Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

09/05/2012

Cuai Bibik, Lope yang sakit :(

Dua tiga kali saya berfikir sebelum menulis entri kali ini di sini. Dua tiga kali juga saya rasa terbuku di lubuk hati apabila memandang wajah Lope. 'Sakit' rasanya memandang wajah itu. Saya rasa perlu untuk saya menulis mengenai insiden ini, sebagai ingatan, pengajaran dan teladan untuk saya.

Sabtu lepas, saya ke Beruas menghadiri majlis perkahwinan teman baik Encik Bubu. Selamat Pengantin Baru Katik & Nora. Selepas majlis Katik, kami singgah ke rumah Enda Wan Mazenah, seterusnya ke rumah Wan Nyah dan ke rumah Abang Tar. Memanglah, separuh hari tak sempat kami nak cover semua cerita berborak. Insya Allah, kitaorang singgah lagi lain kali. Sebelum balik juga, sempat singgah ke tanah perkuburan, jenguk arwah Ma, Pah dan Ayah Lope Wan Ahmad.

Seterusnya, kami bertolak. Pada mulanya, berhajat untuk terus pulang ke Putrajaya tapi memandangkan Lope dah mula buat perangai keletihan, lapar dan tidak selesa, makanya kami ambil keputusan untuk bermalam sahaja di Taiping. Kami tiba di Taiping dah hampir jam 10 malam. Maka, selepas meninggalkan Lope dan Obiya dalam jagaan Bibik di hotel, saya dan Encik Bubu keluar nak tapau dinner untuk kami semua.

Sejam kemudian, kami balik semula. Di saat saya mengetuk pintu bilik, Bibik mengambil masa agak lama untuk membuka pintu bilik. Selepas pintu bilik di buka, saya bertanya "kenapa lambat?" dalam acuh tak acuh, dia menjawab "sedang betulkan katil". Dalam hati terdetik juga, kenapa betulkan katil? Kemudian, bila saya melangkah ke bilik, lampu dipadamkan. Obiya sedang baring di katil sambil menonton TV dan Lope berbaring di atas comforter.

"Gigi Lope sedikit goyang" ujar Bibik. Saya masih rileks, membuka tudung, meletakkan makanan dan beg. Kemudian mengarahkan Bibik membuka lampu. Bibik seperti tidak keruan. Saya ke kanan, dia ke kiri. Saya betul-betul kehairanan.

"Mana Mama nak tengok, kenapa gigi Lope goyang. Bibik, buka lampu sket, Mama nak tengok anak Mama ni," sambil saya bersila disamping Lope. Barulah lampu dibuka. Apabila saya mengambil Lope dan diletakkan ke atas ribaan, dia menangis dan menoleh ke arah lain, seperti tidak mahu saya memegang atau melihat wajahnya. Dalam keterpaksaan, saya berjaya juga. 




Inilah wajah yang saya nampak. Waktu itu, masih ada kesan darah di gigi Lope. Saya mengucap panjang. Saya rasa memang waktu itu darah saya dah naik ke kepala. Lope sudah menangis. Saya letakkan dia di atas katil. Encik Bubu pun mulalah datang dan bising-bising bertanyakan macam mana boleh berlaku. Bibir Lope pecah dan luka, gigi kapak sebelah kanan bergoyang, jongang dan berdarah. Saya rasa hanya ibu yang tak ada perasaan sahaja yang akan duduk diam apabila melihat anaknya yang tidak mampu bercakap dan menzahirkan apa yang dia rasa. Kalau mahu melihat saya bertukar menjadi harimau yang bengis, usiklah Lope dan Obiya. :(

Saya memang hilang kesabaran. Apabila ditanya, ada empat versi cerita yang Bibik ceritakan. Bertambahlah mendidih kemarahan saya. Semua cerita empat versinya berkait dengan Lope terhantuk di kerusi. Saya boleh terima, kalau dah nak jadi, kat mana-mana pun jadi walau pun saya sendiri berada bersama Lope pada waktu itu. 

