Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

28/07/2011

Patio@21

(Sponsored Post)

Sekiranya anda mencari tempat makan yang sedap setanding steakhouse terkemuka, harga yang jauh berpatutan dan anda seorang yang menghargai muzik live, Patio@21 adalah jawapan yang tepat bagi sebuah restoran keluarga pada hari ini.


Minggu lepas, berkesempatan singgah ke sini atas jemputan Encik Noor Azmi Ahmad. Bila ada sahaja orang mengajak 'makan' tersangatlah jarang untuk saya menolak :P Sewaktu pergi juga, saya mengajak Minmin temankan. Keluar sahaja dari kereta, terpandang sahaja restoran ini, saya tersenyum sendiri. Saya sukakan sebuah restoran yang mempunyai suasana seperti ini. Ala-ala romantik :p

Sebagai seorang isteri dan ibu, setiap kali ingin membawa anak-anak makan diluar, saya sering kali terpaksa mencari tempat makan yang sesuai dari segi rasa, harga, kesesuaian bila membawa Lope & memenuhi kehendak saya dan Encik Bubu. Selalunya, untuk memenuhi kesemua kehendak keluarga kecil saya, kami akan memilih untuk makan sahaja di restoran yang berada didalam shopping complex dengan alasan tempatnya nyaman dan banyak kemudahan disediakan.

Menjadi ibu kepada anak berkeperluan khas seperti Lope juga menjadikan saya sedikit cerewet dalam pemilihan tempat untuk menjamu selera. Saya terpaksa memikirkan keselesaan Lope terlebih dahulu berbanding perkara-perkara lain dan seringnya hanya restoran eksklusif sahaja yang memenuhi kehendak Lope. Namun, di Patio@21 semua itu dirangkum menjadi satu.

Menurut Encik Noor Azmi , Patio@21 menawarkan pelbagai jenis masakan seperti Asian Fusion, Burgers,Chinese style, thai, hotdogs, vegetarian, indian/pakistani, italian, japanese, mexican, pizza, sandwiches dan juga seafood. Sewaktu saya berkunjung ke sini minggu lalu, saya yang terkenal dengan gelaran 'lamb lover' dikalangan rakan-rakan semestinya mencuba lamb di Patio@21.

Minmin gembira bila makanan dia sampai :)


Close-up lamb grilled saya *yummeh*

Suasana rileks di restoran yang sesuai dikunjungi oleh semuaterutamanya keluarga menjadi daya penarik utama untuk saya. Malam itu saja, sambil saya seronok menjamu selera, saya juga diiringi oleh nyanyian live disitu. Inilah kelebihan Patio@21 - good foof, good music. Jujur saya katakan, dari segi rasa dan mutu masakannya, ianya berbaloi untuk berkunjung. Malah, diruangan depan restoran ini juga seperti terdapat beberapa sofa yang empuk, ibarat berada diruang tamu sendiri.


Berikut adalah senarai makanan yang anda patut cuba bila berkunjung ke Patio@21.

Baked Salmon

Nasi Lemak Rendang

Nasi Goreng Kampung *highly recommended*

Asam Pedas

Lamb Rack *highly recommended*

Teriyaki Chicken

Sirlion Steak

Ribs

Lobster Cheese

Okey, kalau nak saya listkan satu-satu makanan yang sedap, memang panjang listnya :P saya cadangkan jika anda berminat nak mencuba makan-makan disini dengan KLIK LIKE DI FACEBOOK PATIO@21 . Selain beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu, Patio@21 juga menerima tempahan seperti mengadakan private party, delivery, outdoor seating dan juga catering. Salah satu yang menarik minat saya adalah candle light dinner :)

Sesuai untuk anniversarry, ataupun birthday atau kalau ada yang nak sorok cincin dalam bunga tu pun! Auww.. hint kat Encik Bubu suruh dia buat surprise :P *lame!*

Kesimpulannya, Patio@21 memberikan kepuasan kepada saya kerana persekitaran dan suasana yang mesra pelanggan seperti saya yang mempunyai anak kerana boleh bersantai-santai, food presentation yang menarik dan rasa yang kena dengan tekak saya sambil makan diiringi dengan live musician ;) Paling penting juga, harga yang dikenakan adalah separuh harga berbanding dari restoran yang sering saya kunjungi/steakhouse.


Untuk bulan Ramadhan ini juga, Patio@21 menyediakan Buffet Ramadhan istimewa sesuai untuk semua. Paling istimewanya sebab ada kambing golek la kan! So, kalau nak bertanya lebih lanjut, sila LIKE Facebook Patio@21. Untuk tempahan, sila maklumkan tempahan ini dibuat dari my.little.secret (kot-kot dapat discount).

