Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

13/06/2012

HELP! Mencari lokasi baru untuk Lope.

Korang..

Tahu tak kat mana boleh Lope dihantar selain dari sekolah sekarang Lope pergi? 
Di kawasan Putrajaya/Cyberjaya/Seri Kembangan/Bandar Baru Bangi?

Susahnya nak cari  tempat yang betul-betul sesuai dengan Lope, dengan kerja saya, dengan masa yang lintang pukang dan dengan rezeki yang Allah turunkan. Semuanya demi Lope. Tempat yang saya hantar sekarang ni dikira okey, cuma tidak okey dari segi jarak, perbelanjaan RM dan masa. Saya perlu stabilkan semuanya dalam satu masa.

Sebagai house-manager (ewah!) memang banyak la perkara yang perlu dibahagikan dengan saksama. Sekarang ni, jika saya teruskan dengan rutin menghantar Lope ke sana, masanya tidak seimbang untuk orang-orang lain disekeliling. Perkara paling utama, tidak sihat untuk kerja saya bila punch card saya berderet kaler merah dan people are start to question.

Dalam tempoh masih berbaki, saya terpaksa membuat penilaian lain mencari tempat/pusat jagaan yang sesuai untuk Lope. Pusat jagaan yang boleh memberi manfaat kepadanya dari segi terapi, selesa dan sesuai dengan keadaan dan masa saya. 


Ada masanya terfikir je nak resign, jaga sendiri anak-anak tapi bila buat reality check barulah sedar bekerja ini untuk terus survive, bukannya sebab suka-suka. Orang lain ada banyak masa berbanding mamanya sendiri dengan anak-anak kita adalah satu statement yang tak seronok langsung. 

In case korang tahu kat mana ada pusat jagaan yang bagus selain tempat yang Lope pergi sekarang ni, tolonglah roger. 

Cheers!


1 comment:

Syafinaz said...

Bila baca post akak ni....saya realize hidup ni memang banyak kos lepas.Terpaksa mendahulukan yang satu itu dan melepaskan yang satu lagi sedangkan kedua-keduanya adalah sama penting.

Akak memang ibu yang kuat.

Doakan akak moga dipermudahkan segala urusan.Insyaallah.