Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/06/2011

cerita seorang mama yang bersalah

Semalam saya pulang lewat bersama Encik Bubu selepas menonton premier screening Transformers 3. Tatkala membuka pintu rumah hampir tengah malam itu, anak perempuan saya Obiya masih belum tidur. Ditemani bibik dia masih menonton. Lope sudah dibuai lena sejak jam 10 malam lagi menurut Bibik. Selepas mengucapkan terima kasih untuk Bibik, saya minta dia tidur. Seterusnya saya menemani Obiya menonton.

Jam hampir menginjak ke angka 2 pagi dan si kenit Obiya masih seronok mahu menonton Princess di DVD. Entah berapa ratus kalipun tidak tahu cerita yang sama ditayangkan namun dia masih belum jemu menontonnya. Apabila di ajak tidur, dia enggan. Mahu tidak, saya membiarkan. Namun, melihat angka 2 dan esok saya bekerja, maka saya menggunakan kuasa veto terus mematikan TV yang sedang ditonton sang anak.

Tindak balas yang memang sudah diduga terus dipamerkan si anak. Budak berumur 2 tahun setengah itu menangis, memekik, melolong sekuat hatinya sambil melompat-lompat minta dipasang semula. Si mama yang kepenatan dan mengantuk pada mulanya hanya berkata 'esoklah sayang, princess pun dah mengantuk' namun budak kecil itu mana faham apa yang mamanya sampaikan. Langkah seterusnya, si mama buat dunno dan mendukung masuk ke bilik tidur untuk tidur. Semua lampu dipadamkan namun tidak mampu memadamkan suara Obiya yang seorang.

Pada mulanya Obiya dibaringkan disebelah mama, namun dia enggan nak menangis serta melolong. Kepenatan bergayut disetiap urat saraf saya membuatkan angin kemarahan si ibu melanda. Anak kecil dua tahun itu ditengkingnya, kemudian dibawa ke ruang tamu. Disitu tayangan yang diminta terpasang di siarannya namun tangis sang anak tidak berhenti jua. Waktu itu, saya seperti dirasuk untuk terus memarahi badan si kecil didepan saya.

"Tengok TV ni, mama nak tidur. Phia tidur la kat sini sorang-sorang!" dan saya berlalu ke bilik tanpa menoleh ke wajah kecil yang sedang terhingguk-hingguk menangis itu. Saya tutup pintu. Saya mendengar suara kecil itu memanggil 'mama'. Dalam hati, hanya Allah yang tahu bagaimana panggilan syahdu itu mampu meruntuhkan satu benteng kemarahan didalam hati saya. Benteng itu ibarat ais yang cair terkena pancaran sinaran panas. Saya sendiri menangis kerana memperlakukan anak sebegitu. Kepenatan dan rasa mengantuk menjadikan saya seorang monster yang memarahi anak sendiri.

Lantas, perlahan-lahan saya buka pintu bilik. Suara tangis Obiya jelas kedengaran, dalam nada yang sungguh sayu. Nada itu memanggil-manggil 'mama'. Saya pergi ke penjuru ruang tamu dimana Obiya sering menyorok tatkala bermain. Dia berada disitu sambil memandang dinding. Tangannya menutup muka. Bahunya terhingguk-hingguk menahan tangis. Ya Allah! Besarnya kesalahan saya pada insan kerdil ini.

Lantas, saya tepuk lembut bahunya. Dia menoleh dan terus menangis lagi. Kali ini makin kuat namun apabila saya menghulurkan kedua tangan untuk mendukungnya, dia datang kepada saya. Saya dukung, peluk dan cium dahi Obiya. Tangisnya masih kedengaran. 'Mama tak nak dengar orang menangis dah' tiada tangis melainkan terenjut-enjut bahunya. Tak sampai seminit dia diam, saya lihat dia memeluk erat leher saya.

'Sayang mama?' Obiya angguk.
'Mama pun sayang sangat kat Phia, tau?' Obiya angguk lagi.
'Kiss mama' arah saya, dan satu ciuman singgah di pipi.

Saya cair.

Dan menangis juga.

