Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

13/04/2012

12 April 2012 = 5!



Someone is adding another number to his age.

Happy (belated) 5th Birthday, Lope!

Mama tulis ni untuk Lope - edisi ke 5 :) 


Mama harap, bila Lope pandai baca, Lope faham apa yang Mama tulis, Lope akan baca kesemua catatan Mama tulis untuk Lope di setiap hari istimewa Lope. Insya Allah, dipanjangkan usia, dengan izin Allah, Mama yakin Lope akan mampu membaca catatan Mama ni.


Lope,


Hari ini genap usia Lope 5 tahun. 5 tahun bukanlah jangka masa yang sekejap. Hari ini, dari segi fizikalnya - alhamdulillah. Lope anak Mama dah besar panjang - 112cm & 17kg weight. Anak Mama membesar menjadi seorang anak yang sangat kacak (sengaja puji dan selalu sebut sebab itu adalah doa :P) dan makin lama makin tinggi. Anak Mama yang sorang ni suka berus gigi, suka makan porridge ayam dan kalau tak ada sayur sawi atau carrot dia akan buat muka boring ;) 


Sebulan dua ni, Mama biarkan rambut Lope jadi panjang macam rambut The Beatles. Rambut didepannya hampir mencecah mata dan sideburn pun dibiarkan panjang. :P


Oh, ini Ringo - bukan anak Mama :)


Warna kulit, rambut dan mata masih tidak berubah dengan yang Mama lahirkan 5 tahun lepas. Gigi Lope juga dah tumbuh cantik, tersusun putih. Anak Mama ni rajin berus gigi, tak makan junk food dan tak hairanlah giginya cantik :) 


Ini anak Mama - gambar tak clear tapi nampak gigi putih :)


Lope,


3 tahun dulu, Mama selalu tunggu tempoh anak Mama menjengah ke angka 5. Angka 5 adalah benchmark yang Mama letak untuk melihat Lope berjalan. Walaupun Mama tak mampu nak capai benchmark tu lagi dan Mama sedikit terkilan, Mama rasa ini bukanlah hari yang sesuai untuk Mama nak fikirkan perkara yang tak gembira tu.


Lope di usia 5 tahun masih belum bercakap namun Lope mampu berkomunikasi dengan Mama. Alhamdulillah sebab Allah berikan Mama instinct untuk memahami Lope. Tanpa perkataan, tangisan, dengusan dan pekikan adalah cara Lope menyampaikan komunikasi dengan Mama. Mungkin tidak apa yang membanggakan, tapi Mama tetap bersyukur kerana Lope mampu mengeluarkan 'bunyi' dan menangis walaupun kadang-kadang pretty annoying :P


Lope,


Insya Allah, tahun 2012 adalah tahun survival kita bersama (auw!) Mama janji, tahun ni dengan segala rintangan yang Mama ada, Mama akan cuba usahakan sesuatu untuk Lope. Perancangan Mama sentiasa ada, namun kudrat dan halangan sentiasa ada membataskan. Mama tahu, Allah sengaja bagi Mama kesusahan dan halangan untuk bentukkan hati Mama jadi orang yang kuat tapi Mama tahu, Allah tak pernah silap anugerahkan Lope untuk Mama kerana Allah memberi peluang, ruang dan kesempatan untuk Mama besarkan anak syurga sepeti Lope.


5 tahun usia Lope, maka 5 tahun jugalah Mama belajar menjadi orang yang lebih baik. Besarnya hikmah disebalik kelahiran Lope untuk Mama. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Lope. Macam Mama selalu cakap, selemah mana pun Mama, Lope tak pernah sekalipun gagal buat Mama tersenyum, hanya dengan satu panggilan "Ma" dari mulut Lope. 5 wonderful years!


Lope,


Selamat hari lahir, Lope. Dalam doa Mama, Lope sentiasa ada. Pada Allah, Tuhan yang satu yang Maha Mendengar, Mama minta segala kebaikan dikurniakan kepada anak Mama yang seorang ini. Untuk jangka masa pendek, Mama mengharapkan Lope mampu berjalan di atas kaki sendiri. Insya Allah, dengan izin Allah di atas segala kerajinan dan kegigihan Lope, Lope mampu melangkah, mampu bercakap, mampu menjaga diri sendiri. 


