Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

20/01/2012

PETRONAS Chinese New Year Photography Contest : Reimagining Energy™


Sempena Chinese New Year, PETRONAS ada buat satu contest photography - Reimagining Energy™. Bagi tujuan itu, satu Special Preview for PETRONAS Chinese New Year Campaign telah diadakan di Galeri Petronas minggu lalu. Sebelum bercakap banyak, nak tanya ni, korang dah tengok ke iklan PETRONAS untuk CNY tahun ni? Kalau belum, silalah klik video kat bawah ni.




Setiap tahun, iklan-iklan Petronas kan semuanya menyentuh jiwa dan raga. Tahun ni jugak, sempena Chinese New Year di tahun Naga ni, iklan Petronas guna tajuk "Coming Home" yang mana dah buat pengambaraan di Malaysia, England, Belgium, China dan India dan mengisahkan 6 cerita yang berbeza. Meaningful bila kita tahu sesibuk mana pun kita, kita tetap akan kembali kepada keluarga untuk sambut hari yang bermakna. Dalam iklan ni, salah satu yang comelnya dia tunjuk sorang dentist kena posting kat pedalaman India (comel bila dia cakap India). 


Masing-masing sibuk dengan cara masing-masing nak uruskan hidup tapi at the end, diaorang akan "coming home" jugak untuk celebrate CNY - tak kiralah secara fizikal sambut dengan orang-orang tua for makan-makan atau Skype aje pun. Janji matlamat diaorang sama, masih mengekalkan tradisi turun temurun walau sejauh mana melangkah dalam kehidupan diaorang.


 Datuk Mohammad Medan Abdullah sewaktu memberikan ucapan pembukaan  kepada wakil media


Walau siapa pun kita, sejauh mana kita melangkah, kita masih kita, orang yang sama yang mewarisi adat warisan turun temurun. Tak kiralah apa juga rintangan yang kita hadapi dan bagaimana kita mengatasinya yang penting sering berpandangan positif dan melihat sesuatu cabaran itu sebagai peluang untuk menjadi yang lebih baik. Okey, lebih kurang macam tulah kata Datuk Mohammad Medan Abdullah pada hari tuh. 


Sewaktu pelancaran campaign ni jugak, siap ada sorang chef datang dan sediakan yee sang sebagai tanda simbolik perasmian campaign ini. Saya secara peribadi tak pernah lagi makan yee sang ni. Nampak macam sedap je.


Yee Sang sedang disediakan oleh Chef  - sebagai simbolik  perasmian hari berkenaan
yiehaa!



Selepas Yee Sang, ada satu lagi yang bestnya. Korang nak tahu apa dia? Dulu masa saya kecik-kecik saya akan kagum tengok ni, ada juga penah nangis sebab takut bila dia datang dekat saya tapi sekarang ni bila saya dah 'tua' saya seronok tengok ini. 





Woah! Gayat mehh..




Suka gambar ni!
 




Itulah tarian Naga pertama untuk tahun ini :') 


Berbalik semula kepada tajuk entri, berikut adalah details yang korang perlu tahu untuk join PETRONAS Photography Contest - Imagining Energy™ Untuk participate, sila klik Petroliam Nasional Berhad (Petronas) CNY Photo Contest. (p/s: anda mestilah memiliki account Facebook ye). Akan keluarlah page ni.


Contest bermula pada: 17 Januari 2012
Contest berakhir pada: 12 Februari 2012


  


Follow aje instruction yang mudah tu. Apa yang penting gambar tu kenalah gambar yang original diambil sendiri bukan pegi cari dalam google ke apa. Apa yang penting, korang kena capture gambar yang menggambarkan perayaan CNY dengan menggunakan tema Imagining Energy™. Ini saya petik dari apa yang Dato' Mohammad Medan cakap “Energy is everywhere, in everything we do, and especially at this time. It could be the excitement and the bonding during the reunion dinner, or it could be the hustle and bustle of shopping for and decorating the home. It could even be a portrait of the wise grandfather of the family, or a picture of the lanterns that light up our cities” 


So, dah clear la kan macam mana gambar yang korang nak ambil. Tak semestinya saya tak sambut CNY saya takleh join contest ni. Semangat 1Malaysia ni, macam mana saya tumpang celebrate juga ada caranya. Kalau korang rasa korang ni kategori amatur macam saya, jangan bimbang. Penganjur siap buat beberapa kategori lagi. Paling bestnya, sesiapa keje PETRONAS pun ada kategori diaorang sendiri.




Ini pula adalah senarai hadiah yang best. Paling best sebab diaorang kasi cash money! Ang pow sangat untuk celebrate CNY kan.




So, apa lagi? Jom amik gambar dan join contest ni, Ramai je kot korang amik gambar cantik-cantik letak kat instagram kan, apa kata join ni. Silap-silap menang. So, jom klik dan join PETRONAS Chinese New Year Photography Contest : Reimagining Energy™.


Selamat mencuba dan selamat menang besar :D

3 comments:

ieda said...

dulu..kini...dan selamanya...kagum dgn aksi2 akrobatik penari2 tarian naga ni..

Che Kasih said...

kak put, jom pakat cari gambar time poli.. hahahahahah sekali menang besar!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam puteri nuur...iklan petronas mmg kebykkannya menyentuh hati...kreatif depakan?