Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

05/04/2012

Bulan Kesihatan Mulut 2012 - Kaviti Sifar



Selain Bulan Kesedaran Autisma Sedunia, bulan April juga adalah Bulan Kesihatan Mulut (Oral Health Month) yang mana dilancarkan oleh Colgate bagi memotivasikan rakyat Malaysia tentang penjagaan kesihatan mulut untuk kehidupan yang lebih sihat. Bagi tujuan ini, pelbagai acara diadakan melibatkan orang ramai, promosi keluarga dan kehadiran artis selebriti. Kempen yang diadakan untuk tahun ke-9 berturut-turut ini merupakan usaha sama tahunan antara Colgate-Palmolive Sdn. Bhd. dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dengan sokongan Bahagian Kesihatan Mulut, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Dengan tema "Misi Kami : Kaviti Sifar" , Bulan Kesihatan Mulut 2012 bermatlamat untuk melibatkan lebih setengah juta penduduk Malaysia dalam beberapa siri roadshow menerusi 772 buah klinik pergigian ahli MDA bagi mendidik dan menyedarkan orang ramai tentang amalan kesihatan mulut yang betul disamping menyediakan pemeriksaan gigi percuma sepanjang bulan ini.

Semalam, bertempat di 1Utama, pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rosnah Shirlin bt. Haji Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan disaksikan oleh Dr. Md. Muzaffar Hamiruddin, Presiden MDA berserta para wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Colgate-Palmolive dan MDA. Lebih menariknya lagi, bagi menjayakan kempen ini, Faizal Tahir yang dilantik menjadi selebriti bagi majlis ini hadir bersama-sama anak-anaknya Ahmad Mikaeel Zidane, Siti Raudhah Nur Iman dan Ahmad Rifa'ie Zidane. Majlis pelancaran ini juga turut diserikan lagi dengan kehadiran kanak-kanak daripada Sekolah Komuniti Rohingya, Cheras yang dijemput khas oleh Persatuan Yellow House bagi menyokong pemeriksaan pergigian kerap di usia muda untuk mulut sepanjang hayat. 

Dr. Mohd Muzafar Hamiruddin - Presiden MDA bersama Datuk Rosnah - Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan John Hazlin - GM Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd melancarkan Bulan Kesihatan Mulut 2012.
Matlamat Bulan Kesihatan Mulut 2012 yang bukan sahaja menyediakan pemeriksaan pergigian percuma dan mengedarkan sampel-sampel produk sahaja, tetapi  untuk menerapkan pemahaman yang mendalam di kalangan orang ramai mengapa kesihatan mulut yang baik penting bagi kesejahteraan dan masa depan keluarga mereka. Kempen ini juga selari dengan matlamat kesihatan mulut Organisasi Kesihatan Sedunia iaitu Start Early, Healthy Mounth for a Healithier Life.

Kanak-kanak di bawah naungan Persatuan Yellow House Kuala Lumpur telah dijemput untuk menjadi tetamu pertama pada pelancaran Bulan Kesihatan Oral 2012.
Kempen Kesihatan Mulut 2012 adalah selain untuk mendidik ibubapa mengenai kepentingan penjagaan mulut yang baik dan mendidik ibubapa tentang kepentingan kesihatan mulut sepanjang hayat, ibubapa digalakkan untuk datang sendiri membawa anak-anak ke tapak-tapak pameran untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian percuma, nasihat pakar, sampel produk Colgate dan menikmati modul-modul pendidikan kesihatan dalam cara yang menyeronokkan dan interaktif bagi seisi keluarga. 


Bukan itu sahaja, julung kalinya Colgate akan mengadakan pelancaran kempen Lawatan Pergigian Pertamaku iaitu satu peraduan terbuka kepada orang ramai yang bertujuan untuk menggalakkan amalan keberishat mulut dan juga pemeriksaan pergigian yang kerap sebagai aktiviti tetap keluarga. Dengan kempen ini, orang ramai berpeluang membawa anak-anak mereka bercuti ke Universal Studio, Singapore.




Ini pula pesanan dari Faizal Tahir selaku Supporting Celebrity for Oral Health Month.


Jangan lupa sertai Bulan Kesihatan Mulut ini dengan hadir sendiri bersama keluarga.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:


Buat sesiapa yang berada di kawasan Cyberjaya/Putrajaya, jangan lupa datang 
pada 20-22 April di Guardian Putrajaya.


Till then, take care.

1 comment:

Irfa said...

teringat 16hb ni kena bawak hero saya ke spital sbb ada 'daging tumbuh' kat bibir bawah dia..