Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/03/2011

Al-Fatihah


Baru je terima call dari Abang Man, suara dia macam terkejut. Saya sendiri hairan kenapa Abang Man call saya, sebab kami jarang berhubung. Bila ditanya, dan mengundang kenapa dia telefon, akhirnya dia memberitahu..

"Nuur, Mak dah takde. Baru 20 minit tadi.."

Mak adalah panggilan saya kepada nenek sebelah ayah saya. The only grandmother (paternal) yang saya ada. Mak telah kembali ke rahmatuallah di rumah Wan Chu saya di Bachok, Kelantan dan akan dikebumikan jam 9 pagi esok.

Pembaca budiman, teman taulan yang singgah di laman ini, minta jasa baik menyedekahkan al-fatihah untuk nenda saya Puan Zaharah binti Abdul Kadir.

Al-Fatihah

p/s: malam ini kami pulang untuk majlis pengebumian nenda tersayang :(

#Day 14: A TV show you currently addicted to

NONE
sebab tak sempat tengok tv

.
.
.
.
.
.

tapi, kalau yang follow dari season 1 - season 10 ada la ;)

SMALLVILLE


masa zaman follow citer ni dulu sebab minat giler kat Tom Welling ;)

29/03/2011

#Day 13: A picture of your favorite band or artist


Ini background di Twitter saya ;)
Follow me here

.
.
.

Konsert Satu Suara

.
.
.

Launching Lagu Raya - Tiba

.
.
.

Rock For Cure, Hard Rock Penang
*picture credit to Abs*

.
.
.

SG Men Commercial TV Ad
*orangnya tak nampak disebalik ramai manusia tu*

.
.
.

Happy Birthday MB ;)

.
.
.

HSBB Launching

.
.
.

Pencalonan Bencinta @ Muzik-muzik
*picture credit to Daya*

Faizal Tahir is my favorite artist ;)

28/03/2011

#Day 12: Your current relationship, if single discuss how single life is

happily married to encik bubu and blessed with lope and obiya.

they're the love of my life :)

27/03/2011

#Day 11: A picture of your favorite memory

Ini Cik & Aboh saya.

Banyaknya kenangan yang ada disebalik gambar ini kerana ini disaat ini, saya baru sahaja disahkan mengandungkan Lope seawal 6 minggu pertama. Saya masih ingat bagaimana kedua orang tua saya menatang saya bagai minyak yang penuh tatkala ini. Manakan tidak, anak bongsu mereka yang mendirikan rumahtangga selepas 2 tahun baru mengandung.

Saya rindukan Aboh saya -,-

26/03/2011

#Day 10: A picture of your favorite place to eat

my all time favorite

*must try*
chicken mushroom soup

25/03/2011

Cik kini sudah 64 !!!


Cik kini sudah 64 ;)

64 tahun yang saya harapkan dipenuhi dengan penuh kebahagiaan, kerahmatan dan kasih sayang yang berpanjangan. Saya bersyukur kerana dikurniakan dengan seorang ibu yang penyayang, memahami dan tidak pernah gagal untuk berada disamping saya ketika saya benar-benar memerlukan.

Cik, you're my beautiful mom and I will always love you.

... cerita penuh akan dikongsikan kemudian ;)

#Day 9: A photo of the item last purchased

RM3.90
untuk anak dara kesayangan saya :)

24/03/2011

#Day 8: Your dream wedding

pergh!
soalan ni kalau jawab masa kawin dulu baru best :P hahahhaha baru berangan tak ingat dunia

ini zaman 7 tahun lepas :P

yang sebenarnya, saya dah dapat perkahwinan idaman saya 7 tahun yang lalu dan saya rasa saya tak perlukan perkahwinan lain di masa akan datang. hanya satu sebab kenapa saya rasa saya dah dapat perkahwinan idalam saya jika saya minta untuk melakukannya sekali lagi..

saya yakin dan saya pasti, tiada lagi tangan aboh yang akan menyalami tangan imam (suami) saya sebab Aboh dah tiada. Simboliknya majlis ini, kerana dengan satu lafaz sahaja maka tanggungjawab dari seorang ayah sudah bertukar ke tangan seorang lelaki selepas 22 tahun pegang tittle jadi favorite girl Aboh (and will always do).