Saya boleh terima cerita Lope 'nakal' sangat sampai terhantuk pada bucu kerusi, namun apa yang saya tidak boleh menerimanya apabila saya membuat siasatan dan menyusun semula kronologi itu, cerita Bibik tidak konsisten. Ada 3 versi. Punca kecuaian adalah kononnya dia sedang bersolat, lepas tu tukar cerita katanya dia sudah bersolat dan cerita ketiga dia sedang membancuh susu untuk Obiya. Selepas bertanya berulang kali dan Bibik memberikan 3 cerita versi berlainan, haruskah saya mempercayainya?


Bukan itu sahaja, saya boleh menerima cerita ini sekiranya Bibik berlakon menunjukkan keikhlasan meminta maaf di atas apa yang terjadi ke atas Lope. Sayang sekali, Bibik hanya meminta maaf keesokkan harinya apabila saya berulang kali mengingatkannya yang saya akan membuat laporan polis di atas kecuaiannya, segala perbelanjaan perubatan Lope di bawah tanggungannya, di hantar pulang pada minggu hadapan dengan segala perbelanjaan tiket kapal terbang akan ditolak daripada wangnya.

Lebih menyakitkan hati, respon pertama apabila saya menyatakan perkara di atas adalah "kenapa tidak dihantar sahaja esok?! kenapa harus ditunggu sehingga minggu hadapan?" Waktu itu, memang darah saya mendidih. Kurang ajar sungguh dia. Jawapan saya ringkas "sebab nak pastikan saya ada masa yang cukup untuk membuat pemeriksaan ke atas Lope. sekiranya terdapat kecedaraan dalaman atau parut dan calar, saya tak akan lepaskan kamu. Selepas itu, saya akan membuat laporan polis di atas kecuaian kamu." Selepas itu, nada cakapnya pada saya sedikit rendah. Tiada lagi menengking. Tiada lagi 'buat muka' bila saya memanggilnya.

Terlalu banyak perkara yang menyakitkan hati saya pada malam itu. Saya tidak dapat tidur.  Jam 3-4 pagi, Lope merengek memanggil "mam-ma". Melihat keadaan Lope begitu, hati saya rasa 'sakit' dan kasihan pada dia yang tidak mampu menyuarakan kesakitannya. Dimana sakitnya juga saya tidak tahu :( Saya hanya mampu memeluk dan terus-terus membaca ayat kursi dan 3 qul berulang-ulang agar Lope sedikit aman. Sekejap-kejap dia tertidur, dan sekejap-kejap dia terjaga dan merengek lagi. :(

Sejujurnya, saya kesal dengan Bibik yang tidak tahu mengucapkan kata maaf. Dia juga menipu, tidak jujur dan memutar belitkan cerita. Katanya, kecederaan pada Lope itu bukan salahnya. Malah, kecederaan itu boleh berlaku dimana sahaja dan dengan siapa sahaja. Saya dikatanya membesar-besarkan cerita. Apa yang lebih saya kesalkan, rupanya sewaktu saya pulang ke bilik hotel dan dia mengambil sedikit masa untuk membuka pintu adalah kerana dia sedang menyorok kesan bukti kain yang digunakan untuk mengelap darah Lope :(


Allah memang mahu menunjukkan kesan darah ini yang mana, cadar katil ini telah diterbalikkan dan disorok ke penjuru atas sebelah kepala katil. Besarnya kuasa Allah, apabila saya dan Encik Bubu tergamam melihat kesan darah ini, Obiya dengan selambanya datang dan menunjukkan ke arah kesan darah ini sambil menyebut "Lope!". Apabila ditanya kepada Bibik, kesan darah siapakah ini? Dia mengakuinya kesan Lope dan sengaja tidak memberitahu saya kerana khuatir saya marah.

