Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

28/10/2011

Jom Ganyang Aedes!!!

Selepas Encik Bubu kena demam denggi macam saya ceritakan dalam entri yang lepas, saya rasa saya perlu sebarkan kempen pasal Jom Ganyang Aedes ni sebab saya tak nak orang lain pun terseksa macam Encik Bubu juga yang badannya lemah-lemah dan 4-6 kali sehari diambil darah dari badannya dan dimasukkan air. Seksa!


Saya tengok ada kempen Jom Ganyang Denggi di website www.gayahidupsihat.my terus rasa nak share kat sini. Mencegah lebih baik daripada mengubati. 



Klik SINI . Ada Quiz yang perlu korang tengok. Quiz ni akan membantu kita memahami apa itu Aedes dan Denggi serta cara pencegahannya.










FAM digodam!

Terkejut bila buka je www.fam.org.my terus keluar logo 'baru' FAM!


Tuan Bola Sepak Malaysia

Semalam lagi dah ada dengar-dengar website FAM kena hack. Bila buka website FAM - nak tergelak ada, nak kesian pun ada bila tengok logo FAM ni.Kat sini juga pihak hackers letakkan 2 video yang labelkan FAM bangsat. 


Pada pandangan saya, kenaikan harga tiket mencecah RM50 adalah tidak wajar. Kenapa tidak dikekalkan sahaja dengan RM30? Kenaikan harga tiket sebanyak RM20 dengan keadaan stadium yang kualiti lebih rendah berbanding Stadium Bukit Jalil memang tak logik. Malah, Menteri Belia dan Sukan sendiri pun terkejut dengan kenaikan harga tiket ini dan minta dikaji semula. Nampak sangat nak ambil untung lebihnya! 

Apa tindakan FAM? Terus keras kepala dan buat tak tahu? 

Apapun, good luck untuk Hoben Jang Hoben dan Peteh Ganu Peteh! Secara biasnya, saya harapkan Piala Malaysia akan ke Terengganu tahun ni :P

26/10/2011

Happy Birthday, Faizal Tahir!


Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu disamping isteri dan anak-anak. Rasanya kejap baru berseronok di PinkOctober tahun lepas. Kalau tahun lepas berwarna HIJAU, tahun ni berwarna KUNING plak :P Hope you'll like it!

Happy 33rd Birthday, Faizal Tahir!


25/10/2011

[Resepi] Nasi Berlauk Mokcik Aji

ujung minggu lepas, tiba-tiba tekak terasa nak makan Nasi Berlauk Mokcik Aji. Nasi Berlauk adalah nasi yang dimakan oleh orang Kelantan untuk sarapan yang mana gulainya adalah daripada ikan tongkol dimasak lemak dengan kunyit dan lengkuas. Nasi Berlauk Mokcik Aji pula adalah nasi berlauk yang dimasak oleh ibu saudara saya pada masa saya kecil-kecil dahulu. Waktu itu, saya sekeluarga tinggal di Kota Bharu, dan saya setiap hari Jumaat (hujung minggu) kami akan pulang ke kampung Cik di Bukit Marak.

Mokcik Aji memang terkenal di kawasan setempat kami dengan trademark Nasi Berlauk Kawin. Kawin disini bererti dicampurkan dengan bihun goreng yang simple dan sedap dimakan. Sewaktu saya mengandungkan Obiya, saya pernah mengada-ngada minta Cik masakkan Nasi Berlauk Mokcik Aji siap dibungkus dengan daun pisang untuk saya :P Bila saya tengok semula entri di tahun 2009 itu kat SINI macam tak percaya dah hampir 3 tahun ianya berlalu.



Inilah rupa Nasi Berlauk Mokcik Aji. Hari ini, sebab saya sukakannya, saya nak berkongsi resepi Nasi Berlauk ini. Caranya sangat mudah dan sesiapa yang nak mencuba makan makanan breakfast orang kelantan, bolehlah nak cuba.


