Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/04/2011

Chili's, anyone?



Entry ini ditaja oleh MinMin :P
Entry ini juga nak promote Chili's ;)

Disebabkan MinMin mempunyai tahap kasih sayang yang melimpah ruah, makanya pada hari Lope bertukar usia ke angka 4, kami sekeluarga dijamu enak di Chili's Empire sempena meraikan birthday Lope. Orang yang paling gembira adalah saya dan Bubu sebab kali ini kami ditaja sepenuhnya oleh MinMin yang nak minta izin nak dating dengan anak teruna saya.

Mak bapak dia on aje :P

Untuk korang yang pernah makan kat Chili's, makanya tak perlulah korang baca entry ni, tapi kalau korang tak pernah menjejak kaki ke Chili's, makanya silalah baca. Mungkin, apa yang korang cari ada kat sini.

Saya jatuh cinta pada Chili's sewaktu kali pertama menjejak ke Chili's One Utama pada tahun 2007-2008. Saya dah lupa dah bila dan sejak itu, saya dan suami mencapai kata sepakat bahawa Chili's adalah restoran keluarga kegemaran kami diikuti oleh TGIF dan Tony Roma's. Ini adalah senarai fine dine restaurant untuk kami, namun dengan keadaan Lope dan Obiya, saya berpendapat Chili's selesa untuk membawa anak-anak bersama.

Lope @ 4 years old

Tips kepada ibubapa:

Cari seat yang luas sekiranya bawa baby
Order 1 main course dapat 1 free kid's meal
Jangan lupa minta colouring paper to entertain your kid

Sebab saya dah regular disini, makanya saya akan selalu buat ketiga-tiga perkara di atas ini. Selalunya saya datang kesini dengan Encik Bubu dan membawa bersama anak-anak, makanya untuk rombongan yang ramai datang ke Chili's makan makanan berikut adalah disarankan untuk korang order:


Creamy Chicken Mushroom Soup

Dihidangkan dalam dua hidangan

Bowl RM11.95 Cup RM6.50

Wings Over Buffolos RM17.95

Untuk saya, saya lebih gemarkan Salmon dan seafood berbanding daging jika makan disini. Jika anda mempunyai taste makan seperti saya, maka tidak salah mencuba Salmon Grilled with Garlic and Herbs. Saya juga akan request setengah dozen grilled prawn untuk dihidangkan bersama-sama dan akan memilih gravy mushroom dan mint walaupun saya tahu mint sesuai dimakan dengan lamb.

Salmon Grilled with Garlic and Herbs RM 37.95. Untuk extra prawn grilled tadi, kalau tak silapnya dalam RM11+

Bagi Encik Bubu saya yang gemarkan steak, maka disinilah dia akan order steaknya dan selalunya dia akan order benda yang sama setiap kali datang. So, kalau datang sini, saya pun dah boleh order untuk Encik Bubu.
Flame-Grilled Rib Eye RM49.95. Encik Bubu kalau makan steak akan ambil gravy mushroom dan brown sauce.


Untuk jenis yang tak makan daging dan kureng gemar dengan makanan laut, anda boleh ikut pilihan Minmin kali ini.

Fire-Grilled Chicken with Portobello RM32.95




Muka kami anak beranak yang ceria lepas Minmin belanja Lope xD


Ini plak muka sponsor kami pada hari berkenaan. Orangnya masih solo :P ada sesape nak dibuat menantu, silalah tanya kita XD


29/04/2011

Perkahwinan Abad Ini - William & Kate

Entry ini adalah khusus untuk Jujue yang patah hati frust menonggeng sebab Prince William nak kawin :P Sila bertabah Jujue, inilah kenyataan yang anda perlu hadapi dengan hati yang terbuka. LOL!



Saya pasti ramai yang menantikan perkahwinan di abad ini dan saya juga tak terkecuali menunggu detik 29 April. Kalau nak tahu cerita ekslusif di sebalik perkahwinan ini, klik sini.



Jangan lepaskan melihat sejarah dicipta - melihat future king of England kawin.

26/04/2011

sape pakai BLACKBERRY ?



nak BBM pin korang - nak add!