Contact:
Encik Noor Azmi Ahmad
Hotline: 016-9106552
Email: scudai@hotmail.com

Lokasi:
16-1 Jalan USJ 21/6,
UEP Subang Jaya,
47630 Selangor.

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat : 1 petang - 12.00 tengah malam
Sabtu : 7.00 petang - 1.00 pagi

Kemudahan Lain Yang Disediakan:
Wi-Fi (UniFi & sangat laju)
Surau (berasingan diantara lelaki dan perempuan)

Rating:
8 /10

26/07/2011

Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion

(Sponsored Post)

Menjadi seorang ibu adalah satu proses kehidupan yang indah dalam jurnal seorang wanita. Dari saat mengandungkan si anak sehinggalah mereka dewasa. Salah satu part yang paling saya teruja adalah dalam melihat perkembangan si anak di saat mereka mula bertatih dan seterusnya berjalan.

Bagi saya, menyaksikan Obiya belajar bertatih dahulu dan kemudiannya berjalan memberikan saya satu pengalaman yang berbeza. Hingga ke saat ini, Lope masih dalam proses pembelajaran dimana dia harus bangkit berdiri dan berjalan. Bagi ibu-ibu yang ingin mengoptimumkan kemahiran anak anda berjalan, Fisher-Price : The Go Baby - Stride to Ride Lion adalah salah satu solusi yang baik untuk ditimbangkan.

Pernahkah anda terfikir, apakah perasaan anak anda yang berusia 10 bulan apabila melihat wajah Lion yang berwarna kuning keriangan, berhidung purple dan berambut orange dengan matanya memandang ke atas dalam gaya yang penuh dengan kelucuan? Jawabnya mereka akan melompat dan teruja untuk mencapainya!

Ini adalah gambar demonstrasi yang saya jalankan ke atas Obiya yang berumur 2 tahun + juga tidak terlepas dengan keseronokan ini. Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion. Terpandang sahaja walker ini, dia mula melompat-lompat kegirangan. Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak dari umur 9 sehingga 36 bulan yang mana ianya didatangkan dalam 2 ciri iaitu boleh digunakan untuk berjalan dan menunggang. Sepanjang menggunakan produk Fisher Price, perkara yang paling meyakinkan saya adalah produk mereka mengutamakan keselamatan penggunanya.

Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion boleh digunakan sebagai walker. Pengalaman saya menjadi seorang ibu, sewaktu Obiya berusia 9 bulan, dia telah menunjukkan minat untuk berjalan. Waktu itu, Obiya hanya mampu bertatih dari penjuru kerusi dari hujung kiri ke hujung kanan yang lain. Dengan Fisher Price - The Go Baby Go - Stride to Ride Lion, ianya mampu membantu anak-anak kita belajar berjalan dengan sendirinya.

Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion dapat membantu bayi meningkatkan kemahiran motornya dengan ianya memdorong bayi untuk mencapai tahap perkembangan fizikal yang baru serta menggalakkan kemahiran motor kasar bayi dengan belajar untuk berjalan kemudiannya menunggang. Setiap kali bayi bangkit dan belajar menapak, ianya juga dapat memberikan mereka keyakinan dengan berdiri, berpaut dan menolak dengan yakin. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga turut dihiburkan dengan muzik yang seronok untuk berjalan-jalan.

Sewaktu Obiya belum lahir, hampir kesemua mainan Lope perlu mempunyai muzik kerana Lope hanya akan terangsang dengan muzik sahaja seterusnya saya berharap ianya dapat menarik Lope untuk terus bermain dan belajar. Sebagai ibu juga, saya tidak lokek membuat pelaburan dengan membeli barangan mainan yang berkualiti untuk anak-anak saya dan Fisher Price adalah salah satu daripadanya. Saya sukakan Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion ini kerana dengan lampunya yang berkelip-kelip yang menawarkan rangsangan visual serta bunyi muzik, tekstur lembut (rambut lion) yang dapat membantu sensori auditori dan sentuhan mereka.

rambut lion yang lembut mampu membantu sensori sentuhan bayi

Fisher Price - The Go Baby Go - Stride to Ride Lion yang sedia untuk ditunggang.

transform - untuk walker :)

switch on & off muzik :)

inilah jadinya bila budak umur 2 tahun yang masih nak main dengan mainan ni, sayangnya dia hanya boleh ditunggang.

Obiya happy dapat menunggang Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion.


Ini pula adalah review dari pengguna Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion yang saya temui di youtube.





