Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/08/2011

1 Syawal 1432 Hijrah

* Mama & anak - BUKAN baju raya kami *

Bersiaran di pagi Aidilfitri dari Bukit Marak, Kota Bharu Kelantan. Tak sempat nak karang ayat power-power, so nak cerita seseringkas mungkin.

* Cik personally request buatkan Soto Puteri di pagi 1 Syawal. Hidangan lain yang memang dah ada Nasi Dagang, Roti Jala & Kuzi Ayam serta Makaroni bakar.

* Di malam raya, seperti kebiasaannya saya akan mengeluarkan pakaian raya untuk Bibik iron. Bila dicari-cari, baju kurung untuk raya Mama dan Obiya (baju kami sama) tak cukup sebabnya kain untuk baju kurung Obiya tak ada. Rupanya, ada orang unpack baju raya dia & tertinggal di Putrajaya.

* Sebab nak baju sama dengan Obiya, maka terpaksalah pakai aje baju yang sama dengan Obiya.

* Tahun ni tak pergi solat sunat Aidilfitri, malahh lawatan ke kubur Ummi & Abuya pun tidak.

* Orang pertama yang dilawati sempena Aidilfitri adalah Abg CC di HUSM Kubang Kerian.

Okey, rasanya itu aje. Kalau rasa nak makan Soto Puteri, silalah singgah di rumah Cik saya. Tweet me ye kalau nak singgah :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin




Sent from my BlackBerry® Smartphone

27/08/2011

Pulang sudah

Baca tajuk entri. Kemudian boleh senyum-senyum sebab tengah tulis entri ni dari ruang tamu rumah Cik.

*big smile*

* selepas 8 jam memandu akhirnya tiba di rumah Cik. Catat sejarah bila Encik Bubu cuma tolong drive 3 jam sahaja.

* perjalanan semalam smooth aje (erks, kami gerak dari Putrajaya jam 4.00am) melalui Lebuhraya Pantai Timur

* kami tak tahu macam mana nak masuk hi-way Bukit Besi ke Kuala Terengganu

* sampai di Bukit Marak, Lope demam. Petangnya bawa Lope ke klinik dalam hujan lebat.

* my FIL sms cakap we made a right move sbb petangnya jam bumper to bumper from Bentong to Raub.

* air-cond rumah Cik rosak dan Lope sangat bermasalah dengan demamnya dan kulitnya eczhema so nampak gayanya 2-3 kena kurung dalam kereta.

* semalam, menu berbuka puasa sanagt sedap. Cik masak nasi minyak dan gulai daging nadi. Awesome.

* sebab terpengaruh dengan status Ayah Ngah makan moreh colek di kedai Peringat, makanya Encik Bubu dan Abang Awish pun pegi juga belikan saya. :p

* hari ni, menu berbuka puasa Cik cakap ayam percik (yes!) & saya craving nak makan cendol. So, gambar cendol akan diupload kalau berjaya buat petang ni.

Selamat berpuasa di hari ke 27 Ramadhan. Semoga kita semua diberkatiNya.


Sent from my BlackBerry® Smartphone

24/08/2011

Lope berbuka puasa dengan Uncle FT ♥ ♥ ♥

Saya seringkali mengimpikan suatu hari nanti saya diberi peluang untuk menemukan Lope dengan Faizal Tahir. Hajat yang saya pasang tak sampai 2 tahun itu akhirnya terlunas apabila saya dan keluarga menghadiri Majlis Iftar bersama Faizal Tahir yang meraikan anak-anak yatim dari Rumah Amal Kasih Bistari dan kelab peminatnya - Rockeinsteiners Club.


Sebulan sebelum majlis ini diadakan, saya secara sukarelanya membantu sedikit sebanyak urusan berkaitan dengan anak-anak yatim ini. Setelah bergelar ibu, saya rasa terpanggil untuk melihat sendiri anak-anak di rumah ini. Ini adalah pengalaman pertama saya menjejak kaki ke rumah anak-anak yatim. Lawatan pertama Hanim, Ariffa, Efie, Ahh dan saya yang diadakan pada awal Ogos sekadar bertemu dengan penjaga mereka sahaja.

