Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

07/03/2012

Bantal MAS


Hari ni terima satu email dari someone yang bernama Riza *Hello Riza* <--- in case awak ada singgah dan baca entry saya ni.  Saya rasakan email dari Riza ni sangat comel. Jadi, tanpa teragak-agak saya nak kongsi email dia. Ni saya sempat buat printscreen dan paste kat sini. Kalau nampak tak clear, sila double click untuk besarkan gambar.



Sejujurnya, dua tiga kali saya baca email dari Riza ni. Selepas dua tiga kali baca, barulah saya gelak dan timbul rasa kesian. Tapi saya juga rasa sedikit terkilan dan terasa seperti dipermain-mainkan. Saya agak terkilan kerana saya rasakan seperti awak sedang menyembunyikan identiti dengan mewujudkan satu email baru untuk berkomunikasi dengan saya.  

Apapun, memandangkan dia mengambil masa dan effort menulis email ini, saya nak jawab email ini secara terbuka kat entry ni. 

Saudara/i Riza,

Terima kasih sebab menulis email yang panjang itu kepada saya dan juga gigih menyertakan hyperlink sebagai bukti dimana awak jumpa blog dan alamat email saya. Saya bersimpati dengan nasib adik awak yang kehilangan bantal MAS tu. Saya juga bersimpati dengan awak kerana disebabkan bantal MAS tu, adik awak merajuk bagai. 

Untuk makluman awak, setahu saya bantal MAS itu memang tak dijual. Saya dapat tupun sewaktu travel international flight - rasanya penerbangan domestik dah tak dibagi bantal tu. Masa tu Lope (anak saya) sedang tidur, maka bantal tu dah jadi souvenier dia. 

Sebenarnya memang saya ada 2 bantal tu, 1 adalah kepunyaan Lope dan 1 lagi  saya dah bagi pada Jujue sebab dia suka tidur dan bekalan untuk dia. Macam mana pun, seperti yang awak maklum bantal MAS tersebut telah saya berikan pada Jujue. Bantal yang ada dalam simpanan saya adalah kepunyaan anak saya, maka saya minta maaf saya tak akan jual (melainkan awak datang jumpa saya dengan adik awak tu, mungkin saya boleh ubah keputusan saya :P) Tak pun kalau awak serius nak kan bantal MAS tu, trylah email Jujue kot-kot dia sudi jual.

Sekian, terima kasih.

Inilah entry yang buat Riza email kat saya. 

http://meindayellowworld.blogspot.com/2011/04/monday-bluesss.html
Kalau-kalau sesiapa yang ada bantal MAS yang lebih dan rasa nak tolong Riza, silalah kesian.

Till then, take care. 

11 comments:

Norazo Aslan said...

Terbaekk puter! To riza, sya simpati. Tp sya pn x dpt nk membant

Irfa said...

sebenarnya bantal tu mmg tak jual dan hanya untuk kegunaan dalam kapal sahaja...kecuali smuggle ;)

dr sy mas staff..hehe

.puteri nuur at-terawis. said...

Irfa,

Bukam smuggle, tapi masa tu Lope tengah tido selepas 4-5 jam mengamuk dalam flight. So, diaorang pun tak berani nak tarik bantal kat kepala & Lope peluk - sebab tu dapat 2 biji. Memang untuk souvenier pun tak dijual ke?

Irfa said...

puteri ;)
maaf saya gurau je.mmg bantal tu tak jual tapi kalau penumpang guna dan lupa nak return anak kapal takkan mintak balik,lagipun kes awak ni Lope sedap tido takkan nak mintak jugak kan.

mmg tak jual sbg souvenier.bantal tu mmg sedap tido kan?lembut je..hehe

.puteri nuur at-terawis. said...

Irfa,
No worries. Bantal MAS tu memang sedap sebab bulu ayam kot :P btw, by any chance, macam mana nak tolong kawan kita Riza ni dapatkan 1 bantal tu?

jUliANa^sAlLeh said...

bantal tue souvenir dr kak put...wendu2 kak put boleh polok bantal tue..

eima said...

hahah mmg tak dijual ... tp klu nk bantai ke brg dlm kapal member aku kat MAS subang bleh dptkan ... tp aku mls nk amik kat die ....


Riza tu sgt pelik kan ... ahhahha tipu tu

mas airlines pillow said...

Tipu? Tipu utk dapatkan sebiji bantal? Takpe lah, maafkan saya kerana mewujudkan perasaan syak dari semua pihak. Saya just mengharapkan pertolongan, itu sahaja. Takpe lah, minta maaf lagi sekali.

Assalamualaikum.

Note: The only reason why "secret identity" - I've received a few "laughing" responds from few parties which I've requested for help. And those made me look stupid. Thats all I can say. Thanks.

.puteri nuur at-terawis. said...

MAS Airlines Pillow,

Maaf kalau saudara/i rasa terguris sebab saya sedikit ragu-ragu. Saya minta maaf sebab saya cuma ada 1 dalam simpanan - itupun kepunyaan anak saya.

Irfa said...

puteri ;)
saya ada hantar emel kat awak ttg bantal tu..nanti reply yer

Irfa said...

tq ;)