Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

17/05/2012

RIP Mini Stroller

Semalam masa di pejabat, Encik Bubu post gambar ni kat Facebook. Masya Allah! Anak perempuan Mama nampak sangat brutal. First time tengok macam mechanic nak baiki kereta. Alahai Obiya.



Dengan muncungnya, dengan cekak pinggang dan dengan ekspresi muka yang tak boleh blah. Sebenarnya, mini stroller yang Obiya main tu memang dah cukup nazak dah. Mana tak nazaknya bila dia buat macam-macam dengan mini stroller tu. Dia tolak, dia baling, dia humban, dia duduk sendiri dan kadang-kadang dia ikat kat tingkap. Aduh, macam-macam tau. Mini stroller tu dah setahun lebih umur dia. Memang Obiya punya fave. la.

Bila dah patah tayarnya semalam, kesian plak. Bila saya balik keje semalam, dia mengadu. Tunjuk tayar aje. Bila saya tanya, mana badan stroller. Tu ha.. dia ikat kat wayar UniFi. Masya Allah. Semua benda dia ikat. Sekarang ni pantang jumpa tali. Tak kira lah tali pengikat langsir, wayar, tali inci atau apa-apa tali sekalipun, habis dia ikat mainan dia buat inovasi dia sendiri. Sekali fikir lucu, sekali fikir lagi, Obiya ni ada otak engineer :P

So, tata mini stroller. Pastinya Obiya akan merinduimu :*




 



2 comments:

ieda said...

obiya.....makin besar makin comel..
jangan ikat kaki lope udah lah yer..hihi

.::puterism::. said...

Ieda,

Cubaan nak ikat tu penah buat, tapi sebab Lope bergerak, so tak menjadi :p