Aturcara

Majlis Iftar ini yang diadakan pada 19 Ogos 2011 bersamaan dengan 19 Ramadhan di Royale Bintang, The Curve, Mutiara Damansara ini melibatkan hampir 200 orang yang mana 30 orang daripadanya adalah terdiri daripada anak-anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari, jemputan-jemputan dari Faizal Tahir dan ahli kelab peminat. Keseluruhan Majlis Iftar ini happening, cuma saya seperti kehilangan passion untuk mengambil gambar, makanya saya selitkan gambar-gambar yang saya dapat dari kamera Efie, Abs, Ariffa, Sara dan Rienn. Terima kasih juga untuk Encik Bubu yang bergandingan bersama-sama Douglas, Ariffa & Efie menjemput dan menghantar anak-anak yatim ini serta persembahan di malam iftar tu dengan Efie, Dyana & Ahh. Sayangnya, takde gambar diaorang -_-

Tetamu jemputan baru sampai ;)

Tetamu yang diraikan :)

Persembahan dari anak-anak Rumah Amal Kasih Bestari

Bergambar kenangan dengan Faizal Tahir


Selepas dihantar balik - tertidur. Alolo comelnya budak-budak ni :)

MC pada malam itu adalah Koq (Anas Tahir) dan Azfar (OIAM). Suasana 'hidup' la dengan celoteh Koq yang macam bertih jagung tu :p Azfar sendiri yang tak habis-habis dengan celoteh 'Polis' menjadikan suasana tidak hambar. Lepas tu, ada cabutan bertuah dan saya yang sememangnya tak bertuah memang tak akan dapatnya. Malam tu juga, first time kot saya tengok Faizal Tahir bergandingan dengan Koq. Sebelum ni, Faizal pernah bergandingan dengan Salman semasa di Hard Rock Penang.

Kali pertama saya dapat tengok Faizal & Salman on stage menyanyi bersama-sama

Pose istimewa dari Faizal Tahir :P

Si darah manis Susue, A-riffa the artist, Mama Lope & Obiya + Obiya sendiri yang tengah syok makan cup cake

Bestnya event kali ni, selain saya buat sedikit kerja amal, dapat jumpa Faizal dan family, mengeratkan hubungan silaturahim dengan sesama Rockeinsteiners, saya juga membawa seluruh ahli keluarga saya. Lebih-lebih bermakna bila Lope secara ekslusifnya dapat berjumpa Uncle Faizal!

Saya & Lope sewaktu mendengar Faizal perform.

Sure Uncle Faizal 'rasa' Lope berat berbanding anak-anak Uncle :P

I wish gambar ini clear - manja!

Sengaja tampal banyak-banyak gambar Lope jumpa Uncle Faizal. Sebelum berjumpa, Lope nampak agak mengantuk. Saya berpesan 'Kalau Lope nak tidur, Lope kena jumpa Uncle Faizal dulu ye' Itu yang semua gambar nampak Lope agak lentuk.

Ini adalah gambar fave. saya! Uncle Faizal memangku Lope dan Obiya datang inter frame sambil kontrol ayu sebab Riffaie tengah dok pandang dia. Riffaie adalah anak ketiga Faizal yang lahir seminggu selepas Obiya :)

Ini anak dara saya :)

First time sign autograph dengan Faizal sambil letak anak atas meja :P

Keseluruhannya, event malam tu memang best habis. Persiapan sebelum, semasa majlis dan selepas juga cukup memenatkan. Malam sebelumnya, kami semua tidur selepas bersahur. Itu projek dengan Efie, Dee, Ariffa, Ahh & Encik Bubu saya. Saya sekadar jadi escort Bubu je :P Oh, juga rindu moment bersahur dengan sisters, melalak ibarat artis dan kekaguman dengan Tune Studios!

Sebelum nak pen-off, nak selit sedikit gambar ni. I'm sure, bukan semua Bibik di beri peluang ikut majikan dia berjumpa rockstar :P

Kasroha dan Faizal Tahir

Tak tahannya, dia terlebih excited dari saya. Siap bersalam dan sign autograph bagai. Paling comelnya, dalam autograph Faizal tulis padanya 'terima kasih sebab jaga Idris' -___-

Terima kasih, Faizal Tahir!


22/08/2011

Egyptian Magic Cream sesuai digunakan untuk kulit eczhema :)

Pertengahan bulan Ogos lepas, saya ada menulis entri Kelemahanku Itu Kamu yang mana dalam entri itu saya bercerita mengenai beberapa kegusaran hati saya dengan Lope. Salah satunya adalah berkenaan dengan masalah rashes yang dialaminya.

Saya sememangnya bersyukur dan bertuah kerana berkongsi cerita mengenai Lope di sini dan juga di Facebook dan Twitter saya kerana ramai yang berbaik hati untuk berkongsi tips dan petua bagaimana menangani masalah kulit ini.

Personal Message dari Hanim

Tips & Petua dari teman-teman/saudara-mara di FB :)

Salah seorang yang tampil cuba membantu saya yang runsing dengan masalah rashes Lope ini adalah Nurul - teman sekerja saya. Pada mulanya, dia agak teragak-agak untuk memberitahu saya. Saya berterima kasih kepadannya kerana memberi saya 10g Egyptian Magician Cream (EMC) untuk dicuba ke atas pipi Lope. Pada mulanya, saya agak keberatan. Bukan apa, saya tidak berani untuk menggunakan sebarang cream kerana kulit Lope terlalu sensitif kecuali disarankan oleh Dermatologist sahaja.

Sebelum saya menggunakannya, saya google terlebih dahulu. Ini yang saya dapat dari carian google saya di Egyptian Magic Cream. Testimonials yang saya baca di website berkenaan agak mengkagumkan.

Kandungan EMC yang terdiri daripada minyak zaitun, bees wax, madu, bee pollen, royal jelly dan bee propolis adalah 100% bahan semulajadi. Malah, menurut testimonials, EMC yang digunakan untuk rawatan ekzema dan psoriasis turut digunakan sebagai pelembap kulit, make-up remover, luka, kesan terbakar, ruam lampin & kulit, cacar air, strecth mark, berparut, gigitan serangga, sun-burn dan banyak lagi. Yakin dengan pembacaan di website, saya seterusnya bersetuju untuk menggunakan cream ini ke atas Lope.

Kulit pipi kiri Lope sebelum menggunakan EMC

Pada mulanya, saya menyapu EMC di pipi Lope jam 11 malam, selepas dia sudah lena. Keesokan paginya, saya kagum dengan hasil pipinya yang bertukar warna dari warna kemerah-merahan kepada pink. Malah, EMC benar-benar melembapkan kulit Lope yang mana sebelum ini kering dan bersisik.

Oppps, sila tengok Lope, bukan lelaki kacak yang mendukungnya :P

Lihat kulit Lope selepas seminggu menggunakannya. Walaupun masih belum kembali kepada kulit asalnya, namun ianya berkesan. Saya yakin dengan izin Allah, sekiranya digunakan secara berterusan, kulit Lope akan menjadi seperti biasa.

Dengan bantuan Nurul juga, saya terus beli EMC tanpa was-was dari Ummi.Beauty.Centre yang menawarkan harga yang berpatutan dan servis yang cepat dan pantas. Secara peribadinya, selepas menggunakan sendiri EMC, saya menyarankan agar menggunakan EMC sekiranya anda mempunyai masalah kulit atau menggantika lotion anda.

Ini EMC saya yang saya terima pada 19 Ogos 2011 selepas membuat pembayaran pada 18 Ogos 2011 jam 11.00 malam. Cepat kan? :) Oh, tak lupa. Dibelakang gambar EMC tu adalah Nurul & Naida. Terima kasih Nurul sebab introduce EMC yang bagus ini.

Harga: RM120.00 (termasuk kos penghantaran)


Perhatian untuk 107 peserta GA My.Little.Secret & Fisher Price!

(Entry ini akan melekat disini sehingga 22 Ogos 2011 jam 2.00 petang)

Saya harap, kesemua 107 peserta GA My.Little.Secret & Fisher-Price telah membaca ketiga-tiga entry berikut:
Fisher-Price : Newborn to Toddler Rocker ;
Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion ; dan
Fisher-Price : Healthy Care Booster Seat.
Hanya 107 peserta ini sahaja LAYAK menyertai GA ini.