Selepas itu saya pula yang menangis sambil memeluknya hingga dia terlena. Mungkin kerana lama terdiam, Encik Bubu yang dari tadi sekadar memerhatikan menjenguk kami dua beranak. "All she need is just a hug, from her mother" kata Encik Bubu. Dan saya menangis lagi memandang Encik Bubu dalam kegelapan malam.

. muka budak kena marah dengan mama .

Obiya, mama minta maaf -_________________________-


29/06/2011

Transformers : Dark of The Moon

(anda adalah dilarang membaca entri ini sekiranya anda adalah peminat tegar Transformers) :p

Mula-mula kena terima kasih banyak-banyak kat Jia sebab di saat-saat akhir dia let go 2 keping tiket Transformers : Dark of The Moon untuk saya dan Encik Bubu. Masa mula-mula dapat tiket, dah teruja sebab tiket dia sangat comel!

Filem ini ditayangkan hari ini secara rasminya (29 Jun 2011) yang saya tengok semalam adalah premier screening. Ada beberapa kawan-kawan pesan, jangan review pasal filem ni sebab diaorang nak tengok sendiri. So, saya akan tulis secara general sahaja.

Watak baru:

Megan Fox tak muncul pun dalam filem ni. Mengikut ceritanya, Steven Spielberg menggugurkan beliau kerana dalam satu interview, dia menyamakan Michael Bay sebagai seorang Hitler. Maka, wataknya digantikan dengan Rosie Huntington-Whitely.

Dreadbox - Ferarri 458 Italia

Sentinel Prime - dia adalah ketua sebelum Optimus.

Wreckers - dia Autobot. Tugas dia ala-ala comando la. Siap ada machine gun. Mantap!


Soundwave - Megatron communication officer yang mana tugas dia menangkap semua komunikasi dalam talian.

Wheeljack - dia ni saintis geng-geng autobots la. Rupa dia bila transform akan jadi macam Alber Einstein siap dengan speck bagai. Comel.

Review saya:

Transformers : Dark of The Moon ni terlalu detail jalan penceritaannya which is too pack of action which is very good. Saya tak dapat nafikan sepanjang menonton tu, saya tak pandang dan usik-usik Encik Bubu pun sebab kami berdua memang concentrate dengan cerita ni. Sound system yang gempak buat saya bergegar dikerusi buatkan keseronokan terbang ke alam autobots/decepticon ni jadi lebih real.

Bumble Bee akan jadi karektar kegemaran saya dari dulu sampai sekarang. One thing saya suka, bila Bee ni jumpa aje Sam, tak kira dari mana dia datang pun, dia akan melutut. Oh, sangat sopan Bee ni. Auwww! Ada part yang buatkan saya menjiwai watak Sam sangat-sangat bila Bumble Bee dibunuh. Gila la, menangis bila dia cakap 'good bye my friend' sambil mata dia pandang Sam dan mata Sam pun dah berkaca tahan nangis. Weh! Bumble Bee mati ke?! Eceh! Sila tengok di pawagam berhampiran anda. :p

Tak best bagi saya:

Optimus Prime tak tough sangat. Memang bangsa Prime ni tak kuat tapi sebab 'baka' diaorang maka diaorang leh la jadi leader. Aksi terbang-terbang, pakai pedang tu best dan part yang Optimus kena potong tangan buat suspen gile :p

Heroin baru ni terlalu Megan Fox wanna-be! Memandangkan jalan ceritanya dah clash dengan Megan Fox, bagi saya, sekiranya watak dia tak wujud pun takpe, tapi biasalah kan cite macam ni sure nak kan pompuan seksi yang meletup. Rasanya lebih baik kalau dia cari awek yang totally muka/jenis lain.

Overall, sangat berpuas hati. Kalau ajak pergi tengok 4-5 kali lagi pun saya sanggup. Berbaloilah korang bayar tiket wayang.

Saya bagi 8/10.

Autobots, transform and roll-out!

