Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

31/05/2011

Contest - Contest - Contest :)

Hari ni hari gembira saya.

Buat pertama kalinya saya rasa my.little.secret akan buat parenting contest untuk semua yang sudi. Insya Allah, contest ni akan diadakan di pertengahan bulan Jun. *thrill*


Hadiahnya bernilai sehingga RM1,500!

Stay tune for more updates. Follow me on
www.twitter.com/puterinuur.

Thank you.

Sent from my BlackBerry® Smartphone

30/05/2011

Lope jumpa Uncle Faizal Tahir

Akhirnya saya ketemu juga cerita untuk berkongsi.

Anak autisme saya seorang yang mendengar kata (itu ciri autistik, okeh) dan seorang yang sangat istimewa di hati dan dimata saya. Membesarkan Lope bukanlah semudah ibu-ibu lain membesarkan anak-anak yang cukup sifat dan akal mereka seperti Obiya. Membesarkan Lope memberi saya satu medan masa untuk menganalisis, mencuba sesuatu yang baru dan ada juga kekecewaan. Namun, disebalik setiap kekecewaan dan kegembiraan itu, Allah berikan saya kekuatan dan percubaan hidup yang membuatkan hidup saya menjadi sungguh menarik.

Mengajak Lope membuat terapi bukanlah perkara yang mudah kecuali dengan tiga syarat iaitu Lope sedang berada dalam keadaan yang kenyang dan selesa, berada didalam nyaman serta ditemani dengan alunan melodi. Selalunya, iringan melodi yang disukai adalah dari suara emas Faizal Tahir (FT).

Ok, untuk kesekian kalinya lagi, saya mengaku saya peminat FT :P Bagi saya, selain menghiburkan saya, FT juga menolong saya mengajak Lope untuk terus membuat terapi. Seperti biasanya Lope, dia akan mendengar arahan saya apabila lagu-lagu FT dialunkan. Arahan saya seperti 'Lope, stand up' atau 'Lope, balance diri sendiri' apabila saya meletakkannya dalam keadaan bersandar di dinding kelihatan mudah apabila Lope mendengar lagu Bencinta ataupun Batu dan Golek.


Sebelum ini, sudah banyak kali saya memberitahu FT sendiri bahawa saya teringin sekali membawa Lope bertemunya. Sepatah sahaja jawab FT 'insya Allah'. Maka, mencari peluang untuk membawa Loppe bertemu, saya membawanya ke One Utama Ahad lalu untuk menghadiri Hari Susu Sedunia dan Pilihanraya Susu oleh Dutch Lady. FT merupakan duta perasa susu jagung. Comelnya, tatkala Lope mendengar suara emas FT, Lope nampak kelayuan ingin melelapkan mata, namun saya bisik pada telinga Lope 'Lope, itu bukan CD tau, itu suara Uncle Faizal. Kejap lagi Uncle Faizal datang jumpa Lope, then you can sleep' Patuhnya si anak, dia membuka matanya dan tersenyum kegembiraan mendengar alunan enak 'ku tak mampu hidup tanpa susu'


Saya mendukung anak teruna itu sehinggalah lagu Gemuruh dinyanyikan. Saya tahu, FT tidak akan menghampakan saya. Saya juga berterima kasih kepada twitter kerana menghubungkan peminatnya terus kepada FT sendiri. Akhirnya, Uncle Faizal datang ke arah Lope. Walau untuk beberapa saat, saya tahu Lope memandang ke arah suara itu. Lope memandang ke arah lelaki yang menggosok kepalanya itu dan saya tahu mungkin Lope tidak tahulah, lelaki yang pakai shade itu adalah Uncle Faizalnya ;)
Lihat disini tatkala Uncle FT membelai kepala Lope di minit 26:43 :)


Sejurus selepas Uncle Faizal menggosok kepalanya, Lope terus tertidur. Well, mission accomplished!