Caranya sungguh mudah:
Link
Sila ikuti arahan mudah ini bagi melengkapkan penyertaan anda.
1) GA My.Little.Secret & Fisher Price mempunyai 3 segmen untuk dijawab.
2) Anda wajib menjawab ketiga-tiga soalan segmen berkenaan.
3) Anda perlu membuat entry berasingan disetiap segmen dan perlu menggunakan banner GA My.Little.Secret dengan kerjasama Fisher Price seperti dibawah.


4) Markah bonus akan diberikan kepada anda sekiranya anda menjadi follower My.Little.Secret dan Puteri Nuur At-Terawis di Twitter.
*****
SEGMEN PERTAMA
Fisher-Price : Newborn to Toddler Rocker

Arahan:
Kongsikan pengalaman berharga anda mengenai kehidupan indah seorang ibu. Apakah momen yang paling bermakna dalam hidup anda.

Sekiranya anda masih belum bergelar ibu:
Bercerita mengenai ibu anda.

3 entry paling kreatif akan memenangi:

-Tempat Pertama
-


Peek-A-Boo Leaves Musical Mobile bernilai RM279.90

- Tempat Kedua -


Link-A-Doos Kick 'N Play Piano RM149.90

- Tempat Ketiga -

Musical Mobile RM119.90

*****
.
.
.
.
.

- SEGMEN KEDUA -
Fisher-Price : Healthy Care Booster Seat.

Arahan:
Apakah harapan anda terhadap anak anda. Buat satu entry berbentuk surat menyatakan harapan dan impian anda untuk mereka.

Sekiranya anda masih belum bergelar ibu:
Penerimaan anda terhadap kanak-kanak kurang upaya.

3 entri paling kreatif akan memenangi


-Tempat Pertama-

Learning Kitchen bernilai RM219.90

-Tempat Kedua-

Rumble & Learn Driver bernilai RM169.90

- Tempat Ketiga -

Singing Soccer Ball bernilai RM99.90

.
.
.
.
.

SEGMEN KETIGA
Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion

Arahan:

Lengkapkan ayat ini..

"Produk Fisher-Price meyakinkan kerana ......"
(tidak melebihi 30 patah perkataan)

3 penyertaan terbaik akan memenangi:

-Tempat Pertama-

Learning Table bernilai RM269.90

-Tempat Kedua-

Doodle Pro Glow bernilai RM149.90

-Tempat Ketiga-


Doodle Pro Basic Colour bernilai RM99.90

5) Sila tinggalkan URL entry anda di ruangan komen ini sebagaimana berikut:

Contoh:
Segmen: Satu
ID Link : #1 Abazilah
URL:http://ablogforgiveawaylovers.blogspot.com/2011/07/ga-my-little-secret-fisher-price.html
Twitter ID: (sekiranya follow)
Twitter blogger : (sekiranya follow)

6) Ketiga-tiga segmen ini akan tamat pada 22 Ogos 2011 (Isnin) jam 2.00 petang.

Sebarang soalan, silalah bertanya :)

*** Tak sabar nak baca entry korang! :)

17/08/2011

Wordless Wednesday

Sent from my BlackBerry® Smartphone

Header baru My.Little. Secret

My.Little.Secret kini berwajah baru :) *yippie*

Semalam seharian saya membaiki blog ini, hasilnya mungkin korang dah perasan la. Header di atas sangat menggambarkan saya dan blog ini. Malah blog description "the beautiful life journey about being a daddy's girl, a sister, a wife, a mother, a blogger and a super woman wanna-be" sangat sesuai dengan apa yang saya lakarkan di My. Little.Secret. Selepas saya publishkan blog ini kepada umum semalam, orang pertama yang saya hubungi adalah Encik Bubu. Saya minta dia tengok header ini.

Perkataan pertama selepas dia tengok "Damn!"

Seperti yang saya jangkakan :p LOL!

Damn sebab menurutnya, gambar dia kecik :P Hahahhahah.