saya jenis tak banyak demand dan sangat simple dalam segala-galanya. perkahwinan saya dulu pun sangatlah ringkas dan saya sukakannya. sekarang ni, rata-rata saya tengok majlis orang kahwin sangat vas. macam-macam ada, lepas tu mulalah fikir agak-agaknya zaman Obiya nanti apalah lagi yang saya kena sediakan. hahahhaha.

ini gambar masa lepas akad nikah.
i still remember, lepas majlis ni abis, Encik Bubu pun balik la hotel untuk majlis esoknya plak, lepas tu terima SMS dari dia tulis

'good nite, my dear wife. see you tomorrow'


:)

Buffalo Steakhouse

Review makanan adalah salah satu kegemaran saya :D

Buffalo Steakhouse

26, Jalan PJS 8/18,
Dataran Mentari, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.

Sebab Encik Bubu rasa nak makan makanan lain, maka kami pun keluar la pegi makan. Minmin jugak join tapi selepas digeledah kamera, satu haram pun xde gambar Minmin. Sorry :P

Dari segi harganya dah OK, reasonable. Suasana dalam kedai pun kira OK la, saya sukakan kerusinya yang luas dan besar serta kerusi makan kanak-kanak yang sesuai dengan budak yang nakal seperti Obiya. Saya kagum bila Mushroom Soup yang diorder untuk Lope habis separuh dimakannya. Kalau tak Lope hanya approved mushroom soup dari Chili's je :)

Kami order:

Lamb combo with Tiger Prawn RM39.90
Steak combo with Tiger Prawn RM39.90 for
Chicken Grilled RM16.90
Mushrrom Soup RM4.90
Mussels with cheese RM12.90
Vanila Milkshake
Fruit punch
Ice Lemon Tea


Dan ini gambar orang yang pantang nampak camera masa dalam restoran &muka orang muncung dan merajuk sebab banyak sebabnya ;)

23/03/2011

#Day 7 : A photo of a animal you'd love to keep as a pet

TIGER

Sebab minggu lepas saya tengok movie 3 Brothers di TV3.
Ya Allah, tiger ni sangat kiut.

setia


tangkas


comel


Kalaulah boleh bela sekor kat rumah alangkah bestnya :)
Ala-ala kucing tapi saiz besar. Comel!

Wordless Wednesday

my sweetie-pie

22/03/2011

#Day 6 - A song to match your mood

Kalau nak ditanya lagu yang suka saya pasang ulang-ulang 2-3 hari ni adalah lagu ni



Sebabnya suara David Cook yang hasky ni buat saya sangat melting. Masa kat office saya dengar sebab suara dia buat saya aman je nak buat kerja, nak tido pun pasang lagu ni jiwang je sensorang dan masa nak blogging pun pasang lagu ni sure saya cool tetiba terus blogging keluar apa yang nak ditulis.

Always be my baby :-)

Nak mengandung lagi ...

Tak tahu sama ada korang perasan ke tak semenjak dua menjak ni saya terlalu kurang bercerita mengenai Lope dan Obiya. Saya sengaja memberi mereka waktu senggang untuk tidak tampil disini, namun hari ini, saya rindu lagi untuk bercerita mengenai kesayangans ini.

Kiri kanan saya mencanang cerita mendapat baby baru. Tahniah Faizal & Hanim sebab semaian cinta hati ke-4 sudah lahir kedunia ini, lepas tu beberapa rakan blogger dan kawan-kawan juga disahkan mengandung dan dapat baby baru. Aduh, nak baby jugak! Tipulah kalau saya tak ingin mempunyai anak kecil lagi dalam rumah kecil saya ini. Tipulah kalau saya cakap Lope dan Obiya dah cukup sebab saya memang impikan sebuah keluarga yang besar.


Merancang, mengandung, melahirkan seterusnya membesarkan mereka bukanlah suatu perkara yang boleh cakap 'Jom Abang kita buat anak' pada Encik Bubu. Lope hadir di tahun ketiga perkhawinan kami, dan Obiya 2 tahun selepasnya. Umum tahu. Lope dan Obiya adalah dua beradik yang berbeza segala-galanya melainkan mereka lahir dari rahim yang sama. Obiya hadir tatkala saya dan Encik Bubu tidak meletakkan sebarang harapan dalam menambah isi penduduk rumah kami namun kami juga tidak menolak kehadirannya.