22/05/2011

Nur Kasih The Movie

Akhirnya, saya berjaya menyelinap seketika menonton filem yang hebat diperkatakan dan dinantikan semenjak menjalani pengambaraan pertengahan tahun lalu. Sejarah Nur Kasih dan saya - saya menonton kesemua siri Nur Kasih terdahulu, walau bukan di waktu siaran perdananya namun saya gigih download semua episodnya dan menontonnya.

Kerana berhasilnya sentuhan magis Khabir Bhatia di dalam Nur Kasih The Series dan beberapa filemnya yang terdahulu sebelum ini, maka ianya membawa saya menonton filemnya pula. Saya ingin sekali menyaksikan Aidil, Adam dan Nur Amina bergandingan di layar perak pula menjiwai watak mereka. Tambahan pula, dari komen-komen di twitter dan facebook masing-masing bercerita mengenai kemantapan filem ini.

Saya bukanlah orang seni, namun mungkin pengharapan yang saya letakkan pada Nur Kasih The Movie terlalu tinggi, namun sehingga filem ini tamat saya tidak dapat menyebut 'umpphh' . Saya tidak nafikan Nur Kasih The Movie sebuah cerita yang baik, dari jalan ceritanya, garapan indahnya, penjiwaan watak dan segalanya nampak indah untuk filem ini tapi tiada yang luar biasa.

Antara scene yang membuatkan saya sedikit keciwa:

Saya sedikit terkilan kerana Nur Kasih The Movie sama juga dengan penceritaan filem melayu yang tipikal di mana unsur flash back masih ada. Flash back sewaktu Nur Amina sudah tua dan lupa.

Saya juga agak kehairanan kerana memandangkan Nur Kasih The Movie adalah rentetan daripada Nur Kasih The Series, dimanakah kedua orang tua Nur Amina. Bukankah mereka berjiran dan tinggal di dalam kampung yang sama? Di mana ibu bapa Nur Amina? Sudah meninggal? Lazimnya, jika seorang anak perempuan itu bersalin/keguguran, jika ibunya masih ada, seseorang anak itu akan mahu berada dibawah jagaan ibunya.

Malah, dialog-dialog yang saya rasakan tidak perlu ditutur juga ada seperti dialog dimana sewaktu ibu Adam tiba di hospital dan berkata "mak tak sanggup tengok Adam macam ni, Adam pergi dulu sebelum mak" --> or something like that la kan. Logik ke seorang ibu bertutur sedemikian disaat melihat anaknya terlantar? Seorang ibu itu pula mempunyai pegangan agama yang kuat, tak kan tak tahu setiap patah yang keluar dari mulut ibu itu adalah doa. "mak tak sanggup tengok Adam macam ni, Adam pergi dulu sebelum mak" seperti juga mendoakan anaknya. Mungkin dialog itu boleh ditutur oleh ibunya kepada sang abang, ibarat sang ibu menyampaikan keluh kesah dan kebimbangan hatinya tetapi tidak logik dituturkan didepan Adam yang terlantar sakit tatkala doktor mengatakan Adam tenat.

Antara scene yang membuatkan saya suka :

tipulah kalau saya kata bahawa skripnya tidak menyentuh jiwa saya. saya sukakan skrip yang ringkas dan bermakna.


saya memuji lakonan Ilyas (anak Aidil) yang benar-benar menjiwai wataknya. Mia Sarra tidak perlu dikomen lagi, lakonan semulajadi dan wajahnya yang cute memang tidak menghampakan.

penataan Khabir Bhatia adalah sempurna, malah pemilihan lagu juga menjadikan filem ini lebih 'hidup'.

Saya bukanlah anak seni yang tahu selok belok perfileman namun saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang menyokong industri perfileman tanah air. Kerana sokongan saya pergi menontonya di hari ketiga tayangan dan bukannya membeli DVD cetak rompak selepas ini seminggu filem ini ditayangkan. Pandangan saya adalah bersifat pandangan peribadi, maka jangan menganggap saya condemn filem ini. Jika anda rasakan saya silap, maka kunjungi pawagam berhampiran anda sekarang. Nilaikan sendiri. Tepuk dada, tanya selera. Mungkin cerita ini memenuhi piawaian anda.

