Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

12/02/2012

Obiya is 3!

Anak adalah harta yang tak ternilai. Dulu masa saya baca orang tulis macam tu, rasanya tak sampai maknanya ke dalam hati saya. Tapi, bila diri sendiri dah jadi Mama, baru saya faham kenapa orang tulis macam tu. Anak adalah pengubat segalanya juga sumber kekuatan setiap ibu dan bapanya. Saya yang letih balik dari pejabat saban hari akan jadi 'segar' apabila membuka pintu rumah dan salam saya bersambut oleh Obiya yang akan berlari ke pintu sambil memanggil 'mama' dan memeluk saya. Kepenatan itu juga akan serta merta hilang apabila saya mencium Lope. Walau tidak kaya dengan ekspresi gembira, senyum dan ketawa kecil dari Lope sudah membuatkan saya rasa sayalah ibu yang paling bertuah didunia.

Ajaibkan kuasa seorang anak ke atas ibunya? :-)

Semalam, 11 Februari 2012 - genaplah Obiya 3 tahun usianya. Alhamdulillah. Sepanjang 3 tahun pertama usianya, Obiya lahir dan membesar dengan membawa seribu satu rahmat kepada mama dan abah. Berbeza 360 darjah berbanding Lope, Obiya memberikan warna dan pengalaman baru kepada kami berdua. 

Sebagai mama, memang ada banyak perkara yang Obiya buat yang mencabar keimanan contohnya dengan tumpah air, menangis, tak dengar kata dan etc. Tapi, semua tu boleh buat saya cair bila anak kecil ini datang memeluk mamanya sambil menyebut 'hugs' ataupun dengan air mata bergenang di tubir mata, dia datang memeluk dan mencium mamanya. Saya tak menyangka makhluk sekecil ini mampu menyentuh hati dan perasaan yang begitu mendalam. Ajaibkan?

Tak macam birthday girl lain, kesian Obiya takde kek dan hadiah untuk dia semalam. Hadiah tu tetap ada, cuma mama dan abahnya delay sket nak bagi. Mula-mula ingatkan nak bawa je Obiya pegi makan kek kat mana-mana tapi Abahnya suggest pegi main air memandangkan kami memang dapat family voucher kat theme park tu. So, okeylah alang-alang nak spend satu hari dengan birthday girl. Aktiviti main air memang dia suka.

Selepas zuhur baru kami bergerak ke Shah Alam. Alhamdulillah, cuaca pun baik macam merestui je aktiviti birthday girl nak main air. Kami sampai sana pukul 3 petang. Obiya yang memang pakai swimming suit dari rumah lagi, bila nampak aje air terus histeria nak main air. Tak sampai 5 minit kemudian, 2 beranak tu dah basah kuyup main air. Saya, Bibik dan Lope masih gigih di tempat persalinan menukar pakaian Lope. 

3 by the birthday girl ;-)
Hampir 4 jam di sana, barulah kami pulang. Itu pun, bukan mudah nak balik sebab birthday girl masih tak puas hati nak main air. Menangis, meronta, merayu dan berguling-guling bila diajak balik. Nak tak nak, Abahnya terpaksa mendukung dan mandikan dia sebelum pulang. Masuk aje dalam kereta, tak sempat apa-apa dah tidur. 

Happy 3rd birthday, Obiya! 

1 comment:

Princess Nur said...

hepi phiaa!! mmuaahhss...