** gambar ehsan encik google yang bijak :)

23/06/2011

sentuh, gigit dan merasa :)

Dua malam lepas menyaksikan segalanya berlaku disini. Kesekian kalinya, saya mengakui perkara-perkara kecil mengenai Lope tidak pernah gagal memberikan saya kepuasan dan kesyukuran yang melimpah ruah. Lope tidak perlu menjadi seorang kanak-kanak genius yang serba serbi lengkap untuk menggembirakan hati saya, cukup sekadar dengan sedikit perkembangan sudah memadai membuatkan saya tersenyum dan bersujud syukur.

Dua malam lepas selepas Bubu keluar, saya memilih untuk berehat bersama Lope sahaja di rumah manakala Obiya dibawa oleh FIL untuk menghantar abahnya. Sebelum berangkat, pelbagai pesanan si abah sampaikan buat anak lelakinya, siap mengira hari bila sang ayah akan pulang ke rumah semula. Lope kelihatan seperti tidak ambil port namun saya tahu di sudut hatinya dia mengambil maklum akan pesanan si abah.

Sejurus selepas abahnya berpergian, saya duduk bersantai diruangan Lope. Berdua sahaja. Lope seperti selalu dirinya, sekejap duduk, sekejap terguling-guling manakala saya sedang menonton TV. Tiba-tiba, si anak datang menghampiri. Datangnya menapak dengan tangan, perlahan-lahan dari satu penjuru rumah. Apabila sang anak hampir dan duduk betul-betul berhadapan dengan saya, dia menepuk peha empuk saya dua kali dengan tangan kanannya.

Apabila saya mengangguk dan memandangnya, mulutnya menyebut 'mam-ma' sebanyak dua kali dalam nada hyper. Saya pada mulanya agak terkejut dengan eye contact sewaktu dia menyebut 'mam-ma' dan diikuti dengan bualan kosong dalam bahasa yang Lope sahaja fahami. Mengambil hati sang anak, saya menjawab 'ye Lope, kenapa tepuk-tepuk mama ni?' dan seterusnya dia menjawab dalam gayanya yang tersediri tanpa saya memahaminya. Ada gelakan di penghujung bebelnya dan selepas 30 saat dia 'membebel' seterusnya dia tunduk dan ngap! Lope menggigit peha saya dan seterusnya yang saya tahu, saya sudah terlompat-lompat kesakitan.

Selepas hilang kesakitan, saya memeluk dan mencium orang yang menggigit peha saya. Sebenarnya inilah pertama kali Lope menggigit 'benda' lain selain makanan dan jarinya. Jujurnya saya bersyukur kerana Lope sudah mempunyai keinginan untuk berkomunikasi dengan menepuk peha saya dan cuba meraih perhatian, memanggil 'mam-ma' dengan memandang tepat ke arah mata saya serta menggigit selepas itu.

Walau sakit digigit masih terasa namun saya gembira kerana Lope mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi, menyentuh dan menggigit adalah satu rahmat yang tidak terhingga.

Terima kasih Allah :)

18/06/2011

Terapi Carakerja

Sudah lama tidak menulis mengenai terapi Lope. Mungkin kerana perkembangan Lope di tahap yang statik, maka saya tidak berkongsinya di sini. Namun, terapi minggu lalu adalah sesuatu yang perlu saya rakamkan di sini.

Jam 1.30 petang, kami sudah tiba di kaunter pendaftaran, namun memandangkan kaunter pendaftaran kembali beroperasi pada jam 2.00 petang, maka Lope sempat tidur selama hampir setengah jam di dalam strollernya. Hasilnya, sepanjang terapi berlangsung, tiada helah untuk tidur, terpekik atau menangis yang ditunjukkan oleh Lope.

Ini merupakan sesi ketiga Lope bersama Cikgu Amir. Sepanjang menjalani terapi disini, sudah 3 kali juga Lope bertukar juruterapi. Kali pertama bersama Cik Wan, kemudiannya Cikgu Diana. Memandangkan Lope sudah semakin besar, tinggi dan berat, saya merasakan Cikgu Amir adalah calon yang paling tepat untuk menguruskan Lope :P Bukan mudah menguruskan kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang mempunyai ketinggian hampir 100cm dan 15kg berat. Itu tak ditambah lagi dalam keadaan Lope tidak mahu memberi kerjasama. Hehehheh.

Baru bermulanya sesi. Menolak untuk menerima arahan.

Juga menolak untuk membuat terapi ini. Dipaksa juga oleh Cikgu Amir :)

Alat bantuan yang mampu memperbaiki eye and hands co-ordination skills - kemahiran yang hingga ke hari ini masih gagal dimahiri oleh Lope

Belajar berdiri dalam posture yang betul. Lope berdiri tegak dengan sedikit sokongan dari Cikgu Amir yang memegang lutut Lope.

Take 5 :)

Sesi terapi kali ini tiada yang barunya selain belajar berjalan. Saya suka apabila Lope dipaksa berjalan di hadapan cermin itu. Raungan tangisnya memenuhi seluruh kawasan OT dan jeritan 'mam-ma' kedengaran dengan sayu dan syahdunya.

Diletakkan dalam posisi berdiri. Bersandar sendiri.

Cikgu Amir membantu Lope berada dalam posture yang betul untuk stepping. Saya suka melihat tangan Lope menggenggam palang besi itu.

Dan, berjalan! Kaki cat-walk you!

Cikgu Amir berhenti lagi, membetulkan kaki Lope agar berpijak dengan betul.

Muka kanak-kanak menangis sambil memanggil nama "mam-ma"

Itulah gambar terakhir sebelum saya mendukung dan memeluk Lope. Temujanji seterusnya di minggu hadapan dan dengan penuh harapan, si mama mampu memenuhi temujanji tersebut.

17/06/2011

Cinnamon Coffee House, One World Hotel

I should thanked Becky for the opportunity given to me. For all these time, I've blog about various kind of food in my blog (label: food appreciation) and probably because of this passion, Becky is offering me to something I can't refuse - to review the cakes! However, due to the unforeseen circumstances, I could not make it on the day and have to replace it with Mr. Bubu. So, here is the review written by him.


Last week on Tuesday 7th June 2011, I represented my wife to a food-tasting event sponsored by One World Hotel. The intention is to promote their variety of cakes featured at one of their F&B outlets – the Cinnamon Coffee House. This posting of mine shall be a review on the cakes based on my personal opinion.
Before we go further in commenting on its cakes, I think the café deserves a promotional airtime not only for their cakes but also other foods served at the outlet. There were Western, Malaysian, Italian, Japanese and Oriental (Asian) under one roof. I took the opportunity (before they serve the cakes as the dessert) to try small portions of every group of food served there.
Let's picture do the talking :)

and these are my comments --> Generally, the food is good.
For the Western food, my personal favourite would be the lemon chicken . The other would be the cheesy bolognaise meat balls . You can enjoy the cheese and the sauce blended together with a well-cooked meat balls. The Malaysian food there, in my opinion is just an average taste. If you serve foreigners, they would say it’s the best food ever tasted. As a Malaysian, it’s just another Malaysian dish. The Italian food counter served pizzas. Both pizzas are nice but my personal preference would be the margherita. Don’t ask me why – it’s just personal.
There are two Japanese counters – one serving tepenyaki and the other serving sushi. I must admit, I am not a sushi man so I didn’t try the sushi. However, I over-heard other guests commented that the sushi is very tasty – especially the sauce. For me, I just tried the tepenyaki and yes – the food is great just like the sushi and it is due to the perfect taste of the sauce. I personally think that the key to a good Japanese food is the sauce.
As for the oriental counter, they serve noodles, dim sum and other oriental dishes. My comment is almost the same as the Malaysian food EXCEPT for the duck rice. The duck rice counter served duck rice and chicken rice. The taste of the rice determines the overall taste of the dish and yes, the rice was cooked to perfection.