Namun, untuk insan ketiga, saya dan Encik Bubu terpaksa memberikan keutamaan kepada apa yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Perancangan saya, Lope haruslah berjalan dahulu. Saya sudah serik menahan rasa apabila didalam waktu berpantangkan Obiya, saya terpaksa membiarkan Lope sendirian dibawah jagaan bibik dan ibu saya. Melahirkan anak secara c-sect amat menyakitkan dan saya dilarang dari mendukung dan mendodoikan Lope yang beratnya mencecah 10kg tatkala itu.

Hasilnya, saya cuma mampu membiarkan Lope menangis sendirian jika dia tersedar pada waktu malam tapa mampu mendukung dan membawanya ke dada dan mencium ubun si anak kerana badan saya tidak mampu berbuat begitu. Namun, minggu ke dua berpantang, saya tidak mampu hanya melihat dan mendengar sahaja tangisan manja Lope dan anak itu saya angkat juga ke ribaan.


Mahu tahu hasilnya?

Berlakulah pendarahan di tempat pembedahan. Sakitnya amat kepalang tapi saya puas kerana saya mampu mendodoikan anak saya sendiri.

Oleh itu, untuk kelahiran ketiga, saya merancang dan dengan keizinan Allah, kurniakanlah kebolehan bertatih sang anak dahulu. Obiya tidak saya khuatirkan kerana dia mampu berjalan sendiri, mampu memberitahu untuk minum, makan dan sakitnya tetapi tidak pada Lope. Maka, hasrat menambahkan ahli keluarga haruslah ditangguh terlebih dahulu kerana asas-asas pertimbangan di atas.

Lope at his 4 months age

melihat gambar ini membuatkan saya rasa membuak-buak inginkan anak kecil lagi. terutamanya another megat jr. :)

moga masih diberi rezeki di masa akan datang.


21/03/2011

#Day 5 : What makes you different from everyone else?

What makes me different from anyone else?

simple

I am THE ONLY biological mother to

Megat Idris Naquiyuddin

2 hours after birth ;)

and

Puteri Mariam Sophia

15 minutes after birth :D

20/03/2011

Sayangkan anak, tangan-tangankan?

Orang tua-tua cakap, kalau sayangkan anak tangan-tangankan. Tapi kenapa lepas ikut cakap orang-orang tua tu rasa bersalah gila?


Entry ni ditulis selepas saya sendiri dengan menggunakan tangan kanan saya memukul tangan kanan Obiya selepas dia membaling telefon tepat ke muka saya dan terjatuhlah spec dan hasilnya terdapat sedikit luka dibawah mata sebelah kanan.

Jika ditanya apa saya rasa sekarang.

Jawabnya saya rasa berdosa kerana memukul tangan kecil itu.

T_T

Tengok muka comel macam ni tapi mama dia pukul. Terukkan mama dia?

Ini bukan kali pertama Obiya menguji tahap kesabaran saya tapi selalunya saya masih mampu bersabar. Tapi petang semalam, saya tangankan juga si comel kesayangan saya selepas itu rasa bersalah datang meruap dan badan kecil itu saya peluk dan cium berulang kali semula.

Bagaimana harus mendidik anak berusia 2 tahun ini?

Sudah berulang kali rasanya saya bercakap dengannya. Bila berbuat begini, maksudnya Obiya tak sayangkan mama, bila Obiya buat macam ni buat mama jadi sad, bila Obiya buat macam ni buat mama sakit tapi anak berusia 2 tahun ini tidak faham akan erti bicara seorang ibu itu.

Muka orang yang lepas kena marah dengan mama dan mama pujuk dia balik

Mama blogger, ada advice macam mana nak didik anak ni? T_T

#Day 4 - Your Favorite Photograph Of Your Best Friend

my pillar

my strength

my bolster

my budak busuk

my sour plum sweetie pumpkin

my other half

my everything

.
.
.
.
.
.


meet my Bubu, peeps!
he is my best friend :)
*i love you, Hun*

19/03/2011

#Day 3 - Your Idea of the perfect first date.