So, untuk ibu-ibu yang ada anak berusia dilingkungan 9 - 36 bulan, jomlah dapatkan Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion. Berbaloi!

22/07/2011

Dreamgirls - The Broadway Musical Sensation

Korang dah tengok Dreamgirls - The Broadway Musical Sensation ?


Saya sudah. Saya pergi dengan beberapa orang colleague semalam. Terima kasih adik saya - Dyana yang invite dan RSVP tiket untuk kami. Memang tak rugi saya korbankan masa saya selama 3 jam untuk menonton sendiri dengan mata dan kepala saya.

In case korang tak pernah tahu pun Dreamgirls ini mengenai apa. ini saya petik sinopsis dari website rasmi Istana Budaya.

Pada tahun 1962 The Dreamettes, sebuah kumpulan gadis yang penuh harapan dari Chicago, telah menyertai ujibakat Amateur Night yang terkenal di Apollo Theatre di Harlem, New York Kumpulan ini dianggotai oleh penyanyi utamanya yang berbadan tegap Effie White serta sepasang rakan karib, Deena Jones dan Lorrell Robinson. Untuk pertandingan ini, The Dreamettes mendendangkan lagu"Move (You're Steppin' on My Heart)”, yang ditulis oleh abang Effie, C.C, yang menyertai mereka ke ujibakat tersebut. Di belakang pentas, gadis-gadis berkenaan dan C.C. bertemu dengan Curtis Taylor Jr., seorang jurujual kereta terpakai yang kemudiannya menjadi pengurus kepada The Dreamettes.

Curtis meyakinkan James "Thunder" Early, seorang bintang R&B terkenal, serta pengurusnya, Marty, untuk mengambil The Dreamettes sebagai penyanyi-penyanyi latar. Walaupun persembahan bersama pertama Jimmy Early dan The Dreamettes berjaya, Jimmy sangat memerlukan bahan baru. Curtis menyakinkan Jimmy dan Marty bahawa mereka harus berusaha menarik minat lebih daripada penggemar irama rhythm and blues tradisional dan soul serta menyasasarkan kepada pasaran pop. C.C. menggubah lagu "Cadillac Car" untuk Jimmy dan The Dreamettes, yang membuat lawatan dan merakamkan single sekembalinya mereka ("Cadillac Car (di Studio Rakaman)").

"Cadillac Car" berjaya mendahului tangga carta pop, tetapi sebuah versi rakaman semula oleh penyanyi-penyanyi pop berkulit putih, Dave dan Sweethearts ("Cadillac Car" (Umpil Semula)), berjaya menarik perhatian orang ramai dari gemuruh rakaman asal. Marah dengan rampasan kegemilangan "Cadillac Car", Curtis, CC, dan penerbit Jimmy, Wayne merasuah DJ di seluruh Negara untuk memainkan single berikutnya daripada Jimmy Early dan Dreamettes "Steppin' to the Bad Side". Akibatnya, rekod tersebut menjadi hit pop utama.

Konflik timbul antara Marty dan Curtis apabila Curtis campur tangan dalam bahagian Marty: Jimmy Early. Keadaan bertambah rumit apabila Effie mula berpasangan dengan Curtis, dan Jimmy, lelaki yang sudah berkahwin, mula menjalinkan hubungan dengan Lorrell. Marty berhenti menjadi pengurus Jimmy. Curtis menggantikannya, sangat bertekad untuk menaikkan nama artis berkulit hitam. Curtis cuba untuk menukar Jimmy Early menjadi penyanyi pop Perry Como-esque, dan menumpukan pada pembentukan Dreamettes sebagai kumpulan mereka sendiri, menukar nama mereka kepada The Dreams, menukar gaya mereka agar lebih canggih serta berketerampilan dan mempunyai nada yang mesra irama pop.

Antara perubahan yang paling penting adalah pengambilan Deena sebagai penyanyi utama, dan bukannya Effie. Effie geram dengan perubahan statusnya dalam kumpulan tersebut. C.C. meyakinkan dia untuk bersetuju dengan rencana Curtis. The Dreams telah muncul buat pertama kalinya di Crystal Room di Cleveland, Ohio, menyanyikan single pertama mereka, "Dreamgirls". Setelah selesai sebuah persembahan yang begitu berjaya, pihak media ingin bertemu dengan bintang-bintang yang baru dilahirkan itu. Curtis memberitahu Deena bahawa ini merupakan "Permulaan" - "Saya akan jadikan kamu wanita paling terkenal di dunia," tegas Curtis, apabila Effie yang dihina bertanya "Bagaimana dengan saya?"