Gulai Nasi Berlauk Lengkuas


Bahan-bahan
2 ekor ikan tongkol (dipotong 4-5)
1.5 cawan santan
2 cm kunyit (guna serbuk kunyit pun boleh)
2 cm lengkuas muda
3 biji cili kering (cili boh pun boleh)
5 ulas bawang merah
Timun (dipotong serong)
Kacang panjang 
Garam dan gula


Sebelum memasak
1. Rebus ikan tongkol dengan garam dan asam keping - simpan air rebusan
2. Kisar lengkuas dan bawang merah


Cara membuatnya
1. Masak santan sehingga mendidih
2. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar
3. Masukkan 2 sudu teh serbuk kunyit
4. Kacau perlahan-lahan sehingga likat dan sebati
5. Masukkan air rebusan ikan tadi (pastikan asam keping dibawa keluar)
6. Masukkan ikan tongkol yang telah direbus
7. Masukkan timun dan kacang panjang
8. Garam dan gula secukup rasa


Kalau nak complete lagi, Nasi Berlauk ini juga yang dikenali dengan Nasi Berlauk Lengkuas haruslah dimakan dengan sambalnya. Cara nak buat sambal juga sangat mudah. 

Sambal Nasi Berlauk


Bahan-bahannya
Cili merah 5 batang
Cili api (hijau) 5 batang
0.5cm belacan
2 biji bawang merah
5 biji limau 
Garam dan Gula


Sebelum
1. Potong cili merah dan cili api kecil-kecil
2. Bakar belacan dan bawang merah


Cara membuatnya
1. Tumbuk kesemua cili, bawang dan belacan
2. Perahkan limau
3. Garam dan gula


Kalau korang nak feeling-feeling makan Nasi Berlauk Mokcik Aji, maka silalah goreng meehoon yang simple.


Meehoon Simple Ala-ala Mokcik Aji


Bahan-bahannya
1/2 paket meehoom
8 ulas bawang putih
2 sudu cili boh
5 sudu udang baring
Kubis
Garam dan gula


Sebelum
1. Tumbuk bawang putih
2. kubis dipotong kecil-kecil


Cara membuatnya
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan cili boh
3. Kemudian, udang baring - masak sehingga sebati
4. Masukkan meehon
5. Garam dan gula


Bila semuanya dah ready, inilah rupa Nasi Berlauk Mokcik Aji :-)




Sebelum masak Nasi Berlauk Mokcik Aji ni, sempat pergi 'pekik' kat Twitter dan Sara ada bertanya, sebab feeling the more the merrier ajak Sara datang tapi dia nun jauh di kampung - maybe next time, dik. Sara tak dapat tapi Kak Eja sudi datang makan-makan kat rumah (dan tak amik gambar pun!). Malamnya pulak, Yong datang sebab nak menuntut ilmu dengan Encik Bubu. Maka, Nasi Berlauk ni almost habislah.

24/10/2011

Qada' masa dengan anak-anak

Hampir 10 hari tak bawa Lope dan Obiya keluar semenjak Encik Bubu demam dan kemudian masuk wad, dan selepas keluar wad juga, saya masih mencari masa nak membawa mereka jalan-jalan. Hujung minggu ini, saya habiskan dengan tidur dan berehat sahaja. Meskipun bukan saya yang masuk wad, tapi menjadi runner, tukang masak, tukang teman dan supir dalam masa yang sama untuk Encik Bubu serta dengan tugas hakiki sebagai mama kepada Lope dan Obiya serta isteri kepada Encik Bubu sepanjang dia diwadkan - sangat penat!

Disebabkan kesiankan mereka walaupun kalau nak diikutkan hati saya, mahu sahaja bermalasan dirumah, saya luangkan juga dengan mereka hampir sejam di playground pada hari Sabtu dan Ahad. Saya juga sengaja memaksa Encik Bubu a.k.a pesakit demam denggi yang hampir 100% sembuh itu keluar berjalan-jalan ambil angin dan keluar peluh. Maka, hari Sabtu kami adalah hari beriadah satu keluarga.






Sewaktu saya dan Encik Bubu berjalan-jalan ambil angin sambil menolak Lope dalam stroller, si Obiya dan Bibik di playground. Saya sebenarnya tak sempat ambil pun gambar Obiya sebab semuanya terlalu pantas untuknya. Bila saya tengok Obiya dan kanak-kanak lain seronok bermain, saya sengaja nak libatkan Lope juga. Bukan kanak-kanak namanya jika dia tidak gemarkan playground!




Pada mulanya saya dirikan sahaja Lope bersandar. Dengan cara ini, saya memberi dia dua kerja - mengimbangi berat badan serta sensori di tapak kakinya kepada medium yang berlainan. Saya biarkan dia berdiri beberapa minit disitu. Saya biarkan sahaja mata-mata ibubapa lain yang memandang tindakan saya itu. Diaorang bukan tahu Lope ni autism, kan? ;) Selepas melihat Lope semakin selesa, saya mencuba dia bermain slide pula.