Semestinya first date saya dengan Encik Bubu tidak langsung seperti apa yang bakal saya kongsikan namun keistimewaan kerana ianya terjadi dengan sendirinya.

Sebelum tulis ni, kena berkhayal sket nak kuar dating dengan sape, so saya bayangkan mamat nilah orang yang nak ajak i dating :P

Korang tak nampak clear eh muka dia, okey okey, bayangkan eh mamat ni ajak i keluar dating tau. Bayang je tau. Sure Obiya gelak guling-guling baca mama dia merapu pasal tajuk ni.


Kalau mamat ni yang ajak confirm la kan saya dah tak kisah nak pergi mana pun sebab semuanya indah. Tapi sangat best kalau masa first date tu terjadi dengan sendirinya tanpa perlu dirancang atas kertas macam ni. Cukup sekadar mungkin ada elemen pantai which is lepak tepi pantai, berbual dan berbual bercakap mengenai hati. Or mungkin masa tengah borak-borak tu, mamat dalam gambar ni boleh pause kejap dan cakap betapa dia rasa bertuahnya sebab boleh date dengan makcik. *dream on, bebeh*

Confirm makcik pengsan masa tu jugak. Keh3x.

Mendengar bunyi deruan ombak, bermain dengan halus pasir pantai sudah cukup indah untuk saya, apatah lagi kalau si dia tu pandai main gitar then nyanyi dengan suara lunak best didengar macam Faizal Tahir.

Robert Douglas Thomas Pattinson is my dreaming date!

LOL! Gelak gila tulis entry ni :P

jumpa esok, Day 4: Your Favorite Photograph of your best friend.

18/03/2011

#Day 2 - Your Favorite Movie

...it would be Notthing Hill.

Movie ni released masa saya Form 5 - secara ringkasnya the life of a simple bookshop owner changes when he meets the most famous film star in the world. Saya sukakan Julia Robbert dan suka sangat dengan british slang Hugh Grant dia tu.

Dalam citer ni Julia Roberts (Anna Scott) famous film star dari Hollywood yang jumpa dengan pemilik kedai buku Hugh Grant (William Thacker) specialise in travel writing. William or Willi ni duda yang ditinggalkan isteri who left him for another man. Reasonnya sebab muka mamat tu handsome macam Harrison Ford. Si Willie ni jumpa dengan Anna masa dia datang ke kedai dia dan sebab dia careless nak dijadikan cerita dia air tertumpah kat baju Anna dan dia offer Anna bersih baju kat rumah dia diseberang jalan tanpa perasan pun yang ada kat depan dia tu adalah famous film star then ada la scene dia kiss then diaorang pun mula la tertarik dengan satu sama lain. Fuh...

Balik ni nak tengok Notting Hill lagi :)


17/03/2011

better.late.than NEVER

Dalam beratus-ratus orang yang saya kenal, manakan sama dengan yang sorang ini.

Orangnya putih berkulit gebu yang datangnya nun jauh dari Labuan :D Di pejabat ni, tanpa dia sehari buatnya saya jadi boring sebab kalau dia ada, maka dialah yang selalu datang dan pergi dan datang menegur saya dengan pelbagai komen yang menarik. Akhirnya pasti tawa kami berdua pecah mewarnai pejabat yang sentiasa sibuk dan mengejar dateline.

Itulah kawan saya. Nama dia Jia. Oh, please visit her blog Anda dinasihatkan untuk follow blog dia kalau korang sorang peminat cong-ceng-cong-ceng K-POP atau membaca sebab nak gelak-gelak ringankan otak pada hari ini sebab...

TODAY IS HER BIRTHDAY !!!

ampun noks, i lambat wish birthday you
esok kita makan kek eh, ok? :P

#Day 1 - Your Favorite Song

Saya adalah peminat setia Mariah Carey semenjak zaman sekolah lagi. Masa tu, Faizal Tahir tak timbul lagi didalam dunia muzik kalau ada confirm la saya akan cakap minat dia.

