Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

22/02/2012

Marilah menconteng dinding, lantai dan badan sendiri - Obiya

Ekoran daripada entri Darah Seni Yang Berlebihan Dalam Badan Obiya yang saya tulis dulu, kali ini Obiya buat lagi. Kalau sebelum ini di dinding, kali ini di playmat dirumah menjadi bahan eksperimen Obiya seterusnya.

Sedikit rasa bersalah kerana gagal mengawal rasa marah tatkala melihat hasil kreatif si anak. Tanpa sempat mengambil gambar sebagai bukti, saya terus membawa playmat ke tandas dan membasuhnya. Fuh! Berketul juga la lengan saya yang segar bugar ni nak menenyeh hasil dakwat pen yang diconteng mengikut dot dot dan contengan abstrak ditengah-tengahnya. Hasilnya 5 keping playmat dibasuh, disabun dan disental oleh mama Obiya. 

Selepas dah cuci semua, perbincangan dari hati ke hati pulak dengan Obiya. Tiap kali saya sebut perkataan 'conteng' atau 'siapa buat' Obiya terlebih dahulu menangis. Sesi perbincangan secara terus adalah gagal. Lepas nampak dia teruk menangis, saya longgarkan keadaan yang tegang tadi dengan ajak Obiya makan kinder bueno. 

Comelnya dengan drama queen saya ni, selepas rasa bersalah dan nak ambil hati mamanya, masa saya tengah bercakap tu dia akan datang dan mencium pipi mamanya. Setiap kali itu juga, Obiya tidak pernah gagal membuatkan saya berhenti bercakap dan speechless. Dalam hati masa tu rasa macam 'Ya Allah, cairnya mama' :P

Kesimpulannya, bila anak conteng dinding biarkan sahaja. Jangan disekat kebebasan anak nak berkarya, jangan marah dan sila kawal kemarahan terhadap mereka. Saya yakin, ekspresi pertama bila tengok dinding, lantai atau badan anak kita ada conteng-conteng sure terpekik :P Saya pegi rumah kakak saya, hasil abstrak dan artistik anak-anak dia lagi banyak, tapi mak ayah diaorang steady je. Bukan nak cakap Obiya boleh conteng dimana-mana sahaja, tapi ajarkan pada dia untuk menyalurkan hasil kreativiti dia di atas kertas. 





Ini sengaja saya tampal balik nasihat dan tips dari orang-orang yang dah melalui ataupun melalui fasa yang sama dengan saya sekarang. So, keputusannya saya perlu carikan drawing blocks, kertas majung dan washable marker/crayon untuk Obiya. Bila tengok Obiya rajin menconteng sana sini, terfikir juga, kalaulah yang menconteng itu Lope, adakah saya akan terkejut macam ni? Saya pasti, jika penconteng itu adalah Lope - maka saya akan bersujud syukur kerana dianugerahkan kebolehan menconteng. :P

Till then, take care.


6 comments:

eMMe said...

kenkadang tak jadi nak marah, sebab lucu dgn gelagat2 anak2 sebaya obiya...hehehe... Put penyabar org nye, saya tahu...hehehhe~

Noina said...

Tersenyum baca entry ini. Nama pun anak ripikal :) phia dah besar :) betul kata put,klu lope yg conteng,bukan put je sujud syukur,ina pun sama :) amin

Irfa said...

sama lah ngan anak kecik sy kat rumah tu.zaman si kakak dulu tak penah pulak dia menconteng dinding.huhu

.puteri nuur at-terawis. said...

Emme,
Bersabar pun sempat lagi bertempik dengan mulut mamanya laju je Obiya kena lecture :p

.puteri nuur at-terawis. said...

Ina,
Put memandang mereka dari perspektif yang berbeza. Mungkin ini tidak adil bagi Lope & Obiya. Mamanya terpaksa tukar undang-undang, hukuman sama akan dikenakan kepada Lope sekiranya melakukan kesalahan, sama juga dengan Obiya. Tiada pengecualian.

.puteri nuur at-terawis. said...

Irfa,
Jangan halang, dia sedang mencurahkan kreativiti dia :P