Selama beberapa tahun berikutnya, The Dreams mencapai kejayaan utama dengan single popular seperti "Heavy." Apabila Deena semakin diraikan sebagai bintang, Effie menjadi emosional dan tak dapat diduga. Dia menuduh Curtis dan Deena menjalinkan hubungan. Lorrell berusaha untuk menjaga hubungan di antara ahli kumpulan, tapi ianya terbukti mustahil. Pada tahun 1967, kumpulan tersebut- kini dikenali sebagai Deena Jones and the Dreams – telah merancang untuk membuat kemunculan pertama di Las Vegas. Namun, ketika Jimmy singgah untuk melawat gadis-gadis itu, dia mendapat tahu dari ahli kumpulan yang lain bahawa Effie telah tidak membuat persembahan kerana sakit (hal ini kemudiannya mendedahkan bahawa dia mengandungkan anak Curtis).

Curtis dan Deena yakin bahawa dia sedang cuba untuk mensabotaj persembahan. Curtis menggantikan Effie dengan penyanyi baru, Michelle Morris, perubahan yang Effie telah mendapat tahu sebelum sesiapa berkesempatan untuk memberitahunya. Effie bersemuka dengan Curtis, CC, dan kumpulan, tetapi meskipun Curtis tertarik dengan keperibadiannya, Effie yang patah hati ditinggalkan apabila Deena Jones dan Dreams maju ke hadapan tanpanya.
Musical broadway ini dijayakan oleh :

Effie White
Elvira Arul & Dina (Malaysian Idol)

Deena Jones
Cheryl Samad (understudy: Ruzana Ibrahim)

Lorrell Robinson
Azura Zainal (understudy: Joy Shavini Victor)

Michelle Morris
Ruzana Ibrahim (understudy: Nadrah)

Marty
Indi Nadarajah

Jimmy Early
Kris Coleman

Curtis Jr.
Tony Eusoff

C.C.
Dafi (understudy: Aaron Khaled)

Ensemble:
Shahila Johan
Dhanya Nambiar
Eunice Lew
Stephanie Ang
Rydiana Rahim
Nicole-Ann Thomas
Samantha lee
Alia Ishak
Joshua Gui
Siau Vun Aun
Zukhairi bin Ahmad
Shazroul Zahari
Mazhar Mahathir
Benjamin Lin
Mohammad Zharif
Ahmad Zaki
Eddysham

Filem ini diarahkan oleh Joanna Bessey dibantu oleh Megat Sharizal (tahniah bro!)

Pendapat peribadi saya mengenai broadway ini - everything is beautiful. The songs, the screen play, the lighting, the sounds and the people. Saya kagum melihat anak Malaysia melakonkan watak didalam broadway ini. Tony Eusof mempunyai suara yang sangat baik begitu dengan Cheryl Samat. Dina dan Elvira Arul usah dipersoalkan lagi kemantapan vokal mereka.

Part yang paling saya gemar sewaktu menonton teater adalah sewaktu pertukaran plot-plot. Saya kagum melihat kehalusan, kecekapan dan kepantasan setiap scene itu berubah. Istana Budaya adalah pentas teater terbaik dari segi pencahayaan dan efek bunyi yang mampu mencetuskan mood dan membawa penonton seperti ingin menari bersama-sama mereka dipentas utama.

Untuk sesiapa yang berminat, tayangan Dreamgirls - The Broadway Musical Sensation adalah sehingga 24 Julai 2011 di Istana Budaya. Tiket boleh didapati di AirAsia RedTix


Masih ada masa korang nak menonton hari ini, esok dan lusa. Jom!

Ini saya ambil dari Budiey.com.



p/s: Istana Budaya memang tak kisah eh tengok teater pakai jeans?


Sumber dari Dreamgirls dan Istana Budaya.

19/07/2011

Lagu favourite Lope



Lagu yang saya gunakan untuk sesi terapi Lope - Bencinta (new arrangement from Uncle Faizal) Lihat video ini dan nilai sendiri bakatnya.

