Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

11/05/2012

Obiya si kakak tua =)

Heeee.. suka-suka je panggil anak si kakak tua :P 

Burung kakak tua tau.

Diva sangat kot pegi wedding orang bawa kipas sebab dia cakap "panas" :P

Inilah "burung kakak tua" saya :P 

Selain Lope, dia adalah separuh daripada nyawa dan hidup saya. Makanya, saya tidak mampu bernafas tanpa mereka. Akhir-akhir ini, saya gembira sebab speech Obiya dah bertambah. Banyak vocab dah tambah dan yang paling comelnya, dia ni ibarat macam Tom The Talking Cat dah - mengajuk orang bercakap. Pastu, kalau setakat nak buat Abah melting then ajak singgah "M" (Mc Donalds) atau "eF-Cee" (KFC) itu dah memang expert sangat dah. 

Bagi saya, ini adalah saat yang sangat berharga. Seringnya, milestone Obiya dibandingnya dengan Lope, maka seringnya saya rasakan anak saya yang seorang ini sangat cerdas dan pantas pembesarannya :P Di usia 3 tahun, Obiya sudah mampu bercakap which Lope masih belum boleh dan Insya Allah akan bercakap nanti menyampaikan maksud hati dan yang paling best, siap mengadu lagi bila Lope buat dia. Lope bukan buat apa pun, adalah tertolak dia sket, tertendang dia sket. Makanya, cerita mengadu tu akan diulang satu hari kat Mama atau Abah sebab kami dah pesan, kalau Lope buat Obiya, jangan buat Lope balik, tapi report kat Mama atau Abah. Nanti Mama/Abah akan 'tegur' Lope. Tapi, bila orang buat Lope, dia terus sepak orang tu :P Sangat protective, kan? Part dia menjadi seorang yang protective pada Lope tu, baguslah tapi part tendang orang tu, mungkin patut 'dilembutkan' sedikit kot. 


Selain menjadi burung kakak tua, Obiya juga adalah "soft-spot" si Abahnya. Marah macam mana pun Encik Bubu, bila Obiya datang tiba-tiba dan kiss lepas tu hug Abahnya, saya boleh tengok Encik Bubu 'cair' serta merta. Terus dari bercakap nada tinggi terus jadi cool. Betullah orang cakap, anak perempuan ni 'sejuk' dengan ayahnya. Alhamdulillah. Bukan dengan Abah aje yang cair, Tok pun sama. Tambah cair bila setiap orang dalam rumah tu sebelum keluar rumah, Obiya akan datang bersalam, kiss dan hug. Kalau dengan Tok, siap ada extra lain. Dia siap pesan "li lat" (beli coklat) :P

Akhir-akhir ni jugak, semua orang tegur badan Obiya dah naik bagaikan johan >.< Mama dia sedikit cuak disitu. Nak dukung dia pun punyalah berat. Sebenarnya Obiya ni kuat minum susu. Nasi adalah makanan yang dia paling tak suka dan paling suka coklat, junk food and sweet drinks. Semua ni membimbangkan saya sangat-sangat. 


Tengok badan dia dengan Lope - beza 2 tahun ni tapi nampak macam Obiya lah kakaknya. Oh, lepas ni Obiya masuk sekolah, harapnya bila dah ada kawan-kawan dia akan lebih 'mengurus' harapnya. Walaupun Mama dan Abah ni comel belaka, sekurang-kurangnya masa kami kecik, size kami semua macam Lope tu :P Lepas ni, semua orang dalam rumah tu kena diet melainkan Lope sahaja :)

Mini ME!!

Semenjak dua menjak ni juga, muka paras Obiya dah makin banyak macam Mama dia :P Oh, suka la jugak sebab bila berjalan orang cakap muka macam Mamanya tapi masih lagi rasa muka Obiya ni lebih kepada Abahnya kot. Walau muka siapapun dia, ini anak kami maka betullah mengikut acuan muka kami. Eh, Lope tak macam muka kami? Ehem, get the facts right dulu tau.


Gambar budak kecik sebelah kanan itu adalah penulis pada usia 5 tahun. Ehem, so dah tahu la kan Lope ni amik muka sape? :P Bukan dapat kenan dari mat salleh ye :D Bila Obiya bercakap, secara tidak langsung dia menjadi idola kepada Lope. Saya perhatikan, Lope sendiri suka mengajuk perkataan yang saya repeat banyak kali. 

Setiap kali saya bercakap dengannya, saya akan mengulang pertanyaan yang sama dengan menggunakan beberapa ayat yang berlainan seperti "Lope dah makan?" - "Lope dah makan apa?" - "Lope makan banyak?" - "Makan sedap?" - "Bagus anak mama makan tau" Selepas tu, saya akan dengar Lope mengajuk saya cakap "a-kan, a-kan, a-kan" oh! bangga anak dapat capture perkataan yang Mama dia sebut ;p well done Lope!

Okey, itu aje untuk cerita burung kakak tua saya dan si abangnya. Till then, take care :)

2 comments:

deelira@deeliraz said...

wlwpon obiya tembam tp dia sgt chumell... besar dah lope. masa bgitu pantas berlalu

Eilla said...

Mama dia sgt comel dan cantik masa 5thn of course lope pun handsome...