Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

22/05/2012

Demi Lope.

Baca balik entri 3 tahun lepas --> Itu katanya...

Rasa menyesal dalam hati ni tak surut lagi. Masih bengkak, sakit, pedih dan rasa bersalah yang sangat. Realiti memang pedih tapi kerana Lope, saya yakin saya mampu tempuh onak ranjau sekalipun. Sanggup berkorban segalanya meskipun dengan harga sebuah nyawa sendiri. 

Ya Allah..
Kuatkan saya demi Lope. 
Tabahkan saya demi Lope.
Cekalkan saya demi Lope.



Demi seorang anak yang dikandung selama 37 minggu dan sepanjang 37 minggu itu adalah hari-hari indah di dalam hidup ibunya dan demi seorang yang memberi gelaran ibu kepada saya. Saya yakin saya kuat *sambil angkat mata*. Kasih sayang ibu tiada penghujung, sehingga syurga. Saya yakin kenapa Allah kurniakan Lope kepada saya, sebab Allah yakin saya mampu menjalankan amanah Allah ini walau sebesar mana rintangan pun. 

Jika ada yang tertanya, saya tidak mampu lagi berkongsi cerita di sini. Saya rasa lebih elok saya memilih untuk menunggunya sehingga ianya rasmi. Cukup saya kongsikan dengan keluarga terlebih dahulu, namun kesedihan ini sudah saya hamburkan dalam sesi morning prayer semalam dengan rakan sekerja dan juga boss. Saya mohon maaf andai mengundang gerimis di mata sahabat di pejabat. Saya mohon maaf kerana saya tidak mampu mengawal emosi dan menghamburkan air mata di depan rakan sekerja, kerana saya tahu, saya manusia yang lemah dan banyak kekurangan, maka mengalirnya air mata membuatkan saya sedikit lega.




Berat mata memandang, berat lagi saya yang memikulnya. Walau seberat mana pun masalah yang saya hadapi, saya yakin, kalau tak mampu saya pikul, saya seret dan angkat sedikit demi sedikit. Masa itu adalah emas, dan untuk tempoh yang ada ini, saya ingin mengecapi, menghargai, menggunakan sepenuh masa yang Allah pinjamkan saya untuk bersama Lope. Saya yakin dan tawakal pada Allah, patuh janji Allah bahawa tiada yang kekal di dunia ini melainkanNya sahaja.

Untuk anak mama Megat Idris Naquiyuddin, mama bersyukur kerana mama terpilih mengandungkan anak syurga seperti Lope. Mama bersyukur kerana Allah memilih Mama dan memberikan Mama anak seperti Lope. Mungkin, pada mata orang lain, Lope adalah bebanan tapi menjadi hambanya, manakan bisa Mama menolak anugerah seperti Lope dalam hidup Mama. Dalam doa mama setiap hari, tak ada sedikit pun rasa kesal kerana Mama memiliki Lope, cuma Mama panjangkan doa, untuk Lope terus kuat.

Untuk teman-teman yang singgah di sini sentiasa, tiada kata yang mampu saya ucapkan. Kalian datang ke sini dan membaca serta mendoakan Lope, saya sangat berterima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Saya mohon agar doa kepada anak lelaki saya ini dipanjangkan lagi untuk dia terus cekal, tabah dan kuat menghadapinya di masa akan datang, selagi Allah memberi pinjaman ini kepada saya. 

Jika tiba masanya nanti Allah ingin menjemputnya pulang, saya berdoa pada masa itu saya berada di dalam keadaan yang cukup kuat, cukup tabah untuk melepaskan Lope pergi. Saya berharap, jika sampai masanya nanti, tidak setitis air mata pun akan mengalir di mata saya untuk menghantar Lope 'pulang' kepadaNya. Saya ingin menjadi sekuat Cik, melepaskan Uda pergi selepas 23 tahun bersama di dunia ini tanpa air mata.

Saya ingat kata Cik "Air mata Cik dah habis untuk Uda. Cik puas hati jaga Uda. Biarlah dia pergi dengan tenang sebab dia tahu macam mana sayang Cik pada dia" dan saya doakan, satu masa nanti, jika situasi ini terjadi, maka saya akan redha, tenang dan melepaskan dia pergi dengan baik.


Taken : 8/11/2007 at 7 months old.





5 comments:

ieda said...

salam put...nak resign ke?
it's ok...we do the best we can at every moment we faced.insyaAllah hanya yang terbaik buat put & family.

Miss Layaleya said...

Kakput, I'm crying.. huhu.. Be strong sis.. Hugs & kiss utk lope.. Mokya syg lope & u too sis..

nifalnin... said...

teruskan bertabah...

Lope anak syurga.. alhamdulillah.. teruskan bersyukur dan berdoa...
niza doakan yg terbaik buat kalian berdua...

bila bc n3 ni, air mata menitik sndr kerana perasaan ibu itu juga ada pd niza...

semoga ALLAH lindungi Lope dunia akhirat... amin...

Bicara hati ibu aisya said...

Put..meleleh airmata ayu baca post nih.Itulah juga yang ayu rasakan.Naluri seorang ibu yang punya anak istimewa.Be strong sis.ayu tahu put sangat kuat, sekuat lope juga.Semoga segala apapun yang mendatang dipermudahkan segala urusan.Hugs ketat2.

Ana Hijabista ! said...

salam..sy rase turut tersentuh hati apabila selesai membaca post nie. walaupom sy bllum brkahwin dan mpunyai anank,sy rasa sy boleh jadikan kak put sebagai contoh teladan yg baik dlm menjadi seorang ibu yg baik. lope,ank kak put tu comel sangat :)
semoga trus tabah menghadapi ujian. ALLAH xkan menguji di luar kemampuan hamba-NYA. la tahzan.innallah ha maana.