Mama Lope & Obiya : saya cairrrrr! :p

Kenali Lope - anak autistik saya

Semalam saya sibuk di twitter dengan bercerita mengenai Lope menggunakan hashtag #autistik. Korang boleh check apa yang saya dah tweet semalam dengan bangganya bercerita mengenai autistik kat sini. Saya rasa, seperti perlu untuk bercerita mengenai anak autistik saya, sekurang-kurangnya 10 random points yang orang tidak tahu mengenai Lope dan autistik ini. Ada beberapa rakan saya yang rapat 'takut' untuk mendekati Lope. Takut disini bukan kerana Lope ni jenis makan orang atau kelihatan ganas, tetapi takut jika tidak kena gayanya. Jom, saya cerita mengenai seseorang yang istimewa dihati saya :)

Mama say its OK to be different - Megat Idris Naquiyuddin a.k.a Lope
1.
Lope disahkan sebagai seorang kanak-kanak Autism yang mengalami Global Developmental Delay (GDD) seawal usia 8 bulan oleh Hospital Kuala Lumpur. Sebagai seorang ibu, perkembangan dari saat anak itu keluar dari rahim adalah amat penting. Belajar dari pengalaman, pantau perkembangan anak anda seawal usianya dengan carta perkembangan fizikal kanak-kanak. Jika terdapat kelainan, sila berjumpa dan merujuk dengan doktor.

2.
I bet, ramai yang kalau pertama kali melihat Lope akan tertanya-tanya kenapa budak berusia 4 tahun ini baik sangat tidak berlari ke hulu dan ke hilir seperti lincahnya si adik sebaliknya hanya duduk diam di atas strollernya. Lope masih belum berjalan, malah Lope juga tidak merangkak. Lope bergerak dengan menggulingkan badannya, kemudian Lope akan berdiri di atas lutut dan dalam posisi duduk di antara 2 sujud, Lope akan melompat. Itulah cara Lope bergerak.

3.
Lope akan menjadi kanak-kanak yang paling baik sekiranya Lope tidak lapar, lampin dalam keadaan bersih, tidak mengantuk dan dalam keadaan sejuk. Sekiranya Lope berada di kawasan panas, ianya boleh menyumbangkan faktor ketidakselesaan seterusnya menangis non-stop selagi tidak beralih ke tempat yang nyaman. Paling teruk, kulit Lope akan bertukar merah dan eczema akan mengambil alih di kulit-kulit Lope.

4.
Sekiranya korang bertemu Lope atau orang-orang istimewa yang lain, anda tidak perlu untuk merenung dengan penuh ketakjuban sehingga mengakibatkan ibu (read:saya) rasa tidak selesa. Saya sudah berpuluh ribu kali melalui peristiwa di mana orang-orang yang dianugerahkan oleh Allah dengan sempurna fizikal dan akalnya merenung kami seperti kami adalah alien. Come on lah, anak istimewa juga seperti manusia-manusia lain. Memandang tak mengapa, tapi tak perlu kot sampai merenung, atau kemudian berbisik sesama sendiri sambil menjeling dengan pandangan jelik. Jika ada yang bersimpati, terima kasih namun bukan niat saya ingin meraih belas. Buat yang menjelik dan berpandangan "dah tahu dah anak tu macam "tu" , nak dibawa juga anak tu keluar" - silalah buka minda anda. Saya tak pernah malu, malah berbangga dengan Lope. Anak istimewa bukan lahirnya untuk disorok atau didiskriminasikan.

5.
Jangan tak tahu, anak-anak Autistik selalunya seorang yang good looking. Saya bukan bercakap mengenai Lope, saya bercakap mewakili keseluruhannya. Allah itu adil, dimana terkurangnya mereka, akan diberikan kelebihan ditempat lain.

6.
Lope berkomunikasi melalui tangisan dengan saya. Terdapat beberapa jenis tangisan yang menggambarkan kehendak Lope contohnya tangis sewaktu lapar, mengantuk, bad mood, sakit dan ingin bermanja. Semua ini tidak boleh belajar melalui pembacaan tetapi melalui pemerhatian dan kasih sayang saya yang tidak pernah surut untuk anak ini.

7.
Buat masa sekarang, Lope hanya menjalani terapi carakerja sahaja di Hospital Putrajaya dibawah jagaan Cikgu Amir. Physiotherapy dan Speech Therapy juga saya hentikan buat masa ini. Malah, hydro-therapy juga masih belum dimulakan.

8.
Jangan sesekali berjanji dengan Lope melainkan anda ingin benar-benar melunaskan janji tersebut. Berpegang pada janji adalah salah satu karekter kanak-kanak autistik yang mana mereka adalah lurus.

9.
Lope tidak suka dipeluk melainkan oleh mamanya sahaja. Rekod paling lama Lope memeluk saya adalah pada 18 Julai 2011 sewaktu dia sedang tidur iaitu selama hampir 5 minit. I just love the feeling!

10.
Sila jangan sentap sekiranya Lope buat dunno ajer bila korang panggil namanya. :P

Okey, sebenarnya ada banyak lagi nak tulis pasal Lope tapi memandangkan mamanya tidak larat maka akan disambung didalam entri lain. Buat masa ini, 10 tips ini diharap membantu anda mengenali anak autistik saya.

