Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/03/2012

Anak cacat sebab kenan, dosa keturunan sebelumnya dan kawin sedara. WOW!

Lama rasanya tidak duduk dan menulis. Hari ini, petang Jumaat. Boss dah lama angkat kaki dan ruang pejabat sudah hampir sunyi. Alhamdulillah, petang Jumaat sebetulnya memang begini. Teman sepejabat akan pulang lebih awal. Ada yang menyampah dengan jalan yang super-duper sesak di hari Jumaat. Nasib tak hujan.

Dua tiga minggu lepas, saya ikut Bubu pergi majlis keluarga. Nama pun majlis keluarga, maka Lope dan Obiya juga diangkut bersama. Disana, ada lah seorang makcik ni. Saya sendiri kurang arif macam mana jadinya dia dengan saya, yang pasti kami bersaudara dari sebelah suaminya.  Ini kali pertama kami bertemu. Makcik ni keluarga jauh dengan saya. Makcik ni dalam lingkungan 60 tahun kot. Masih cantik. Bermake-up bagai. Saya sendiri naik malu sebab memang saya tak selenga. Malas nak taruk warna dimuka.

Lama kelamaan duduk, dia akhirnya menegur saya. Mungkin dia perasan yang Lope ini anak istimewa. Yelah, siapa tak perasan selepas seminit memandang Lope. Memang lain.  Bila dia tanya kenapa, saya tak harapkan orang faham bila saya cakap "Anak saya Autism dan Delay" jadi, nak pendek cerita saya cuma cakap "dia anak istimewa" selepas saya sebut Autism dan Delay muka dia susah nampak nak digest ape ke bendanya.

Lepas tu, mulalah dia 'berceramah'. 

Bermula dengan perkataan "kesian" kemudian dia mulalah buat statement syahdu-syahdu. Saya yang mungkin dah lali, kasi senyum jelah. Saya tak salahkan orang kalau nak kesian dengan kewujudan Lope ni. Dari part kesian, saya layankan aje. Lepas tu, tahap keprihatinan Makcik ni meningkat, dia mula tanya apa Lope boleh buat. Saya pun dengan bangganya ceritalah, anak saya umur 5 tahun minggu depan ni dah boleh duduk tegak, berjalan di atas lutut dan ada menunjukkan minat nak tarik badan dan berdiri. Mungkin cerita saya ni tak berjaya nak impress Makcik ni. Yelah, anak tu umur 5 tahun kot.

Pfffftttt!

Dia pun mulalah tanya saya macam ala-ala polis buat siasatan "Masa mengandung dulu, ada kena kenan ni kot" Deng! Kenan tuh. Saya kurang dengar saya tanya balik "Kena apa Makcik?"  Dia pun mulalah explain. Kenan ni kot-kot masa mengandung saya terkejut dengan apa-apa ke. Saya pun, jawablah seingat saya takde. Pastu, dia sambung lagi. Anak cacat ni sebenarnya ada jugak orang kata sebab nak hukum kesilapan mak bapak dia atau keturunan yang sebelumnya buat banyak dosa.

Saya dah speechless.

Tak pun sebab kahwin sedara. Megat dan Puteri. Sambung Makcik lagi. Masa tu, saya masih memangku Lope di atas riba. Dalam hati secara tiba-tibanya rasa macam panas je. Panas macam rasa nak lempang orang. Tapi, nasib saya baik sebab saya masih rasional.

Secara cool, saya jawab kat Makcik yang sangat prihatin dengan nasib saya dikurniakan anak OKU ni.

"Makcik, mungkin betullah saya atau suami atau keturunan sebelum ni ada buat banyak dosa, tapi itu semua bukan tugas manusia nak pertikaikan. Berkahwin Megat dan Puteri ni pun, secara biologinya saya dah check bertahun-tahun kat hospital, dia cakap tak ada kaitan pun sebab kami bukannya first cousin"

Lepas tu, Makcik tu agak perasan suara saya makin meninggi kot. 
Saya pun terperasan jugak :P 
So, saya coolkan sedikit.

"Takpelah dapat anak cacat macam Makcik cakap pun. Sekurang-kurangnya, Allah bagi saya anak. Allah nak tambah pahala, nak top-up balik saya atau keturunan saya yang lepas-lepas dah banyak buat dosa tu dengan jaga anak macam ni."

Lepas tu saya bangun. Kononnya nak dodoikan Lope nak tido. "Budak besar macam ni, manalah orang dukung dah. Kesian dia." sempat lagi Makcik ni tambah.

