Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

01/05/2012

Apabila Lope marah..

Tobat, Mama serik! 



Saya belum pernah bercerita macam mana Lope bila dia marah. Kan? Lope seperti yang saya selalu ceritakan adalah seorang yang cool. Salah satu sebab kenapa Lope cool sebab dia autism, masih belum bercakap dan masih belum berjalan. Maka, semuanya terhad untuk disampaikan/dilakukan. Sebelum ini, Lope pantang bila panas, lapar, dalam keadaan tak selesa dan sakit sahaja. Namun, ada harinya Lope akan bad mood. Well, sape yang tak pernah bad mood kan? 

Semalam, saya bawa Lope ke kedai gunting rambut. Almaklumlah, rambut Lope dah memanjang dan dengan keadaan panas sekarang ni kesian kat dia sebab asyik bergaru aje kepalanya kepanasan. Rambut pulak lebat. So, semalam saya bawa dia ke TF Barber's kat Alamanda. Sayangnya, Uncle yang selalu potong rambut Lope tak ada - dia bercuti balik India. Aduh. So, semalam brader lain yang guntingkan rambut Lope.

Semuanya okey semasa sesi menggunting tu. Mama sorang je handle, pegang bahu Lope sambil pasang lagu Cuba dan Bencinta. Proses berjalan lancar dan seperti biasa bila rambut di dahi dan tepi sideburn dia akan sedikit kegelian dan takut. Tapi semuanya okey. Rasa sangat Lope dah grown up. Dah tak ada scene menangis bila gunting rambut.

Lepas gunting rambut, sebab Lope behave, biasalah kena bagi dia instant reward. Hari ni saya cuba sesuatu yang berlainan daripada sebelumnya - bawa Lope naik helicopter. :D



Sebelum naik heli ni, ada terjumpa sorang junior. Sorry sebab Kakput lupa :) Thanks sebab tegur, kalau tak memang tak perasan. Maafkan saya :) Dalam video ni nampak tak Obiya yang over posing? :p Keseluruhannya, saya cuma suka Lope duduk dalam heli ni sebab dia bergelombang dan nampak effort Lope sedang mengawal keseimbangan badannya.


Kisah bermulanya Lope bad mood sejurus sahaja balik dari Alamanda. Selepas Lope mandi, saya dengan sengaja ajak Lope ke depan cermin dan cakap "Wah! Hensemnya rambut baru Lope" dan bermula dari situ dia menangis tak henti. Bila Lope bad mood, memang susah nak amankan dia, nak pujuk atau nak akal dia bertenang. Kalau dah sampai tahap ni, saya pasang lagu Uncle FT 2 album pun dia tak layan dah.


Mama dan Abah berborak lepas tu gelak - dia protes. Menangis selama 20 minit. Kemudian saya ambil dan cuba dodoikan Lope tido. Semasa saya tepuk dia, adalah masanya saya ni berhenti babap dia, menangis lagi tambah 20 minit. Lepas tu, Obiya datang menyanyi kat depan dia pun dia menangis dan pekik lagi. Jumlah keseluruhan Lope buat perangai adalah hampir 1 jam setengah.


Serik sangat saya nak memujuk.


Akhirnya, jam 9 malam both Lope & Obiya dah dibawa masuk ke bilik. Perintah bergelap dikuatkuasakan. Masuk bilik, Mama layankan aje Lope menangis, pujuk, berzikir, ulang baca Alfatihah, Ayat Kursi, 3 Kul (ini rutin sebelum tidur so dia tahulah dia akan tidur kejap lagi) dan Obiya yang tidur dulu diikuti oleh Lope setengah jam kemudian.


Kesimpulannya, saya tahu kenapa Lope bad mood.


Sebab tukang gunting rambut adalah orang berbeza dan bukannya Uncle. Untuk makluman, inilah Lope, anak autisma saya yang mana kehidupannya adalah berkisar kepada rutin yang akan berulang. Pantang baginya berubah tempat, makanan dan juga persekitaran. Juga, pantang baginya 'merubah' rutin yang sering dia lakukan. Rutin boleh diubah namun akan mengambil masa. Selalunya sesuatu rutin boleh diubah sekiranya Lope diterangkan lebih awal dengan perubahan sesuatu rutin itu dan dia bersedia.


Kes semalam, Mama langsung tak pesan SEKIRANYA Uncle takde maka orang lain kena potong rambut. Maka, itulah harga yang Mama perlu bayar. Lope tak puas hati satu malam dan cranky. Tapi, hari ni Lope dah takde moody dan ini adalah gambar Lope yang diambil pada jam 9 pagi 1 Mei 2012.


Comot ;)




Pandang kamera




Cubaan nak senyum :)


Budak tak dengar arahan :P


Muka forever my baby :')


Muka protes.


Ala-ala model tak pandang kamera ;)



Renungan menikam kalbu? Auw~


Nak dapatkan semua post kat atas ni bukan senang nak bekerjasama dengan Lope. Sebelum gambar di atas berjaya diambil, ini dia buat sebelum mood baik ikut arahan Mama.







Apapun, ini adalah gambar yang paling saya suka ♥ ♥ ♥
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Nampak mature
Nampak macho 
Nampak "so-abang"
Nampak "anak-mama-dah-besar"

Till then, take care.

2 comments:

:cahya schatz: said...

Masha Allah... Hensem nya lope... :)
Kiss dari aunty liza....

1na said...

Salam,
Rmh puteri kt precint brp? Akak precint 8

Thanks =)