semua kena tunggu di meja makan dan Aboh adalah orang yang paling akhir sampai ke meja makan. Aboh start makan dulu, then barulah kami boleh menjamah makanan.

Bila saya dah meningkat dewasa, boleh dikira dengan jari berapa kali saya berbuka puasa dengan Aboh. Di bulan Ramadhan, Aboh akan bawa bekal dan berbuka di masjid. Selepas solat terawikh, barulah Aboh balik. Barulah kami boleh supper dengan Aboh.

Walau apapun jadi, Aboh tak pernah tidak ada semasa hari penting saya. Aboh hantar saya belajar, Aboh bawa saya pergi interview kat KUSTEM dan Aboh sentiasa ada untuk saya. Walau Aboh tak adapun, saya tahu selama ini doa Aboh sentiasa ada untuk anak-anak dia.

 
Sekarang Aboh dah takde. Dah 5 tahun Aboh takde tapi ingatan mengenai Aboh tetap ada untuk saya tulis. Tulis, baca, ingat dan berharap Lope dan Obiya sendiri tahu yang saya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang ayah yang baik macam Aboh saya. 

Selamat hari ayah, Aboh.

Jangan bimbang, Sue dan anak-anak Aboh akan pastikan account Aboh kat sana tak akan kering dengan kiriman doa dari kami adik-beradik. Insya Allah, suatu hari nanti kita akan jumpa lagi,


1 comment:

dYanah aMin said...

bila baca ni..mkn meluap rindu kt arwah ayah saya..

al-fatihah utk mereka..