Well, sebenarnya saya sengaja buat macam tu. Gambar Obiya dan Lope memang sengaja saya besarkan, kerana merekalah main character dalam blog ini, malah dalam diri saya juga. Kadang-kala adalah saya menyelitkan cerita mengenai Encik Bubu, maka gambarnya haruslah kecik dan tak boleh over shadow owner blog kan :P *Encik Bubu, sila buat kat blog sendiri letak gambar pilihan hati anda*

Sekiranya ada yang tak tahu, kanak-kanak kecil yang memakai tiara itu adalah saya sewaktu saya berumur 4-5 tahun. Apabila di amati gambar ini, wajah Lope saling tak tumpah seperti wajah saya sewaktu saya kecil. *Sila cakap ye :P* dan Obiya saling tak tumpah seperti Encik Bubu. *chicken dance* Lihat saja bentuk kepalanya, pipinya, hidungnya, matanya - haish! anak perempuan saya adalah sangat Encik Bubu. Saya sengaja memilih gambar saya sewaktu kecil kerana itulah saya - a daddy's girl dan always be 'adik nuur' buat Cor, Nyah, Yong, Uda, Andak, Teh & Alang :)

Saya sukaaaa header ni sebab sangat menggambarkan saya walaupun header ni comot je hasil tangan saya :P Saya suka lay-out baru blog ni sebab kaler putih ni buat korang load dia cepat je kan berbanding yang sebelum ni. Tapi yang boringnya sebab separuh dari content ni hilang waktu saya dok tranfer tu. Haish!

Oh, nak tulis budget macam artis sket (berjangkit dengan hashtag kat twittet #tweetmcmartis) terima kasih sebab datang ke My.Little.Secret :)

p/s: pejam celik pejam celik, dah 18 Ramadhan. Lagi 2 hari bagi kita mengejar the 10 holy nights. Are you ready?

16/08/2011

Badan Wangi, Poket Berisi!

(Sponsored Post)

Semestinya ramai yang mahu kelihatan fabulous di hari raya nanti. Semua sekali nak tip top, baju kena baru. Kalau yang lelaki, pakai hensem-hensem, dari kaki ke kepala semuanya baru. Kalau yang perempuan pula, baju raya nak yang ada manik-manik bling-bling kat tangan, kat dada or maybe sampai ke tudung. Semuanya bergaya. Bila dah bergaya, tak lengkap sekiranya tak wangi.

Semalam, saya dok ralit browse page One Drop Perfumes. Sangat tertarik dengan promosi sempena perayaan mereka ini yang menawarkan duit raya sehingga RM2000. Musim perayaan ni, duit ibarat air. Itu ini semuanya pakai duit kan. Kalau dapat duit raya sampai RM2000 ni, bertuahnya!

Woah! Badan Wangi, Poket Berisi!



In case korang tak tahu apa itu One Drop Perfumes ni adalah produk minyak wangi yang diekstrakkan dari minyak wangi. Produk minyak wangi ini mempunyai kualiti yang tinggi dan menawarkan harga yang jauh lebih rendah dari harga minyak wangi designer di pasaran yang mana ianya diinspirasikan dari 40 jenama antarabangsa. Ianya 5 kali tahan lebih lama dan 10 kali ganda lebih murah dari minyak wangi yang bau sama dengannya di pasaran. Pendek kata, bau wangi, harga murah.

Berbalik semula kepada duit raya tadi, memandangkan tahun lepas One Drop Perfumes menerima sambutan yang hangat, tahun ini One Drop Perfumes melancarkan sekali lagi kempen 'Badan Wangi, Poket Berisi'.

Kempen yang berlangsung sehingga penghujung September ini memperuntukkan sebanyak RM2000 yang akan diagih-agihkan dalam kotak 'normal set' One Drop Perfumes di mana para pengguna berpeluang mendapatkan duit raya dalam bentuk baucer bernilai RM10, RM50 dan RM100 didalam kotak yang bertuah. Sesapa yang membeli 'normal set' One Drop Perfumes dan didalamnya terdapat baucer itu hanya perlu redeem dengan mengisi butiran peribadi dan menghantar baucer tersebut ke alamat yang tercatit bagi tujuan penebusan.

Sungguh mudah - Tiada slogan, tiada soalan & tiada gimik!

Seleksi minyak wangi 'normal set' dari One Drop Perfumes yang boleh anda pilih.

Sila layari website dibawah untuk more info
One Drop Perfumes

Jangan lupa juga LIKE Facebook
Facebook One Drop Perfumes