Pada mulanya, saya teragak-agak ingin menarik Lope untuk 'terjun' di atas papan slide ini. Saya bimbang sekiranya dia terjatuh atau tercedera, tapi kalau saya tak mencuba, saya tidak akan tahu sama ada Lope suka atau tidak. Maka, apabila saya tarikseluarnya dan Lope menggelosor turun, dia ketawa terbahak-bahak. Sedikit di raut wajahnya seperti ketakutan atau mungkin gayat namun dalam masa yang sama dia happy. Selepas itu, saya mengulangnya beberapa kali dan Lope masih dalam mood yang sama.

Terkenangkan Lope gembira bermain slide, petang Ahad sekali lagi saya bawanya ke playground. Kali ini, saya amik video sebab saya nak abadikan di My.Little.Secret kali pertama Lope enjoy datang ke playground!





dan, bila melihat Obiya dengan selambanya bermain buaian tanpa bantuan saya, sungguh terasa langit dan buminya perbezaan di antara kedua beradik ini.





Lain kali, saya akan luangkan lebih banyak masa dan lebih kerap untuk budak dua orang ini di playground sebab kita tak tahu betapa mereka menghargai bermain di luar rumah tak sama macam kita kecik-kecik dulu bebas ke sana ke mari menerokai alam.

21/10/2011

Perhatian Kepada Azatie Sayang

(Sticky Post Sehingga 22 Oktober 2011 jam 11.59pm)

Semalam saya sudah mengumumkan pemenang untuk GA My.Little.Secret dengan kerjasama Fisher-Price. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini, salah seorang pemenang Segmen Tiga - Pemenang Tempat Kedua : AzatieSayang masih belum menghubungi saya. Memandangkan saya perlu mengemukakan senarai nama pemenang selewat-lewatnya esok kepada pihak sponsor, maka saya memberi peluang untuk AzatieSayang menghubungi saya menerusi email seperti di dalam entri INI sebelum/pada 22/10/2011 (Sabtu) jam 11.59pm.



Bila Encik Bubu Sakit...

Sayalah orang yang paling bimbang di dunia ini!

Sejak 14/10/2011 Encik Bubu dah mengadu tak sedap badan. Bila saya pegang badannya, penas. Maka, saya dengan pandainya mengatakan dia demam. Pada mulanya, saya sekadar memberi panadol di rumah sahaja, kemudian saya biarkan dia tidur semalaman tanpa di ganggu. Saya periksa suhu badannya pada jam 3 pagi hari berikutnya, panas badan semakin menurun, tetapi selepas jam 7 pagi, suhu badannya meningkat lagi.

Tanpa lengah, saya membawanya berjumpa doktor. Seperti biasalah, doktor akan memberikan ubat-ubat untuk orang demam dan doktor juga ada cakap, kalau selepas 3 hari tak sihat, datang klinik dan buat ujian darah. Sebelum berjumpa doktor juga, disebabkan Encik Bubu hilang selera makan, sempat lagi dia mengajak saya singgah ke Secret Recipe sebab tiba-toba terasa nak makan kek. 



Pelik.

Encik Bubu bukan hantu kek seperti saya. Tapi, biasalah sebab jadi orang sakit, semua permintaan haruslah ditunaikan. Encik Bubu cuma makan satu suap sahaja Choclate Indulgence with Walnut selebihnya, supir merangkap wife dia la yang habis. Seterusnya, bila pulang ke rumah keadaan Encik Bubu masih sama. Dia mula mengadu sakit badan, hilang selera makan secara mendadak sampaikan saya pancing dengan KFC pun dah tak jalan. Sikit-sikit Encik Bubu mengadu lenguh-lenguh sendinya. Sakit kat kepala, lengan la, kat belakang kemudian kat kaki, kat peha dan situ sini. Waktu itu, terdetik juga, 'manja bebenor Bubu ni bila sakit' tapi, bila orang sakit, semuanya kita tunaikan. Bukan itu sahaja, Encik Bubu juga muntah-muntah dan loya. Waktu itu, terlintas kat fikiran saya 'aku mengandung ke?' (LOL) sebab ada sesetengah orang, suami yang dapat symptoms dahulu :P

Sampailah sehingga saya pulang dari Beruas, Perak menghadiri pengebumian Ayah Anjang, saya lihat penuh satu badan Bubu dipenuhi dengan bintik merah, malah kulit Bubu yang keputihan itu bertukar menjadi pink! Saya panik, saya teliti belakang, tangan dan juga perutnya, hampir keseluruhannya diliputi bintik merah. Saya teringat saya pernah membaca tanda-tanda demam denggi di klinik tempoh hari sewaktu membawanya berjumpa doktor.

Tanda-tanda Demam Denggi Sumber: SINI

- Demam panas secara mengejut (ada)
- Sakit kepala (ada)
- Sakit tulang belakang (ada)
- Sakit sendi-sendi (ada)
- Loya dan muntah-muntah (ada)
- Sakit biji mata (phew! takde)
- Ruam (ada)


17/10/2011 jam 10.00 malam, selepas selesai solat Isyak, saya ditemani oleh  FIL membawa Encik Bubu ke Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya. Standard la bila datang Unit Kecemasan di hospital kerajaan, saya stuck di sana sampai jam 5 pagi! Kebetulan pada hari yang sama, terdapat 2 kes kritikal dan memandangkan kes Encik Bubu ni kes semi-kritikal je, maka berjamlah di sana. Pada mulanya, darah Encik Bubu di ambil selepas 2 jam baru keputusan darah keluar, kemudian Encik Bubu dimasukkan ke dalam wad pemantauan, di masukkan 2 botol air dan di ambil darahnya sekali lagi sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Keadaan Encik Bubu waktu itu sama sahaja. Tidak berubah. Pada 18/10/2011 sekali lagi Encik Bubu di bawa ke Pusat Kesihatan Putrajaya untuk mengambil darah pada jam 12 tengahari dan selesai pada jam 5 petang! Mak aihhh! Waktu itu barulah doktor yang bertugas di klinik issue surat refer untuk di tahan di hospital. Saya waktu itu yang masih di pejabat pulang jam 7 malam dan sejam kemudian membawanya ke Hospital Putrajaya sekali lagi. Saya ingatkan, terus dibawa masuk ke wad, rupanya tidak. Saya terpaksa menunggu sehingga 12.30 tengah malam. Encik Bubu di tempatkan di wad medikal.


Sedih rasanya melihat kedua-dua tangan dan lengannya di cucuk untuk diambil darah dan untuk dimasukkan air. Malam itu, saya pulang ke rumah jam 2.00 pagi selepas menyelesaikan semua urusan kemasukan ke wad. Dia nampak sedikit bertenaga meskipun tidak makan. Itupun selepas di masukkan dengan 2 botol air. Pulang sahaja, rumah dirasakan sungguh sepi tanpa Encik Bubu. Malah, saya tidak lena tidur malamnya kerana memikirkan dia. Bukan kami tidak pernah terpisah, ada je Encik Bubu out-station sampai seminggu pun, tapi kali ini keadaan kami berlainan sebab saya tahu dia sakit. Sakit Encik Bubu, maka sakitlah saya :'(

Esoknya, saya tidak ke pejabat. Saya beruntung kerana mempunyai ketua yang prihatin. Seawal jam 9 pagi, saya telah menjelajah ke Pasar Borong Selangor. Kata orang, sup ketam adalah sesuatu yang sangat mujarab (dengan izin Allah) untuk pesakit denggi. Saya beli 5 ekor ketam gemok dengan harga RM48.00 (phew!) Ketam-ketam gemok itu memang mengecurkan air liur saya selepas dimasak menjadi sup. Malah, round pertama kami (read: Bibik and me) buat 'food testing' pun licin :P Saya dapatkan resepi Sup Ketam tu dari SINIMalah, kawan-kawan office datang bertandang ke wad pada petangnya banyak 'menyuntik' mood Encik Bubu. Almaklumlah, kawan-kawan saya yang datang tu semuanya cun dan hot belaka :P Tak lupa juga, terima kasih untuk Prai & Ganjut yang datang menziarah. Encik Bubu bukan main happy lagi.


My CoGem - how I cannot love this man, dia sangat comel! Pfftt!

So, selepas 3 hari 2 malam dia berehat di hospital, tengahari semalam, Encik Bubu dah boleh discharge. Sewaktu saya datang menjemput dia untuk pulang, saya lihat Nyah ada bersamanya. Apabila saya naik ke wad untuk mengambil barangnya, saya jumpa ini di katilnya.