Seribu kali sayang, jika ditanya kepada saya berapakah rating diberikan kepada Nur Kasih The Movie, jawabnya cuma 2.5 daripada 5 bintang sahaja. Sehingga ke akhir filem, saya menanti scene untuk saya rasa 'umph' tapi sayang, saya tidak ketemu.

Ini bukan ke scene yang sama dengan Transformers : Revenge of The Fallen kan? :)

Gambar diambil dari Oh! Bulan

20/05/2011

NESTLÉ DRUMSTICK® Almond Thrill™

Menjadi orang yang terawal merasai NESTLÉ DRUMSTICK® Almond Thrill™ di majlis pelancarannya. Macam mana saya mendapat jemputan? Sebab saya salah seorang blogger Advertlets saya diberi kelebihan menyertai event macam ni. Juga, saya berterima kasih pada Melannie yang memanjangkan jemputan inipada saya dan tak lupa juga pada sisters - Dee, Abs dan Asmak yang sama-sama hadir. Pelancaran NESTLÉ DRUMSTICK® Almond Thrill™ telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Mei 2011 yang lalu di Sunway Giza.

orang kuat Nestle


berjaya dilancarkan - NESTLÉ DRUMSTICK® Almond Thrill™


antara rakan media yang hadir

saat yang dinanti - rasa aiskrim NESTLÉ DRUMSTICK® Almond Thrill™

bercerita mengenai NESTLÉ DRUMSTICK® Almond Thrill™ ianya dihasilkan daripada resepi yang baru yang lebih lazat berkrim dengan perasa kacang pekan yang dimuatkan dalam kon gelap, diselaputi lilitan coklat nipis dan ditaburi kacang badam tumbuk di atasnya.

*** dapat bayang tak macam mana? ***
Okey, ini macam rupanya


rasa yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. saya sendiri tidak gemarkan ais krim yang manis sangat teapi NESTLÉ DRUMSTICK® Almond Thrill™ segalanya sempurna dalam kunyahan pertama saya. Tak percaya? Cuba sendiri dan sila serang kedai berdekatan dan dapatkan NESTLÉ DRUMSTICK® Almond Thrill™ anda sekarang dengan harga RM2.80 sahaja. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM57,000 hanya dengan menyertai peraduan NESTLÉ DRUMSTICK® Almond Thrill™ What’s Yours Contest dengan klik LIKE terlebih dahulu di sini dan sertai sekarang.

Bercakap mengenai hadiah, Pelancaran NESTLÉ DRUMSTICK® Almond Thrill™ yang baru ini juga memberi tuah kepada Abs, Dee dan semestinya Asmak yang menemani saya ke majlis pelancaran ini. Abs dan Dee masing-masing berjaya mendapatkan 2 x Sunway Lagoon All Access Passes dari pihak Nestle dan tuah Asmak bersama baby barunya sebab...

Asmak menang iPad!

the sisters yang happy!

selepas itu kami dijemput untuk menjamu selera di Fullhouse bersama dengan rakan media yang lain. Pernah tak saya cakap dulu bahawa makanan yang melibatkan lamb adalah makanan yang terbaik di dunia? Oh yes, hari tu juga ada lamb!

Fullhouse


Kali pertama jumpa Melannie Hwa selepas tiga kali join aktiviti Advertlets.

Linkgroup photo dengan Advertlets blogger ;)

Jangan lupa singgah juga di entry NESTLÉ DRUMSTICK® Almond Thrill™ oleh Melannie Hwa.Link
Terima kasih Advertlets dan NESTLÉ DRUMSTICK® Almond Thrill™

08/05/2011

Nasi Tumpang

Sebenarnya gambar ni dah lama bersarang dalam internal hard disk saya, semalam sewaktu mencari dan mencari gambar, terliur pulak tengok gambar makanan. Jadi sebab tak nak dok terliur sensorang, maka saya nak share kat sini.

