Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/12/2011

Matlutfhi90 - rokok dan kopiah

Korang kenal ke sape Matlutfhi90? 

Well, saya pun tak kenal. Apa yang saya tahu dari apa yang saya tengok kat youtube tu, dia ni student lagi belajar kat oversea. Maybe kat Australia kot. Matlutfhi90 ni banyak buat video yang orang kena berfikir.

Rokok dan Kopiah ni salah satu video yang dia buat. Saya tak tahu dalam real life, memang si Matlutfhi ni ada adik down syndrome ke tak, tapi dalam video ni, jalan ceritanya menggambarkan macam mana kepercayaan itu wujud.



Part touching masa dia focus kat adiknya Syafiq tu. Allah lakukan semuanya dengan alasan. Korang tengok lah video ni. Tengok dan fikir. Rasanya, approach dia sampai kat saya.


belief without rational - blind
rational without belief - empty


something to ponder, kan?


Till then, take care.

28/12/2011

[Re-Post] MRI Brain pada 12/02/2008

Ini entry yang ditulis pada 27/02/2008 - sebelum Lope disahkan GDD & Autism. Waktu entry asal ni ditulis, Obiya masih tak ada. Nama Lope pun dipanggil Idris lagi. Saja nak share sekali lagi. Detik-detik awal menjadi seorang ibu kepada anak istimewa.


****
(Maaf lambat update, tak sempat. Takde gambar sebab tak bawa kamera)


Sepanjang minggu bermula 10/02/08, saya agak sibuk. Agak pack, bukan apa, selepas cuti CNY, saya sibuk dengan pemeriksaan kesihatan anak kesayanganku, Idris Naquiyuddin :) ke HKL, kena buat MRI Brain. Dalam hati ini, rasa macam nak luluh, rasa macam mama redha kalau Allah gantikan tempat mama dengan Idris, kesiannya budak umur 10 bulan macam ni kena lalui ujian macam tu. Bukan setakat tu sahaja, Idris kena puasa bermula jam 5 pagi. Dan, apa yang lagi menyedihkan, Encik Bubu tak boleh temankan kami, sebab dia ada monthly meeting kat HQ.


Malam 12/02/08, saya menumpang tido di rumah KakYan di Taman Selaseh, Gombak. Jaraknya agak dekat dengan HKL, dibandingkan dari Seri Kembangan. Jam 4 pagi,aku bangkit dari tido. Susukan Idris, minta si kecil 10 bulan ini bersahur. Habislah dia minum susu dalam paksa kemamaian dia. Pada Idris, beratus kali mama pesan, Idris kena puasa sampa MRI selesai. Anak mama kuat, jangan nangis. Saya harap agar dipermudahkan urusan Idris.


Jam 8.00 pagi, saya dah siap. Bibik pun siap. Idris pun sama. Al-hamdulillah, dia tak nangis. Appointment pukul 9 di PAED. Terharu sangat bila KakYan dan Abang Awish sama-sama ambil cuti, nak temankan Idris. Lagi diusik rasa terharu kerana dia abang ipar. Bukan nak kata abang-abang tak ambil pusing, tapi keprihatinan yang ditunjukkan tu menyentuh hati. Terima kasih Abang Awish.


Berbalik semula pada cerita Megat Idris Naquiyuddin.


Kakyan tolong drive-kan ke sana. Sepanjang perjalanan, saya peluk Idris. Dalam hati, terbit rasa sayu. Apa-apa yang berkaitan dengan Idris, memang saya agak fragile. Nasib baik, Kak Ning sepupuku nurse di HKL banyak membantu. Dari urusan parking, hingalah ke urusan pendaftaran. Idris dibawa masuk ke Unit Rawatan Harian, diambil darahnya. Dia tak nangis macam jarum tu mencucuk ibu jarinya, tapi terpekik tatkala nurse menekan ibu jarinya. Selepas ambil darah, baru Idris dibawa untuk menjalani MRI. Untuk makluman, nak buat MRI kat bangunan lain. So, kalau nak menapak, kami kena jalan jauh. Kalau nak pergi dengan kereta nanti susah parking. Tahulah sajalah HKL.


so, kami kena naik shuttle hospital. (Read: van!)


Susah giler, nasib datang dengan ramai orang. Senanglah nak lipat stroller Idris. Saya dukung Idris. Kakyan bawa barang-barang while bibik lipat stroller. Sampai ke Jabatan Pengimejan dan Xray (kalau tak silap la) kena Q, ambil turn nak buat MRI. Kesian Idris.. bimbang dia lapar dan menangis. Tapi, dia OK je. Cool.. masih senyum-senyum dan minta aku dodoikan mengantuk. Selalunya, Idris akan well-behave kalau mama pesan minta jadi good boy. Disini, aku jumpa dengan sorang kakak yang tengah peluk sorang budak lelaki, lebih kurang sizenya dengan Idris.


Aku usha, kenapa kakak tu ada kat situ.. rupanya, Allah nak temukan aku dengan orang yang mempunyai nasib yang sama denganku. Anak dia umur 12 bulan, masalahnya sama dengan Idrs, bezanya Idris lagi advance sebab Idris dah boleh angkat-angkat bontot. Aku termenung seketika, betul kata orang-orang tua, hidup jangan selalu dongak ke atas, tapi tenung ke bawah. Kalau sentiasa mendongak ke atas, kita tak akan sedar nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Aku bersyukur, Allah anugerah Megat Idris Naquiyuddin untuk saya bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.