# Day 29: something you could never tired doing

..... it will definately will be ....

# blogging
well, my.little.secret is part of me.

walaupun baru 4 tahun saya mencoret hampir segalanya disini, inilah perkara yang paling menyeronokkan untuk saya. blogging pada saya adalah suatu terapi. ada masanya, tidak semua perkara kita dapat kenang dan ingati, di my.little.secret lah semua perkara itu terlakar. membaca balik semua catatan saya dibawah label 'second pregnancy' membuatkan saya meronta-ronta ingin menimang anak kecil lagi.

kerana saya seorang blogger juga saya kenal ramai manusia-manusia kuat diluar sana yang banyak memotivasikan diri saya. blog pertama yang saya baca dahulu adalah blog Jiey, saya menangis teresak-esak. kemudian, mereka-mereka didalam list superkids saya adalah keluarga saya yang sangat besar dan unik.

kerana saya blogger juga saya mencuba dan mencipta pelbagai pengalaman baru yang sebelum ini saya tidak pernah rasai. terima kasih nuffnang dan advertlets di atas peluang, wang ringgit, goodies, pengalaman dan juga ilmu pengetahuan serta persahabatan yang terjalin.

25/04/2011

#Day 28: In this past month, what have you learned?


Hargai orang-orang kesayangan selagi mereka masih ada.

Awal April lalu, nenda saya telah pulang ke rahmatuallah. Allahyarhamah memang sudah tua, mengikut Aboh saya dahulu umurnya sama dengan Tun M. Saya panggilnya Mak. Dia tidak sakit, tapi adatlah orang-orang tua sakit sket-sket tu. Apabila saya pulang ke Kota Bharu untuk pengebumiannya, saya lihat wajah Allahyarhamah tersenyum manis, pipinya nampak tembam dan usianya jauh tampak lebih muda. Menurut Wan Chu, ibu saudara saya, sebelum Mak jatuh, Mak ada memberitahu "Mak tak pernah rasa pening macam ni"

Mak jatuh dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saya tidak sempat meminta maaf dan bercakap dengannya dan saya sangat terkilan.

Kejadiaan 22 April juga banyak memberi peringatan kepada saya bahawa jika mereka tiada maka tiada yang mampu mengganti tempat mereka. Maka saya bersujud syukur kepada Allah kerana masih meminjamkan saya Bubu, Kak Yan dan Abang Awish bersama-sama saya untuk hari ini.

*saya bersyukur kerana dia masih ada untuk saya*

24/04/2011

Bubu accident - ya rabbi!

Apa yang berlaku pada 22 April mampu meluruhkan jantungku.

Terima kasih Allah di atas kurniaanmu.

Sesungguhnya malang itu tidak berbau. Tanggal 22 April 2011 - Encik Bubu saya terlibat dalam kemalangan. Dengar sahaja kemalangan, tak kiralah besar atau kecil, kemalangan adalah sesuatu yang mengerikan. Alkisahnya, kakak saya - Kak Yan dan Abang Awish sepatutnya dijadualkan terbang ke China pada 22 April. Mereka meminta jasa baik Encik Bubu saya untuk menghantar mereka ke airport dan dia tidak keberatan untuk menghantar. Sepatutnya juga, saya sendiri ingin meminta budi bicara boss untuk pulang awal tengahari itu, namun hasrat saya terbatal kerana kekangan di pejabat.

Jam 4 lebih, Kak Yan yang dalam perjalanan ke airport menghantar SMS kepada saya. Dia mohon agar mendoakan segala yang terbaik untuknya memandangkan dia berpergian berdua sahaja. 3 anaknya ditinggalkan didalam jagaan Cik di Greenwood. Saya sekadar menjawab gitu-gitu sahaja. Selang 30 minit, saya terima pula SMS dari Yong.

Your hubby, Yan and Awish accident. No injuries tapi kereta teruk. Anyone boleh pergi sana ASAP?

Pada mulanya saya membaca sepintas lalu SMS berkenaan, kemudian saya letakkan semula berry dan mata saya memandang semula screen komputer dihadapan. Dua saat kemudian, apabila selesai otak saya benar-benar berfungsi, dah habis digest SMS tadi dengan waras, barulah saya panik.