Oh, terima kasihlah Makcik.

Statement Makcik tu dari kenan, dosa lampau, kawin sedara dan anak berat tu semuanya buat hati saya macam dihiris-hiris tau. Makcik tak kenal pun siapa saya. Makcik sendiri tak tahu pun nama saya siapa. Saya rasa orang macam Makcik ni lebih baiklah duduk diam-diam aje daripada bercakap. Saya sendiri pun tak pernah kenal Makcik. Saya sebenarnya bawa Lope pegi majlis keluarga bukan nak raih simpati orang, tapi biar sedara kenal dia dan saya pun nak kenal sedara mara.

Allah jadikan saya sebesar ni bersebab lah Makcik. Anak saya beratnya 17kg. Kalau badan saya 40kg je, manakan mampu nak dukung, nak mandikan anak sebesar ini. Anak saya memang tak boleh berjalan, nampah bodoh dari kaca mata Makcik sebab dia asyik gigit jari sambil beratus kali ulang sebut "Abah-bah-bah" tapi saya tak pernah nampak pun semua itu satu kekurangan dan kepayahan untuk saya. Dia sebut "Abah-bah-bah" beratus kali ada baiknya juga dari dia bisu. Takde suara langsung!

Setahu saya, hari tu anak saya tak susahkan Makcik pun. Makcik duduk aje atas kerusi sofa yang empuk kat bawah aircond tu. Anak saya dok dalam stroller dia, sebelah Makcik sebab dia takleh panas nanti badan dia rashes. Badan dia rashes tu pun sebab kenan apa plak agaknya Makcik?

Sedikit kesusuahan untuk Makcik hari tu, mungkin sebab bila anak saya menangis mengantuk. Sakit telinga Makcik dengar kot tapi cucu Makcik yang sebaya dengan anak saya tu lagi hebat. Panjat kerusi, pekik dan menangis serentak tu. Takde plak saya pegi syarah kat papa dia kenapa dia jadi macam tu sebab mak bapak atau keturunan dia pun perangai macam tu ke sebelum ni?

The only thing Makcik pandang Lope dengan pandangan menjengkelkan sebab Makcik nampak dia seorang yang cacat.

Cacat.

Saya bukanlah angkuh tak menerima belas kasihan orang. Saya berterima kasih. Tapi kalau macam cara Makcik ni, terima kasih sajelah. 

Saya cuma harapkan penerimaan Makcik sama dengan cucu Makcik yang sebaya Lope tu. Itu aje. Tak perlu kasihankan saya. Selagi saya mampu, saya bela anak saya sendiri. Selama ni pun, bukan saya susahkan Makcik nak bela dia. Tapi, hari tu, saya takde pun cakap macam ni kat depan muka Makcik. Makcik nak tahu kenapa? Sebab saya hormatkan Makcik. Pastu, saya takde pun menangis depan Makcik sebab saya tahu, air mata tak akan keluar dari mata saya, tapi dalam hati saya rasa sangat sakit, sedih. Orang kata makan dalam wooo.

Pandang muka ni...


Dia sengaja tarik mata dia macam tu, konon nak bagi effect muka sadis
Tapi, Makcik tahu dia bukan cacat jadi mata Makcik pandang dia pun lain.

Tapi, muka comel ini - Walau dia comel mata Makcik tetap pandang dia lain sebab dia cacat katanya.


Terima kasihlah Makcik. 
Makcik sangat awesome!

Till then, take care.

9 comments:

Lady Windsor said...

Salam Put,
Letih nak mengadap orang dangkal pengetahuan macam tu kan.. awak ni sabar betul...kalau akak lah dok ada kat tempat Put, tak pasal je la makcik tu nak kena sound berapa upah makcik dapat dengan lecture jumud cenggitu...

Kerikil Kehidupan said...

huhu put bergenang air mata kak nani...sellau kena macam tuh...sebab tu kadang2 tak suka g kenduri...apa pun harap kita berdua tabah ek...salam peluk cium buat lope dan obiya....

shikin said...

pedulikan dgn pendapat org2 yg cetek pengetahuan spt tu.....moga sue terus cekal membesarkan lope.....

Mommy Gaban said...

Anak saya tidak ada kelainan dari segi fizikal, tapi dia autistic. Semuanya nampak normal kecuali non-verbal dan behaviour dia yg hyper, suka menjerit dan kdg2 suka baring kat atas lantai/tanah. Lagilah selalu disalha tafsir sebagai budak yg lepas laku. Orang akan memandang dia dgn pandangan: "Nakal betul budak ini." atau "mak bapaknye tak reti ke ajar anak?".. Itu realiti pahit yg harus ditelan.. Takkan kita nak annouce guna pembesar suara: "Woii..orang2 kampung, anak saya bukannya nakal tapi dia autism!"..