MRI Idris dijalankan pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 11.40 pagi. Sepanjang sesi tu, Idris diberi ubat tido. Terasa sayu hati melihat Idris diletakkan dalam mesin yang besar gedabak. Kesian hero mama.. sepanjang sesi 40 minit tu, saya temani Idris. Kakyan, Abang Awish dan bibik ada di luar. Kami semua belum breakfast. Ada juga rasa laparnya, tapi rasa tu hilang begitu sahaja sebab bimbangkan Idris. Bila lesai urusan Idris, kami naik semula shuttle ke PAED Institut. Idris tido sampai pukul 2.30 petang, bila dia jaga barulah habis 1 botol susu. Pastu barulah balik semula ke rumah Kakyan. Result MRI akan keluar pada 10/03/08. 


Nanti akan ku update di sini. Tapi, cuaknya. 

wordless wednesday


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

timeline baru tak best!

27/12/2011

Peranan Obiya dalam kehidupan Lope


....sangat BESAR!


Hari demi hari, saya belajar banyak perkara baru. 

Salah satu yang sering saya ambil perhatian adalah menjadi ibu kepada Lope dan Obiya. Seperti dalam entri yang lepas, saya sering terkagum dengan pencapaian Obiya mempelajari sesuatu perkara. Terkagum kerana pada saya kononnya Obiya tu cepat belajar. 

Mungkin ya Obiya tu fast-learner.

Tapi, sebenarnya jauh disudut hati saya terkagum kerana saya bandingkan dia dengan Lope. Masya-Allah. Menjadi ibu kepada anak istimewa dan anak tipikal adalah berbeza. 360 darjah skala itu berpusing. Gelaran ibu yang saya perolehi setelah memperolehi Lope merupakan pengalaman yang terindah dan berbeza dari orang lain.

Hari ini juga, saya lihat satu scene yang terkesan di hati saya. Seperti biasanya, saya akan berehat bersama Lope dan Obiya di Lope's territory sambil menonton TV. Lope disebelah kanan saya, duduk dan babbling seperti biasanya dia manakala si adik sedang bermain sendirian.

Tiba-tiba, Obiya datang menghampiri Lope. Datangnya dia sambil 'berlakon' kononnya sedang berbual dengan Lope dalam bahasa "obiya-ism" (bahasa yang Obiya sorang sahaja yang faham). Si abang seperti biasanya dia. Tiada eye-contact, ibarat seperti tidak mendengar dan memandang ke arah lain. Tiba-tiba si adik yang sedang memegang 'tapak tangan purple' (mainan diaorang) menggerak-gerakkan tangan itu. Dari kiri ke kanan di depan muka Lope. Seperti biasanya tiada respon dari Lope. Saya jangkakan Obiya akan easily give up, tapi tersilap bila meneruskannya beberapa kali.

Ajaibnya, anak mata Lope mengikut 'tapak tangan purple' yang si adik buat. Saling tak ubah, seperti mata kucing yang comel dalam cubaan mahu menikus. Apabila Obiya yakin si abang menurutinya, dia menghampiri Lope dan memeluk bahu si abang yang sedang duduk. Bukan itu sahaja, apabila abangnya meronta enggan di peluk, dia semakin menguatkan pelukan sambil menyebut "hugs" dan seraya dengan itu juga, satu ciuman singgah di pipi abangnya. Selepaes itu, adiknya berlalu. 


Adik peluk abang walau abang buat dunno je 

Kagumnya saya dengan scene tadi. 


Saya yang menyaksikan scene "bermain bersama" itu dengan sebak. Lumrah menjadi seorang kanak-kanak adalah untuk bermain. Saya sentiasa mengagak,  Lope sebenarnya ingin turut sama bermain tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk bersosial, bergaul dengan adiknya dan bermain. Keinginan itu ada tetapi ibarat seperti ada batu yang besar menghalangnya dari melakukan semua itu.

Peranan Obiya dalam mempengaruhi Lope sangat besar. Memandangkan tahun hadapan Obiya akan mencecah usia 3 tahun, saya berhajat untuk menghantarnya ke playschool. Sesekali, hati saya tercuit juga kerana Lope akan ditinggalkan dirumah. Bukan saya tidak mahu menghantar Lope ke mana-mana rehab/sekolah, namun saya terpaksa mengkaji semula pemilihan lokasi, keperluan dan faktor kewangan kami yang agak kronik akhir-akhir ini. Sering saya terasa seperti menghantar Obiya ke playschool ibarat tidak berlaku adil kepada Lope :( Sering saya terasa seperti saya berat sebelah kerana melebihkan Obiya. Sering saya terasa, apabila saya hanya membawa Obiya keluar dan tidak membawanya bersama, tiap kali kami melepasi pintu utama rumah, tatkala itu juga mata Lope merenung ke arah kami. Apa sebenarnya di dalam hati Lope?

Seringkali juga, selepas saya hilang disebalik pintu, menurut Bibik, hanya perkataan "mam-ma" sahaja yang terkeluar. Dia tidak menangis. Rasa bersalah itu sering menghambat saya dan kerana itu juga saya mengurangkan aktiviti saya akhir-akhir ini. Tiada lagi dating berdua-duaan dengan Encik Bubu (kalau ada pun movie date aje, itupun keluar setakat ke Alamanda yang tak sampai 10 minit dari rumah kami dan midnite show only) dan tiada lagi keluar bersama Semesta Sisters chasing the rock star (opps!). Semuanya kerana saya dihambat dengan rasa bersalah sepasang mata Lope merenung saya keluar tanpanya. Atas faktor ini juga, saya delaykan kemasukan Obiya ke playschool. Jika Obiya ke playschool, Lope akan sendirian di rumah. Saya masih dan akan cuba usahakan mencari tempat untuk Lope terlebih dahulu. Setidak-tidaknya sehingga bulan Julai tahun hadapan. Sementelah pula, waktu itu Bibik pun dah habis kontrak. 

Till then, take care.

26/12/2011

"Sue kan tiny"

... says Aboh.

Lagu ni, MaszCapoG yang tweet tadi. Bila dengar, pergh!

