Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

31/05/2012

Sesak nafas. Sesak hati.


Ini cerita 2 hari lepas.


Lope lelah lagi. Nafasnya naik turun dan mulutnya tak putus-putus memanggil "ab-bah-bah" Ada masanya matanya terbeliak naik ke atas. Inilah keadaan Lope yang paling saya takuti - bila asmanya datang menyerang.

Dua hari lepas saya pulang ke rumah Cik. Rindu sangat dengan Cik, maka gagahkan diri juga untuk balik. Rumahnya dalam proses renovation sekarang ni, habuk disana sini. Keadaan itu seterusnya membuatkan lelah Lope datang bertandang. Kronologinya, sesampai di rumah Cik malam semalam dia okey. Lelahnya pasang surut di pagi Selasa. Tercungap-cungap. Setelah di beri inhaler, dia okey balik. 

Sayangnya, sewaktu dalam perjalanan pulang semalam, saya terdengar nafas Lope pendek-pendek menahan nafas. Sesak. Saya tidak berani meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tambahan pula melalui Gua Musang. Jadi, saya membawanya ke klinik di Kok Lanas dulu. Macam biasa, bila jumpa doktor panjang lebar lah saya explain. Rasanya lepas ni kena buat medical card untuk Lope yang explain Lope dan autismnye. Jumpa doktor je bagi kat dia, so lebih senang.


Tergelak doktor bila tengok saya buat Lope occupied dan distracted semasa ambil nebulizer tu. Habis lagu Faizal Tahir dipasang, dinyanyi. Kalau tak, dia akan menangis dan nak tarik neb kat mulutnya. Lepas 20 minit, Lope dah kembali okey. Saya pun lega. Saya juga request ubat selsema sebab sinus dia ni cepat je dengan habuk.


Lepas tu, kami teruskan lagi perjalanan. Tapi, belum sampai ke Gua Musang, Lope lelah lagi. Kali ni, saya memang cemas sangat sebab semua ubat Lope ada kat belakang. Lebih teruk, masa tu kat tengah hutan dan pukul 8 malam. Gelap gila. Panjang saya doa pada Allah, minta Lope bertahan dan bertahan. Bila kereta berhenti, saya kasi dia inhaler. Terima kasih Dr. Arifa sebab kasi consultation kat telephone je. Sungguh mak dia cuak. Ingatkan nak berhenti Hospital Gua Musang dah lepas tu.


Alhamdulillah, lepas kasi ubat selsema, Lope tido sepanjang perjalanan. Jam 1 pagi, saya kejutkan dia dan kasi sekali lagi inhaler setiap 4 jam. Terima kasih Dr. Arifa tu yang remind Mama dia setiap 4 jam :) Hari ni, setiap 6 jam Lope dipaksa ambil inhaler. Dari dia protes, sekarang ni redha je bila Mama letak aero-chamber kat muka dia.


Nama dia Arifa. Nametag tu nal cakap yang she is taken :P
Bila Lope sesak nafas, sesak hati mama dibuatnya. Macam-macam ada dalam kepala ni bila tengok dia tercungap-cungap. Bimbang sangat. Dalam doa saya, panjangkanlah pinjaman paling berharga ini. Saya minta dijauhkan semua perkara tak elok dari diaorang dua beradik ni.

Kaki yang memijak bumi. Sayangnya, kaki ini belum boleh bergerak sendiri.

Klik sini untuk tabung pendidikan Lope & Obiya
NESCAFE LIGHT LIGHT 

4 comments:

eima said...

sian lope .... harap2 lepas ni asthma die kurang menyerang ..kesian tgk budak lelah ni ....

eMMe said...

Moga Allah beri kesihatan yg baik keluarga Puteri...

Mommy Ummar said...

get well soon lope!

Mama Likha said...

put balik klate ko... jauh lah perjalanan deh. tmbh2 dlm situasi gni lg terasa jauh... mujurlah slmt smpi dan Lope tkde apa2 yg mbimbangkan....


jd arini mcmne dengan Lope ? arap getting ok yer..., ensem boy ! insya Allah.... biar mereka mbesar dgn kita smpi bila2.. kite pergi dlu pun tkpe put.. bila ckp hal anak2 ni sayu hati.... :)