11/07/2011

Perkembangan Lope yang membuatkan saya seorang mama yang gembira!


Tak puas rasanya 2 hari bersama Lope dan Obiya. Hujung minggu dan kami sekeluarga berada dirumah sahaja tidak kemana-mana. Selain orientasi waktu tidur bermula jam 10 malam kepada Obiya berjaya dilakukan, saya menemui penemuan baru ke atas Lope. Selaras dengan umurnya yang meningkat, perkembangan emosi dan pertuturannya bertambah. Terkini, yang saya perhatikan sudah pandai memahami dan mengajuk cakap.

Beberapa hari lalu saya berpuasa, kerana lewat pulang dari pejabat, selepas saya bersolat maghrib, saya mengajak Encik Bubu untuk keluar makan. Tidak larat untuk memasak. Saya bercadang untuk keluar berdua sahaja kerana ingin segera pulang. Sewaktu saya mencium ubun-ubun Lope sebelum keluar rumah, sambil berpesan "Lope, Mama keluar buka puasa sekejap" anak matanya memandang tepat ke arah saya. Waktu itu, dia di atas ribaan Bibik.

Matanya sayu memandang saya. Saya menentang pandangan matanya untuk beberapa saat dan kemudian, dia memanggil "Mam-ma" dalam nada kesayuan. Saya tersentuh dan mengambilnya dari Bibik. Sewaktu saya mengambilnya, dia sudah terkinja-kinja keriangan. Saya tidak sampai hati meninggalkannya. Akhirnya, saya hanya berbuka puasa dengan telur goreng kerana tidak sampai hati meninggalkan Lope.

Lope kini juga dah pandai menjawab komunikasi dengan saya. Pada pengamatan saya dahulu, Lope akan berulang kali menyebut "bah-abb-bah" ataupun "sheh-bah" (sheh-bah adalah panggilan gurauan mengusik Abahnya dan sheh-ma adalah untuk Mama) - walaupun Encik Bubu tiada bersamanya. Setiap kali saya bersamanya juga, saya akan menegur "Lope selalu panggil nama Abah je, panggil la Mama pulak. Kesian Mama kat depan Lope ni". Lazimnya, dia akan mengulang perkataan "abb=bah" itu untuk beberapa kalinya juga tanpa memberi respon kepada saya.

Bezanya kali ini, dia akan memandang dan dalam keadaan sedikit tergelak dia memandang saya sambil menjawab "mam-ma, mam-ma". Saya yang berada didepan dia tergelak keriangan waktu pertama kali mendengarnya kerana Lope respon kepada saya. Alhamdulillah. Selepas itu, dalam beberapa keadaan yang berbeza, saya mencuba lagi mengulang soalan yang sama sewaktu Lope memanggil abahnya, dan setiap kali itu, Lope memandang ke arah saya dan memanggil "mam-ma". Setiap kali itu juga, Lope tidak pernah gagal membuatkan saya menjadi mama yang paling gembira di dunia ini :p


10/07/2011

Gulai Udang Masak Lemak Nenas dan Ikan Tenggiri Masin

Sudah lama dapur di rumah tidak berasap secara proper. Hari ini, sebab terlanjur sudah membeli belah di Pasar Borong Selangor, saat saya terpandang sahaja udang-udang segar, terus terlintas di kepala saya Gulai Udang Masak Lemak Nenas dan Ikan Tenggiri Masin. Ok, saat itu juga saya kecur air liur dibuatnya sebab terbayangkan rasa masak lemak, masin-masam nenas itu sungguh melazatkan.

Udang-udang segarlah membuatkan saya terliur dan terus rembat sekilo udang ni. Kat Pasar Borong Selangor, sekilo harganya RM19.00. Kemudian, saya beli juga ikan tenggiri masin dalam botol serta yang paling penting buah nenas. Kalau saya beli nenas yang sama di Carefour, Alamanda harga nenas ini melonjak ke harga RM2.60 sebiji.

Hari ini, mahu berkongsi resepi yang paling mudah dan campak-campak versi saya. Resepi ini sebenarnya kali pertama saya lihat di TV bulan lalu sewaktu saya bersahur di waktu dinihari yang mana rancangan di TV2 memaparkan masakan Baba dan Nyonya. Sewaktu menontonnya sepintas lalu, saya tidak merasa apa-apa tapi bila waktu tengahari di pejabat, kecur mulut menggambarkan keenakannya. Mulalah saya mencongak-congak bagaimana ingin memasaknya.

