Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

09/01/2012

Weekend pertama 2012

Sabtu - 7 Januari 2012


Bangun pagi, siapkan masak untuk orang-orang dirumah. Terkejar-kejar sebab liat sungguh nak bangun dari tempat tidur, almaklumlah sabtu kot.

By pukul 9 dah sampai ke UKM untuk attend kelas untuk ibu bapa kepada anak autisme. Kelas kali ni cover topik Strategi Komunikasi oleh Puan Nor Shahrina Zawawi dari HUKM. Banyak sangat info yang dapat, nanti akan buat entri lain nak kongsi ilmu yang dapat tu. Lepas habis kelas sempat la bertegur sape dengan parents yang lain. Rasa dekat sangat di hati dengan diaorang ni.

Kepada mana-mana parents yang berminat nak join, jangan lupa next class:

Tarikh: 29 Januari 2012 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan, UKM Bangi
Tajuk: Behaviour Modification




Balik dari UKM, bersantai-santai sekejap dengan Lope dan Obiya. Malamnya, saya ke Bukit Jalil dengan Nyah dan anak-anaknya. Pergi buat apa? ;-)


Mula-mula jumpa kat depan Tugu Keris ;)




Pegi tengok perlawanan Sumbangsih 2012 di antara pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan. Resultnya semua orang dah tahu kot. Kelantan tewas kepada Negeri Sembilan. Game yang buat saya kecut perut. Bestnya pergi kali ni sebab ada 2 orang kawan lama saya Lily dan Lina yang tengok sama :) 


kat kiri tu namanya Lily dan yang tengah handsome tu Ateef
Oh, ini pula gambar Lina. Almaklumlah, sebab dia photog maka gambarnya memang susah nak dapat gambar kami bertiga :P


Btw, korang nak muka yang flawless ke??


Muka Ateef yang frust sebab TRW kalah - well, we all DO!
nota kaki: Lina masih single :")


Ahad, 8 Januari 2012 (Ahad)


Bangun-bangun pagi tak tahu nak masak apa. Selongkar apa yang ada dalam fridge, alkisahnya inilah breakfast kami anak beranak.


spaghetti carbonara version syok sendiri
Masak banyak sebab memang tak gheti nak masak sket-sket. Sangat simple. Kalau korang nak tahu resepi, sila klil SINI. Selepas masak, baru teringat yang Yong takde - dia ke Singapore. Mulalah nak buat perkhidmatan delivery makanan. Tahu siapa mangsanya?

KnotwiseLayaleyaTirex, Nurul & Pa'ie

Ajak Tirex pegi buat delivery ke rumah Layaleya. Alih-alih sampai aje sana ada budak tak nak naik sebab berkenan dengan playground kat situ. -____-" Nak tak nak, Layaleya and the gang la datang picnic kat bawah :')

orang gigih main panjat-panjat
Sape jaga sape ni? :P
Tiba-tiba jadi anak Pa'ie ;)
p/s: muka adalah photostat muka mamanya!

Tengah syok Obiya dok conquer sensorang playground tu, datang sorang budak lelaki ni dengan ayah dia. Mula-mula, saya nampak Obiya jauh-jauh je, tapi makin lama makin dekat.  Saya biarkan je sebab saya nak tengok macam mana social skill dia memandangkan Obiya tak pegi playschool lagi. Kot-kot la tak nak kasi orang lain guna ke playground tu.


video


Saya mulanya rekod video ni secara diam-diam je, alih-alih si budak lelaki tu datang dan kemudiannya diikuti dengan Obiya. Tu yang saya gelak besar tu. Petangnya pula, kami sekeluarga menjalani hari sihat dengan tema - mari berjalan di Pusat Maritim Putrajaya. Viewnya adalah superb! Kami ni sebenarnya menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk berjalan 10,000 langkah sehari. Berjalan petang tu aje lebih kurang 3KM to and fro dan ambil masa dalam 45 minit. Slow kan? Almaklumlah kenderaan berat. Hahaha.

Tengok view, bukan orangnya.

Pasangan cucu dan atuknya ;)
Pasangan Lope dan Abahnya.

Obiya yang berhenti dan bertempik "Mama!" sambil tunjuk building nun di sana. Rupanya, dia tunjuk office Mama!
So, itulah weekend pertama saya di tahun 2012. Rasanya aktiviti berjalan ni perlu diteruskan lagi (memang perlu!) nak-nak dah buat pengakuan kat Kak Pnut hari tu kat FB dan tadi pun Kak Pnut ada tanya dah ke blom. Ngeee. Blom kak, saya blom buat. Slowly :P

Ok then, till then. Take care.

No comments: