Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

03/04/2012

Light it up BLUE!

Semalam - 2 April adalah Hari Kesedaran Autisma Sedunia. 

Dah nama lagi ingin menambahkan Kesedaran, maka saya membuat satu jemputan di Facebook meminta kepada rakan, teman dan keluarga yang prihatin agar memakai pakaian berwarna biru agar menyokong kempen kesedaran ini.

Kempen yang saya ini sebenarnya tidak melibatkan kos dan masa, sekadar menyatakan sokongan dan prihatin kepada individu Autisma dengan memakai pakaian berwarna biru. Rancaknya kempen ini di group Autisme Malaysia, begitu juga rancaknya saya canang di Twitter, Facebook dan Fanpages.

Saya sangat bertuah kerana saya dikelilingi dengan rakan, taulan dan ahli keluarga yang prihatin dengan kempen ini. Tapi, tak kurang juga yang tertawa melihat saya gigih di Facebook dan Twitter mencanangkan orang apa itu Autisma. Tak apa, ketawalah sebab anda tidak dikurniakan Allah dengan pemberian yang istimewa ini. 

Ada juga yang bertanyakan kepada saya Autisma itu apa. Ada juga yang memang tak tahu Autisma itu apa dan menyokong dan bermacam lagi. Paling bermakna, kerana kempen saya ini juga, saya menemui seseorang yang pada kecilnya seorang autistik dan kini menyambung pengajian di peringkat ijazah - pulih sepenuhnya dari Autisma!

Bermaknakan Kempen Kesedaran Autisma ini? :-)

Hari ini, saya kongsikan sebahagian mereka yang menyokong Hari Kesedaran Autisma yang mana terdiri daripada insan-insan Autisma sendiri, rakan taulan, celebriti dan juga public figures yang membantu saya menyebarkan kesedaran ini. 









































































Terima kasih!

Sebenarnya, bagi saya Kempen Kesedaran Autisma ini tidak dilakukan pada 2 April sahaja tetapi setiap hari melalui penulisan saya disini, hebahan di Facebook dan juga Twitter. Itu sahaja medan yang saya ada bagi mendidik rakan, taulan dan keluarga saya dengan kewujudan individu Autisma. 

Sebelum saya berakhir, budak pakai baju merah kat bawah ini pun nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membantu Mamanya berkempen semalam. Dia juga nak pesan, kalau sesiapa yang berjumpa dengan dia tapi dia tak pandang, tak jawab soalan atau tidak bersalam - sila ambil maklum dengan tulisan di bawah gambar ini ;)


Till then, take care.

5 comments:

asmak binti rosli said...

kakak we'll do anything to support you
coz we are sister...

eMMe said...

Put, saya sentiasa menyokong kamu...
moga ape yg kite usahakan, membuah kjayaan...

Kamu insan yg cekal n tabah Put!

smsaroni said...

syabas dgn usaha anda!

Mommy Gaban said...

Nice entry.. Btw Eusoff pun tak penah salam dgn sapa2. You are not alone Sis.. saya dah biasa dgn pandangan "Eh, dia ni tak ajar ke anak dia salam dgn org tua?".. Guess what? Ada aku kesah? Happy Autism Awareness Month :))

l i e y n said...

GOOD JOB SIS!!!