Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

01/04/2012

Bulan Kesedaran Autisma

Selamat datang bulan April. 

Tidak ramai yang tahu bahawa bulan April adalah bulan kesedaran Autisma dan secara rasminya 2 April 2012 adalah sambutan Hari Kesedaran Autisma Sedunia. Bagi menyokong hasrat murni ini, apa kata korang pakai baju kaler biru pada 2 April? 


Mungkin masih ada yang kurang arif, apakah itu Autisma. 

Autisma didefinasikan kepada kecacatan perkembangan disebabkan gangguan neurologikal yang mempengaruhi fungsi otak. Individu yang menghidapi Autisma mengalami masalah dari segi interaksi sosial, komunikasi, kecacatan deria, kelakuan dan cara bermain. Sehingga ke hari ini, punca Autisma masih belum diketahui dengan sahih. Bangsa, keturunan, tahap pendidikan dan pendapatan ibubapa atau kelas sosial bukan punca autisma.

Kajian kes di Amerika Syarikat pada tahun 2002 menunjukkan 1 dalam 150 kelahiran adalah kanak-kanak autisma, walau bagaimanapun angka ini meninggakat kepada 1 dalam 110 kelahiran pada tahun 2006 dan dijangka ianya meningkat kepada 1 dalam 88 kelahiran mengikut data pada tahun 2008

Autisma boleh terjadi kepada siapa sahaja dan boleh dikesan seawal usia 2 tahun. Jadi lebih prihatin kepada individu yang menghidapi Autisma dengan mengenali mereka. Sekiranya anda adalah ibubapa, berikut adalah ciri-ciri individu Autisma.

- Tidak suka bergaul
- Tidak peka kepada kesakitan
- Tidak suka dipeluk
- Tiada eye contact
- Gemar membuat perlakuan berulang kali

Sekiranya ada ciri-ciri di atas, silalah dapatkan nasihat dan pandangan pakar perubatan.


Sekiranya anda prihatin, jangan lupa memakai pakaian berwarna biru pada 2 April 2012 (Isnin) menandakan anda sedar dan prihatin terhadap individu Autisma.


Klik SINI untuk memberi sokongan anda.

Till then, take care.

6 comments:

Pnut said...

ingat nak pakai baju biru... tapi takder baju biru... (tgk status awak kat fb smlm)

erkkk bukan baju biru takder... tapi baju biru dah ketat semula.. baju tu mengecik.. wakakakakakak

zura_habib said...

sy n habib pki biru tp xleh nk msk gmbr sbb hp xcanggih

Ibu Adam said...

i don't really know it autism awareness day today. Bloghopping and tersinggah sini.

But guess what! I am wearing blue today. :-) Just want you to know that my respect goes out to you!

.puteri nuur at-terawis. said...

@Pnut,
takpe kak, tanpa baju biru pun, akak dah tahu apa itu autism. :-) thanks for your concern kak.

.puteri nuur at-terawis. said...

@zura_habib, hp tak canggih pun tapi ada kamera hok canggih. sila upload :p

.puteri nuur at-terawis. said...

@ibu adam, thanks for your support. Xx