Dengan bantuan Personal trainer ni yang tak putus-putus membantu si abangnya, Mama yakin Lope mampu berjalan dengan jayanya :-)

Lope,

Sepanjang 5 tahun ni, Lope tak pernah menyusahkan Mama dan Abah dan Mama yakin, sampai bila-bila pun Lope tak akan. Mama nak Lope tahu, Mama dan Abah sayangkan Lope lebih dari kami sayangkan diri sendiri. Mama yakin, Obiya juga sayangkan Lope - maka, sebab itulah setiap kali dia keluar dari rumah, dia akan sebut nama Lope dan menangis bila Lope tak ikut. :')

Doa Mama, Lope akan menjadi anak yang kuat dari segi fizikal dan mental. Anak yang akan membahagiakan Mama dan Abah, seorang abang yang akan menjaga adiknya (Insya Allah) dan tak banyak yang Mama minta, cukuplah bila Lope besar nanti Lope boleh jaga diri sendiri tanpa menyusahkan orang. Dilindungi hidup Lope dari segala malapetaka, dijauhi dari perbuatan jahat orang serya dipelihara kehidupan Lope di dunia dan di akhirat. Tak lupa juga, ramai orang mendoakan kesejahteraan Lope - saudara mara dan kawan-kawan Mama juga Uncle FT ;)


For the record, inilah birthday boy masa 3 tahun 11 bulan - picture taken sehari sebelum birthday on 2012

.
.
.
.
.


.
.
.
.
.

dan, inilah adalah gambar di hari kejadian ;)

.
.
.
.
.


Uittss, birthday boy kantoi pakai Tabloq kat rumah :P

Happy 5th Birthday, Lope!

Xoxo - Abah, Mama, Obiya & Bibik.

p/s: hadiah kena tunggu Abah balik dari Jakarta :)

7 comments:

Mama Likha said...

Lope............................... luv yu. :')

nuyunn said...

Ya Allah..handsomenyer Lope..walaupun makcik tak kenal Lope (cuma kenal dalam blog)..nak juga ucap happy birthday..nanti bila Lope dah boleh baca comment ni jgn gelakkan makcik yer..

Zach's Momma said...

Happy Birthday Lope! Untie doakan semoga Lope sihat2 selalu :)

Siti_btp said...

Selamat Hari Lahir Lope..
Pandai Lope berus gigi cantik giginya.
Comel mukanya mcm anak mat salleh ..

Anak bongsu akak Firdaus pun 5 thn bln 2 hari tu,masih tak berkata apa2 ..Hisap botol lagi tak kira budak2 ejek ke.

Memang kena sabar sangat.Anak sulung akak pun masih akak mandikan juga kedua.Mcm jaga kembar 3..Di orang pandai susun bantal pun cukup dah mengembirakan..Nak hantar sekolah mahal(NASOM) tak mampu..

Gaya Lope mungkin blh berjalan tak nak guna walker ke memang bahaya tapi dia merangsang kaki kena tunggulah..Selalu geletek kakinya dan urut dgn minyak jeslin oil..

Lamanya akak membebel mcm blog akak pula..

Syahida said...

Happy 5th Birthday Lope!

Aunty syida doakan semua yang terbaik untuk Lope. paling penting, sihat2 & happy selalu..cepat2 pandai jalan hokay!

Amin.

Life is LiKe CupCaKe said...

salam..kta baru jumpa blog ni..akak tabah...wpun kta blm da anak tp kta guru pen.khas y ajar budak cam anak akak...akak ibu y prihatin...dan kta dapat blajar dari pgalaman akak ni... ^^

nifalnin... said...

selamat hari lahir megat idris...

semoga kamu dan keluarga akan terus ceria dan lebih bersemangat utk hari2 mendatang...tahniah buat semua...

acik doakan idris diberi kesihatan dan kejayaan dunia akhirat... aminnnn...


put,
1st time jumpe lope kat ioi dulu, niza suke sgt2 tgk dia... putih-bersih-suci wajahnya... dia memang anak yg kacak dan manja...