Ini adalah pegaga yang dibawa khas dari Kak Eda a.k.a Dr. Puteri Edaro. Saya teringat akan komen Kak Eda di Facebook minta saya mencarikan pegaga untuk Bubu. Saya mencarinya di Pasar Borong Selangor, sayangnya tak ada. Thanks Kak Eda. Siap datang hantar lagi suruh tanam dan juga siap dengan jus pegaga lagi. Terima kasih sangat. Lepas saya discharge, orang sakit cakap dia lapar dan dia rasa macam nak makan banyak-banyak, maka saya membawa orang sakit pegi ke sini.


Saya malas nak sebut kat mana tempat ni sebab saya rasa orang akan tahu jugak :P Berbaloilah kami makan berdua sebab makan kat sini buffet. Habis sahaja bawa orang sakit makan, kami balik dan senyuman budak-budak kat dalam gambar kat bawah ni sangat melebar sambut Abahnya. 


Si Obiya yang sedang menjadi mentor si abangnya tengah monitor dan bersungguh-sungguh ajak Lope bermain dan bermain. Ini adalah aksi mereka sebaik sahaja kami tiba dan Encik Bubu terus tersenyum. Malamnya, sengaja kami layankan sahaja celoteh Lope dan Obiya. Rasa macam dah lama sangat tak berborak dengan Encik Bubu sambil layan anak-anak padahal baru 3 malam dia tido kat hospitalHari ini, Encik Bubu berehat sahaja di rumah. Saya harapkan, Encik Bubu akan sihat sepenuhnya tak lama lagi.

Abang, if you happen to read this, kita tak suka CoGem kita sakit lagi sebab bila Abang sakit, Sue akan beribu kali lebih sakit. Get well soon. I love you. Okbai. *malu sebab dok jiwang kat entry*



20/10/2011

Here are the winners.....!



Akhirnya, dah dapat nama-nama pemenang sekalian untuk GA My.Little.Secret dengan kerjasama Fisher-Price. Sebelum tu, pihak penganjur nak mohon berjuta kemaafan sebab lambat sangat announce nama pemenang. Setelah diteliti dan disenarai pendek, keputusan tempat pertama, kedua dan ketiga ditentukan dengan cabutan bertuah oleh tangan si cantik  Obiya :P




Maka, berikut adalah nama-nama pemenang yang sangat bertuah kerana telah dipilih oleh si tangan genit di atas. Keputusan adalah muktamad. Tiada sebarang surat menyurat akan dilayan selepas ini. *drum rolls* and, the winners are...






*****
Segmen Pertama




Peek-A-Boo Leaves Musical Mobile bernilai RM279.90 

Link-A-Doos Kick 'N Play Piano bernilai RM149.90

Tempat Ketiga - #62 Fara
Musical Mobile bernilai RM119.90


*****
Segmen Kedua
Tempat Pertama - #14 Mimie
Learning Kitchen bernilai RM219.90


Tempat Kedua - #89 Nida
Rumble & Learn Driver bernilai RM169.90


Tempat Ketiga - #3 Ummu Muhammad
Singing Soccer Ball bernilai RM99.90


*****


Segmen Ketiga
Tempat Pertama - #38 Intan Berlian
Learning Table bernilai RM269.90


Tempat Kedua - #10 AzatieSayang
Doodle Pro Glow bernilai RM149.90


Tempat Ketiga - #19 MyRule
Doodle Pro Basic Colour bernilai RM99.90

*****


My.Little.Secret mengucapkan jutaan tahniah kepada 9 orang pemenang bertuah yang dipilih oleh Obiya dan juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang menyertai GA My.Little.Secret dengan kerjasama Fisher-Price. 


Kepada pemenang-pemenang, anda diminta untuk mengemukakan butiran lengkap seperti nama penuh, alamat lengkap dan no. telefon ke puterinuur@yahoo.com kerana kesemua hadiah akan mula dihantar pada minggu hadapan. 


p/s: semua pemenang dah dimaklumkan di link yg anda menang :-)

18/10/2011

Ayah Anjang

*talkin sedang dibacakan*


Sebelum saya melangkah ke pejabat pagi tadi, saya sempat mengambil blackberry Encik Bubu yang dicas di ruang tamu. Tujuannya kerana saya ingin membawa charger tersebut ke pejabat. Sambil mengambil, tangan saya melihat Blackberry yang berkelip warna hijau itu. Terdapat 2 missed calls dari Enda Wan Mazenah. Satu pada jam 12 tengah malam dan satu pada jam 6 pagi. Semestinya ini bukanlah suatu perkara biasa apabila ibu saudara Encik Bubu menelefon pada jam berkenaan. Encik Bubu yang sudah 3 hari demam memang tak kisah dah pada telefonnya.

Seketika, selepas dilihat blackberry dia mengucap Innalillahiwainnaillahirojiun. DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Seperti yang dijangka, Ayah Anjang sudah kembali ke rahmatuallah jam 11 malam semalam. Semalam juga, rumah kami "tutup" seawal jam 10 malam. Masing-masing kepenatan. Terus saya menukar pakaian dan bersiap-siap. Saya singgah ke pejabat dahulu sebelum memulakan perjalanan ke Beruas, Perak. Encik Bubu memang tak larat untuk memandu. Malah, dia juga yang lenguh-lenguh badan kelihatan begitu lemah.

Kami tiba di Beruas pada jam 12.30 tengahari dan jenazah sedang dikapankan. Orang ramai memenuhi rumah arwah dan arwah urusan pengebumian arwah selesai sejurus solat zohor. Kalau ditanya tentang arwah pada saya, arwah ni sangat handsome orangnya. Sewaktu saya berkahwin dulu pun, arwah sudah sakit namun masih berupaya mengingati saya. Paling saya ingat, arwah paling mengingati arwah aboh saya. Kami bertolak pulang ke Putrajaya sebelum asar. Keadaan kesihatan Encik Bubu yang tidak menentu memang membimbangkan saya.

Sewaktu memandu dari Beruas ke Putrajaya, saya terbayangkan wajah Enda, isteri kepada Ayah Anjang. Riak wajah yang sama saya lihat terbayang di wajah Cik dan CC. Wajah isteri yang setia dan berkorban segalanya untuk sang suami semasa hayatnya. Enda juga tidak terkecuali. Jasanya menjaga dan berkorban masa, tenaga dan kasih sayang saya amat sanjungi. Bukan mudah melayan dan bersabar dengan karenah suami tambahan pula sewaktu mereka sedang sakit. Malah, tiada rungutan yang pernah saya dengar melainkan mengasihani suami yang menanggung sakit. Agung sungguh kasih sayang mereka, menjadikan contoh terbaik untuk saya.

"Sekarang ni Enda fikir nak qada je. Yelah dulu, waktu arwah ada, Enda memang buat yang wajib je," ujar Enda. Tiada air mata yang gugur dimatanya. Saya tahu, Enda telah berikan yang terbaik untuk Ayah Anjang selama ini. Syurgalah balasan sebaik-baiknya buat isteri yang setia dan patuh disisi suami seperti Enda.


Al-Fatihah Ayah Anjang. 

Semoga Ayah Anjang ditempatkan dikalangan kekasih-kekasih Allah.

Sent from my BlackBerry® Smartphone

16/10/2011

My Happiest Moment



My happiest moment was when I became a mother.

Sape tak happy bila dah upgrade status dari seorang wife kepada seorang Mama. Masa gambar  ini dicapture adalah di hari Aqiqah dan Cukur Jambul Megat Idris Naquiyuddin. Dalam erti kata lain, di dalam satu majlis yang nak memperkenalkan orang baru kepada dunia. Majlis yang dihadiri oleh keluarga dan teman rapat ini sememangnya suatu peristiwa yang ingin dikenang untuk seumur hidup saya. 


Sewaktu saya memegang baby sendiri dalam pangkuan, semua kesakitan akibat melahirkannya secara pembedahan terbang begitu sahaja. Tiada rasa perit di bahagian perut yang dipotong dengan pisau halus dan tajam pembedahan tatkala mendengar suara anak ini menangis minta disusukan. Tambah bahagia lagi apabila mencium bau badannya. Bau baby memang menyeronokkan!


Waktu ini, gambar-gambar di atas dirakamkan dengan menggunakan perkhidmatan jurugambar profesional yang mana AR Photography diterbangkan nun jauh dari Kuala Lumpur ke Bukit Marak, Kelantan, Tetapi sekiranya saya memiliki kamera Olympus PEN Lite E-PL3 atau Olympus mini E-PM1 saya boleh rakamkan detik indah ini dengan sendirinya dan diabadikan untuk generasi saya yang akan datang. Semua itu tidak mustahil dengan Happy Photography Contest yang dianjurkan oleh Nuffnang.