- Cakes -
Aloe Vera White Choclate Cake
Now, on to the cakes. The café served a variety of cakes. The main feature was one Aloe Vera White Chocolate. Although I am a chocolate lover, white chocolate ranks last in my chocolate-taste preference. But when I tried the Aloe Vera White Chocolate here at Cinnamon Café, it is worth-while elevating the white chocolate taste in my personal preference to a higher level.
Black Forest

Mixed Nuts Tiramisu.
Peach Crumble
Honestly, according to my personal taste, all are great except the Carrot Cake as it is not my taste – sorry! The best of these to me is the Black Forest as it has the most chocolate taste (there you see, I am biased to those with chocolate elements).
Between the Peach Crumble and Mixed Nuts Tiramisu, the tastes of both a incomparable. But in terms of user-friendliness, I would go for the tiramisu as the cake is easier to be eaten. When you cut the cakes into small chunks, it stays intact as opposed to the Peach Crumble which most of the time slips away from my fork! But then again, the taste is nice.
Moving on to the next batch of cakes are the Piva Pistachio, Green Tea Opera Cake, Red Velvet Cake and the Petit Antone.
Pave Pistachio is nice but its too cheesy. If the chef could just reduce the amount of cheese in it, it may have been a better cake.
The Green Tea Opera Cake is one of the best cakes I’ve tasted at the event. I can’t explain why because the taste is just great. As for the Red Velvet Cake, I had this cake packed for my wife at home and to my surprise, her friend and herself tasted the cake and commented that it was marvelous. To me, its just an ordinary cake. Is there something wrong with me?
Ah, the Petit Antone is THE CAKE of the night!
My favourite and top-most ranked cake in this review. It’s full of chocolate! I was hoping to get this too packed for my wife but alas, I only managed to bring home the Red Velvet.
The last batch of cakes are the Mango Dome and the Oreo Cheese Cake.

The Mango Dome is nice, but the mango layer is too thin – almost negligible. If the chef could make the mango layer a bit thicker, it would make a better taste. As for the Oreo Cheese Cake, from the looks of it, I expected for the taste to be very cheesy but to my surprise, it’s not that cheesy. With the crunchy base at the bottom layer, it gives a good combination of soft and hard texture which leads to a memorable taste.
All in all, the cakes here are great except for those which are not in my personal taste preference. I would highly recommend the Petit Antone as it is the best to my preference. And by the way, I was told that the café gives 50% discount on all cakes after 3pm. Looks like a good place to crash for tea!
The hotel is located at Bandar Utama – near TV3’s Seri Pentas and the café is at its lower-ground floor. Do come and enjoy the great food here!
Bloggers doing their job before eating! Xx

15/06/2011

Wordless Wednesday

Pa&Ma - Julai 2011

p/s:
sebab dah letih kena sound dengan family, saya terpaksa close FB Puteri Nuur At-Terawis kepada saudara mara dan sahabat handai sahaja. Dengan sepuluh jari, saya memohon agar add saya di FB di sini untuk My.Little.Secret :)

14/06/2011

MC

Hari ini terpaksa tidak ke pejabat dan kemungkinan besar, Occupational Therapy untuk Lope jam 2 petang nanti juga terpaksa dibatalkan. Semenjak jam 4 petang semalam, perut saya mengalami gangguan. Sakit perut berpanjangan mengakibatkan lebih 20 kali berulang ke tandas dan 4 kali muntah-muntah. Memandangkan Bubu tak ada dirumah, makanya saya terpaksa meminta bantuan untuk menghantar saya ke klinik.

Orang pertama yang saya hubungi adalah Yong. Malangnya, waktu jam 8 malam semalam, Yong baru sahaja pulang dari UPM. Memahami keadaannya yang tidak boleh lasak, maka saya mencuba mencari alternatif lain.

Orang kedua yang saya hubungi adalah MinMin. Malang lagi sekali untuk saya apabila MinMin juga masih di pejabat. Dalam diam-diam, rupanya dia menghubungi Jia.

Akhirnya, Jia lah yang menjadi rescue semalam. Jia menjemput saya jam 9 malam dan terus membawa saya ke Klinik Kesihatan Putrajaya dengan menaiki SAA. Bukan setakat rescue sahaja, malah Jia menjadi 'aunty' juga kerana Obiya sudah muncung-muncung mulutnya melihat saya bersiap ingin ke klinik. Sudahnya, saya ke tandas lagi apabila tiba di klinik dan muntah-muntah juga.

