Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/04/2012

Akhirnya, Lope akan ke "sekolah"

*mix-feeling*

Sebelum bercerita mengenai sekolah Lope, geramnya sebab apa yang dirancang tak menjadi. Lain yang dirancang, lain yang menjadi. Namun, semua tu ada hikmahnya.

Kononnya nak join family Superkids ke Kelumpang. Siap packing barang dah. Siap dah bayar deposit resort tu. Siap dah beli raw materials nak tapau food untuk makan malam tu. Alih-alih Encik Bubu bawa bad news bila dia pergi workshop petang Jumaat tu sebab air-cond kereta bukan habis gas tapi bocor. So, kena baiki dan masuk workshop. Maka, tak berani nak berjalan tanpa aircond kalau bawa Lope. Nanti eczema dia makin teruk, tambahan pulak sekarang ni musim panas macam ni.

Sobs.

Siap buat banner bagai. Alih-alih, banner je sampai, tuannya tak pegi -___-"

Sebab dah janji dengan Lope dan Obiya weekend ni akan 'keluar' maka kena juga fulfill apa yang dijanji. Mesti buat. Malam sebelumnya, saya sengaja browsing page IMC Training Centre.   Sebelum ni memang dah tahu Farid dan Ita dah hantar Alisya, Ina & Zul dah hantar Nabila, Jiey dan Minn dah hantar Ian dan Zura & Shah dah hantar Habib ke sini. So, selepas beberapa round istikarah, beberapa siri perbincangan dengan Encik Bubu, akhirnya semalam hantarlah email kepada Mrs. Sunny. 

Suprisingly, Mrs. Sunny reply terus malam tu minta saya bawa Lope ke IMC untuk assessment. Seriously cuak dan berdebar nak bawa Lope ke sini. Cuak sebab saya terlalu protective bila dengan Lope. Bimbang kot-kot Lope akan diabaikan. Okey, Mama dia terlalu cuak. Tapi dengan segala gelojak rasa perasaan tu, selamat juga bawa Lope berjumpa Mrs. Sunny kat IMC.

Friendly adalah perkataan yang sesuai saya gambarkan pasangan Sunny ni :) Alhamdulillah, perasaan yang pertama hadir dalam hati saya tatkala melangkah masuk ke dalam IMC adalah meyakinkan. Bukan saya tidak pernah pergi meninjau 2-3 pusat penjagaan kanak-kanak khas sebelum ini, tapi IMC membuatkan hati saya terpaut. Selepas di assess - Lope dibiarkan berdiri, bersendiri, didudukkan, diberdirikan, digolek dan dibiarkan sendiri, saya lega apabila Mrs. Sunny cakap "the hope is there for him to walk".

Hanya sebaris ayat tu dah membuatkan saya lega. Sangat lega. Setelah 5 tahun, itu yang saya harapkan untuk Lope. Berjalan sendiri (sekurang-kurangnya) dan seterusnya menguruskan diri sendiri. Mengikut Mrs. Sunny dia nak Lope datang terus lusa (30 April 2012, Isnin). Saya dan Encik Bubu belum memberikan kata putus.  

Kenapa kami masih ragu-ragu?

Secara jujurnya, saya masih belum bersedia 'melepaskan' Lope. Bersedia dalam konteks secara mental. Selama ini, saya selalu cakap kat diri sendiri, Lope akan ke "sekolah" bermula Julai. Lusa adalah terlalu cepat untuk saya.

Kedua, bersedia dari segi kewangan. Apabila Lope melangkah ke sekolah, kedudukan kewangan saya juga turut melangkah. Dengan komitmen yang saya ada sekarang, bukan senang untuk saya  mengaturnya. Kenapa Julai baru saya mampu? Sebab masa tu Bibik dah terbang pulang ke Indon. Maka, peruntukan gaji Bibik barulah boleh disalurkan kepada Lope. Oh, ketatnya kedudukan kewangan saya. Sobs.

Ketiga, secara psikologinya saya merasakan saya perlu memberi gambaran lebih awal kepada Lope. Saya kenal siapa Lope. Kalau mahukan dia bersedia, pesan, pesan dan pesan kepadanya bahawa kelak dia akan bersekolah. Kelak dia akan ditinggalkan sendirian tanpa Mama mahupun Bibik yang akan menyuapnya makanan dan memegang botol susu apabila mahu diminum. Juga, tidak ada 'alert' dari Obiya yang memberitahu Mama mahupun Bibik bahawa Lope "poo-poo".  Oh, sedihnya Mama :')

Keempat, sekiranya Lope ke sekolah, maka Obiya juga harus sama ke sekolah. Memandangkan Obiya masuk sekolah mulai Jun, maka saya merasakan adalah patut mereka masuk sekolah serentak. (Lepas tu kalau dua-dua budak masuk sekolah, apa nak dibuat dengan Bibik kat rumah waktu paginya? Tengok sinetron kah?) :p

Mata kiri Lope sedikit bengkak dan merah :(

Kelima, Lope kemungkinan sakit mata :( Semalam, seharian berjalan dan matanya sedikit bengkak dibawah mata dan bertahi. Lepas tu, Lope kerap gosok dan cucuk mata. Mungkin dia rasa mata berpasir. Masih dalam pemerhatian.

Maka, its official Lope hanya akan melangkah ke sekolah pada Jun 2012 atau pun seperti perancangan asal pada bulan Julai 2012. Harapnya dalam tempoh 2 bulan ini, saya boleh 'melepaskan' Lope pergi, berdikari, sendiri di sekolahnya. Saya tahu dan saya yakin dia akan dijaga, diajar dengan sebaiknya tapi...

Oh, tapi itu yang bencinya sebab saya akan runsing, bimbang, gundah gulana memikirnya Lope sepanjang hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang tanpa saya mahupun Bibik. Ya Allah, permudahkan untuk Lope saya.

Ceh! sebulan lagi Mama. Let him go!

Till then, take care.


teka siapa punya dinner?

p/s: i love weekend sebab boleh main masak-masak kat dapur :p

3 comments:

deelira@deeliraz said...

InsyaALLAH lope pasti boleh kak put. semog segala2nya dipermudahkan untuk LOPE.

lurun namzar said...

moga segala2nya dipermudahkan utk akak sekuarga. :)

Annie Han Yeon Rin said...

Salam Put,

Perancangan put tu sudah cantik sangat ^_^. Lepaskan lope untuk lebih mengenali dunia luar. Insyallah, dengan bantuan dan pertolongan dari cikgu disekolahnya boleh mendidik lope lebih berdikari.

kak sha dah lama sangat tak jengah sini.. rindu nak baca coretan put tapi tuntutan kerja buat kak sha tak dapat nak selalu jengok.

Put, kalau tak silap kak sha.. kak sha ada email put berkenaan dengan permohonan ke ** kan? why not try sekali lagi dan if put dapat interview.. kak sha akan cuba tolong put masuk sedaya upaya kak sha..

Please.. mohon sekali lagi.. demi lope ok..

Salam.