Gulai Udang Masak Lemak Nenas dan Ikan Tenggiri Masin
(sajian untul 3-4 orang)

Bahan-bahannya:

- setengah ekor udang (15-20 ekor)
- 2-3 ulas bawang merah
- seulas bawang besar
- 15 biji cili hijau
- sebiji nenas
- sekotak santan segera
- 6 hiris ikan tenggiri dalam minyak (chunk oil)
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 batang serai

Cara-caranya:

Cili padi, bawang besar dan bawang merah - kisar bahan-bahan ini dengan 2 cawan air di dalam blender. Apabila diyakini semuanya telah dikisar halus, masukkan ke dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.

Apabila mendidih, masukkan hirisan nenas yang telah dipotong 3 segi bersama dengan serai. Biarkan seketika sehingga nenas empuk, kemudian masukkan gula dan garam diikuti dengan 4 hirisan ikan tenggiri yang dipotong kecil.

Ikan tenggiri masin dalam botol

Ikan tenggiri yang dikeluarkan dari dalam botol

Biarkan seketika sehingga mendidih.

Masukkan sekotak kecil santan. Apabila nampak mendidih, campur 1 sudu teh serbuk kunyit.

Biarkan seketika.

Masukkan udang yang telah dibersihkan. Biarkan sehingga udang empuk dan masak.

Angkat dan hidangkan.

Jemput makan :)

09/07/2011

Mission accomplished!

Entri Cerita Seorang Mama Yang Bersalah sangat meninggalkan impak kepada saya. Saya menerima semua cadangan, nasihat serta teguran yang dicoretkan. Nasihat dan cadangan yang baik, saya ambil dan praktikkan manakala yang tidak membina saya jadikan sempadan. Salah satu cadangan yang saya suka dan memberikan saya satu nasihat yang baik adalah dari Diyana Azman.

Inilah salah satu keindahan blogging - berkongsi pengalaman dan nasihat.

Sepanjang minggu lalu, saya komited mengubah waktu tidur Obiya. Ini adalah cabaran kepada saya. Kalau sebelum ini, saya tidak menghadapi masalah seperti ini dalam menguruskan Lope. Waktu tidur, makan dan bermain Lope adalah mengikut jadual yang telah saya tetapkan. Lope tidur jam 9 malam dan bangkit jam 7 pagi. Lope makan nasi 3 kali sehari diselangi dengan 2 kali snack time dan sepanjang hari, Lope bermain dan disebelah siangnya Lope akan tidur selama 30 minit hingga 1 jam sehari. Anak autistik saya memang menjalani rutin yang sama dan amalan itu menyihatkannya.

Apabila saya membesarkan Obiya, rutin yang saya tetapkan itu tidak menjadi. Obiya ialah seorang kanak-kanak yang ingin menerokai alamnya, mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi dan seorang yang menolak apabila kita mahu mendodoikannya. 3 kriteria yang berlainan 360 darjah dari abangnya. Maka, cara serta taktik untuk mamanya juga harus berbeza. Mungkin bagi ibubapa yang mempunyai anak normal seperti Obiya tidak menghadapi masalah ini, tetapi bagi saya yang baru 4 tahun bergelar mama, dan orientasi selama 2 tahun pertama adalah didalam cara berlainan, kadang kala saya juga lupa bahawa Obiya adalah 100% berbeza dari Lope.

Maka, saya bermesyuarat dengan Encik Bubu. Bukan saya tidak menyedari bahawa tidur secukupnya untuk anak adalah perkara yang penting dalam membina sistem imunisasi anak, perkembangan otaknya serta rehat yang secukupnya. Akhirnya, kata sepakat kami capai. Beberapa cara saya lakukan untuk tune kembali waktu tidur Obiya kepada waktu sepatutnya. Target kami adalah jam 10.00 malam sudah tidur. Selepas melalui 5 malam dengan mamanya mempraktikkan arahan berkurung, arahan tutup lampu dan tidur bersama dengan Pinky dan Baby, semalam adalah malam kemuncaknya apabila jam 10 malam dan rumah kecil saya sudah sunyi dan sepi tanpa ketawa dan tangisan 2 makhluk kecilnya.

Obiya - anak yang penuh dengan kejutan untuk saya :)

Terima kasih di atas semua komen, cadangan, nasihat dan berkongsi pengalaman mendidik anak. Saya masih baru menjadi seorang mama dan masih banyak yang ingin belajar.