Hari ini, saya masih lagi berulang-alik ke toilet tapi dalam keadaan yang sedikit baik. Saya juga 'takut' untuk makan kerana khuatir saya akan sakit lagi walaupun perut saya lapar. Maka, mengulang ayat novel Jia "bertabahlah wahai perut" LOL!

Xx
Sent from my BlackBerry® Smartphone

12/06/2011

Saya kembali single

Sewaktu membuat entri ini, saya diserbu dengan seribu satu perasaan untuk meninggalkan negeri Cik Siti Wan Kembang. Kali ini, saya pulang secara single ditemani Kak Yan. Keadaan kesihatan abang ipar saya membuatkan saya kembali tanpa ditemani suami dan anak-anak. Ada juga lucu rasanya, terasa seperti kembali di zaman-zaman belajar. Kali terakhir saya menaiki bas untuk perjalanan jauh begini adalah dizaman anak dara.
Pulang kali ini seperti memainkan semula nostalgia saya di zaman single. Saya tidak memandu, sampainya dijemput sang kakak dan ibu. Dibawa mencari sarapan pagi. Bayangkan, harga breakfast kami mencecah RM80 :p Makanannya semua makanan yang saya sering makan di zaman anak-anak dahulu. Salah satunya, mungkin ada yang tidak tahu namanya 'etok' - cekerang laut yang disalai lazat dengan serai dan pelbagai bahan lagi. Dahulu, saya pernah makan sambil menunggu bas sebelum pulang ke rumah.
Menjelang tengahari, kami semua menjengah ke CCU. Di atas permintaan CC, saya tidak mahu berkongsi cerita mengenai beliau dan keluarga disini. Saya menghormati permintaan untuk tidak menulisnya. Malamnya, saya bermalam di rumah Cik Yah, ditemani oleh Tik dan Jah. Sungguh saya rindukan sleep over dengan sepupu begini. Korum kami tidak lengkap tanpa Cik Noe dan Gee. Juga kadangkala diserikan dengan Along dan Husnil. Oh, memori! Itu semua cerita 18 tahun :) kini, masing-masing mempunyai kehidupan sendiri. Terasa perjalanan masa itu semakin pantas bergerak.
Dan kini, saya kembali semula di seat 5B untuk perjalanan KB-KL. Dalam hati terasa kosong. Saya bukanlah seorang yang boleh bertoleransi dengan perkataan 'tata' apabila ianya melibatkan Cik dan orang-orang kesayangan saya. Meninggalkan Cik, kemudian CC dan melihat si kecil Aus membuatkan saya ingin melihat semua kesakitan, kesedihan dan kepedihan itu pergi dari jiwa-jiwa orang kesayangan saya. Dan, setelah 30 minit bas ini bergerak, saya menerima panggilan dari Cik.
"Sunyinya rumah ni" itu bait pertama yang keluar dari mulut Cik yang berjaya mengunci bicara saya untuk perkataan seterusnya. Saya kemudian mengalihkan bicara Cik kepada sesuatu yang lebih ringan dengan jenaka dan bicara saya yang mengundang tawa Cik seperti "eleh Kak Yan ni cakap orang tidur berdengkur, dia pun sama" dan Cik tergelak. (Sure Kak Yan baca ni dia naik hangin) :p
Apabila telefon dimatikan, saya juga seperti Cik. Kosong. Sunyi. Sedihnya kerana terpaksa pulang di saat-saat kakak memerlukan sokongan moral dari adik beradiknya. CC, if you read this, walau apapun jadi, insya Allah, adik-adik CC akan disampingmu. Oh, next time Sue balik, I'll look slimmer :p
Ok, signing off. Tata KB. Xx
p/s: gambar kat atas tu Nasi Kerabu complete set dengan solok lada, telur jeruk (telur masin), jeruk bawang dan ikan celup tepung. Tapi, nasi kerabu yang Princess Nur jamu tadi lagiii lazattttt. Thanks Kak Nur :-)

Sent from my BlackBerry® Smartphone