Ya Allah! Bubu accident!

Masa tu pelbagai perkara tergambar di fikiran saya. Orang pertama yang saya terfikir adalah Encik Bubu. Saya telefon - engaged! Lantas saya menghubungi Kak Yan - bersahut!

Kak Yan OK, Abang Awish pun OK cuma Iskandar bleeding sket

Walaupun Kak Yan cakap sket, bagi saya bleeding je sure sakit. Mulalah saya kelu tak dapat fikir dengan sempurna. Mulalah saya bercerita pada Jia, namun masih dalam mood tak percaya. Sehinggalah Jia dengan baik hatinya menawarkan diri untuk menghantar saya ke Hospital Putrajaya (HPJ) selepas itu kerana Encik Bubu dan Kak Yan dihantar dengan ambulans ke sana.

It sounds seriouskan?

Accident

Bleeding

Naik ambulans

Woah! Setibanya saya di HPJ, Bubu sudah berada di bilik x-ray. Apabila dia keluar sahaja, Bubu yang ditolak di atas kerusi roda hanya tersenyum dan buat muka blur. Saya menghampiri dan saya tatap matanya. Ok, takde kecederaan yang kritikal. Saya pandang, juga tiada kesan darah yang melampau. Apabila hampir padanya, saya senyum dan saya cakap "Hai" dan dia tersenyum, sambil jawab "Hai"

Masa itu, saya rasa lega sangat kerana saya akhirnya dapat melihat Bubu bergerak, tersenyum dan masih bersuara seperti selalunya dia. Saya amati wajahnya, cuba mencari andai terdapat luka, rupanya dagunya luka. Malah masih ada kesan darah dijanggutnya. Saya bertanyakan bagaimana sebenarnya kemalangan boleh berlaku. Perkara pertama yang Bubu buat adalah dengan menunjukkan gambar ini.


Masya Allah. Sekali lagi saya mengurut dada.
Terima kasih Allah kerana Engkau masih memanjangkan usia Bubu saya. Terima kasih Allah kerana Engka juga masih memanjangkan usia Kak Yan dan Abang Awish saya.

Setelah saya sempat bertanya, bagaimana sebenarnya kemalangan boleh berlaku. Menurut Abang Awish, dia yang memandu. Petang itu, memang kawasan di Putrajaya, Cyberjaya dan sekitar hujan lebat. Kereta yang merempuh kereta kami sebenarnya berada di laluan yang bertentangan. Mereka memandu laju dan hilang kawalan tatkala menekan break lalu merempuh divider dan meluncur masuk ke laluan kereta kami, kemudian berpusing-pusing dan dengan lajunya merempuh kereta kami secara berhadapan.

Kereta yang dipandu Abang Awish. Toyota Wish boleh jadi macam ni dengan kedua-dua airbagnya terbuka. Menurut Kak Yan pula, dia duduk di depan dan Bubu dibelakang dan dia sempat menjerit melihat kereta Kia Spectra itu meluncur laju merempuh keretanya. Kemudian dia mendengar bunyi yang kuat dan bau hangit. Tatkala itu, kata Kak Yan dia merasa sungguh dekat dengan Allah dan tatkala dia membuka matanya, hanya Abang Awish yang digambarannya kerana dia tidak mendengar sebarang suara disebelah kanannya.

Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan jodoh dan pertemuan Kak Yan dan Abang Awish. Malah kemalangan ini terjadi juga tanggal ulang tahun ke-11 perkahwinan mereka.

Kereta Kia Spectra ini pula dipandu oleh pelajar Afrika. Sudahlah membawa laju, mereka berenam didalam kereta ini. Malah, mereka juga menolak apabila diajak ke HPJ walaupun ada diantara mereka yang berdarah dan juga menolak apabila diajak membuat laporan di balai polis.