Always Be My Baby released in 1996 will always be my favorite song :)
Lagu ni masa saya form 2 okeh :P

Mariah Carey - Always Be My Baby (Official Music Video).
Watch more top selected videos about: Always Be My Baby, Mariah Carey

Always Be My Baby

We were as one babe
For a moment in time
And it seemed everlasting
That you would always be mine
Now you wanna be free
So I'll let you fly
'Cause I know in my heart babe
Our love will never die

[Chorus:]
You'll always be a part of me
I'm part of you indefinitely
Boy don't you know you can't escape me
Ooh darling 'cause you'll always be my baby
And we'll linger on
Time can't erase a feeling this strong
No way you're never gonna shake me
Ooh darling 'cause you'll always be my baby

I ain't gonna cry no
And I won't beg you to stay
If you're determined to leave boy
I will not stand in your way
But inevitably
You'll be back again
'Cause you know in your heart babe
Our love will never end

[Chorus]

I know that you'll be back boy
When your days and your nights get a little bit colder
I know that you'll be right back baby
Oh baby believe me it's only a matter of time

[Chorus]

dan ini version dari David Cook *melting* buat sayagrrrr..


kan? kan?

16/03/2011

30 Things In 30 Days Challenge

Tadi menjelajah blog Life Is A Big Canvas suddenly rasa nak
join challenge yang Reena buat :P

Day 1
Your favorite song


Day 2
Your favorite movie


Day 3
Your idea of the perfect first date.


Day 4
Your favorite photograph of your best friend.


Day 5
What makes you different from everyone else?

Day 6
A song to match your mood.


Day 7
A photo of an animal you’d love to keep as a pet.


Day 8
Your dream wedding.


Day 9
A photo of the item you last purchased.


Day 10
A photo of your favorite place to eat.


Day 11
A picture of your favorite memory


Day 12
Your current relationship, if single discuss how single life is.


Day 13
A picture of your favorite band or artist


Day 14
A TV show you’re currently addicted to.


Day 15
Something you don’t leave the house without.


Day 16
Short term goals for this month and why


Day 17
How you hope your future will be like.


Day 18
5 things that irritate ME about opposite/same sex


Day 19
A picture of something you want to do before you die


Day 20
The meaning behind your blog name.


Day 21
A photo of something that makes you happy.


Day 22
A letter to someone who has hurt you recently.


Day 23
15 facts about you.


Day 24
A photo of something that means a lot to you.


Day 25
Who are you?


Day 26
A photo of somewhere you want to go.


Day 27
What kind of person attracts you?


Day 28
In this past month, what have you learned?


Day 29
Something you could never get tired of doing.


Day 30
A photograph of yourself today + three good things
that have happened in the past 30 days


Ada sape-sape nak join jugak? ;)
Saya akan bermula 17 Mac 2011




Wordless Wednesday


15/03/2011

Tsunami Jepun - bencana terburuk dalam sejarah



Saya bayangkan bagaimana sekiranya Malaysia berada di tanah Jepun pada hari jumaat yang lalu.
.
.
.

MASYA ALLAH!
.
.
.

Apa yang saya bayangkan, bagaimana ingin saya gapai tangan Obiya dan mendukung Lope dalam waktu yang sama? Bagaimana ingin saya pulang ke rumah dalam sekelip mata dan menyelamatkan mereka? Bagaimana saya sendiri ingin menyelamatkan diri apabila bila dengan tiba-tiba semuanya berlaku sepintas kilat? Masya Allah, Maha Suci Allah Yang Mengetahui Semua Perkara itu terjadi.



Setiap kemusnahan yang terjadi itu adalah amaran dari Allah. Dunia sudah tua, semakin banyak kerosakan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia, semakin banyak amaran yang datang dariNya. Menangis saya melihat kumusnahan sewaktu Tsunami itu, saya bayangkan saya ditempat mereka. Bagaimana jika saya tidak mampu menyelamatkan Lope yang tidak mampu berjalan dan berlari itu? Masya Allah.

Harapnya tiada lagi yang mempersendakan bencana alam yang paling teruk dalam sejarah ini seperti yang digambarkan dalam kartun ini.

Sila lebih peka dan sila lebih bertanggungjawab. Tak sesuai langsung kartun sinis keanak-anakan macam ni. Apapun, Berita Harian memohon maaf sejurus mendapat kritikan teruk dari orang ramai especially di Twitter pada hari berkenaan.