Kalau dahulu, masa kecik-kecik kalau di pagi Jumaat, ada masanya arwah Aboh saya akan belikan nasi tumpang sekembalinya dia dari kuliah pagi jumaat. Mungkin ada yang tidak tahu apa itu nasi tumpang. Nasi tumpang merupakan makanan yang terkenal di negeri Kelantan. Nasi yang digunakan agak lembik dan dibungkus bersama dengan lauk-pauk seperti ikan, udang, telur dadar dan sambal. Pada masa dahulu nasi tumpang ini disediakan sebagai bekalan kepada nelayan yang akan turun ke laut.

Inilah rupa nasi tumpang. 

Dulu, nasi ini cuma RM1 sahaja, tapi sekarang ni Cik cakap dah RM2. Makanannya simple je, nasi lembik digulung dalam daun pisang bersama lauknya.

Cik tengah tunjuk skill macam mana nak buka nasi tumpang yang panjang tu. Macam ais krim kon ;) Bila dibuka, inilah makanannya. Kalau di kawasan Klang Valley ni, tak tahulah kat mana ada jual nasi tumpang ni, so sesape yang pergi Kelantan, jangan lupa try makan eh.

Kalau saya dan Encik Bubu, makan 2 bungkus baru kenyang :P

06/05/2011

The Power of Play by Fisher Price

(Siaran tertunda)

16 April lepas, saya sempat menyertai press conference The Power of Play by Fisher Price. Saya mendapat jemputan ini dari Advertlets dan tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju untuk meluangkan masa hadir sama. Selama ini, Fisher Price adalah mainan yang menjadi kegilaan saya jika menimbangkannya untuk Lope dan Obiya.

Bertempat di Empire Hotel, saya yang bertemankan Encik Bubu. Selama ini, kami berdua sering tertanya apabila melihat Obiya bermain-main dengan mainannya, agak-agak apakah yang bermain di fikirannya. Ada masanya dia bercakap sendirian, ada masanya dia ketawa dan ada masanya dia leka di alamnya yang tersendiri.

Wong Lai Kuan, Brand Manager Mattel South East Asia, Pte. Ltd. bersama Carrie Luppoli, Founder of Live & Learn Pte. Ltd.

Menurut Carrie Luppoli, bermain adalah cara terbaik untuk membantu anak-anak dalam perkembangan otak dan pembelajaran mereka. Apabila anak-anak boleh memanipulasi permainan dan mengaitkannya dengan alam, maka mereka belajar mengenai kehidupan dalam cara yang terbaik. Ianya menjadi bertambah sempurna apabila ibu bapa sendiri turut bermain bersama-sama mereka kerana secara tidak langsung ianya akan mengajar anak-anak akan bermain dan hubung kaitnya dalam kemahiran hidup seharian. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya menyedari bahawa bermain bersama anak-anak adalah penting di peringkat awal kelahiran anak-anak sehingga usia mereka mencecah usia 3 tahun. Di peringkat awal ini, minda anak-anak ibarat sponge yang menyerap seberapa banyak maklumat dan ilmu.

Semasa sesi soal jawab dibuka, saya lihat beberapa orang bertanya. Saya sekadar tersenyum dan mendengar sahaja. Seterusnya, saya terkejut apabila Encik Bubu disebelah saya bangun dan bertanya soalan. Wah! Tak sangka, dalam diam rupanya ada soalan yang ingin dia bertanyakan. Soalannya berkisar mengenai Obiya yang tidak tahu bagaimana mengawal rasa marahnya. Jawab Carrie, seawal usia 2 tahun, kanak-kanak tidak tahu bagaimana ingin menyalurkan kemarahannya/kekecewaan terhadap sesuatu perkara dan kerana itu saya sering melihat dia membaling mainan, memekik dan adakalanya menangis jika dia tidak tahu bagaimana ingin bermain dengan betul maka disinilah peranan ibu bapa diperlukan untuk bermain bersama-sama kerana dari sinilah ibu bapa akan memberikan arahan, tunjuk ajar dan dari situ kemesraan akan terpaut.


Saya dan Carrie

Disebabkan dia bertanya soalan, maka saya dipaksa untuk menampal gambarnya dengan Carrie yang hot itu. Okeylah Abang, boleh-boleh tapi dengan syarat ...


... ada gambar saya juga yang menyibuk :P

Di akhir acara, kami berdua tak berjaya mendapat hadiah cabutan bertuah. Well, memang saya tidak bertuah pun sebab baru 2-3 kali kot saya dapat cabutan bertuah tapi saya sukakan door giftnya. Ada 2-3 mainan, Cerelac dan cash voucer RM50 dari Fisher Price!

Selepas sidang akhbar berkenaan, diadakan satu bengkel mengenai The Power of Play by Fisher Price. Saya tidak dapat menyertainya memandangkan kami perlu menghadiri majlis keraian keluarga. Apapun, terima kasih Advertlets di atas jemputan, kalau ada lagi parenting event, jangan lupa ajak saya :P

Ini upah untuk Obiya yang saya dapat salah satu dalam door gift :)

05/05/2011

Plants vs Zombies


Ini kegemaran Obiya :P



Part yang dia paling suka masa suara Zombies tu :P
Sangat funny tengok dia meniru suara hantu xx

04/05/2011

FAMEKIDS : sebuah kumpulan sokongan untuk anak-anak istimewa

Pernahkah anda terbayang bagaimana sekiranya anda dikurniakan anak istimewa?

Bercakap melalui pengalaman saya dahulu, saya tidak tahu apa itu Autism dan saya sendiri tidak tahu apa itu Global Developmental Delay. Ok, mungkin saya pernah dengar tapi saya tidak kenal dan tidak ambil kisah kenapa, mengapa dan bagaimana mengenainya sehinggalah saya dikurniakan Lope.

Oh, dan tidak mudah menerima kenyataan bahawa anak yang kita kandung selama 9 bulan 10 hari itu tidak seperti anak-anak lain. Emosi juga terganggu dan macam-macam perkara yang terlintas dalam fikiran selepas itu.

Jika ditakdirkan Allah anda bakal atau sudah menjadi ibubapa kepada anak istimewa, maka bersyukurlah kepada Allah kerana telah mengutusnya anda seorang ahli syurga didalam mahligai anda. Jangan tangisi tapi belajarlah mengenali mereka.

Untuk itu, jom sertai saya menghadiri pelancaran FAMEKids Group pada 8 Mei 2011 (Ahad) dari jam 11.00 pagi hingga jam 4.00 petang di Wisma Bling Lustre, Puchong.


FAMEKIDS adalah sebuah kumpulan sokongan bagi anak-anak istimewa yang ditubuhkan pada Januari 2011 oleh Puan Lyna (Mommy Lyna) dan Puan Watie (Mommy of Q's) dari Genius Baby On Board. Tercetusnya idea ini adalah daripada anak-anak mereka yang istimewa iaitu Fahry al-Hazim dan Quzayra Rizal yang memiliki keistimewaan anggota di kaki (akibat Amniotic Band Syndrome) dan tangan (akibat Symbrachydactyly). Ia ditubuhkan bertujuan agar dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang istimewanya anak-anak ini, betapa mereka perlu diberi pendedahan, dan dilayan sama rata seperti kanak-kanak normal yang lain tanpa rasa prejudis terhadap kekurangan yang mereka miliki.


For more info, silalah call :

Mommy Lyna - 012 281 1136
Watie - 016 203 3340

Jumpa disana yer ;)

Idola Obiya adalah ....


Tun Fatin Zulaikha bt. Mohd Fairuz


Bercerita mengenai idola, sudah pasti tidak terlepas dari meniru gaya, meniru pemakaian malah segala-galanya mengenai idolanya. Saya sering kali kagum dengan kagum dengan perkembangan anak kecil ini seperti Obiya. Betul kata orang, banyak perkara kita boleh pelajari dari perspektif seorang anak kecil - mereka naif dan kita sering kali terlupa.

Jika sebut sahaja Wan Teh, perkara yang sinonim padanya adalah Kakak. Apabila tercetus sahaja nama Kakak, makanya segera dia akan mencari baju-baju Princess atau Dora dan meminta saya menukarkan pakaiannya.

Nak tahu mengapa? Sebab idolanya hanya akan memakai baju berwarna pink dan yang ada karekter Princess sahaja :P

Ika - dalam baju pink nya :P

Kakak ialah anak bongsu Kak Yan. Namanya Tun Fatin Zulaikha namun kami memanggilnya Kaka atau kadang kala Ika. Ika sebaya dengan Lope, cuma berbeza 4 bulan sahaja. Setiap kali saya memandang Ika menangis, merengek serta cemburu tatkala kami 'manja-manja' dengan Mamanya, sering kali juga saya akan terdetik'kalau Lope macam Ika, mungkin dia juga macam ni' dan jauh dalam hati saya berdoa agar suatu hari nanti, Lope juga begitu. Berharap, berdoa dan berusaha tak salahkan?

Kembali pada cerita Obiya, apa sahaja mengenai Kakak adalah indah dan cantik. Saya pernah membawanya ke Hospital Putrajaya, menemani Lope mengikuti terapi carakerjanya, apabila dia ternampak apa sahaja - buku, belon, coklat, beg atau hair clip yang melekat gambar karekter di atas, Obiya dengan pantas akan menjerit dan menyebut Kakak sambil memandang ke arah karekter ini. Maka, kerana itu saya membelinya beberapa helai baju Princess dan Dora untuk Obiya. Apa yang terjadi selepas itu, baju-baju itu menjadi baju kegemarannya. Tak sempat baju kegemarannya kering di ampaian, Obiya terus meminta untuk memakainya. Jika tidak dituruti, maka dia akan menangis terguling-guling. Akhirnya, baju yang lembap itu kering sendiri di badan Obiya :P

Obiya sedang memakai salah satu baju kegemarannya ;)

Sudah jadi adat budak-budak, bila ada bersama, bermain dan bergelak ketawa kemudian akan bergaduh lima minit. Kemudian kembali bermain. Obiya juga menjalani fasa yang sama dengan Kakak. Bila Obiya datang, Kakak akan gembira sangat. Mula-mula baiklah, selepas habis dah baiknya, mulalah itu tak kena ini tak kena. Selalunya Kakak akan datang mengadu pada saya kerana Obiya bermain mainannya :P Ganas benor anak saya, tapi gaduhnya kejap sangat selepas tu mulalah berpeluk dan menari lagi.

Ini yang mereka buat bila mereka kembali bermain mesra :

(1) berpeluk dan tersenyum

Saya suruh diaorang senyum, dua-dua kasi senyuman fake pada lensa kamera saya :P

(2) bekerjasama dengan meniru gaya

Aksi Kakak yang sedang menari. Obiya masih kaku sebab sedang belajar step dari Kakak.

Oh yeah! party girls :P

Oh, selain Kakak sebagai idola, ada lagi 2 orang sepupunya yang nama mereka sering meniti di bibir Obiya. Qaisah dan Qiesha adalah dua beradik yang menjadi kebanggaan Abuya dan Ummi nya serta menjadi kegeraman Wan Sue nya :P Kakak, Obiya dan Qaisah adalah 3 serangkai yang kalau jumpa dia main ntah apa-apa tah.

dua beradik yang comelsss xoxo

Dan dengan Qiesha, Obiya tak cemburu kalau Mama cium, dukung, gomol dan kiss-kiss banyak kali pun, mungkinkah Obiya dah ready nak jadi kakak balik? :P

dan budak ini adalah cucu Aboh dan Cik yang paling latest - maka dialah yang menjadi kegeraman kami anak beranak.