Apapun, saya bersyukur kerana mereka bertiga tidak mempunyai sebarang kecederaan kritikal. Saya percaya, Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik lagi buat mereka. Kak Yan dan Abang Awish juga menunda penerbangan mereka ke China. Mereka yang sepatutnya tiba di Guangzhou jam 12.30 pagi 23 April, sebaliknya pada masa dan tarikh itu, mereka baru melangkah keluar setelah selesai membuat pemeriksaan di HPJ.

Saya bersyukur kerana mereka masih ada untuk saya. Saya tidak tahu bagaimana kalau sesuatu terjadi pada mereka dan Bubu terutamanya.

Terima kasih Allah.










19/04/2011

Menu Baru Untuk Lope XD


Semenjak Lope keluar dari wad pertengahan Februari lalu, mama dia tanpa mercy memang nak si anak gain weigh balik seperti sebelum Lope diwadkan. Sebelum dimasukkan ke wad, berat Lope mencecah 13.8kg dan apabila di hospital berat Lope cuma 12.3kg dan berat yang dicatat sebelum keluar dari wad adalah 12.9kg.

Setelah si anak balik, apabila selera makannya bertambah, maka si mama dengan suka hatinya memasak dan memasak sahaja untuk sang anak sehinggalah berat badan terbaru Lope diambil untuk kesekian kalinya minggu lalu.

15.1kg!

Masya Allah, untuk ketinggian Lope yang mencecah tinggi 98cm dan berumur 4 tahun, dia nampak OK tetapi yang tak OKnya sebab apabila badan semakin berat, si anak dah pandai malas nak berfisio bersama mamanya. Apabila diletakkan berdiri pun dia sengaja melembikkan badannya tanda malas dan menguap selepas itu.

Oleh itu, Lope harus diet :P

Abah dan Mama Lope takpe tak diet xD

Kalau dahulu Lope makan 3 kali sehari dan semua meal Lope adalah NASI maka kali ini Mama ubah resepi Lope yang sangat cerewet dengan makanan dan hanya makan porridge saje melainkan creamy chicken and mushroom soup from Chili's.

Ini adalah creamy chicken and mushroom soup dari chili's
harganya satu bowl RM17.00+ di serve dengan 2 keping biskut jacobs
rasanya sangat lazat. saya kasi rating 5 stars.

selain porridge saya, soup inilah yang Lope makan. gigih sebab soup ini adalah makanan kegemaran Lope, maka mamanya dengan gigih mencuba beberapa resepi creamy chicken mushroom soup yang ada recipenya di internet tu dengan bantuan encik google. selepas beberapa kali percubaan, akhirnya mama Lope berjaya menemui cara nak masak sebijik macam chili's masak ni. *gelak evil*

jom, saya kongsi menu mudah dan sihat serta sesuai untuk orang nak diet macam Lope :P

Chicken - Mushroom Creamy Soup - Version Mama Lope

Untuk Direbus
250 gram isi ayam (bahagian dada)
200 gram cendawan (jenis shitake)
1 biji ubi kentang - dipotong dadu mengikut citarasa
1/2 batang carrot - dipotong dadu mengikut citarasa
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 bawang besar - dipotong halus
1 ketul kiub ayam Knorr - jika nak serve untuk anak, tidak perlu
Garam secukup rasa

Rebus sehingga bahan di atas masak. Kemudian ambil separuh daripada bahan-bahan yang telah direbus tadi, kisar dengan menggunakan 3 cawan susu dutch lady low-fat.

Ambil 50 gram cendawan (jenis shitake) potong dadu dan halus, masukkan ke dalam rebusan tadi bersama-sama dengan susu dutch lady tadi.

Ambil 4 sudu tepung jagung/gandum, gaul sehingga larut dan campurkan ke dalam rebusan yang sama. Masak sehingga pekat dan siap.

Apabila siap, inilah hasilnya.



Inilah version Lope saya akan makan bersama roti ;)

18/04/2011

#Day 27: What Kind Of People Attracts you?


Muka macam-macam ni akan menarik perhatianku kalau terjumpa.


Stok anak ikan kah?

Oh, sila jangan salah faham sebab saya suka tengok diaorang ni sebab pada mata saya budak dalam gambar dibawah ni akan jadi macam diaorang jugak kot.