Namun, mengetahui itu adalah kesan darah Lope dengan menjumpainya tambah menyakitkan lagi. Kerana dia menipu, menyorok kesan darah ini, segala kepercayaan yang saya pernah beri kepada dia selama 2 tahun 7 bulan ini terpadam. Saya faham, bermula pada awal tahun 2012 prestasi kerja Bibik tidak menggembirakan saya. Mungkin padanya, kerja ala kadar sahaja kerana dia akan pulang for good pada Julai 2012. Maka kerjanya semua cincai. Banyak arahan tidak dituruti. Malah, ada juga menjawab dan tidak membuat seperti yang saya arahkan.

Saya benar-benar kecil hati. Saya tidak membuat laporan polis, saya tidak mengambil walau sesen pun duit dia untuk bayaran perubatan Lope. Saya memang berhajat menghantarnya pulang secepat mungkin, tetapi rayuannya mohon agar dilanjutkan sehingga Julai 2012 atas alasan ingin kumpul wang untuk keluarga menyejukkan hati saya. Mengenangkan dia juga sudah banyak berjasa kepada anak-anak dan saya sekeluarga, saya menukar keputusan. 

Saya tahu, maaf yang dihulurkan kepada saya di atas apa yang terjadi ke atas Lope adalah tidak ikhlas sama sekali. Namun, saya cuba memaafkan. Kasi muka sebab selama ni saya rasa dia okey tapi saya sesekali tidak dapat memaafkan sikap kurang ajar, tidak kesal dengan apa yang terjadi dan kata-kata yang dilemparkan kepada saya. Saya tidak akan lupa. Mungkin selama ini juga Bibik beranggapan saya terlalu bergantung hidup padanya.

Kerana dia merayu untuk bekerja dengan saya lagi, saya terima bersyarat. Sekiranya saya tidak berpuas hati, saya akan tamatkan perkhidmatannya 24 jam dan akan menghantarnya pulang dengan segera. Nampak gayanya peluang saya itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Bibik kerana semua kerja rumah berjalan seperti dijadualkan. Namun, parut dalam hati masih ada. Saya berdoa agar Bibik dapat menjaga anak-anak saya sepenuh hatinya.

Doakan Lope & Obiya berada didalam lindunganNya. :')

Taken 7th May 2012

Taken on 8th May 2012


Till then, take care.

16 comments:

Kerikil Kehidupan said...

huhu pur sabar ek...geramnya baca...tapi kalau goyang gigi mcm tuh...memang kuatlah jatuhnya...

Siti_btp said...

Betul2 menakutkan tapi Nur pasti ke biarkan sampai bulan 7..Buatnya dia buat apa2 atau disihir ke..Diorang dtg sini semua berilmu..

Pernah terjadi anak jiran selang 3 buah rumah di tinggalkan maidnya begitu shj seorang 1 thn dan kakaknya 2thn..Mak ayah kerja KLCC..

Akak dengar budak menangis lama sangat..Akak pergi jenguk pintu terkunci..Anak2nya kelaparan susu.Kebetulan ada lelaki joging suruh pecahkan pintu selamatkan budak2tu..

Anak normal pun dia buat mcm tu..Inikan pulak anak2 istimewa ni..Berhati-hati Nur selalu balik mengejut.Kalau blh masak sendiri takut dia letak apa2 dlm masakan..Sebab akak yakin dia marah dkt Nur..takut balas dendam

Ma Ri Ni said...

Susah memang nak percayakan orang lain menjaga anak kita. Maybe u boleh coba install hidden camera, kl kat rumah ada internet, u boleh connect ur camera, so kat pejabat, u boleh anytime check keadaan rumah. Boleh baca article yg ada dekat sini, tapi dalam bahasa indonesia, http://theurbanmama.com/topics/product-review/9789/d-link-ip-cam.html

Ma Ri Ni said...