Sabar ya Put..besar ganjarannya di sisi Allah. *Hugs..

ME said...

Salam Puteri,
saya pernah menerima cakap begini, lebih2 lagi bila saya berkahwin dgn my 1st cousin. betul.. sangat2 pedih kata2 yg tidak saja membantu malah menikam itu .. semoga Allah memberi mereka hidayahNya. Siapalah kita untuk menolak jodoh yg di tentukan Allah. Sedari anak sulung saya, ramai yg rajin menilik mencari kelemahan baby saya. Alhamdulillah Allah kurniakan 3 anak normal, dan dianugerahkan anak terakhir autism. Kalau nak cari kelemahan, rasanya tidak ada insan di dunia ini yang tidak pernah berdosa .. tapi pada saya Allah itu Maha Adil & tidak akan meletakkan dosa ibubapa atau keturunan pada anak kecil kita. Semoga mulut yg berkata2 itu mendapat hidayah sebenar pencarianNya kenapa kita menerima Anugerah ini, pada saya kita tidak perlu mencari2 kenapa sbb Dia telah menyatakan hanya yg layak saja berhak menerima Anugerah anak syurga yg insyaAllah akan membantu kita di Sana.... Wallahualam

Asfarina Asma Mohamad said...

Salam Puteri,

Entri Puteri buat saya geram, marah, sedih terhadap sesetengah org yg tak faham dengan kita yang ada anak istimewa ni. Memang susah nak fahamkan sesetengah org yg masih berfikiran kolot. Apa yang Puteri rasa saya pernah alaminya. Perit hati tapi saya tetap bangga menjadi ibu kepada seorang anak yg terlalu istimewa. Tapi nak cakap satu kat Puteri, handsome nya Lope! Sejuk jer hati bila tengok gambar dia ;)

Babybatriesyia said...

saya terserempak ur writing secara tidak sengaja....suddenly saya sedih dengan mentaliti orang2 sebegini....saya juga ada anak istimewa, dan yg lebih sadis pemikiran anak saya normal menyebabkan dia selalu bertanya kenapa orang selalu mempertikaikan diri beliau....saya cuma boleh cakap "bagitau je itu urusan Allah....sudah takdir"....anak saya tidak sempurna fizikal walau pada mata kasar tak nampak...dia sendiri tidak pernah memperkecilkan dirinya walaupun saya perasan bnyk mata2 selalu memandang dia kerana dia jenis tidak mempedulikan kata2 orang...bila orang tanya kenapa dia begitu, saya pun tidak terkata2....pernah sorang makcik tegur saya dan tanya apa suami saya dah buat masa saya preggykan dia dulu....seperti awak, terasa nak lempang muka orang2 ini....kalau le terjadinya anak itu mengikut citarasa saya, x de sapa pun mintak anak diberikan sumer kekurangan ini...dah tentu2 kita susun elok2 kecantikan anak kita....tp Allah lebih mengetahui setiap kejadian-Nya....moga Allah tabahkan hati saya dan anak untuk hari2 mendatang dia....dan semoga kita sama2 diberikan Allah kekuatan akal dan fizikal untuk memberikan yang terbaik buat anak2 ini....

suteq said...

saya pun pernah melalui pengalaman mcm ni dan perasaan panas rasa nak terajang org juga saya rasa masa tu...mmg dangkal pemikiran mereka yg bukan berstatus makcik pun sama,,,igt kan org tua je rupanya dangkal tidak mengira usia....moga kita semua diberi kekuatan,,,
saya juga punya anak autism kini berusia 7 tahun....
ya Lope hensem lah.....
anak2 syurga,....hendakNya...amin

nur amni said...

Hensem...serius lope hensem..anak saya pun autism..alhamdulillah ..sy beryukur sgt. Saya byk belajar dr dia. teguran allah pd kami suami isteri melalui anak kami..dosa silam ke ape ke lantaklah. Memang kita manusia yg berdosa pun sebab tu kita disuruh solat,bertaubat dan sbgainya...allah maha pengampun.. selagi bukan dosa murtad..maka bertaubatlah. jgn kita hanya pandai menghukum..

Semoga puteri tabah dan bykkan bersabar..jom jln2 ke blog saya..tq