Dance With My Father by Luther Vandross



Dulu, kalau anak bongsu dia ni complaint Sue ni gemuk, Sue ni buruk, si ayah akan cakap dalam nada sinikal "Sue kan tiny" dan selepas tu kami sama-sama ketawa. Tak pun, ungkapan itu akan diiringi dengan cubitan manja anak bongsu di lengan Abohnya. Namun, dua-dua akan ketawa tak pun, anak bongsu itu akan muncung untuk 3-5 saat sebelum dipujuk dan ketawa lagi.

Indahnya saat itu. 

26/12/2007 - pagi tu Aboh dipindahkan ke ICU. Hari tu jugak saya ambil half day. Dari pejabat, saya terus ke HPJ. Masa tu, sampai di HPJ yang ada di bilik menunggu adalah Cik, Nyah, Andak dan Yong. Semua kami warga Putrajaya. Nasib baik juga saya sudah berpindah ke sini waktu itu. Kami bergilir-gilir masuk ke bilik ICU. Aboh ditempatkan di depan kaunter nurse. Badan Aboh penuh dengan wayar. Mata Aboh terpejam. Nafas Aboh naik dan turun. Ada masanya laju, ada masanya biasa sahaja. Mesin-mesin yang berada di sebelah kiri, kanan, atas dan depan Aboh satu pun saya tak faham apa fungsinya. 

Saya bacakan yassin. Kemudian, saya bisik pada Aboh. "The tiny Sue is here" saya gosok tangan Aboh dan Aboh genggam walau matanya tidak memandang dan masih tertutup rapat. Saya tahu Aboh dengar saya cakap. Entah kenapa, untuk kesian kalinya saya meminta maaf dan saya cakap betapa saya sayangkan Aboh. Saya tidak tahu Aboh dengar atau tidak, saya tak tahu Aboh faham atau tidak. Tapi, tangan Aboh dikuis lagi. Saya anggapkan itu satu isyarat untuk Aboh cakap 'roger' kepada saya.

Selepas itu, giliran abang-abang pula. Saya berada di luar. Menunggu dengan Cik. Doktor yang monitor Aboh datang kepada kami. Memberitahu akan keadaan Aboh. Ceritanya sama dengan doktor di HUSM dahulu. Kami faham. Kami juga berserah. Namun, Cik ada instinct yang lain. Cik tampak lebih sedih berbanding kami. Tapi Cik berdiam sahaja. Hari itu, seharian di bilik menunggu wad ICU di HPJ. Sampailah ke petang, saya pulang ke rumah Yong. Masa tu Lope dan Bibik di sana. Malah, petangnya juga Encik Bubu tiba dari Ipoh bersama Tun.

Jam 11.00 malam, handphone Cik berdering. Panggilan dari wad ICU, HPJ. Minta kami segera datang ke hospital. Waktu itu, kami seperti biasa. Semasa Aboh di HUSM juga, kami pernah melalui saat-saat itu. Encik Bubu dan saya membawa Cik ke HPJ. Sampai sahaja di sana, Nyah sudah berada disana. Seorang diri dia berdiri. Tanpa kata dia hanya memandang Cik. Juga tanpa bicara. Disebalik tirai, kelihatan Ayah Ngah. Kami masih dikawasan luar. Katil Aboh diselubungi tirai. Selepas itu, saya nampak nurse mencatatkan sesuatu. Kemudian, datang seorang doktor lelaki.

"Makcik, pakcik dah takde" 

Selepas itu, saya dah tak tahu apa yang ada disekitar saya. Saya nampak Cik terdiam. Tidak menangis, kemudian dipeluk Nyah dan kemudian Ayah Ngah. Saya sendiri memeluk Encik Bubu. Kedua-dua kami tergamam. Saya menangis. Saya berulang kali menyebut "Sue dah takde Aboh" .

Itulah cerita 26 Disember saya. 



Cerita yang sama akan saya tulis disini menjelang tarikh 26 Disember saban tahun. Cerita yang sama saya mainkan. Saya hanya punya cerita itu untuk dikongsi, untuk dikenang dan untuk diingati. Detik-detik akhir pemergian seorang lelaki yang sangat saya sanjung dan sayangi. 







Sebab itulah, apabila semalam saya baca semua tweet #alfatihahfird saya sungguh terkesan.  Saya tak pernah kenal siapa dia Firdaus sehinggalah semalam saya mengikuti cerita pemergiannya di Twitter. Banyak tweet yang saya baca menceritakan Allahyarham seorang yang baik. Saya percaya, orang yang baik Allah sayang. Orang yang baik, Allah jaga. Kerana Allah lebih menyayanginya.

Gambar ni ambil dari twitter Azreel Azhar @bam_reel
Kalau ada sesiapa yang ingin menderma kepada keluarga Allahyarham, sila berbuat demikian M2U 162106784493 (Aida Suraya) semua sumbangan akan diserahkan kepada keluarga Allahyarham. Juga, kepada sesiapa yang ingin melawat keluarga beliau, ini alamat rumahnya 8, Jalan Putra Perdana 6/14, Taman Putra Perdana, Puchong.

Atau, kalau tak mampu nak buat dua-dua tu pun, 
sedekahkan sahaja Al-Fatihah kepada mereka-mereka ini:

Allahyarham Firdaus Heder (1989-2011) 

Allahyarhamah Annisa Mohd Affandi (2001-2011) 

Allahyarham Megat Ramli bin Megat Adnan (1942-2007)

Terima kasih di atas kiriman al-fatihah anda. Kita tidak tahu, bila akan kita dijemputnya. Bila-bila masa sahaja. Maka, beramallah seperti kita akan mati esok. 

Till then, take care.

21/12/2011

Azam yang dah 3 tahun dalam list..

... dan masih tak sampai-sampai!


Lope masih belum berjalan.

Budak pakai baju Come On England ini masih belum berjalan 
Ahad lepas saya ke UKM, attend perkongsian ilmu dengan orang-orang yang otai dalam mendidik anak-anak autistik. Sebenarnya, sebelum ni dah 2 kali saya terlepas majlis ilmu macam ni. Sebab saya bertukar no. phone, maka Kak Marina tak dapat nak contact -___- Lepas tu, dalam siri yang sama, sebelum ni pun memang dah ada sesi perkongsian ilmu ni. Semuanya atas usaha Dr. Hasnah Toran yang mengambil inisiatif untuk mendidik ibu bapa/penjaga kepada anak autistik.

Kenapa saya panggil mereka orang-orang otai
Sebab mereka dah lalui berbagai ragam, asam garam dan pahit masinnya nak besarkan anak autistik ni. 

Saya masih bertatih, masih banyak ingin dipelajari. Banyak sangat ilmu, pengalaman dan tips yang perlu dikutip dari mereka. Wajah-wajah ibubapa yang hadir pada hari tu hanya satu matlamat - mahukan yang terbaik untuk anak-anak autis mereka. Semasa mendengar Dr. Azlin dan 3 orang ibubapa yang berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak mereka, kerap juga mata saya bergenang. Sesungguhnya, masa depan untuk Lope masih jauh dan tersangat kabur.

Kebanyakkan anak-anak autis tidak mengalami Global Developmental Delay. Global bererti keseluruhan. Sebab itu Lope masih belum berjalan. Ditambah pula dengan masalah sensori, saya rasa masih jauh perjalanan untuk Lope. Saya sempat bertanya dengan Dr. Hasnah - juga seorang ibu kepada anak autistik. Sekarang ni, apa yang saya perlukan adalah tumpukan kepada masalah fizikalnya - biar Lope mampu berjalan dahulu then baru fokus kepada yang lain.

Inilah cabaran saya.

Inilah azam dari tahun 2008 lagi yang tak mampu saya lunaskan. Membantu, memaksa, mendesak dan memberikan tekanan kepada Lope untuk berjalan. Mungkin saya masih belum cukup 'rajin' memaksa Lope berlatih. Si anak sendiri pun, dengar aje saya sebut 'practise' terus buat badan penat. Terus menguap, mengantuk dan tergolek. Bila dipaksa, menangis dan merayu mendayu-dayu memanggil "mam-ma".

Okey, jiwa ibu jiwa lembut. Pantang dengar anak menangis, hati jadi cair. Makanya, sehingga ke hari ini Lope masih belum berjalan. Dahulu, janji saya menjelang hari lahir ke-5, Lope sudah boleh mengatur langkah sendiri. Makanya, suku tahun pertama 2012 saya dipenuhi dengan aktiviti Lope lagi. Tahun hadapan juga saya akan terus membawanya ke Gedangsa (Insya Allah).


Kalau ada masa, tengoklah video ini kepada sesiapa yang masih blur apa itu autism. Video ni penerangan paling ringkas mengenai autism dari kaca mata seorang kanak-kanak.



Tiap kali saya tengok video ni juga, saya sebak. Moga Allah permudahkan laluan saya membesarkan Lope dan Obiya di tahun 2012 kelak.


Till then, take care.

Mari kita berdoa

Ehem, bila korang baca ni, anggaplah korang juga mendoakan ini untuk saya sekeluarga. Terima kasih kerana sudi membaca ;)

Bismillahirahmanirahhim

Ya Allah, tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan tuhan yang mengetahui kebaikan dan keburukan sesuatu perkara itu terjadi.

Aku mohon kepada-Mu agar dipermudahkanlah segara urusan kehidupan anak-anakku. Jika ini yang telah tersurat untuk anakku, maka lindungilah dia selalu. Jangan dia disakiti dan dikhianati oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab, jadikanlah dia seorang anak yang tabah dan kuat semangat, anak yang berhati mulia dan memiliki otak yang cerdas. Anak yang yang soleh dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya. Aku mohon pada-Mu ya Allah, jika anakku ini tidak mampu membahagiakan orang lain, cukup sudah dia tidak menyusahkan sesiapa kecuali aku ibunya.

Ya Allah, tuhan yang maha penyayang.

Aku mohon kepada-Mu agar anakku menjadi anak yang pintar, cantik, berhati mulia dan yang paling penting, menjadi seorang adik yang akan bertanggungjawab menjaga abangnya sehingga ke hujung nyawanya. Ya Allah, anakku ini anak harapan, anak yang akan meneruskan zuriatku dimuka bumi ini, Maka, kepada-Mu aku bermohon agar anakku ini akan menjadi anak yang solehah yang akan mendoakan kesejahteraan kedua ibubapany di dunia dan diakhirat.

Ya Allah, tuhan yang maha mendengar.

Aku memohon kepada-Mu agar diberikan kesihatan yang baik, akal yang waras serta kudrat yang cerdas. Aku minta pada-Mu Ya Allah, andai ingin mengambil nyawaku, selesaikanlah segala urusanku terlebih dahulu. Ambillah nyawaku tatkala anak-anakku sudah mampu berdiri sendiri menguruskan hidup mereka. Engkau bahagiakanlah hidupku disamping suami serta keluarga yang menyayangiku. Engkau bebaskanlah kehidupanku ini dari segala kebencian dan hasad dengki orang, hutang piutang dan berikanlah peluang untukku berbakti kepada ibuku sebelum dia dijemput oleh-Mu.

Amin.



Till then, take care.

20/12/2011

Tabloq Sesuai Dengan Kulit Eczema Lope Xx

Alhamdulillah. 

Ingat lagi tak saya pakaikan Lope dengan Tabloq yang disarankan oleh Yong dulu? 

Alhamdulillah. Buat masa ini, bedak sejuk yang diperbuat dari tanah liat ini, sesuai dengan Lope. Kesannya lebih baik berbanding dengan EMC. Dahulu, bila saya pakaikan EMC sebab mungkin EMC terlalu lembap, walaupun lukanya kering namun kulit Lope masih bertompok dengan warna pink.

Bulan lalu (kalau tak silap) saya di add oleh Maghfarah join satu group Asthma Ellergies Eczema di Facebook yang mana group yang dianggotai oleh ibu-ibu dan individu yang ada asthma, allergies dan eczema yang mana memang semua pakej lengkap tu Lope ada. Kat situ, macam-macam tips, ubat-ubat dan petua yang mummies kongsikan. Ada tips pemakanan la etc. Kes eczema macam Lope ni memang dah banyak sangat, yang lebih teruk pun ada.

Kalau nak cakap eczema ni sembuh 100% memang tak lah kan memandangkan ianya ada dalam darah dan keturunan. Tapi, alhamdulillah selepas menggunakan Tabloq, kulit Lope makin kering, kalau dulunya berair dan kegatalan (mengakibatkan dia menggaru dan terluka) kini ianya beransur baik. Apabila saya menggunakan Tabloq, ianya mengeringkan luka dan menghilangkan kegatalan. Tapi, seminggu pertama tu, kena betul-betul perhatikan dia, sebab waktu tu macam dikeluarkan apa-apa yang tak patut dari kulit Lope.

Sekali lagi nak cakap alhamdulillah sebab kulit Lope beransur OK. Kalau dulu pun, masa pegi jumpa dermatalogist, apabila diaorang bagi ubat yang ada steroid (macam-macam jenis) dan disapu, memanglah selepas tu ok. Namun, eczema ni akan datang balik. Bayar dah beratus. Itu tak termasuk lagi yang menipiskan kulit anak kita.

Pakai Tabloq, murah aje. RM35 dapat 6 pax. 1 pax tahan seminggu (itupun sebab Lope pakai pekat macam masker tu). Bila dah nampak kulit Lope kering sangat, setiap pagi selepas mandi sapulah sket olive oil. 

Ini perbezaan kulit Lope. Gambar-gambar dibawah ni memang tidak diedit, mentah-mentah amik dengan blackberry, so memang tak clear la tapi kulit Lope memang dah tumbuh kulit baru dan dah tak merah-merah dah.



Kalau sesape ada eczema, saya memang sarankan cuba. Tabloq tak ada bahan kimia, steroid macam ubat-ubat lain. Rasanya tak salah mencuba. Mungkin kesannya pada kulit anak korang berbeza, tapi selagi tak cuba kita tak tahu.

Kalau nak baca banyak lagi testimonial mengenai Tabloq, korang boleh baca kat sini. Kalau korang nak mencuba, boleh emailkan kepada puterinuur@yahoo.com pada harga RM35.00 sahaja (termasuk kos penghantaran di Semenanjung Malaysia) & RM38.00 sahaja (termasuk penghantaran di Sabah & Sarawak). 

Setakat ni, saya dah terima berpuluh pesanan Tabloq termasuklah dari seluruh Malaysia dan dari Australia pun ada. Namun, saya minta maaf berbanyak sebab stok yang patutnya dihantar minggu lepas terdapat sedikit kelewatan. Insya Allah, by minggu ini, semua yang diorder akan dapat within a week. Kalau ada sebarang soalan, boleh email kepada saya di puterinuur@yahoo.com.

Till then, take care.

19/12/2011

Aktiviti yang buat Encik Bubu marah...

Bila saya 'jadikan' Lope "gegirl"




Masya Allah!


Sorry Encik Bubu. Mama dia tak dapat nak menahan rasa best bila tengok muka Lope jadi macam anak Bosnia macam ni. Masya Allah. 


:)


Till then, take care.

17/12/2011

Alvin & The Chipmunks Part 3

Semalam bawa Obiya tengok.


Tiap kali iklan Alvin & The Chipmunks 3 keluar kat TV , Obiya akan jerit cakap "Mama, nak!" dan saya dengan ringan mulutnya akan cakap "Okey". So, semalam buat kesekian kalinya saya pun jawab macam tu juga. Sebabkan berjanji, maka saya dan Encik Bubu bawa dia semalam ke cinema.

Pengalaman bawa Obiya ke cinema kali pertamanya masa tengok Kungfu Panda Pt. 2. Masa tu, Obiya macam sangat kagum dengan screen besar, sound yang kuat dan tiba-tiba tengok kartun yang sizenya lebih besar dari dia. Pada mulanya, semua okey. Obiya duduk di kerusi, tak terpekik dan menonton. Tapi, scene tu hanyalah 40 minit pertama sahaja. Selebihnya, mulalah dia nak membilang anak tangga - masa tu saya ok lagi sebab dia tak buat bising, tapi selepas dia turun 5 anak tangga, then dia jerit "Mama!" sampai seluruh panggung pandang, rasa macam nak tanya je "eh, anak sape tu?" :P sambil bangun ajak dia keluar. LOLs.

Alkisahnya semalam, kami pegi di atas tiket tajaan. Semalam FIL saya dengan murah hati cakap "Pegilah, Abah belanja korang tengok" pergh! bestkan dapat tiket free. Anak menantu dia apa lagi selain yeay! Hahahha.

Memandangkan ini kali kedua bawa Obiya ke cinema, ada beberapa pengetahuan baru yang saya dapat.
  • Pemilihan filem
  • yang sesuai untuk dibawa anak dibawah usia 5 tahun. Sebolehnya, filem kanak-kanak yang tidak menunjukkan adengan ganas atau tak elok. Silapnya saya semalam, saya tak baca sinopsis cerita Alvin tu yang mana ada scene Alvin masuk Casino dan berjudi. 
  • Pemilihan waktu tayangan juga penting. Kalau datang waktu diaorang tengah hyper, jawabnya dia akan melalak dan bertempik dalam cinema. Kalau datang waktu tido diaorang, diaorang akan nangis dan cranky nak tido. So, kita kenal anak kita, kita check timing yang btol.
  • Kalau anak kita tiba-tiba excited bertempik tengok kartun macam dia buat kat rumah, seboleh-bolehnya kita ajar dia untuk cakap slow-slow. Ajar dia untuk hormat orang lain sebab orang lain juga bayar tiket wayang dan bukannya cinema mak ayah diaorang.
  • Kalau anak menangis, silalah ibu atau bapa atau penjaganya bawa anak keluar dulu dari cinema. Sangat annoying bila anak menangis then si ayah atau ibu marah "Shhh, diamlah" sambil mata diaorang masih tengok screen. Kalau sekali cakap, si anak terus diam kira OK jugak, ini lepas berapa kali cakap, anak nangis makin kuat dan mak atau ayah tak gheti-gheti bangun dan keluar sangat melampau. Anak menangis tu, mak ayah silalah bawa dia keluar.
  • Tengok movie dengan anak, silalah bawa bekal makanan secukupnya untuk dia. Susu or apa-apa je la yang sesuai. Sebab bila dia lapar, dia akan buat perangai. Kalau pampers diaorang basah pun, dia akan buat perangai. Buat perangai bererti mengganggu orang lain.
Syukurnya, sesi semalam bersama Obiya, dia tak buat semua perkara di atas :) Saya belikan dia orange juice, mashed potato & popcorn. So, sepanjang sejam lebih dia layan Alvin tu, masa dia memang penuh. 

Semalam juga, saya nampak ada seat OKU kat dalam cinema. Next time, saya nak try bawa Lope pula datang. Saya dah bayangkan, kalau bawa Lope dan stroller biar dia duduk kat tepi tu. Saya nak try juga, sebab kalau tak cuba kita tak akan tahu dia boleh ke tak.

Overall, Alvin and The Chipmunks Pt. 3 ni OK la. Saya kasi 2.5/5 aje. Orang cakap Puss in Boots yang best. So, lepas ni nak bawa Lope tengak yang tu plak.

Till then, take care.

16/12/2011

Respon kepada Bibik - perlu atau tidak?

Lagi entry pasal Bibik.

Entry saya yang sebelum ini Bibik - Perlu atau Tidak? saja je menanyakan pendapatan isteri dan ibu lain. Tak kiralah ada berapa ramai anak, anak normal atau istimewa, bekerja atau tidak. Bermacam pro dan kontra. Rata-rata mengatakan tidak, biarpun badan penat selepas seharian bekerja. 

Bagi saya sendiri, memang saya memerlukan seorang pembantu rumah. Ada orang untuk membantu membuat house chores. Urusan memasak dan anak-anak, jika tidak bekerja, saya sendiri akan menguruskannya. Rugi rasanya apabila masa yang boleh saya luangkan dengan anak-anak dihabiskan dengan menggosok pakaian, membasuh dan mengemop lantai atau mencuci pinggan mangkuk selepas makan malam.

Itulah peranan bibik diperlukan. Juga, aktiviti membuang sampah & selepas balik dari doing some groceries, kena angkut barang (almaklumlah saya tinggal di apartment) & sesi mengangkat barang-barang dari rumah ke kereta sekiranya nak keluar. Itulah tugas bibik. 

Ada juga dikalangan ibu yang memiliki anak istimewa atau autisma mampu survive tanpa bantuan bibik. Jika mahu dihantar Lope ke pusat jagaan anak istimewa, sudahlah ianya jauh dari kediaman kami, malah yurannya juga bukan sedikit. Lope saya yang tidak mampu berdiri, berjalan dan bercakap memerlukan seorang yang khusus untuk menjaganya. 

Saya share pengalaman dengan orang yang sudi kasi komen ;-)

Komen #1


Terima kasih. Memang saya memerlukan pembantu memandangkan Lope masih belum mampu beridiri, berjalan dan bercakap lagi. Insya Allah, Lope sendiri pun dah mula ke arah itu. Mungkin selepas ini boleh cuba tak pakai bibik.

Komen #2


Bibik untuk menjaga orang sakit - memang patut. Teringat dulu semasa arwah Aboh sakit. Kami carikan Cik seorang bibik untuk uruskan house chores dan Cik boleh jaga Aboh sepanjang masa.

Komen #3


Mana yang boleh pejam mata - kita cubalah pejam. Ada bibik memang tak amannya kita dok fikir itu ini. Dapat bibik elok atau tak ni ibarat jodoh la jugak. Kalau datang yang elok, maka eloklah.

Komen #4


Ini lagi satu kan. Diaorang datang Malaysia bukan niat nak cari rezeki, tapi niat nak buat jahat memang jahat la. Tulis dalam profile kata sanggup jaga budak kecik la, alih-alih datang sini kata tak minat. Ada juga yang datang sebab nak suka-suka dan lesap ikut boyfriend!

Komen #5


Komen #6


Saya rasa inilah komen paling sedih :'(


Komen #7

Lain orang, lain keperluannya. Insya Allah, selepas Lope boleh berjalan serta bercakap, mungkin Bibik pun tak pakai lagi kat rumah ni ataupun selepas Obiya boleh menolong abangnya.

Selepas baca komen-komen yang ditinggalkan, saya bersyukur kerana bibik saya tak adalah masalah kritikal macam yang orang-orang lain hadapi. Kalau ada pengalaman dengan bibik, kongsilah. Mungkin saya boleh jadikan sempadan.

Till then, take care.

15/12/2011

Bibik - perlu atau tidak?

Apa jawapan korang?

Kalau ditanya pada saya - ianya satu keperluan wajib.

Waktu saya mengandungkan Lope dulu, Encik Bubu cakap kalau saya lahirkan aje anak dia, nanti dia akan carikan pembantu rumah. Dia tak mahu saya susah uruskan rumah tetapi concentrate jaga anak dia. Katanya juga, dia tak pandai nak urus budak kecik, so kalau ada bibik semua keperluan budak tu mama dia yang akan buat. Waktu tu, saya tak tahu pun Lope adalah anak istimewa.

Mungkin itu yang kami harapkan - nak ambil bibik untuk membantu menguruskan anak, rupanya memang kami memerlukan bantuan orang lain lagi sepanjang masa membesarkan Lope. Apabila Lope lahir, waktu itu arwah Aboh saya sedang sakit dan Cik memang menjaga Aboh. Mak mertua (ibu Encik Bubu) sudah lama meninggal, maka saya yang baru kelahiran anak kecil ni tak ada orang yang nak jaga. Waktu itu, permohonan nak dapatkan Bibik dah dibuat. Susahnya hanya Allah yang tahu, perempuan dalam pantang yang bersalin. Kena C-sect plak tu. Bermula dari situ, dalam rumah saya sering terlebih orang. Macam-macam ragam Bibik yang saya hadapi. 

Kes 1

Bibik pertama namanya Zumrotun. Berkahwin dan usia dalam linkungan 40-an. Kes yang paling saya ingat bila saya balik rumah sebab tertinggal barang, saya dapati rumah saya kosong. Lepas nampak saya terpekik-pekik memanggil bibik dan Lope, pakcik depan rumah cakap dia nampak bibik pegi rumah hujung bawa Lope yang masa tu baru 6 bulan. Saya jejak ke sana.



Masya - Allah, kat situ ada 3 orang lagi bibik lain. Diaorang saya tengok sedang bergelak ketawa bagai. Bila saya masuk, 5 minit saya perhatikan mereka berbual dalam bahasa diaorang. Bayangkan, pintu rumah tak dikunci, saya dah masuk dalam rumah pun mereka tak sedar. Saya tengok Lope dia dukung.

Lepas saya tengking, barulah semuanya terkejut. Memang hati saya meruap marah. Marah saya sampai kat situ jelah. Dah la saya marah, dia tak gheti pun nak minta maaf. Siap buat muka dan menjawab mulut lagi "saya nak pergi makan. makan ramai-ramai lebih enak" Itu jawab dia. Meresap la kan masa tu. Tapi, kes tu habis macam tu je.

Kes 2

Masa mengandungkan Obiya. Waktu tu kami baru balik dari Dubai selepas hari raya. Waktu saya balik tu badan memang flat habis. Waktu tu dah 6 bulan mengandung. Lope merengek tak ingat sebab mengamuk naik flight lama sangat. Touch down je pukul 6 pagi, 10 pagi kamu semua dah admitted kat Ampang Puteri. Encik Bubu due to asthma then saya sebab ada bleeding sket.

Rupa-rupanya, Zumrotun masa tu sentap dengan saya sebab pergi Dubai tak bawa dia. Woi! Lemak kot nak pergi Dubai bayar tiket beribu-ribu tu nak bayar dia. Kalau duit memang banyak, tak kisah je. So, waktu itu jugak musim raya (pergi Dubai sebab celebrate Raya dengan FIL) Bila balik dia buat perangai. Tak dengar kata, suka jawab mulut & siap cakap "hantarkan saya pulang" Masa tulah saya ugut pasal kontrak dia 2 tahun yang masih berbaki. So, after that minta maaf walaupun tak ikhlas.

Me & Lope. Masa ni 6 months preggie kat Obiya.
Itu cerita dengan bibik #1. 

Ini Imah
Budak kecik tu adalah Obiya ;)
Bibik #2 plak, pinjaman Bibik Cik. Namanya Wagimen, tapi arwah Aboh tukar nama jadi Imah. Orangnya dah tua. Dah 50 tahun kot tapi dalam passport tulis umur 37 tahun. Gila pentipu la! Bestnya Imah, dia pandai mengurut dan memang macam orang tua. Buat kerja sangat slow. Tapi, takpelah sebab masa tu terpaksa. Sekejap je dia tinggal dengan saya. 2 bulan je kot. 

Ini Kasroha
Lubang hidung mu tatap menjadi pujaan hatiku :P
Bibik #3 yang sekarang nilah, namanya Kasroha. Bibik yang ada sekarang. Waktu sampai dulu, pakai short pant & berambut pendek. Bibik yang sama tak pandai guna rice cooker, iron dan washing machine. Bibik yang sama kena belajar 50 kali buka dan tutup stroller Lope sampai pandai. Bibik yang sama degil tak dengar kata, hilang 20 minit masa pertama kali pergi Pavillion. Bibik yang sama suka makan ayam goreng dan Bibik yang sama hari makin hari saya dah anggap macam keluarga sendiri.

Rupanya dah ada 3 entry pasal Kasroha :


Luahan seorang majikan
Cukup-cukuplah Bibik buat perangai kasi saya pening. Tak kiralah bibik saya atau bibik orang lain pun. 

Till then, take care.


14/12/2011

13/12/2011

Nak gak review Ombak Rindu weh!

Okey. Tajuk sangat serupa dengan Mrs. Simplicity punya entri - Nak gak review Ombak Rindu weh! - ditiru dengan penuh niat :P 




Sebenarnya banyak sangat rancangan nak pegi tengok filem ni. Ajak Encik Bubu, semestinya ditolak mentah-mentah. Berpakat nak pegi dengan Knotwise, MascapoG & Erin, alih-alih tak pergi sebab timing tak kena. Janji plak dengan Mrs. Simplicity & Mama Likha pulak, tapi due to time constrain, semuanya tak menjadi. Bila filem ni dah cecah RM9 juta, barulah berjaya mencuri masa pergi tengok sensorang ajo. Don't ask me what time is the show ye. LOLs!


To those yang tak tahu, apa Ombak Rindu ni, adalah sebuah filem yang diadaptasi dari novel Fauziah Ashaari. Fauziah Ashari adalah seorang penulis yang bagus. Buah tangan karangannya selalu tidak pernah gagal memenuhi selera pembacaan saya. Ayatnya ringkas, dihurai dalam bait-bait yang sempurna membawa pembaca menyelami jalan cerita yang cuba disampaikan. Ombak Rindu adalah sebuah novel yang famous semasa saya di zaman sekolah dulu. Sebelum saya kasi review saya, ini adalah sinopsis Ombak Rindu.

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.


Kenapa saya nak tengok Ombak Rindu?
Nak tengok sebab saya pernah membaca novel ini. Sayangnya, jika ditanya kepada orang yang pernah membaca novel ini, saya rasa filem ini tak sampai umphhh nye. 


Pengolahan jalan ceritanya lemah especially part macam mana Izzah dijual kepada Kelvin. To those yang ada buku, try baca balik. Sebenarnya, penterjemahan novel ke dalam bentuk dialog sangat kaku dan banyak skip part-part menarik. Olahan script writer, director pun agak lemah sebab jalan cerita ni gagal memberi impak kepada saya (saya je ye, bukan orang lain). Ada masanya, ayat novel terlalu puitis dan dalam kehidupan seharian, kita tak guna bahasa dalam buku. Contohnya scene Haris minta maaf dengan Izzah yang sedang tidur, macam bercakap pada diri sendiri. Penterjemahan semula tak perlu ikut ayat novel kot. Tak sure pulak sape yang bertanggungjawab mengolah novel kepada skrip, tapi ada saya terbaca tweet dari siapa hari tu, katanya penulis novel tidak dijemput sama sewaktu pengolahannya. Betul ke tak, saya tak pasti.




Pemilihan Maya Karin mendokong watak Izzah juga dilihat kurang bertepatan. Walaupun saya bukan berilmu dalam skrin layar ni, saya tak rasakan pemilihan Maya Karin sebagai Izzah menepati kriteria. Saya akui, Maya Karin adalah seorang pelakon yang bagus tetapi untuk watak Izzah yang dilahirkan di kampung yang tak pernah keluar dari kampungnya, saya tak rasa anak kampung berwajah pan-asia dan bertutur agak pelat. Selainnya, watak yang didokong oleh Maya Karin ini memang layak diberi pujian. Dengarnya, Maya Karin sendiri belajar membaca al-quran demi filem ini.




Kemampuan Aaron Aziz nak berlakon watak romantik tak perlu diulas lagi. Semua orang tahu Aaron Aziz romantik, tapi bagi saya Aaron lebih romantik dengan Siti Saleha dalam drama Kasih Yang Suci ajo. Kali ni, memang la romantik tapi bagi saya tak umphh. Aksi kat katil, peluk sana sini tu tak rasa romantik sangat la plak. Mungkin, garapan dalam Kasih Yang Suci tu lebih baik. 




Selain cantik dan bijak, watak Lisa Surihani sebagai Mia nampak macam tak kena. Sememangnya watak Mia yang cuba digambarkan bersikap angkuh, keras kepala dan sombong serta nak ikut kepala dia je. Tapi, nak lakonkan watak kurang ajar tak perlu dengan bercakap asyik terpekik ajo kot masa marah. Ketip-ketip bibir semua bagai. Funnynya, sebab nak tonjolkan Mia tu seorang actress glamour bab balik dari study kat airport tu. Kelas ok, glam gitu rambut macam Lady Gaga :P Nampak over yang tak kena. Sorry Lisa, kali ni tak menjadi. Mungkin juga sebab dah install dalam fikiran yang Lisa Surihani ni lembut, ayu dan berlakon watak baik-baik ajo sebelum ini. 




Bront Palarae seperti tenggelam tapi saya suka scene yang Mail terjun sungai sebab nak dapatkan jam tangan Hariz (yang dihadiahkan sebagai hantaran kahwin) tu serta dialog selepas itu "aku tahu kau sedih Izzah. mata kau sedih" --> something like this la ayatnya - ada sebut mata, sedih. Okey, Bront Palarae pun muka ala-ala mat saleh tapi tak cakap pelat. So, saya rasa memang orang-orang kampung Izzah & Mail memang berwajah pan-asia :P


Soundtrack Ombak Rindu adalah terbaik. Tak salah kalau saya katakan filem ini hidup kerana soundtrack setiap kali muncul scene-scene yang menyayat hati tu, scene rindu, scene sedih -- suara Hafiz dan Adira sangat kena. Satu ni je kan OSTnye?


Keseluruhannya, saya rasa Ombak Rindu tak sesuai dijadikan sebuah filem kerana penterjemahan dari novel kepada filem kalau tak kena caranya tak menjadi. Sebenarnya, apa yang diperlukan adalah kupasan babak yang lebih detail. Saya yakin, kalau dibuat Ombak Rindu The Series, drama ni boleh meletup. Ini adalah review dari kaca mata seorang pembaca Ombak Rindu dan sebab saya beli tiket juga, saya adalah salah seorang yang menyumbang kepada filem yang mencecah sehingga RM9 juta itu. Saya juga yakin, filem ini dah cecah sampai RM9 juta disebabkan oleh nama-nama besar yang melakonkannya, juga kerana kekuatan novel itu sendiri serta adengan panas di katil oleh Haris dan Izzah. Well, berani yo! Macam cerita Hollywood.

Kalau nak baca lebih review, korang boleh check link ini:


Saya sememangnya menyokong filem-filem tempatan dan saya harap review saya ini tak kena condemn macam Knotwise review movie hantu itu hari.

Till then, take care.