Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

04/06/2012

Aja aja fighting, Lope!

Aja aja fighting - its an encouragement to say things like... "hey hey lets go" or "lets do it" in Korea.

Setelah berbulan saya berpesan pada Lope mengenai sekolah, teacher, belajar dan mendengar arahan, tak sampai 8 jam dari sekarang Lope akan ke sekolah! >.<



5 tahun menjadi ibu kepada Lope, anak autisma ini perlu dipesan. Sebelum ini, kaedah ini saya gunakan. Pesan dan mengikat janji dengan si anak. Ceritakan kepadanya, apa itu sekolah. Mengapa perlu bersekolah. Bagaimana rutin sekolah. Siapa yang akan ada di sekolah. Apa yang perlu dibuat disekolah. Cerita kepadanya berulang kali. Pesan padanya beribu kali walau respon yang saya terima hanyalah dia memandang ke tempat lain sambil buat tidak endah dengan cakap dan pesan saya.

Tapi, saya tahu, saya yakin - Lope faham, Lope ingat dan Lope akan buat yang terbaik. Saya tahu, Lope sendiri cuak dan mungkin juga gembira kerana akhirnya dia akan ke sekolah. Saya sendiri, beribu perasaan aneh datang kepada saya. Takut orang tak faham Lope, takut Lope menangis, takut Lope tak dapat sesuaikan diri. *mixed-feeling*

Saya terlalu protective. Seumur hidupnya, saya tidak pernah meninggalkan Lope kepada orang asing selain bibik. Jika anak tipikal sendiri pun, logik untuk para ibu merasa bimbang dan takut, apatah lagi si anak itu tidak bercakap, tidak berjalan dan tidak mampu berbuat apa-apa pun hatta memegang botol susunya sendiri.

Ya Allah, mudahkan segala urusan Lope di hari pertamanya esok. Harapnya, Lope cepat menyesuaikan diri. Tidak menangis, patuh pada arahan teacher dan belajar dan menjadi kuat. Harapan Mama, mahu melihat Lope berjalan, menguruskan diri sendiri dan belajar seperti anak-anak lain. 

Lope ni my little philosopher - baru je terlena pada jam 1 pagi. Pastinya bukan sedikit Lope berfikir untuk ke sekolah esok dan Mama sendiri sampai ke angka 2 pagi belum tidur kerana sama nerveousnya anak nak pergi sekolah.

Apa yang saya bimbangkan:

- Lope menangis sebab semua orang dia tak kenal
- Lope refuse nak terima perubahan jadual aktiviti harian
- Lope menangis lapar/haus/nak tidur tapi tak faham
- Lope poo-poo tapi orang tak tahu dan Lope kotorkan diri dan kawasan sekitar

4 perkara ni yang paling saya bimbang. Harapnya, teacher kat sekolah Lope akan buat yang terbaik. Sumpah, bimbang sungguh.

Harapnya Lope ceria macam ni sepanjang hari esok. 

Aja aja fighting, Lope!

3 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Insyaallah...lope pasti boleh! mama xyah risau yeh ;)

Syaz said...

Good Luck Lope...

Anak saya pun autisma..baru detect tahun ni...bln 9 ni baru 4 tahun...perasaan kita sama...itu la yg saya selalu bimbangkan pasal anak saya...sebulan sebelum dia nak sekolah saya dah pesan yg dia akan ke sekolah...nak toilet training pun sama...cuma kat rumah kita bole tahu signal kalau dia nak g tandas...tp kat skolah mmg manjang terbabas...

neway lope blajar skolah mana? skolah pendidikan khas ke skolah biasa?

Norazo Aslan said...

go go go lope!