Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

06/01/2012

5 tahun dan masih belum berjalan.

Pagi tadi dalam terkocoh-kocoh saya nak kejar masuk office sebelum jam 8.30 pagi, saya lihat ada teman sepejabat (lain department) berjalan beriringan dengan anaknya. Si anak kurus, tinggi, lelaki dan menyandang beg di bahunya. Saya yang nak capat melambatkan langkahnya. Si anak kelihatan dalam keadaan yang masih mengantuk, tapi saling berpimpin tangan dengan ibunya.

Menyedari saya ada dibelakang, si ibu memberikan saya laluan namun saya menolak. Saya masih mahu berjalan dibelakang mereka. Selepas kami sama-sama kasi thumb-print mengesahkan kehadiran, saya sengaja berbasa basi "masih mengantuk" ujar saya sambil menunding ke arah sang anak. Si ibunya tersenyum seraya menjawab "macam nilah pagi-pagi. jenuh nak bawak ke taska" . Saya bertanya seterusnya "umur berapa?" dia menjawab "5 tahun".

5 tahun.

Itulah usia Lope. Saya bayangkan sekiranya Lope seperti anak-anak yang lain, maka scene ini juga akan terjadi kepada saya. Bercakap mengenai Lope, masih terlalu banyak yang perlu saya lakukan untuknya. Buat masa sekarang, saya seperti terhimpit kekurangan masa dan peruntukan kewangan. Tahun 2011 dan seterusnya tahun ini merupakan tahun yang mencabar dan masih samar-samar untuk saya. Hanya Orang Di Atas sana yang tahu apa untung nasib saya sekeluarga, dan saya tak akan putus untuk meminta yang terbaik.

Perancangan untuk Lope - lupakan dulu rawatan untuk terapi, cara bergaul dan berkomunikasi untuknya kerana apa yang perlu saya fokuskan adalah untuk membuatkan Lope tahu menggunakan sepuluh jarinya untuk memegang botol susu, mengambil barang mainan, mencapai apa yang dihajati dan makan dengan menyuapnya sendiri. Kemudian, menguatkan otot-otot dan tulang belakangnya untuk menyokong badannya berdiri sendiri dan lutut yang mampu menampung berat badannya dan kedua-dua belah kaki yang mampu melangkah, bertatih, berjalan dan berlari.

Saya sering idamkan melihat Lope berjalan sendiri. Bermain didalam rumah kami yang kecil. Kemudian bersama-sama Obiya melompat disetiap kerusi, almari dan juga mana-mana sahaja yang mereka fikirkan mahu. Saya sering idamkan, tatkala melihat anak-anak lain berlari tanpa dapat dikawal sang ibu, dan sang ibu yang lain akan naik angin dan terpekik terlolong marah. Tahukan kamu, ibu yang lain betapa bertuahnya kamu kerana anak kamu mampu melakukan semua ini?

Selama hampir 5 tahun menjadi ibu kepada Lope, melihat Lope menarik badannya ke kerusi kemudian berbaring di kerusi itu, naik dan turun dah buat saya bangga. Satu sikap anak istimewa yang harus dipuji, mereka gigih dan tidak mengenal erti putus asa. Lope berulang kali jatuh, terhantuk dan menangis kerana cuba memanjat kerusi, tapi akhirnya hari ini saya lihat dia boleh naik dan duduk sendiri di kerusi itu. Dia sudah punya daya keimbangan sendiri. Tidak lagi terjatuh dibelakang kerana tidak menyedari sudah ke tepi.

Ini adalah pencapaian terbaru Lope.

Berbaring. Berehat.

Duduk sendiri mengadap kerusi yang menjadi tempatnya menarik badan.

Apabila berjaya naik, Lope akan terbaring. Mungkin dia seronok berehat disini.

Beberapa minit kemudian, saya tengok Lope turun kembali. Termenung sebelum bergerak lagi.


Berjalan di atas lutut adalah kemahiran terbaru Lope. Sebenarnya bukan berjalan, tetapi melompat di atas lutut. Saya sebolehnya mengajar dia untuk 'mengeluarkan' kakinya apabila dia sedang melutut, namun saya perlu bersabar dan terus mengajarnya. Terus memaksa dan memberi tekanan kepada Lope untuk melangkah. Kadang kala, terdetik didalam hati akan 'geram' kerana dia tidak mahu membuat apa yang disuruh, tapi apakan daya, untuk memarahinya berlebihan pun tak ada gunanya.

Setiap kali sesi terapi bersama mama, mama akan bertukar dalam mode ibu tiri yang kejam. Kadang kala kerana terlalu memberi tekanan kepada Lope, si Bibik yang over menangis sambil meminta diberikan rehat buat Lope. Aduh! Bukan tak sayang, tapi nanti naik lemaknya. Maka, saya setkan kepada 15 minit satu sesi dan rehat 5 minit kemudian bersambung lagi. Suka atau tidak, terpaksalah terima. Lope menangis la tersedu sedan pun, saya tak akan berhenti.

Semuanya kerana saya ingin melihat dia melangkah sendiri.

2 comments:

Mommy Gaban said...

Tersentuh hati saya baca entry Puteri yang ini. Kadangkala saya juga terpaksa jadi ibu tiri yang kejam utk memaksa Eusoff 'bercakap'. Saya tahu dia kepedasan atau dahaga, tapi saya tetap menantikan dia utk menyebut 'nak air' walaupun kadang2 bila dengar dia menangis rasa tak sampai hati. Selalunya anak2 kita ni boleh melakukan keajaiban bila mereka sudah terdesak. Saya doakan supaya Lope juga akan melakukan 'keajaiban' sedikit masa lagi. Teruskan berusaha..caiyokk!

Annie Han Yeon Rin said...

Jumpa balik blog Put.. kak sha doakan yang terbaik buat lope. insyallah pasti ada jalan dan cara untuk membantu lope. Put sudah buat apa yang kak sha suruh? Apply semula dan insyallah kak sha akan minta 'mereka' bantu put. Mungkin ada rezeki put dan lope dan mungkin juga ada harapan untuk put berubat di 'luar.