Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

23/02/2011

Cerita 8 hari kami berkampung di Hospital Putrajaya - Part 2


Coret-coret sepanjang 8 hari di Hospital.

Apa yang bersarang di hati tatkala bersama Lope di hospital

sakit -_-

Apabila Lope berada di wad, dua perkara yang sering terbayang didalam benak saya. Saya terbayangkan Obiya yang terpaks ditinggalkan didalam jagaan Bibik siang dan malam. Kasihan rasanya. Anak perempuan itu adalah soft spot Encik Bubu namun tiap kali matanya ingin tidur, dia akan mencari saya. Inginkan tangan ibunya membelai rambut sebelum matanya terpejam.

Kasihan Obiya, namun saya perlu adil. Lope lebih memerlukan. Tidak sesekali saya akan meninggalkannya dalam jagaan Bibik. Saya bertanya pada Cik, adilkah sebagai ibu saya melebihkan Lope? Waktu saya masih kecil dahulu, sewaktu arwah Abang Nan saya terlantar 6 bulan di wad dan saya diletakkan dibawah jagaan ibu saudara saya, saya sering merasa 'tak sayangkah Cik pada saya?' dan saya tidak mahu Obiya juga merasa perkara yang sama.

"Sebagai ibu, kita kena dahulukan anak yang sakit, yang tidak berupaya. Bukan bererti kita tidak sayang, tetapi Lope lebih memerlukan. Sewaktu Abang Nan sakit dulu, hati Cik runsing sebab tak boleh menjenguk 7 orang lagi anak Cik" jawab Cik. Saya terdiam. Sekarang, baru saya tahu macam mana rasanya gelodak hati seorang ibu. Sungguh, rasa itu benar-benar saya faham.

Demam secara mendadak pada malam ke-5 di Hospital Putrajaya


Lope demam secara mendadak di malam ke 5. Waktu itu, saya takut memandang pucat lesi wajahnya, ibarat warna mayat terkujur kaku. Malah, bibirnya juga bertukar menjadi kebiruan. Sungguh saya panik. Jam 2 pagi saya memannggil jururawat. Datanglah seorang jururawat dengan muka tidak bermayanya mengambil catatan suhu badan Lope : 37.7. Dis seterusnya memasukkan bullet ke badan Lope. Kemudian dia berlalu.

Saya melihat Lope masih menggigil. Saya selimuti badannya. Tak cukup dengan satu duvet, saya tambah lagi duvet saya sendiri. Tangannya menggigil. Kasihan Lope saya. Saya jamah dahinya, makin panas. Saya tahu patern Lope bila demam, selalunya dia tidak menggigil. Saya tekan lagi butang memanggil jururawat. Kali pertama, tiada. Saya tunggu beberapa minit. Kali kedua, juga sepi. Mahu tidak, saya sendiri mencari mereka di kaunter jururawat dan di ketiga-tiga bilik di depan kaunter itu. Tetapi mereka tiada.

'Seronoknya' apabila saya menemui mereka di bilik TV. Kedua-duanya sudah berbaring sambing TV terpasang. Apabila saya meminta agar diambil sekali lagi suhu badan Lope, dia menjawab 'Bukan baru tadi ambil suhu' dan kerana malas bertelagah dan meninggalkan anak saya sendirian di bilik, saya pinjam termometer dan saya mengambil sendiri suhu badan anak saya. Walau dia ada datang selepas beberapa minit, hati saya radang. Penolakan pertamanya seperti tidak mahu mengambil suhu badannya membuat saya mula berasap.

Sah saya benar apabila suhu badan Lope menginjak ke 39.6!

Kali ini, tiada lagi senyum dibibir saya apabila bercakap dengan jururawat berkenaan. Saya bukanlah seorang doktor yang tahu kenapa anak saya sakit tetapi saya seorang ibu yang tahu bagaimana keadaan anaknya apabila demam. Melalui pengalaman saya, saya tahu something is wrong dengan Lope. Kali ini juga, saya meminta dia memanggil on call doctor untuk datang melihat keadaan Lope.


Lope hanya terlelap selepas sejam kemudian dan saya sehingga ke dinihari tidak mampu untuk tidur lagi. Saya bimbang jika Lope kembali demam secara tiba-tiba. Kegusaran saya itu menjadi nyata apabila jam 11 pagi keesokkan harinya, dia demam lagi secara mengejut.

Urine bag dan x-ray

Sumpah saya tak nak Lope pakai urine bag lagi sebab mata saya yang memandangnya pun dah tahu benda itu menyakitkan. Tiub sepanjang lebih kurang 15cm ditolak masuk secara perlahan ke dalam pundi kencingnya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan untuk dilihat.

-_-

Lepas tu kena x-ray pula sebab doktor nak tengok sama ada kena jangkitan kuman atau kenapa Lope demam secara mendadak. Tiada yang menyakitkannya tetapi sedih melihat dia tidak berdaya begitu. Melemparkan senyum juga tidak mampu.


Bukan ke Hospital jika tidak merasa dicucuk -_-

Tengok sahaja gambar ini, 7 kesan suntikan sudahmemadai untuk saya bayangkan bagaimana sakit pedihnya. Tiap kali dia perlu menukar dripnya, saya yang gundah gulana kerana saya tahu bagaimana azab dan sakitnya dicucuk.

