Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

15/05/2012

LG Cinema 3D Smart TV

Semenjak dari saya dan Encik Bubu bercinta, kemudiannya kahwin dan sekarang ada anak dua, kami masih ada movie date bersama. Dulu, masa takde anak dan kami tinggal kat Kuala Terengganu, masa tu awal-awal kahwin la, sanggup ni redah bawak kereta jauh-jauh nak pergi tengok wayang kat Kuantan. Pffttt sangat orang muda masa tu :P



Lepas tu, bila dah beranak kami masih ada movie date tapi jadual dah bertukar kepada mid-night shows only sebab sebelum keluar dating, kami kena pastikan Lope dan Obiya tidur dulu. Pernah juga cuba bawa Lope ke pawagam, masa tu nak tengok cerita kartun tapi sayangnya Lope tak selesa dan nak tak nak, kena tunggu Lope 'besar' sket lagi baru buat family outing ke pawagam lagi.

Semenjak dua menjak ni juga, trick saya dan Encik Bubu dah tak berjaya nak tidurkan Obiya  awal sebab malamnya kami nak keluar tengok wayang sebab si kecik tu dah pandai dan akan 'lawan' matanya nak tidur sebab dia tahu Mama dan Abahnya akan keluar dating. Nak tak nak, kami angkut la Obiya pegi dating juga siap bawa susu, bantal dan selimut. Oh, tak bagus :P

Kalau orang tanya saya, kenapa nak pegi wayang sangat dah tahu susah nak tinggalkan anak-anak kat rumah? 

  • Sebab saya nak tengok movie yang sedang latest di tayangkan di pawagam. Lagi best kalau movie yang ditayangkan tu adalah movie sambungan yang memang kita follow macam Harry Potter ataupun macam Encik Bubu follow Transformer sejak dari dia kecik lagi. 
  • Saya nak tengok movie di screen yang besar, maka mata saya yang rabun ni nampak gambar dengan clear. 
  • Saya mahukan sounds system yang best sampai setitis air bertitik pun saya dengar dengan jelas dan macam saya dah masuk dalam screen tu sama menjiwai jalan ceritanya.
  • Paling penting kenapa saya tengok movie di pawagam adalah kerana 3D effect yang saya tak boleh nak tengok kat rumah. Sekarang ni almost movie ada 2 version 2D dan 3D. Pengalaman tengok movie 3D adalah superb.

Tapi saya redha tak pegi wayang kalau dapat yang ini seketul :D *hint*

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

LG Cinema 3D SMart TV!




Pergh!


Dulu semua orang nak berebut beli TV Plasma. Tengok gambar sharp tapi saya tak suka plasma TV sebab dia cermin, bila tengok siang hari ada bayang. Lepas tu, LED pastu LCD dan sekarang, 3D plak! Kalau selama ni tengok movie dekat cinema je nampak macam diaorang berdiri depan mata, lepas ni tengok kat rumah plak biar. Tambah best, boleh tengok sambil golek-golek depan TV dengan Lope dan Obiya. Oh, menariknyaaaa.


Menarik sebab bila budak-budak ni layan TV tengok cartoon nanti nampak macam seketul-ketul pop-up depan muka kita. Tengok LCD/LED pun dah best, inikan pulak 3D :) Oh, budak budak-budak je, mak budak pun over suka nanti :p


Pastu, selain dia pop-up macam tuh, best sebab dia smart tv. 


Best lagi bila Magic Motion Remote Control ni boleh control channel atau sound dari tempat duduk aje tayah bangun. Hanya guna isyarat tertentu aje pun boleh kalau setakat nak tukar channel atau kuatkan/perlahan sound. Pergh! Awesomeeeeee! Tapi, jangan lupa pakai spec mata ni ye.


Siap ada yang clip-on je, sangat mesra dengan orang pakai spec macam saya :D

Lagi bestttttt, kalau TV ni boleh bawa balik rumah. Yeay! Dah la TV kat rumah ni dah seminggu rosak, so rasanya kalau saya dapat pegi partyyy nak kenal LG Cinema 3D Smart TV ni sangatlah hebat kot :P

Tarikh: 23 Mei 2012 (Rabu)
Masa: 6.30pm 
Tempat: GSC Signature, Gardens @ Lounge Area.

I SOOOOOOOooooooOOOOOooWANNNA goooooooooo!

Saya nak cakap lebih-lebih pun, saya tak sure sangat sebab saya pun digest info pasal LG Cinema 3D Smart TV ni kat The Next Generation 3D TV ni kat sini dan nak experience sendiri pulak kalau Nuffnang bermurah hati nak ajak pergi partyyyy tu nanti :)

Good news jugak, sebab LG sekarang ni ada Mother's Day promotion tapi di outlet KLCC sahaja dari 11 hingga 20 Mei 2012. Jangan lepaskan peluang ;)

For more info, please click kat sini Facebook  dan LG Blog . 

No comments: