Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/11/2011

Tata, Fahiya!


Saya pernah tulis mengenai Tata Juejue sebelum ini. Kali ini, sorang lagi orang yang rapat dengan saya di pejabat ini akan mengikut jejak langkah yang sama dengan Jujue.

Untuk sesiapa yang belum kenal, inilah Fahiya @ owner blog My Secret Garden. 



Lepas tu, apa saya nak tulis?


Tarik nafas, hembus.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Lepas tu blank nak tulis kan. 




Macam kata-kata terakhir untuk dia ni -____-

Well, here we go. Bismillah.

Sorang demi sorang orang yang mendengar, bergelak bersama dan menanggung susah senang sama-sama selama hampir 4 tahun saya kat office ni akan pergi ke office lain. Memanglah orang cakap, alahai dekat je. Tapi bila tak bekerja di bawah bumbung yang sama, makin lama makin jauhh.

Tapi, saya harap dia tak akan jauh dari hati saya. Juga dari doa-doa yang sering saya panjatkan setiap hari untuk teman-teman yang saya sayangi disekeliling saya setiap hari. Walaupun saya sedih, tapi sebenarnya inilah yang saya mahukan untuk Fahiya. Setelah apa yang dilalui, demi kerjaya dan masa depan, dia penghijrahan di tahun baru ini untuknya adalah sesuatu yang tepat pada masanya.


Lepas ni, tak ada lagi orang yang nak masak sedap-sedap kat pejabat ni dan jamu saya makan. Lepas ni, takde lagi orang yang faham bila saya pandang sesuatu pelik dan kami saling berpandangan kemudian ketawa kerana apa yang kami fikirkan adalah sama. Mungkin perkara-perkara terakhir mengenai Lijung, Goreng Pisang akan menjadi suatu kenangan yang manis untuk saya kenang selepas ini apabila memikirkan Fahiya.


Dalam gambar ni, hanya saya seorang sahaja yang masih setia di sini.
Adakah itu petandanya saya juga perlu berhijrah?
Selamat maju jaya, Fahiya. Kak Put doakan awak dapat boss yang baik dan officemate yang baik-baik juga. Sesungguhnya pengalaman tu banyak mengajar kita menjadi kita pada hari ini. Terima kasih sebab di saat Kak Put susah dan senang, awak selalu ada. Menjadi sahabat yang baik tak perlukan duit berjuta ringgit tetapi cukup sentiasa ada untuk mendengar. Jaga diri di tempat baru ye. Nanti kena form food hunter yang baru. Food hunter kat sini dah recruit ahli-ahli baru. Insya Allah, friendship forever.

sobs. sobs. Tata, Fahi! 

26/11/2011

Lope disampuk makhluk halus?

Walallahuaklam.

Saya tak tahu dan hanya Allah sahaja yang tahu. Hujung minggu saya yang panjang hanya dihabiskan di rumah sahaja kerana saya benar-benar bimbang dengan keadaan Lope. Memandangkan my.little.secret adalah diari kehidupan seorang mama, maka saya ingin berkongsi cerita ini.

24/11/2011 (Khamis)

Saya bekerja separuh hari kerana perlu membawa Lope ke Hospital Putrajaya bagi menghadiri sesi Terapi Carakerja. Sudah 2 kali temujanji sebelum ini kami tidak hadir kerana Encik Bubu, Obiya dan saya sendiri yang terkena demam denggi. Maka, temujanji kali ini memang patut kami hadir. Sepanjang sesi terapi carakerja, seperti yang sudah saya jangkakan Lope langsung tidak memberi kerjasama. Mungkin gap yang panjang membuatkan dia malas untuk bekerja.

Tengah tunggu turn @ occupational therapy.

Sepanjang terapi, dia buat perangai tak nak kasi kerjasama
Selesai terapi, saya membawanya ke Jusco Equine Park untuk membeli beberapa barang keperluan dan jumpa si Aly kat sana. Sebab jumpa dalam masa yang singkat, kami sempat say hye-hye macam tu je :') Waktu itu semuanya elok bagi Lope. Selepas keluar dari Jusco, saya singgah di Pasar Borong Selangor. Saya agak, itulah silapnya saya dan Encik Bubu kerana singgah pada waktu yang salah - waktu maghrib.

Bermula dari saya turun dan kembali semula ke kereta, Bibik cakap Lope tak henti menangis memanggil nama mama. Saya tengok jam 7.20pm, maybe Lope lapar kot sebab waktu makan malamnya sekitar jam 6.30pm-7.00pm. Maka, sepanjang perjalanan pulang juga Lope menangis tanpa henti. Peliknya apabila tiba di rumah, Lope tidak ingin makan juga minum susu.

Muka gelisah dan sangat garang :-(
Keadaannya berterusan menangis dan menangis. Bermacam ayat yang saya bacakan, namun tidak juga reda. Berpuluh kali ayat kursi itu saya bacakan, redanya cuma seketika. Namun, setelah 3 jam menangis dan merengek, saya pasangkan CD bacaan al-quran. Selepas itu tangisnya makin reda, kemudian diam. Namun, masih belum mampu untuk lena. Apabila susu diberi, dia menangis kemarahan. Maka, saya biarkan dia sendiri melayan perasaan. Hampir sejam dia sendirian, jam 11.30pm Lope terlena. Mungkin penat kerana menangis tanpa henti.

Saya sangkakan itu sudah berakhir, namun ternyata silap kerana jam 3.00am Lope bangun lagi dan menangis kembali. Susu tidak mahu, dodoi tidak mahu. Semuanya tidak kena namun Lope seperti menangis ketakutan dan ada kalanya seperti menanggung kesakitan. Saya sendiri tak tahu apa yang perlu dilakukan. Sambil mendodoikannya, saya membaca surah-surah yang saya tahu juga ayat kursi serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Penat menangis, Lope kembali lena jam 6.30am. 

25/11/2011 (Jumaat)

Lena Lope pada jam 6.30am itu tidak panjang kerana 40 minit kemudian dia terjaga dan menangis lagi. Perkataan pertama yang muncul dari mulutnya apabila mata dibuka adalah "mam-ma". Saya yang sedang bersiap untuk ke pejabat tak sampai hati rasanya. Saya pangku Lope, badannya terasa ringan. Saya teliti wajahnya, matanya dah ada eye bags dan dagunya runcing. Ini bukan sesuatu yang baik untuk Lope.

Dalam hati, pelbagai andaian yang saya buat. 

Lope kena sampuk dengan hantu/jin (nauzubillah)

Lope sebenarnya sakit kat mana-mana tapi tak tahu nak cakap (kesiannya)

Lope sengaja buat perangai sebab nak pandai cakap (amin!)

Sebelum saya jump into conclusion cakap Lope ni kena sampuk atau terkena dengan benda-benda yang tak nampak dengan mata kasar ni, saya rasa lebih baik saya bawa dia berjumpa doktor terlebih dahulu. Manalah tahu, kot-kot dia sebenarnya sakit tekak ke, badan panas kat dalam ke or apa-apa je lah. Sebab lately, asma Lope memang agak teruk, so manalah tahu kot-kot sebab ventolin ke dia bermasalah tak selesa dengan badannya. Semuanya andaian saya sahaja.

Muka tak larat sebab semalaman tak tidur. Muka dah cengkung. Tak dengar pun gelak-gelak dia :-(
Bila berjumpa doktor, everything is perfect. Tak demam, tak batuk, tak selsema dan tak de apa-apa masalah pun dengan anak tekak atau apa-apa sahaja yang buatkan dia tak nak makan. Sebagai ibu, saya tahu something is wrong with him. Tapi, saya sendiri pun tak tahu apa yang tak kenanya Lope. 

Memandangkan saya dah habis cuti rehat (yer, saya dah takde cuti rehat sampai 31 Disember 2011 - ayat orang tension)  maka, saya perlu ke pejabat juga selepas rehat solat jumaat. Memang saya berat hati nak tinggalkan Lope dalam keadaan yang merengek dan menangis tanpa henti juga tanpa alasannya. Lope akan sedikit lega bila dipangku dan dipeluk tak kiralah oleh mama atau pun bibik. 

Saya juga membaca semula komen-komen di Facebook saya mengenai perihal kena sampuk ni, bermacam-macam nasihat dan ayat yang dikongsikan bersama saya. Sesungguhnya, saya berterima kasih sangat dengan sahabat/saudara mara yang prihatin. Ada juga yang mesej saya. So, macam mana saya tak leh hidup tanpa Facebook? :P Kan? Kan?




Sebabkan terpaksa, maka saya ambil keputusan untuk mandikan Lope dengan ayat-ayat yang seperti Megat Amirul cadangkan. Maka, saya pun membaca dengan penuh ikhlas, rendah diri dan sangat-sangat memohon dengan Allah, agar dihindarkan segala ketidak selesaan pada Lope. Saya membaca al-fatihah (1 kali), 3 qul dan ayat kursi (9 kali). Sewaktu saya membacanya, Lope memang menangis dan merengek. Tetapi, alhamdulillah dengan izin Allah, selesai saya membaca 9 kali ayat kursi itu, Lope diam dan tidak menangis. Mungkin juga dia sudah kepenatan kerana asyik menangis. Namun saya percaya, semuanya atas kehendak Allah.

Maka, saya bertolak ke pejabat. Bimbang andai Lope 'buat perangai' lagi, maka saya terpaksa membawa Obiya ke pejabat bersama. Nasib saya baik sebab saya punya immediate boss memang bercuti. Obiya bukan main happy lagi nak ke pejabat mama sebab dia tahu, kat depan lif tu ada mesin jual air dan dia boleh pow mama beli air. LOLS!

Bila masuk ke office, ada meeting tergempar pulak dengan boss besar. Aigo. Mahu atau tak, saya terpaksa menyusahkan Fahi untuk tengok Obiya kejap di bilik saya. Saya dah pesan padanya tips yang boleh buatkan Obiya duduk diam. Alhamdulillah, sepanjang meeting selama 1 jam 30 minit itu, Obiya behave dan tak buat bising. Bimbang sungguh kot-kot dia meraung dan melalak cari mama :P

Obiya kat office Mama. Tengok la macam mana Mok Ya jaga dengan bagusnya sampai tak menangis sebab diumpankan dengan kartun :P juga, itulah Tropicana Twister yang Obiya pow dari mama sebelum naik lif :-)
Bila saya menghubungi Bibik pada jam 5 petang bertanyakan mengenai Lope, saya bersyukur kerana Bibik cakap "Lope okey saja lepas puan pergi. golek-golek kemudian dia tidur. tadi saya suapkan dia makan, kira lumayanlah dia makan. tak ada menangis pun" Dalam hati, saya teramatlah lega. Tetapi, apabila saya pulang ke rumah hampir maghrib, rupanya keadaan yang Bibik cakap tadi tu tak berpanjangan kerana telinga dan mata saya disajikan dengan aksi menangis dan merengek Lope yang tidak henti.

Sambil menunggu maghrib, saya amalkan sekali lagi bacaan surah dan ayat yang saya buat tengahari tadi dan alhamdulillah dengan izin Allah sekali lagi Lope tenang. Tidak menangis. Tidak merengek. Saya sangat lega. Sebelum dia tidur malam itu, saya hanya perlu menepuk-nepuk dia sahaja dan Lope tidur.

Mungkin terlalu awal untuk saya katakan Lope dah kembali kepada keadaan normalnya kerana malam itu juga Lope menangis non-stop dari jam 12.30 malam sampai ke 3.30 pagi!! Waktu itu, saya sendiri menangis. Segala surah, ayat-ayat yang perlu saya baca dah saya bacakan untuknya, Lope saya pangku sendiri dan saya masih gagal menenangkan dia. Saya tidak tahu apa yang dirasanya. Sakit atau tidak selesa. Apa juga yang mengganggu Lope memang saya meresahkan saya. Lope terlena hampir jam 4.00 pagi. 

26/11/2011

Jam 7 pagi lagi sudah saya hubungi Nyah, abang saya bertanyakan macam mana nak bawa Lope ke Darul Syifa'. Kalau doktor dah cakap tak ada apa-apa, mungkin ada sesuatu yang tidak kita nampak dengan mata kasar. Jam 8.30 pagi, saya sekeluarga dah terpacak di Darul Syifa' Bangi. Dapat no. giliran #61. Nasib baik Darul Syifa' Bangi sangat selesa dengan ada aircond bagai. Tapi, Lope yang merengek masih tak mampu saya tenangkan. Mungkin kerana tangisan Lope mengganggu orang lain, Ustazah yang mendahulukan nama Lope.

Kami bertemu dengan seorang ustaz. Saya tidak bertanyakan namanya (bagusnya mama Lope!!) dan Ustaz sendiri pada mulanya dia bertanya "anak ni OK ke?" sambil memandang dengan pandangan agak hairan kepada Lope. Saya menjawab "saya agak dia kena 'tegur' la Ustaz" tapi, mukanya masih lagi kehairanan. "oh, dia memang tak boleh berjalan lagi, dia autisma dan lewat perkembangan. walau dah nak masuk 5 tahun, masih lagi macam baby" Okey, pandangan mata itu saya faham. Itu adalah jawapan standard yang dah saya sering jawab untuk menjawab pandangan mata orang-orang yang kehairanan tentang Lope.

Selepas itu, Ustaz membacakan ayat-ayat yang sepatutnya dibaca dan Lope menangis macam kesakitan. Sewaktu Ustaz memegang kepala dan ubun-ubun dan kemudiannya tulang belakangnya, Lope menangis seperti dipukul dan meronta-ronta atas pangkuan saya. Selepas Ustaz selesai, saya bertanya padanya. "ada apa-apa ke Ustaz?" Dan seperti yang saya jangka, tiada jawapan untuk soalan saya itu. "Takpelah. Nanti balik, try kasi dia minum, mandi dan spray sekeliling rumah pada waktu azan maghrib. Kita cuma nak jaga rumah kita sahaja. Kalau keadaan tak reda juga, datang semula sini selepas 3 hari"

Kami pulang. Dalam kereta, saya pegang badan Lope panas sangat. Dia pun masih menangis dan merengek tanpa henti. Bila sampai dirumah, saya terpaksa 'paksa' Lope makan dan kemudiannya saya berikan air penawar tadi. Alhamdulillah, walau tidaklah seperti biasa, tangis dan rengekannya dah boleh dipujuk. Setelah didodoi, dia tidur. Sebab 2 malam dah tak tidur lena, muka Lope sedikit cengkung. 

Sepanjang hari, begitulah Lope. Menangis, merengek dan minta dipangku. Obiya sendiri faham dengan situasi Lope dan bercakap pun dah bisik-bisik dengan mama sebab tahu Lope sedang tidur (sebab tiru mama cakap bisik-bisik dengan Bibik). Malamnya, sekali lagi Lope tidur lena dan tidak. Maka, saya sendiri begitulah. Lena dan tidak menemankan Lope. Petang itu, Wan Teh dan anak-anak datang pun dia tak endahkan sedangkan selama ini Abang Irfan (anak Wan Teh yang sulung) la pujaan hatinya.

27/11/2011

Sepatutnya hari ini saya ke Janda Baik menghadiri majlis perkahwinan Dura dengan Obiya. Sebelum ni, perancangannya saya akan ke sana dengan kawan-kawan sepejabat. Memandangkan keadaan Lope yang sekejap OK dan sekejap tidak. Saya tak tahu sama ada Lope ni dah perangai sendiri atau memang 'ada sesuatu padanya'. 

Sepanjang hari, saya observe sahaja. Ada masanya, saya sengaja biarkan dia sendiri dan menegah Bibik menghampirinya. Bimbang sebab dia tahu bila dia nangis sket, Mama atau Bibik akan datang pujuk. Nanti naik lemak pulak. Tetapi, menjelang malam walaupun Lope menangis, saya rasa dia dah kembali kepada Lope yang dahulu. Sebab malamnya, tiada lagi tangis dan rengekan manja minta mama pangku, juga tiada lagi tiba-tiba menangis tak henti selama 3 jam.

Lope @ 29/11/2011 - after having  his early breakfast at 7.30am!
Itulah cerita hujung minggu yang panjang saya. Entri ini sendiri mengambil masa 2 hari untuk disiapkan :P Semoga tak ada lagi perkara-perkara yang tak diingini berlaku. Tak nak lagi kalau boleh mendengar Lope menangis dan saya sebagai mamanya hanya mampu menggosok dan melihat dia menangis tanpa mampu mengurangkan kesakitan, ketidak selesaan dan membiarkan dia merasainya sendirian.

Moral of the story untuk diri sendiri, inilah kenapa orang tua-tua tak bagi budak kecik berada kat luar rumah pada waktu maghrib yang mana waktu itu adalah pertukaran syift syaitan laknatuallah. Maka, sama-samalah kita beringat lepas ni.

My fave. picture - saling berpandangan. 
Thanks for reading this LONG entry. :')

p/s: perasan tak kulit muka Lope kembali gebu gebas? :')

24/11/2011

Apa Itu Twitter Part 2

Nak sambung pasal Twitter lagi hari ni. Entry sebelum ini Apa Itu Twitter rupanya ada yang minta disambung dengan lebih details.


Kalau semalam saya dah cerita part basic macam mana nak sign-up, lepas tu macam mana nak tweet, mention, follow dan baca timeline, hari ini kita share plak the beautiful part of Twitter. Perkara paling basic, kalau nak rasa Twitter adalah sesuatu yang menyeronokkan kemudian korang addicted nak baca timeline - korang kenalah ada komuniti tersendiri. Macam mana nak cari komuniti tersendiri? Oh, sangat senang ye anak-anak sekalian.

Tambah/follow kawan-kawan
Kalau korang memang dah ada kawan, follow la dia. Tak pun, ajak kawan-kawan korang yang close sign-up Twitter. Macam saya, saya kenal Twitter sekitar awal tahun 2010 tetapi saya mula aktif bila bertukar kepada smartphone apabila berinteraksi dengan geng-geng Rockeinsteiners dan Mr. Rockeinstein sendiri di Twitter. Lepas tu saya ajak Jujue, Fahi, Jia, Minmin & Tirex join sekali. Maka meriahlah sesi "burung biru" kami.





Follow artis/politician/icon kesayangan anda
Masa mula-mula sign-up twitter, orang yang pertama saya cari adalah Faizal Tahir :P So, bila dah jumpa dia saya add dan saya boleh bertweet dengan dia seperti ini.


Bila kita tanya artis kita suka (read:Faizal Tahir) dan dia jawab pada kita :')




Sekarang ni Faizal Tahir dah tak tweet tapi jangan bimbang sebab dia baca SEMUA yang orang tweet kat dia ;-) So, sila tweet dia dan sampaikan pesanan anda. 
To follow: @faizal_tahir


Bila kita tanya politician yang kita follow dan dia jawab, kita akan sukaaa!




DS Hishamuddin ni salah seorang menteri yang patut dicontohi sebab walau sesibuk mana pun dia masih ambil masa reply tweet orang, siap follow lagi tau. So, tak heranlah kalau dia dapat banyak pangkah nanti sebab dia sporting :P 
To follow: @HishammuddinH20




Follow agensi perkhidmatan, badan kerajaan & restoran/kedai
Twitter bukan sahaja terhad kepada individu sahaja, malah hari ini syarikat-syarikat dan badan-badan kerajaan sendiri sudah mempunyai account twitter yang mana memudahkan mereka menyalurkan informasi terkini serta menjawab soalan/pertanyaan secara terus. Dalam perkataan yang lebih senang faham, lebih senang untuk pelanggan/pengguna dapat maklumat serta murah (sebab tak payah call nanti bil phone naik lagi) dan cepat.


Contohnya:




Dalam printscreen ni diaorang nak jawab soalan-soalan orang ramai. 
To follow: @AirAsia



Ini pula page TonTon - kalau korang terlepas nak tengok cerita/news kat TV under Media Prima (TV3, NTV7, 8TV, TV9) maka disinilah korang cari ye. Sangat mudah. Diaorang akan tweet bila diaorang dah upload cerita-cerita online. 

Contohnya macam sekarang ni, saya tak sempat nak cerita Tentang Dhia, maka TonTon la jawapannya. To follow: @tontonMY


Ini pula update dari Polis Diraja Malaysia. Kat sini diaorang update la pasal tangkap penjahat, program yang polis buat dan ada juga yang menjawab pertanyaan. Info pasal trafik pun ada. 
To follow: @PDRMsia


Tapi, paling best kalau korang nak tahu pasal trafik, roadblock - korang kena follow ni:



Follow kltrafficupdate sebab account ni akan ReTweet kesemua tweet yang ditweet yang mana, orang akan update kat tempat diaorang keadaan traffik di KL ni, ada accident ke, etc.
To follow: @kltrafficupdate



Seeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....


Siap diaorang share kat mana ada roadblock. So, sesape yang tak nak kena tahan tu, sila avoid jalan yang dinyatakan :P To follow: @KLroadblock

Banyak lagi yang boleh kita follow sebenarnya. Kawan-kawan saya ramai yang follow artis Korea, lepas tu gigih guna google translate nak tahu apa diaorang cakap sebab diaorang tweet dalam bahasa korea. Pada sesiapa yang tak ada twitter lagi, jom create account sekarang. Kalau dulu orang cakap "saya bukan artis, mana ada twitter" kini, tidak lagi!

23/11/2011

Kerja Seni by Obiya

In case korang tak tahu, Obiya umurnya baru 2 tahun 9 bulan. Oh ye, dia bukan 3 tahun juga bukan 4 tahun. Badan dia memang manthappp menurun Abahnya (hekhek) :P Semalam, kali pertama saya ajar Obiya dengan proper macam mana nak gunak kamera kat BB saya yang ciput tu. Hari ni, saya nak kongsikan hasil tangan gempal yang snap gambar dengan menggunakan handphone ciput mamanya.

Dinner Obiya @ 22/11/2011. Ini sebijik meniru Mama sebab saya suka capture food :P

Bunga Telor yang Tok bagi untuk Obiya

Lappy mama tengah busy baca timeline :-)

Zebra stripe - seluar mama


Mama 

Mama lagi. Rambut ribut-ribut itu satu seni :P

Telinga pinky yang Obiya pegang. Saya pernah ambil gambar macam ni. Mungkinkah dia meniru gambar yang Mama ambil eh?

Pinky - Obiya's best friend



Bear ni namanya Pinky, best friend obiya. Pegi Alamanda pun bawak tau.

Anything in pink is pretty - Obiya

Collection Obiya

I like this one. 


Untuk seorang budak berusia 2 tahun 9 bulan yang ambil gambar, saya rasa gambar-gambar yang Obiya capture ni ada nilai artistik. Okey, mungkin mamanya berlebihan memuji tapi saya nak tengok 10 tahun dari sekarang, saya yakin darah seni ada dalam diri Obiya. Btw, banyak lagi kerja seni oleh Obiya ni kat rumah especially di dinding-dinding rumah :P

So, kita tengok 10 tahun akan datang ye ;-)

22/11/2011

Apa itu Twitter?

"Eh, nanti saya tweet eh,"
"Follow me at Twitter"

Lepas tu, ada pulak yang tiba-tiba tanya...

"Twitter tu apa?"

Saya -____-"

Ada antara kawan-kawan saya tak tahu apa itu Twitter. Salah seorang yang saya pasti memang blur dengan Twitter adalah Yong, kakak saya. Malah, kakak saya Kak Yan yang ada account Twitter juga pernah tweet kat saya cakap dia tak pandai guna Twitter ni. Ingat lagi saya tengok cerita Si Tudung Tweet lakonan Liyana Jasmay sebelum ini yang masa minggu orientasi tu, dia tanya kat senior tu "tweet" tu apa. Ini lebih kurang la soalan kakak-kakak saya sekalian.

So, entri ini saya tujukan khas buat kakak-kakak saya :P

Apa itu Twitter?
Twitter adalah sebuah website yang menawarkan rangkaian sosial kepada penggunanya yang membolehkan penggunanya untuk menghantar dan menerima pesanan (yang disebut tweet) sehingga 140 karekter huruf. Dalam bahasa yang mudah untuk orang faham, Twitter ibarat seperti SMS tapi digunakan di internet. 

Macam mana daftar account Twitter?
Mula-mula sekali, kenalah ada account di www.twitter.com. Sangat mudah untuk nak daftar account ni. Baca dan ikut arahan yang diarahkan. Bila dah ada account, barulah kita boleh tweet. 

Taip www.twitter.com - isi la Full name, Email dan password tu.



Lepas tu, akan keluar page macam ni. 


Check balik nama, email address, password & usernama. Kalau dah berpuas hati dengan details tu, click Create My Account.

Dari page tadi, korang akan bawa ke next page. Kat sini "The Twitter Teacher" akan guide satu persatu. Sangat mesra pengguna. 


Next step, kena follow at least 5 orang. Kalau istilah dalam Facebook "kena friend la". Jangan lupa follow twitter.com/puterinuur :P


.........siap follow Faizal Tahir dan Najib Razak, yo!


Semasa set-up account juga, kita boleh cari kawan-kawan kita yang dah ada Twitter. So korang klik la mana-mana, then masukkan password dan diaorang akan carikan.


Selepas dah ikut semua arahan tu, maka inilah hasilnya. 
Tadaaaaa! Ini adalah Twitter Yong yang dah siap didaftarkan :-)


Lepas tu, barulah boleh mula tweet.


First tweet dari account www.twitter.com/puteriazlinaMR ialah 


"My First Tweet :-) Thank you @puterinuur for your kind help. Xoxo"



"76" tu adalah patah karektar yang tinggal. Kalau kita nak tweet orang kena guna "@" yang bererti nak mention orang barulah dia tahu tweet tu untuk dia.


Ini pula adalah "mention" pertama yang Yong dapat. Sape lagi kalau bukan dari saya :P






Ini pula dipanggil  "timeline" - tempat kita tengok update tweet daripada orang yang kita follow dan juga tweet yang kita mention pada sesiapa sahaja. Kita boleh tweet sesiapa sahaja, tak semestinya orang yang ada tweet dari kita dan tweet dari orang yang kita follow. 



Ini adalah profile Yong yang dah siap saya tempek gambar dia. Nanti kalau senang-senang, follow Yong di www.twitter.com/puteriazlinamr



Jom! Kita bertweet ;-)

20/11/2011

"Maaf, saya tak hadir"

Sebenarnya entry ini telah dipost semalam. Selepas itu, saya unpublished. Saya bimbang jika ada yang salah faham dengan entry ini. Tetapi, selepas saya fikir, baik saya post semula. 


Memandangkan sekarang ini adalah musim orang kawin, maka nak bercerita sket pasal ni. Di harapkan dengan entri ini, tiada mana-mana pihak yang tersinggung dan berkecil hati. Saya suka dengan majlis kahwin, well perempuan ada ke tak suka majlis kahwin? Bila pegi majlis kawin, nak tengok pengantinnya, pelaminnya, hantarannya dan fooods! :P

Setiap kali hujung minggu, sejak akhir-akhir ini, ada-ada sahaja jemputan yang saya terima. Jemputan kahwin, jemputan sambutan hari lahir mahupun jemputan tahlil atau doa selamat. Dalam banyak-banyak jemputan yang saya terima, saya memang agak 'memilih' sedikit untuk hadir setiap majlis apabila ianya melibatkan "jemputan seisi keluarga". Bukan saya kerek akan hadir ke majlis yang best-best aje, tetapi saya 'terpaksa' menjadi 'memilih' dan 'cerewet'.

Kalau orang nak kata saya anti sosial, kurang bergaul atau kera sumbang sekalipun, saya tahu saya tak boleh memenuhi permintaan dan hajat setiap orang. Tak kiralah jemputan dari keluarga sendiri, keluarga sebelah Encik Bubu, kawan saya sendiri atau kawan Encik Bubu pun, jika tidak sesuai, saya terpaksa mengatakan tidak. Selalunya, majlis yang saya hadiri adalah majlis yang berada di dalam radar saya (Putrajaya dan sekitar). Kebanyakkan majlis di luar Putrajaya adalah majlis saudara-mara atau family superkids sahaja yang saya penuhi. Superkids family kerana kami bertutur dan melihat serta merasa dalam bahasa yang sama. 


Mungkin ada yang rasa saya kerek, kenapa saya memilih untuk hadir ke majlis atau memenuhi jemputan yang dipanjangkan. Secara jujurnya, sejak akhir-akhir ini saya kurang gemar menghadiri majlis atau jemputan yang tidak melibatkan anak-anak terutamanya di hujung minggu. Bagi saya, hujung minggu adalah waktu yang sangat sesuai untuk saya penuhi dengan mereka. Kalau teman-teman yang berkahwin, selalunya jemputan itu akan dipenuhi dengan kehadiran saya dan Encik Bubu ataupun kami berdua dan Obiya. Apabila saya datang bertiga, soalan yang sering saya dengar macam ni.

Scene 1
Orang bertanya: Anak sorang je ke?
Saya menjawab: Eh, tak. Anak dua. Sorang lagi lelaki, tinggal kat rumah.
Orang bertanya: Kenapa tak bawa sama?
Saya menjawab: Oh, susah sket bawak dia datang. 

atau pun, soalan begini.

Scene 2
Orang bertanya: Kenapa tak bawak Lope skali?
Saya menjawab: Oh, susah sket kalau Idris datang.
Orang bertanya: Kesian dia kena tinggal.

Saya? -___-"

Ada 3 sebab utama kenapa saya tak bawa Lope ke dalam majlis-majlis kenduri/tahlil yang diadakan di rumah/dewan. 


#1: Lope yang masih belum berjalan sendiri
Apabila saya membawa Lope keluar bersama saya, saya perlu fikirkan keperluan Lope. Mungkin orang tak tahu bagaimana caranya untuk membawa Lope bersama-sama saya. Lope kini berusia hampir 5 tahun dan mempunyai berat badan mencecah hampir 16kg. Dalam keadaan yang masih belum boleh berjalan dan belum boleh duduk tanpa pengawasan, Lope memerlukan seseorang untuk mendukungnya dan mengawasinya. Untuk pengetahuan, hanya saya dan Bibik sahaja yang bergilir-gilir mendukung dan mengawasi Lope dan dalam pada masa yang sama juga, perlu mengawasi Obiya yang mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi dan ingin mencuba (read:nakal).


#2 : Lope sensitif kepada keadaan sekeliling
Mendukung Lope dari rumah dan ke kereta kemudiannya ke tempat kenduri/keramaian. Kalau ke rumah saudara mara yang terdekat dengan saya, tidak mengapa kerana mereka memahami. Saya tanpa segan silu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah dan biarkan Lope lepak dalam rumah sahaja. Mereka juga memahami keadaan Lope. Kalau majlis berkenaan diadakan dirumah teman-teman, bagaimana? Perlukah saya menolak Lope di atas stroller di sepanjang majlis? Jika meletakkan dia di atas kerusi banquet juga, keselamatan Lope tidak terjamin kerana Lope bukanlah anak patung yang tidak tahu bergerak. 


#3 : Faktor cuaca 
Sekiranya cuaca panas, Lope tidak betah menahan. Apabila berpeluh, Lope akan menggarunya sehingga luka. Setiap kali Lope menggaru sehingga kulitnya luka, hanya Allah yang tahu betapa pedihnya hati saya merasainya. Lope sukar merasai kesakitan kesan dari luka yang digarunya, selagi dia tidak merasai kesakitannya, maka dia tidak akan berhenti. Selagi itu akan digarunya. Untuk mencegah daripada ianya terus berlaku, saya memilih tempat yang 'sejuk' untuk Lope. 

3 sebab inilah yang memberi kekangan kepada saya untuk memenuhi jemputan ke majlis keramaian. Saya sebolehnya tak nak hadir ke majlis keramaian tanpa anak-anak. Saya tak nak disebabkan Lope susah untuk dibawa ke majlis keramaian, saya tinggalkan dia dirumah. Saya tak mahu menyisihkan Lope dari aktiviti saya. Sama ada tinggal di rumah bersama Lope atau dia diangkut bersama. Tapi, macam saya cakap kat atas tadilah - 3 perkara tu adalah masalahnya. Kalau dekat-dekat, boleh lagi saya tinggalkan sekejap, itu pun dah 2-3 jam juga. Saya sedaya upaya memenuhi setiap jemputan yang dipanjangkan. Selagi boleh, saya cuba penuhinya tetapi sekiranya saya tidak hadir, jangan ada yang berkecil hati. Iringan doa tetap saya panjatkan buat saudara mara dan sahabat taulan yang menjemput agar dimurahkan rezeki selalu.

Salah satu scene Lope di rumah sepupu saya. 
Ini rumah sepupu, tak delah segan sangat nak biarkan Lope terguling pun :P



Kalau setakat Obiya sorang bukanlah alasan untuk saya tidak memenuhi jemputan teman taulan.




Sebab menjaga kebajikan budak yang duduk macam boss ni la, saya menghadapi sedikit kekangan untuk  bersosial. Ini bukanlah satu keluhan, cuma mengharapkan pengertian teman taulan. Sebolehnya, saya memenuhi setiap jemputan, jangan serik menjemput saya ke mana-mana majlis keraian yang korang buat. Mungkin kekangan ini tidak akan begitu besar sekiranya Lope mampu mengatur langkah sendiri dan memahami arahan serta merasai kesakitan. Semoga Allah mempermudahkan jalan saya membesarkan Lope dengan caranya yang tersendiri.

 Majlis menyambut menantu Airol & Susue yang saya attend tadi di Sungai Ramal :-)

Ini mesej kami pada pengantin. Tengok Encik Bubu tulis 'Have Fun' :p