Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

26/01/2012

PETRONAS StreetSmart di Petrosains, KLCC

Sape penah pegi Petrosains? Okey, sila angkat tangan sambil baca ni. 

Sebelum ni, saya selalu je fikir Petrosains ni adalah tempat budak-budak nak belajar apa-apa sahaja tentang sains. Pasa saya, ianya lebih kurang macam fungsi  Pusat Sains Negara. Eheh. Sampailah saya diberi peluang untuk menerokai Petrosains baru-baru ni, barulah saya tahu apa sebenarnya Petrosains. Semua tanggapan awal yang rasa macam Petrosains sesuai untuk budak-budak sekolah aje adalah sama sekali salah. Sama sekali salah ye. 

Lepas ni, kalau mana-mana parents rasa nak bawa anak-anak atau trip satu keluarga, saya sarankan jomlah bawa diaorang ke Petrosains. Paling terbaru, Petrosains sedang menjalankan kempen Street Smart yang sesuai dengan pelbagai peringkat usia. Sesuai sebab pelbagai aktiviti yang segara dan interaktif disediakan kat sini. Senang juga, sebab disamping membawa anak-anak berseronok, diaorang boleh belajar dan berhibur dalam masa yang sama.

Menariknya, kita akan ditemani oleh seorang tour guide yang akan membimbing dan memberikan penerangan kepada kita. Menarik okey sebab kita boleh cuba dan guna apa sahaja yang ada dalam exhibit hall tu. Macam contohnya, orang di bawah ini.

Ini adalah tour guide kami untuk hari tu. Bermulanya dari pintu depan sampai habis semua benda kami explore, dialah orang yang ada disisi kami. Tak jemu kasi penerangan dan jawab soalan kami yang macam-macam :-)
Bila korang melangkah masuk ke dalam ruang pameran, inilah yang disediakan.



Sangat - sangat pasti kalau bawa Obiya datangi, dia akan berjalan ala-ala macam kereta dan ikut laluan tu.  Korang nampak tak berbagai-bagai model kereta dalam gambar ni. Ehem, meh nak cerita keseronokan mencuba semua model-model ni. 

Add caption
Sebagai seorang pemandu, saya sendiri selalu ambil mudah dengan  peraturan lalu lintas dan etika membawa kenderaan. Contoh paling senang, bila orang call, selamba je jawab call :P Ini namanya Fatal Distraction. Kita kena pandu, dan masa kita pandu tu, adalah telefon bunyi. Kita jawab or sms. Pernah tak terfikir sebab kita jawab call atau sms tu kita mungkin akan kehilangan nyawa? Hargai nyawa anda, kita cuma ada satu nyawa sahaja.




Seterusnya Safe Riding. Untuk mat-mat rempit sekalian. Saya pernah la bawak motor dulu. Dulu tu zaman-zaman study, zaman-zaman merempit :P Masa bawak motor memang takde langsung sedar apa dan perlu buat. Apa effect bila buat itu ini. Bila try usha Safe Riding ni, baru tahu apa impak kepada penunggang dan pemandu kat jalan raya. Korang patut try. Seronok sangat.

Ini pula masa Encik Bubu try goggle ni yang mana nak test macam mana penglihatan orang mabuk. Ada beberapa tahap la, mabuk banyak ke mabuk sket. Sebab bila di suruh berjalan lurus, Encik Bubu weng dan jalan entah apa-apa tah.


Lepas tu, saya paksa plak Encik Bubu test pulak buat ni. Kesiannya sebab dia colour blind maka teragak-agak la dia nak mix and match :P


Keseluruhannya, Petrosains menyeronokkan. Saya memang menyarankan untuk ibu bapa bawa anak-anak ke sini. Sekurang-kurangnya, peruntukkan selama 2 jam untuk menerokai Petrosains. Selepas semua aktiviti selesai di Petrosains, bolehlah makan-makan di KLCC dan nak shopping pun mudah. 

Bermula 17-31 Januari 2012, Petrosains mengadakan kempen istimewa untuk PETRONAS StreetSmart. Pelbagai acara untuk anak-anak dan ibubapa disediakan. Selain kesedaran di jalan raya, anda sekeluarga boleh bergembira dan belajar.


Kalau ada plan nak kesana, pastikan waktu operasinya terlebih dahulu.


Apa yang suka juga adalah kerana si cantik-cantik ini.


Bertemakan 1Malaysia tu :-) Saya paling suka minah kadazan tu. Sweet dan pandai menari. 

Untuk sebarang pertanyaan, korang boleh singgah website Petrosains atau pun hubungi mereka untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.



So, apa tunggu lagi?
 Jom kita ke Petrosains dan bergembira dengan kempen  PETRONAS StreetSmart.

1 comment:

Iriene said...

Pernah pergi semasa anak masih kat primary school. Memang best. Kadang-kadang ada special exhibition juga.