Mungkinkah muka diaorang masa kecik macam muka Lope saya? :P

Setiap kali terpandang wajah diaorang, saya seperti tak sabar menunggu bila Lope menjadi anak teruna nanti. Begitukah wajahnya? Nanti saya akan simpan gambar-gamabr dua Ashraf ni, bila Lope dah umur 20 tahun, kita compare semula :P

17/04/2011

Korang tahu ke mood diaorang?

Eh, apa khabar mood anak-anak korang hari ni?
Saya nak korang try application ni. Saya baru je try.
Korang kena click kat SINI.


Lepas tu dia akan appear macam ni

so, korang pilih je apa mood anak-anak korang hari tu.
as for me, i choose HANDSOME.

Lepas tu tulis apa yang nak tulis, then click 'publish'
Lepas tu, tag kawan-kawan korang plak


Menarik sangat! Jom try kat sini dengan 3 cara mudah ;)

Selamat mencuba!

Obiya - my drama queen!

video

Inilah cucu kesayangan Tok. Pantang Tok tegur sket, mulalah merajuk tapi kejap je, bila Tok pujuk sket, senang je dia gelak-gelak. Masa nangis, real je bunyi macam betul-betul nangis, tapi sebenarnya takde pape pun.

Oh Obiya!

#Day 26 : A photo of somewhere you wanna go.


ISTANBUL, TURKEY

Mahu ke sini kerana sejarahnya, nilai estetikanya dan seni binaan
islamik yang cantik dan luar biasa.

16/04/2011

The Power of Play by Fisher Price

(Siaran tertunda)

16 April lepas, saya sempat menyertai press conference The Power of Play by Fisher Price. Saya mendapat jemputan ini dari Advertlets dan tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju untuk meluangkan masa hadir sama. Selama ini, Fisher Price adalah mainan yang menjadi kegilaan saya jika menimbangkannya untuk Lope dan Obiya.

Bertempat di Empire Hotel, saya yang bertemankan Encik Bubu. Selama ini, kami berdua sering tertanya apabila melihat Obiya bermain-main dengan mainannya, agak-agak apakah yang bermain di fikirannya. Ada masanya dia bercakap sendirian, ada masanya dia ketawa dan ada masanya dia leka di alamnya yang tersendiri.

Wong Lai Kuan, Brand Manager Mattel South East Asia, Pte. Ltd. bersama Carrie Luppoli, Founder of Live & Learn Pte. Ltd.

Menurut Carrie Luppoli, bermain adalah cara terbaik untuk membantu anak-anak dalam perkembangan otak dan pembelajaran mereka. Apabila anak-anak boleh memanipulasi permainan dan mengaitkannya dengan alam, maka mereka belajar mengenai kehidupan dalam cara yang terbaik. Ianya menjadi bertambah sempurna apabila ibu bapa sendiri turut bermain bersama-sama mereka kerana secara tidak langsung ianya akan mengajar anak-anak akan bermain dan hubung kaitnya dalam kemahiran hidup seharian. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya menyedari bahawa bermain bersama anak-anak adalah penting di peringkat awal kelahiran anak-anak sehingga usia mereka mencecah usia 3 tahun. Di peringkat awal ini, minda anak-anak ibarat sponge yang menyerap seberapa banyak maklumat dan ilmu.

Semasa sesi soal jawab dibuka, saya lihat beberapa orang bertanya. Saya sekadar tersenyum dan mendengar sahaja. Seterusnya, saya terkejut apabila Encik Bubu disebelah saya bangun dan bertanya soalan. Wah! Tak sangka, dalam diam rupanya ada soalan yang ingin dia bertanyakan. Soalannya berkisar mengenai Obiya yang tidak tahu bagaimana mengawal rasa marahnya. Jawab Carrie, seawal usia 2 tahun, kanak-kanak tidak tahu bagaimana ingin menyalurkan kemarahannya/kekecewaan terhadap sesuatu perkara dan kerana itu saya sering melihat dia membaling mainan, memekik dan adakalanya menangis jika dia tidak tahu bagaimana ingin bermain dengan betul maka disinilah peranan ibu bapa diperlukan untuk bermain bersama-sama kerana dari sinilah ibu bapa akan memberikan arahan, tunjuk ajar dan dari situ kemesraan akan terpaut.


Saya dan Carrie

Disebabkan dia bertanya soalan, maka saya dipaksa untuk menampal gambarnya dengan Carrie yang hot itu. Okeylah Abang, boleh-boleh tapi dengan syarat ...


... ada gambar saya juga yang menyibuk :P

Di akhir acara, kami berdua tak berjaya mendapat hadiah cabutan bertuah. Well, memang saya tidak bertuah pun sebab baru 2-3 kali kot saya dapat cabutan bertuah tapi saya sukakan door giftnya. Ada 2-3 mainan, Cerelac dan cash voucer RM50 dari Fisher Price!

Selepas sidang akhbar berkenaan, diadakan satu bengkel mengenai The Power of Play by Fisher Price. Saya tidak dapat menyertainya memandangkan kami perlu menghadiri majlis keraian keluarga. Apapun, terima kasih Advertlets di atas jemputan, kalau ada lagi parenting event, jangan lupa ajak saya :P

Ini upah untuk Obiya yang saya dapat salah satu dalam door gift :)

#Day 25: Who Are You


I'M THE SECRET KEEPER :)

a daughter, a sister, a wifey, a mother, a blogger
and a superwoman-wanna be :)

15/04/2011

#Day 24: A photo of something that means a lot to you.


my.little.secret is something that means a LOT to me.

membacanya dari awal mampu membuatkan saya tersenyum dan adakalanya ada yang saya terlupa dan tatkala membacanya juga memberikan satu senyuman yang lebar di bibir saya.

MRI Brain Lope yang saya tulis pada 27 Februari 2008.
Klik sini untuk baca.

Entry yang mana saya berkongsi satu lagi nyawa di dalam badan ini :)
Klik sini untuk baca.

Saya sayang .my.little.secret.

Terima kasih kerana membaca dan berkongsi pelbagai rasa ini bersama.

13/04/2011

#Day 23: 15 facts about you


1
Selepas 6 bulan kenal Encik Bubu kami disah jadi suami isteri

2
Tahun ke-3 perkahwinan barulah saya bertukar status menjadi isteri dan ibu

3
Mempunyai 3 orang kakak dan 3 orang abang

4
Nama 'Idris' dan 'Sophia' dalam nama anak-anak adalah nama yang saya berikan.

5
Encik Bubu is my third cousin

6
Anything involves lamb is awesome

7
My BBM pin is 22E9DB01

8
I'm a daddy's girl - will always be!

9
My previous mobile number : 012 3625130 --> terminated in 2007

10
Saya panggil ibu saya Cik

11
Saya pernah berkhidmat di KUSTEM kemudiannya Universiti Malaysia Terengganu selama 3 tahun

12
Saya gembira sebab kawan-kawan saya Jia, Min dan Jujue join challenge ini xD

13
Sekarang ni sedang demam Bruno Mars

14
Dah 2 kali tukar Blackberry

15
Saya suka konsert dan live performance + accoustic

Wordless Wednesday

after 4 years

Sekali Lagi


Awal-awal pagi ni, Jujue BBM saya mentioning pasal movie Sekali Lagi. Terus saya singgah di blog SEKALI LAGI untuk membaca sipnopsisnya. Ini saya petik dari blog berkenaan:

Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Segalanya terjawab dalam filem romantik indah lakonan mantap SHAHEIZY SAM, LISA SURIHANI, MIA SARA NASUHA dan BRONT PALARAE di pawagam.

Mereka yang terlibat:

Hashim Rejab

Shaheizy Sam

Lisa Surihani & Mia

Mia

Bront Palarae

Sejak akhir-akhir ini, dari pemerhatian saya, liputan media ke atas Autism. Sebagai salah seorang yang mempunyai kepentingan kerana saya merupakan salah seorang ibu yang mempunyai anak ini, saya berterima kasih kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab mendidik masyarakat dalam mengenal golongan istimewa ini.


Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme.

Saya tidak pasti sejauh mana garapan saudara Hashim Rejab ini kelak akan memberi impak kepada masyarakat. Harapan saya, biarlah gambaran yang diberikan adalah tepat. Membaca kepada sipnopsisnya

'Arman merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme'
Sekiranya ingin menjadikan watak itu seorang Autisme, maka saya berharap watak yang didukung oleh Sam itu tepatlah sebagai seorang autisme. Saya sudah mengenali dan menjaga serta membesarkan individu autisme ini sejak 4 tahun yang lalu, maka besarlah harapan saya, cerita yang bakal diketengahkan ini mampu memberi impak kepada penonton. Jika saya meletakkan harapannya setanding dengan "My Name Is Khan" mungkin terlalu tinggi kot, tapi saya tidak memandang rendah akan keupayaan sutradara dan keupayaan Sam untuk menjiwai watak ini.
So, kita tunggu dan lihat hasilnya bila movie ni release di pawagam bermula 30 Jun nanti.


12/04/2011

#Day 22: A letter to someone who hurt you recently

Kehadapan awak

Awak tahu tak kenapa saya terluka? Sebab saya benar-benar menghargai awak. Kalau saya tak kisahkan awak, maka saya buat deeek aje. Sebetulnya bukan saya terluka tetapi saya merajuk sendiri dan saya tak minta awak pujuk pun, ada masanya masa dan waktu adalah ubat yang paling mujarab.

Walau apapun awak buat kat saya, sebab saya sayangkan awak, saya tetap memaafkan awak dan saya sendiri sentiasa mendoakan awak sukses di dunia dan di akhirat. Saya nak berkawan dengan awak sampai mati, dan saya harap persahabatan ini akan terjalin tanpa putus. Mungkin ada masanya talian ini akan terhenti seketika.

Saya dah tak merajuk.

Saya dah kembali on track.

Terima kasih pada masa kerana menjadi ubat yang sangat mujarab ;)

Empat tahun bergelar MAMA!

Lope,
Hari ni hari yang paling bermakna dalam hidup Mama. 4 tahun lepas, pada hari inilah Mama disorong ke bilik OT untuk melahirkan Lope selepas seminggu berada di wad dan setelah 5 kali Mama kena induce tapi semua fail. Masa tu, Cik Rah (adik Cik) yang temankan Mama. Cik sendiri tak dapat temankan Mama sebab Aboh sakit pada masa tu. Masa tu juga, Mama rasa sangat takut dengan segala kemungkinan. Selapas 9 bulan Mama menunggu, akhirnya detik itu akan tiba.

Hampir 1 jam selepas dibedah, baru Mama terjaga. Waktu itu, Mama GA. Mama tak sedarkan diri. Orang pertama yang Mama nampak adalah Abah ditemani Cik Rah di Recovering Room. Soalan pertama yang Mama tanya bila Mama nampak Abah adalah "Macam mana anak kita?" Abah senyum happy. Abah cakap "Anak kita handsome" Mama senyum dalam laloks. Mama tak tahu apa kemudian Mama hanyut lagi.

Mama tersedar kembali selepas Mama disorong kembali ke bilik. Saat itu, Mama tersedar kerana Wan Cor yang berada disisi Mama. Wan Cor senyum. Wan Cor cakap dia dah tengok anak buah dia. Masa tu Mama suspen sangat. Inilah pertama kali Mama nak pandang wajah anak Mama. Kak Yah (adik Ayah Chu) pun ada. Katanya "Anok semak hidung cakung tinggi" dan Mama masih tertanya-tanya. Sampailah Wan Cor mendukung Lope dan dibawa kedalam pelukan Mama.

Mula-mula Mama cium ubun-ubun Lope. Masih Mama tak nampak wajah anak Mama. Bila Wan Cor betulkan position, baru Mama nampak wajah yang dah 3 tahun Mama tunggu. Mama tak terkata melihat Lope. Mau cium pipi kemerahan anak Mama, dan Mama masih ingat bau itu. Bau seorang bayi yang baru keluar dari rahim Mama. Sampai bila-bila sekalipun Mama akan ingat bau itu.


Mama yakin, semua ibu didunia ini akan mengungkapkan perkara yang sama apabila bayi mereka lahir dan pertama kali berada didalam dakapan ibu - anak mereka adalah bayi yang paling cantik didunia. Itulah yang Mama rasakan walau Mama sudah merasa sakitnya kesan caesar diperut Mama, namun semuanya indah tatkala Mama mendengar tangisan dan rengekan manja Lope buat pertama kalinya. Mama kagum dengan tangisan itu. I'm the proud mother! Maka. selepas itu bermulalah kehidupan Mama sebagai ibu.



Lope,
Istimewanya Lope dalam hati Mama kerana di atas kelahiran Lope lah Mama berubah menjadi Mama untuk hari ini. Lope nak tahu apa yang berubahnya? Tiada lagi tidur malam Mama yang sempurna, tiada lagi keluar dating berdua dengan Abah, apabila berada di pejabat, Mama kegelisahan ingin pulang awal, Mama belajar erti kasih sayang seorang ibu dan kepentingan Lope adalah paling utama dalam kehidupan Mama selepas detik 12 April 2007.

Lope,
Mama bersyukur kerana Mama dapat mengesan kelainan yang ada pada Lope seawal usia Lope 8 bulan dilahirkan. Mama tidak pernah sesekali kesal kerana dianugerahkan Lope, jauh sekali merungut mempunyai anak seperti Lope. Malah, Mama bersyukur, kerana Allah memberikan peluang untuk Mama melahirkan salah seorang ahli syurga dari rahim Mama. Mama tahu tak semua orang dikurniakan anugerah seistimewa Lope. Pada mulanya, tatkala keputusan pemeriksaan dari doktor disampaikan kepada Mama dan Abah, kami berdua tidak tahu apa itu Autisma dan Global Developmental Delay. Terima kasih kerana kini, Mama dan Abah tahu bahawa keistimewaan yang ada pada Lope mengajar Mama dan Abah tentang kehidupan yang sangat adventure untuk ditempuh.


Lope,
Mama sendiri tak tahu bila Lope akan mampu membaca surat Mama ini untuk Lope. Tetapi, Mama mahu juga menulisnya disini. Mungkin, jika suatu hari nanti, apabila Mama sudah tidak ada, atau blogspot sendiri telah lupuskan apa yang Mama coret disini untuk Lope, Mama mengharapkan agar ada seseorang disini yang kelak akan bercerita kepada Lope betapa Mama sangat sayangkan Lope. Mama mahu seseorang itu sampaikan pada Lope bahawa lahirnya Lope ke dunia ini tidak pernah sekalipun menjadi beban kepada Mama. Well, Mama selalu cakap kat Lope, Mama tahu kenapa sehingga ke usia 4 tahun Lope tak mahu berjalan sendiri lagi kerana Lope mahu terus Mama mendukung Lope. Tak apa sayang, Mama sanggup dukung Lope selagi Mama punya kudrat. Sampai bila-bila sekalipun Mama akan mendukung Lope.

Lope,
Cuba tengok gambar kat bawah ni..



Inilah Lope tau. Gambar ini Mama ambil pada 10 April 2011 di Alamanda. Lope tengok betapa handsomenya anak Mama. Mama tak kisah kalau orang kata Mama perasan cakap anak Mama handsome sebab bagi Mama, walau macam mana rupa paras Lope pun, Lope tetap handsome Mama sampai bila-bila :P Mama suka tengok gambar-gambar ni. Anak Mama nampak ceria dengan senyuman terhias di bibir. Kalau Lope nak tahu, senyuman inilah yang menguatkan semangat Mama setiap hari. Mama selalu rasa yang senyuman Lope adalah satu azimat untuk Mama. Nanti, Lope jangan lupa senyum ye :)

Selamat hari lahir, Megat Idris Naquiyuddin.
Sempena kelahiran ke-4 ini, Mama mengharapkan agar Allah memudahkan semua urusan kehidupan Lope dimasa kini dan dimasa akan datang. Tak banyak Mama minta dari Allah selain memelihara Lope dan Obiya di dunia dan di akhirat.

Mama sayang Lope :*