Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

14/05/2012

Selamat Hari Ibu

Sana sini orang tulis pasal Hari Ibu hari ni. Kat FB, kat Twitter sampaikan saya terima 2 kali sms via Celcom katanya dari Najib Tun Razak. Eheh. Motif sangat Najib Razak wish ibu-ibu di Malaysia yang pakai Celcom. :p Telco lain ada ke?

Apapun, bagi saya Hari Ibu ni semua tak perlu sebab saya cakap saya sayang kat Cik tiap kali saya telefon dia. Mungkin tak cakap, tapi kenapa saya telefon dia dan gayut lama-lama? Of course la sebab saya sayang dia. Kalau tak sayang, tak ingat takde nye saya call. Paling sekejap cakap dengan Cik setengah jam. Selalunya selang sehari saya call. SMS tak kiralah. Tiap kali saya call Cik, masa jawab phone suara 'letih' tapi ditengah perbualan Cik sangat happy, ketawa dan macam-macam cerita keluar. Bila saya cakap terpaksa letak phone dulu, suara Cik pun dah down. Tak best tau nak letak phone bila dengar suara Cik macam tu ....... -___-"

Semenjak saya menjadi Mama ni, saya rasa saya dah tahu definisi sejati kasih sayang seorang ibu. Perkataan yang paling tepat nak menggambarkan kasih sayang seorang ibu adalah tanpa batasan dan tidak bersyarat. Bila saya dah jadi Mama kepada Lope baru saya tahu macam mana rasanya 'sayang' tu pada anak. Sayang yang bila anak sakit, rasa Ya Allah, boleh tak kita bertukar tempat dengan anak? Contohnya, minggu lepas Lope tersembam sebab Bibik cuai tu. Bila ingat balik, rasa gerammmmmmmm sangat.




Sedikit je nak pesan sekiranya korang masih ada ibu. Hargailah dia. Nilai seorang ibu tiada bandingannya dalam dunia ni. Sebab tu Rasuluallah SAW pun cakap, siapa yang wajib ditaati didunia ini dan memjawabnya Ibumu, Ibumu, Ibumu. Bila ditanya kali keempat barulah dijawabnya Ayahmu. Nisbah 3 : 1 tu mesti ada sebabnya dan bila saya jadi ibu saya tahu kenapa ibu yang wajib ditaati. 




Ini Cik saya :)

Ya saya tahu, dia masih cantik dan sentiasa akan kekal cantik di hati dan di mata saya. Tak kiralah berapa usia Cik pun, saya bersyukur pada Allah sebab setiap hari apabila saya celik mata di waktu pagi Cik masih ada. Saya sangat syukur. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya berterima kasih kerana masih dikurniakan ibu. 

Dalam doa saya saban hari, saya mendoakan kepada Allah agar mengampunkan dosa-dosa yang ibu saya pernah buat dan akan buat. Saya doakan agar saya diberi peluang untuk menggembirakan hati Cik di usia senjanya. Saya tidak mempunyai jutaan ringgit untuk membahagiakan Cik namun saya yakin, doa anak yang selalu mendoakan kebahagiaan dan kesihatan Cik di hari tuanya sentiasa didengari oleh Allah. Cita-cita saya, cukuplah andai satu hari nanti saya diberi peluang untuk menjaga, melindungi dan menggembirakan Cik. Itu adalah doa saya saban hari memohon kepada Allah.

Sekiranya anda masih mempunyai seorang wanita bergelar ibu, apabila bertemuanya nanti, peluklah dia. Sekiranya ibu anda berada jauh dari pandangan mata anda, maka hubungilah dia. Saya yakin, seorang ibu yang berada jauh dengan hanya mendengar suara kita sudah boleh menggembirakan hatinya. Jika ibu anda sudah tiada, tadahlah tangan minta diampunkan segala dosa lampaunya dan ditempatkan bersama-sama kekasih Allah.

Nak tahu macam mana ibu kita merindukan kita?

Sama seperti apabila di pejabat saya teringin sangat nak balik sekejap untuk cium Lope dan Obiya. Tiap kali itu juga, saya akan telefon rumah bertanyakan mereka dan Obiya cuma perlu cakap "Hello Mama" sudah cukup membuatkan hati saya lega dan mendengar suara Lope di belakangnya bercakap dalam bahasa german sahaja sudah cukup menggembirakan. Begitu jugalah ibu kita ;) Tak kira la sama ada size si anak lebih besar dari ibu sekalipun, kita tetap baby dia selamanya. So, jangan lupa hargai ibu anda.

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu di dunia.

Sedar atau tidak, anda adalah sempurna menjadi seorang wanita apabila anda sudah bergelar ibu. Hargailah mereka yang menjadikan anda seorang ibu (suami dan anak) kerana ini adalah pengalaman hidup yang paling indah untuk anda tempuhi.

1 comment:

Bitt (double IS) said...

selamat hari ibu :)