Kepada sesiapa yang mencuba nasib nak menang kamera-kamera seksi kat atas ni, jom join Happy Photography Contest di page Nuffnang. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 November 2011. Syaratnya sungguh mudah, sekadar berkongsi cerita mengenai gambar yang paling menggembirakan anda sahaja.


14/10/2011

tata, jujue. *sobs*sobs*

ok, ini adalah entry khas yang saya tulis selepas saya menghantar Jujue ke pintu lif beberapa minit yang lepas. Lepas je antar dia ke pintu lif, saya masuk semula ke bilik saya dan Ya Allah! Sedihnya. Dia dah macam adik-adik kepada saya, mungkin juga dah macam anak kots. Bwahahahahha.

 Apa yang saya akan ingat pasal budak kurus ni:

- dia suka kaler kuning ala-ala DiGi tu;


.
.
.

- dia suka makan-makan-makan;


.
.
.

- dia suka Manchester United ;



.
.
.

- dia suka Klose - German football player;


 .
.
.

- dia suka SS501 especially Hyun Joong (betul ke ejaan ni?);


  .. dan yang ini yang tak leh blah :P

.
.
.
- dia suka tengok Korea dan saya panggil cong-ceng-cong-ceng;

.
.
.

- dia selalu bawa bekalan (bent0) yang ibu masak;


 .
.
.

- dia suka tido & senang untuk zzz;


 .
.
.

- dia suka boss saya dan panggil boss saya 'abah';

- dia akan SMS/FB/Tweet saya wherenever dia nampak sebarang perkara berkaitan dengan Autism tak kira la movie ke, rancangan ke, orang ke, sekolah ke, etc. 

.
.
.
.
.



saya ingat lagi, first time saya jumpa dia masa tu saya tengah mengandungkan Obiya. Orangnya kurus, tinggi, rambut lurus. tengok tang kurus tu, saya tak pernah terbayang yang dia KUAT makan ok. bayangkan dia makan lebih kurang saya makan (ok, terlalu terlebih ni - Hahahha) dan badan dia masih stay kurus kering macam tu. oh, how I envy you budak kurus!

sebelum ini, dia dah berpindah sekali. pindah kali tu, saya tak terasa sangat sebab dia masih berada dalam bangunan yang sama dengan saya walaupun dah jarang nak makan sama-sama, nak gelak sama-sama dan nak gosip serta dah takde orang datang tido kat sebelah saya masa waktu lunch. tapi, sebab saya tahu dia ada kat tingkat atas, maka dalam hati pun kata tak pe. tapi, masa tu saya agak terasa sunyi sebab dah takde kalau saya datang office akan datang budak kurus bertenggek kat cubicle saya masa tu dengan permulaan ayat "kaput, kaput, akak nak tau tak..." dan bla bla bla. selalunya, conversation kitaorang akan diisi dengan gelak berbanding bercakap.

 fave. cubicle :-)

dan, hari ini adalah hari terakhir dia  kat ministry ni. hari terakhir dia selepas hampir 3 tahun dia kat sini. selepas ni, saya dah tak akan terima BBM tanya "akak lunch katne?" atau telefon office saya tanya "akak ada kan kat bawah" sebab dia dah dapat offer kerja kat tempat lain dah. deep down inside, saya tahu adalah bagus untuk dia terima kerja lain. gaji lebih bagus dan peluang career yang lebih besar tapi dengan selfish saya rasa sangat sedih.


budak kurus yang suka kaler kuning, selamat maju jaya di tempat baru. ini pesan saya pada dia tadi 'rajin-rajin update blog' sebab bila saya baca blog dia, saya akan rasa dekat di hati bila tahu perkembangan dia sehari-hari walaupun sekarang dia sudah jauh di mata. 





thanks for being my adik. 
thanks for being my good listener. 
thanks for sharing 'air-liur'  yang buatkan kita close. 
thanks for everything.
sila jangan lupa dengan apa yang kita dah lalui bersama - the sisterly bonding.

please take a good care of yourself.
malam-malam tido awal sebab lepas ni kena bangun pagi dan drive.
dan, takleh dah nak tido dalam bas like you always did.


from: kakput.










.
.
.
.
.