Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

25/04/2012

Barbie & Obiya

Semenjak dua menjak ni, Obiya dah mula menunjukkan ciri-ciri 'gegirl' dia. Bermula dengan suka semua benda kaler pink, Obiya juga dah tahu macam mana nak menjaga penampilan diri. Oh ye, penampilan diri ye. Anak perempuan saya dah besar :D

Penampilan diri tu adalah dengan memilih pakaian sendiri. Seawal usia 3 tahun, Obiya dah tahu memilih. Selepas mandi, dia akan pilih sendiri dan apa yang pastinya pakaian kegemaran Obiya haruslah berwarna pink. Pernahlah baju yang dia nak pakai tu tak kering lagi dan sebagai tanda protes dia tak nak pakai baju. Geez, kids nowadays!

Tak memadai dengan baju, dia juga dah pandai nak sikat-sikat rambut ni - sebab tu rambut haruslah panjang dan tak nak ikat. Kat rumah tu, semua sikat dia simpan kat tempat mainan dia. Tambah lagi, kalau sikat tu kaler pink. Haruslah dia angkut jadi harta terus. Sambil sikat-sikat rambut, dia akan humming sambil berlakon. Oh, mungkin sedang bermain dengan imaginary friends dia :p Oh, bukan itu saja, hobi Obiya adalah suka sikat rambut Mama & Lope jugak. Selalunya Lope la yang jadi mangsa eksperimtasi Obiya :)

Nak tiru minah ni la maka rambut tak boleh nak diikat - nanti tak gegirl kot :p

So, rasanya ini adalah perfect gift untuk Obiya yang sangat gegirl. 

Barbie®’s Fashion Combo 
Barbie yang stylo ni siap ada 5 set persalinan, ada handbag & 5 pasang kasut! 


Selain didatangkan dengan warna pink - ada juga 5 pasang outfit yang sangat awesome disitu. Rupanya, macam ni ada anak perempuan :P So, hujung bulan ni nampaknya Mama dia pun kopak la kena beli Barbie ni buat balik rumah. Retail price is only RM99.90 - kurang seposen je RM100. 

Don't worry, materials sesuai untuk budak-budak buat eksperiment pakai dan tanggal pakaian sendiri. Selain diaorang having fun pakaikan baju cantik kat barbie, diaorang juga belajar macam mana nak menggunakan kemahiran hidup dan common sense nanti bila bermain dengan mainan.

Tugas kanak-kanak adalah bermain. So, berikan mereka tugasan untuk belajar ;)

Till then,  take care.

No comments: