Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

25/04/2012

My Nestle Incredible Story

Pernah tak korang rasa lapar dan tak tahu nak makan apa? 

Sure pernah, kan? Saya memang selalu macam tu :P Perkara paling simple, sedap dan selalu saya buat adalah dengan mencari sebungkus mee dalam pack kuning ini.
Sempena 100 tahun Nestle - saya nak kongsi cerita mengenai saya dan Mee Segera Maggi. 

Okey, ini adalah kegemaran saya. Dulu, masa saya kecik Kak Yan lah orang bertanggungjawab yang kenalkan Maggi Perencah Kari kat saya. Waktu tu saya masih belum bersekolah, 25 tahun yang lalu yang mana pack Maggi bukan macam dalam gambar ni dan yang mana harganya di kedai cuma 50 sen. Waktu tu, memasak Maggi dirumah adalah 'satu kesalahan' sebab Cik (mak) agak sentap la bila anak-anak makan Maggi sebab dia penat-penat masak. Bukan nak cakap makanan Cik tak sedap, tapi semangkuk Maggi yang direndam dengan air panas adalah awesome. Tambah sedap lagi sebab kami terpaksa berkongsi semangkuk maggi dan kadang-kadang mungkin sampai bertiga sebab Abang Khas juga akan interframe.


Bila usia makin meningkat pula, Maggi menjadi 'makanan' dikala PMS nak datang. Selalunya, seminggu sebelum PMS, terasa sangat nak makan asam-asam. Paling saya suka - Maggi Asam Laksa. Ya Allah, sedapnya. Waktu nak tulis ni pun, mulut dah kecur bila teringatkan rasa asamnya yang real. Sama juga, direndam dengan air panas adalah yang terbaik. Biar mee sedikit kembang dan baru makan.

Bukan itu saja, Maggi ni juga bila kita buat Maggi goreng, campur sawi dan kubis sket dan dimakan dengan telur mata! Pergh. Maggi Goreng Mamak nak sedap lagi campur udang. Pernah sekali pegi rumah arwah Ayah Lope (uncle Bubu) then Auntie masakkan Maggi Goreng macam dalam gambar ni.


Juga, ini adalah versi rajin sket bila masak maggi dicampurkan dengan telur juga lazat!


Pernah juga makan Murtabak Mini Maggi yang Fatin Liana masak - masa tu dia tak kawin lagi, sama-sama melepak dirumah Ayah Di dia kat Segambut.


Terima kasih Nestle diatas penciptaan Maggi Mee Segera ini. Dari kecil sampai sekarang, saya bertuah kerana selepas 70 tahun Nestle berada dimuka bumi ni baru saya lahir :) Teruslah menghasilkan produk yang sedap, mudah dan menggembirakan. Saya yakin, anak cucu cicit saya di masa akan datang juga akan menulis sesuatu seperti ini menghargai Nestle.


Saya menghargai Nestle dan rangkaian produknya yang sedap, lazat dan mudah untuk disediakan sebab tu saya menyertai My Nestle Incredible Story. 




Korang pun sama nak kongsi cerita mengenai Nestle? Klik sini


Tahniah Nestle untuk 100 tahun bersama kami dan beribu lagi di masa akan datang :D

No comments: