Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

22/03/2012

Kebab Beef BBQ

2-3 hari ni dah muak makan nasi. 

Muak sebab makan banyak sangat :P So, sekarang ni bernafsunya dengan makanan yang bukan nasi. Semalam, sebelum balik dari pejabat sempat google resepi Kebab Daging. Original resepi amik dari Kebab Daging Simple. Lepas baca apa yang patut, pegilah cari barang-barang yang diperlukan yang mana takde dalam friedge kat rumah - daging dan timun.

Mengikut resepi asal yang diupload oleh Arbiah Aziz, dia menggunakan daging cincang aje tetapi memandangkan Encik Bubu suka makan lauk banyak-banyak, instead of beli daging cincang, saya beli daging BBQ. Kalau korang tinggal kat Putrajaya, nak dapatkan daging BBQ ni, silalah ke Cold Storage ye, diaorang dah marinate. Tapi, kalau nak buat sendiri pun, senang sangat cuma perlukan lebih masa nak marinate daging tu.

So, ini bahan-bahannya. Saya ubah sket je dari resepi asal kat sini.

- Daging cincang 200gm - saya guna daging BBQ. Kalau nak buat kat rumah, perapkan dengan lada sulah, bawang putih, jintan manis

- 2 batang Lobak merah (dihiris halus) - saya potong dadu

- 4 biji telur (goreng cincang)

- 2 biji bawang besar (potong dadu)

- 1 sudu kecil Lada hitam (ditumbuk halus) - saya tak guna sebab daging BBQ dah memadai.

- Roti pita

- Sos cili/tomato

- Timun - dipotong bulat

- Tomato buah - dipotong dadu

Mayonnaise / thousand island - ikut suka korang. 

Cara Membuatnya:

- Panaskan minyak. Goreng telur dibuat dadar kemudian angkat.

- Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. 

- Bila dah naik bau, masukkan daging. 

- Apabila daging dah separuh masak, masukkan lobak merah tadi. Masak sehingga empuk.

- Masukkan tomato buah, kemudian diikuti dengan sos tomato/cili. Bila dah nampak masak semuanya, angkat.

- Potong roti pita. Sapukan mayonnaise / thousand island mengikut kesukaan anda. Susun timun yang dipotong bulat dan isikan inti tadi.

Tada! Sedia dimakan ;)


According to FIL, ini bukan kebab tapi shawarma ;)

Kepada ada yang bertanya resepi, silalah mencuba. 

2 comments:

alyyani said...

i've been waiting for this entry. sebab semalam tgk kat tweet mmg dah terliuq! bole je buat sendiri. rajin dgn tak je. *berkata pada diri sendiro* :p

.puteri nuur at-terawis. said...

Aly,

Sangat mudahhh. Roti pita tu, phia makan macam tu je dengan mayo dan carrot. daging dia tak makan ;)