Salam, memang susah nak percayakan orang lain nak jaga anak kita. Kalau dapat best pengasuh, lucky us, kl pengasuh just so so, qt kena extra cautious. Maybe u can install hidden camera, if u hv internet connection at home, u may connect the camera to the internet and u can check ur home situation anytime in ur office. u may refer to this article, but it is written in bahasa indonesia, http://theurbanmama.com/topics/product-review/9789/d-link-ip-cam.html

mrs.spicy said...

allah..kuat jatuh kalau sampai mcm ni sekali kak put..=(

Mamamarina said...

speechless bace.. mmg modus operandi bibik indon same saje.. muke toye + xde nak mintak maaf + cerita berbagai2 versi.. itu lah diorang.
I pernah ade maid indon yg pepagi menangis sambil pass telephone kejutkn I yg tgh tdo.. ade lelaki ckp benarkan die balik sbb emak nye tenat, i cakap nnt i cakap ngan maid la. bile i tenang2 sikit.. i tny sape sakit, die kate mak, i cakap kan aritu kate mak dah meninggal. terus switch cerita kata mak tiri.. i diam aje.

lps tu sepanjang hari boleh aje tergelak2 beramah2 berborak ngan I.. sinetron betul diorang.

-mamamarina-

Zach's Momma said...

ya Allah.. sedihnya tengok lope. sakit hati betul bila baca kisah macam gini.. bibik saya pun haritu cuba sorokkan jari anak yg melecur. bila ternampak n tanya, dia cakap x perasan pun. takde dengar menangis pun.. yer lah tu.. kalau dh melecur gitu, x mungkin lah budak tu tak menangis..
accident could happen anytime, anywhere, tapi sikap dia yg acuh tak acuh tu yg cukup terkilan. minta maaf pun tak :(
semoga anak2 istimewa kita dilindungi Allah sentiasa.. amin..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

menakutkn.. diorang mmg pandai blakon kak. hati2. anak tak mudah dicari. semoga semuanya selamat

.::puterism::. said...

Kerikil Kehidupan,
Memang kuat jatuh, lepas tu sebab cerita dia banyak versi jadi tak tahu sebenarnya macam mana Lope kena :(

.::puterism::. said...

Siti_btp,
Tulah. Bimbangnya nak tinggalkan 2 bulan ni dengan dia. Hajatnya bulan depan nak hantar dia duduk dengan my mom kat Kelantan sampai tarikh dia nak balik. Sebolehnya, tanak 'sakitkan' hati dia sangat bimbang kot-kot dia buat macam-macam kat kita :( Tawakkal je la pada Allah.

.::puterism::. said...

Ma Ri Ni,
Pernah terlintas nak pasang dulu. Tapi memandangkan dia cuma tinggal 2 bulan je lagi dengan kami dan lepas tu maybe dah tak pakai maid. Sebenarnya agak trauma jugak bila tengok anak cedera macam ni, tambah plak tgk kat FB macam-macam org buat budak. Pukul la, tendang la. Kesiannya.

.::puterism::. said...

Mrs. Spicy,
Kuat Farah. Kaput memang naik angin tengok Lope macam tu. Tambah pulak dia tak minta maaf. Memang orang2 goni x gheti minta maaf bila buat salah.

.::puterism::. said...

Mamamarina,
Tulah. Rata-rata Put tanya orang yang ada Bibik pun, bab berlakon dan putar belit cerita adalah no. 1 diaorang ni. Geram sangat bila tengok Lope jadi macam ni. Ntah dia buat apa sebenarnya. :'(

.::puterism::. said...

Zach's Momma,
Ini bukan kes pertama :( Dulu Obiya kena. Kat lutut dia ada kesan lecur. Katanya Obiya main iron masa dia kat toilet. Geramnya sebab dia sorokkan dari kita. Bila tgk Obiya tak boleh berdiri dengan betul dan nak salin baju dia refuse, rupanya lutut dia melecur kena iron. Bila ditanya, pastinya Bibik tidak pernah bersalah. Salah sebab budak la nakal. Habis tu, kita bayar dia untuk apa? Untuk tengok anak kita sakit?! Geram sangat.

.::puterism::. said...

Baby (Mama Amana & Arief)
Tawakal pada Allah setiap hari nak keluar rumah agar budak-budak ni dalam lindungan Allah. :(

izzah azfar said...

kak put..naluri ibu saya menangis..emm..semoga lope kuat ya!