06/07/2011

Fisher-Price : Newborn to Toddler Rocker

(Sponsored Post)

Lope sekarang dah berusia 4 tahun. Anak autistik saya ini, masih dalam proses pembelajaran untuk mengimbangi badannya, menarik badan dan berdiri. Buat masa sekarang, Lope masih belum mampu berdiri sendiri tetapi sudah berjaya menggapai kerusi seterusnya bersandar dan perlahan-lahan dia bangun berdiri. Bagi saya, itu sudah cukup untuk Lope buat masa sekarang kerana usahanya ada dan Insya Allah, dengan doa dan bantuan dari saya serta sokongan dari semua ahli keluarga, impian saya untuk melihat Lope berjalan sendiri akan terlaksana. Walau lambat.

Itu cerita Lope untuk berdiri. Selainnya, saya sering mengalami kesukaran untuk meminta Lope duduk sendiri. Kalau dibiarkan di atas sofa atas kerusi, dia akan melentukkan badannya. Silap harinya, Lope akan terjatuh. Jika diletakkan di atas playmat-nya, Lope lebih cenderung untuk berbaring sendiri. Memandangkan usia Lope yang meningkat, sukar untuk saya mencari kerusi yang sesuai untuknya. Sebelum ini, sudah 2 buah kerusi saya beli. Namun, kedua-duanya menjadi hak milik mutlak Obiya sekarang kerana tidak sesuai untuk Lope.

Tetapi, masalah saya itu selesai dengan penemuan satu kerusi baru. Eceh!

Sebenarnya, ini bukanlah kerusi tetapi Fisher-Price : Newborn to Toddler Rocker (NBTTR). Kelebihannya, rocker ini sesuai digunakan dari newborn sampailah kanak-kanak berumur 3 tahun atau sehingga 18kg beratnya. Memandangkan Lope beratnya baru 15kg, maka NBTTR ini tersangatlah sesuai untuk Lope terutamanya selepas Lope makan, Lope akan diletakkan didalam NBTTR. Kalau diletakkan di atas kerusi biasa, saya khuatir sekiranya Lope akan melentukkan badannya seterusnya jatuh dan tercedera. Namun dengan NBTTR, ciri keselamatan diutamakan dengan memakainya seat belts.

Ini adalah gambar betapa Lope sedang enjoy menggunakan NBTTR sambil menonton Upin & Ipin selepas makan tengahari. Tekstur kain yang lembut dan kedudukan kerusi yang kemas dan kuat menolong Lope duduk dengan betul. Sebetulnya, kerusi yang sesuai untuk 4 peringkat usia kanak-kanak ini dibeli di awal kelahiran Lope, barulah saya boleh memaksimakan penggunaannya.

3 tahun pertama dalam kehidupan seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Waktu inilah diaorang ni ibarat sponge yang akan menyerap semua ajaran yang kita ajar. Diperingkat ini juga, banyak yang diaorang akan belajar. Salah satu perkara yang bagus mengenai NBTTR adalah ianya juga membantu dari segi perkembangan fizikal dan mental.

Melalui tidur yang sempurna, imunisasi badan bayi akan bertambah, mereka juga dapat memproses maklumat yang telah mereka pelajari sepanjang hari dan pemulihan fizikal badan yang kepenatan seharian menjalani aktiviti mereka serta banyak lagi perkembangan yang penting. Pendek kata, tidur yang sempurna sangat penting bagi seorang bayi.

Bermain juga adalah satu task yang penting untuk seorang bayi di awal perkembangan mereka. Belajar melalui bermain diperingkat awal ini dapat menstimulasikan perkembangan minda mereka. 36 bulan pertama adalah stage yang sangat kritikal dalam perkembangan minda kanak-kanak untuk melibatkan kanak-kanak belajar seterusnya membina asas pembentukan ini. Melalui 'the power of play' kanak-kanak ini akan belajar memahami dunia mereka dengan lebih jelas. NBTTR juga membantu perkembangan ini dengan menyediakan toy bar disekelilingnya yang mana ianya berfungsi untuk membantu koordinasi mata-tangan sewaktu bermain, stimulati visual dengan toy yang berwajah comel dan stimulasi pendengaran dengan lagu-lagu yang sesuai.

Tukarkan ini...

Lepas tu, jadilah macam ni:

"menonton DVD bersama Obiya kini lebih menyeronokkan" - Lope.


Dan, ianya sangat mudah untuk saya bawa ke mana-mana kerana ringan dan portable.

Lipat macam ni je

Lepas tu, bawa ke mana-mana :)

Fisher-Price : Newborn to Toddler Rocker ini boleh didapati dipasaran dengan harga RM349.90 sahaja.

:-)