Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

22/03/2012

Taktik Menculik Anak di Pasaraya.

Berkongsi artikel ini dari FB.


Baca, ambil iktibar dan perhatikan anak-anak semasa di tempat awam.


xxxx


Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. 

Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging , dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.   

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.   Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.

Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan  rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.   

Siapa pun yang melakukannya -  iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air ,  cukur rambut dan tukar pakaiannya  -  melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. 

Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.   

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya ,  apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.   

SEBARKAN BERITA INI  SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

5 comments:

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

sekarang mcm2 tektik..kita sebagai ibu dan bapa ni jadi takut...

Irfa said...

penah baca emel ini
sgt menakutkan.mintak jauh dr anak2 kita semua

.puteri nuur at-terawis. said...

Betul Cik Jue. Takutnya bila pegi mana-mana bawa Phia. Lope tak pelah sebab dalam stroller kita tolak. Rasa tak selamat.

lurun namzar said...

takutnya zmn skrg nie.
g mana2 mmg rasa xselamat.
duk umah pn rasa xselamat gak. :(

Siti_btp said...

akak pernah tegur seorang ibu di pasaraya JJ sebab dia biarkan babynya sorang2 dlm stroller, dia pegi cari saiz baju, baby dahlah mcm anak org putih mcm anak2 Nur..Dia marah kat akak mcm harimau nak terkam mangsa..

Nak tegur salah,
Tak tegur serba salah...