Terima kasih kerana datang meziarahi

Farid bawa awek cun melawat Lope :D

Terima kasih sebab sudi datang bertanya khabar. Ramai yang datang, tapi tak semua sempat diambil gambar. Almaklumlah, dalam hsopital. Gambar pun cikai-cikai je sebab pakai berry je.

Ayu dan Nadim

Ini budak sangat baik. Datang tengok Lope, dia senyum-senyum.

Cik Ma datang satu family. Cik & Yong adalah pengunjung tetap Lope :*

Mana-mana yang datang tapi takde gambar, jangan marah eh. Saya sangat hargai dan Lope juga. Terima kasih atas ingatan, dan ole-ole semua bagai.

.
.
.
.
.

Apapun, saya bersyukur kerana semuanya telah kembali kepada seperti sepatutnya.
Terima kasih di atas keprihatinan semua.
Hanya Allah dapat membalas setiap kebaikan.

budak yang dah nak makan dan minum

Cerita 8 hari kami berkampung di Hospital Putrajaya - Part 1

Sehingga ke hari ini, masih ada yang bertanya kenapa Lope dimasukkan ke wad. Sejujurnya saya sangat berbesar hati kerana ramai yang prihatin dengan Lope. Tak terucap rasa syukur dan terima kasih saya untuk semua yang datang menziarahi, bertanya khabar dan mendoakan kesihatan Lope kembali semula seperti mana adanya dia serta yang tidak putus menitipkan doa buatnya.

Segalanya bermula apabila minggu sebelumnya kami berkelah di Port Dickson di hari ulangtahun perkahwinan kami. Bukan keluarga saya sahaja, malah bersama 3 buah keluarga abang saya juga. Pulang dari sana, Obiya mula muntah dan cirit birit. Selepas minum susu atau makan juga, dia muntah dan kemudian disertai dengan cirit birit. Namun segalanya tidak berpanjangan kerana Obiya mampu melawan. Apabila perut terasa lapar, dia akan makan. Apabila mulut terasa haus dia akan minum.

Dua hari selepas itu, Lope pula begitu. Apabila makan dan minum, dia mulalah muntah dan cirit-birit. Bezanya Lope berbanding Obiya, dia cepat serik. Mungkin perit tatkala muntah berpanjangan, Lope menolak untuk makan dan minum. Seharian Lope muntah-muntah, saya berjaga sepanjang malam. Keesokkannya, pada 9 Februari, Lope hanya minum 40ml susu dan tanpa makan. Malah, saya ke pejabat juga pada hari itu membawa simptom yang sama. Sepulangnya saya dari pejabat, saya terlena kepenatan kerana malam sebelumnya saya berjaga menemani Lope yang muntah-muntah.

Melihat teruknya keadaan Lope, dalam tanpa daya, saya gagahkan juga diri membawa Lope ke Hospital Putrajaya. Nasib saya baik kerana Cik menemani saya. Malah, Cik jugalah yang memasak untuk kami sekeluarga. Malamnya, Cik sekali lagi menemani saya membawa Lope.

Lope yang tidak berdaya. Malah, tiada tangisan dan suara juga.

Seperti biasanya Unit Kecemasan, kes Lope dikelaskan kepada keadaan sederhana. Lope didaftarkan pada jam 9.50 malam dan hanya mendapat rawatan pada jam 11.00 malam. Seterusnya apabila Lope perlu di drip dan diambil darahnya, dia tidak menangis. Tidak berdaya untuk menangis kerana badannya dehydrated. Kesian saya melihat sekujur badan itu makin meninggi, matanya cengkung, tulang temulangnya jelas kelihatan.

Tiada tangisan sewaktu tangan kecil itu dicucuk.

Menahan diri dan berserah. Kesian anak mama :(

Selepas dimasukkan air, Lope terlelap. Kepenatan. Saya sendiri tidak mampu untuk menunggu lalu saya minta Cik menemani Lope di Bilik Pemantauan dan saya kembali ke kereta dan tidur seketika.

Jam 12 malam, saya menerima email memaklumkan bahawa Ayah Amin telah kembali ke rahmatuallah sebentar tadi. Semoga Allah meletakkan arwah disamping insan-insan yang disayangiNya. Arwah Ayah Amin adalah seorang yang disenangi dan sangat baik orangnya.
.
Al-Fatihah untuk Haji Aminuddin bin Haji Kushairi
picture taken from Amar's FB - thank you

Selepas mendapat berita duka itu, saya sudah tidak mampu tidur lagi. Saya terus menghubungi Encik Bubu dan kami berdua sangat terkejut dengan berita ini. Saya terus menjenguk Lope di Bilik Pemantauan. Masih terlena. Jam 3.30 pagi Lope terpaksa diwadkan kerana keadaannya terlalu lemah. Saya agak terkilan dengan kakitangan di Unit Kecemasan kerana saya terpaksa menunggu selama itu.

Saya difahamkan oleh jururawat bertugas bahawa kakitangannya terlepas pandang akan sampel darah Lope dan ianya tidak dihantar ke makmal menyebabkan kami terpaksa menunggu lebih lama disitu. Cemerlang sungguh kakitangan Unit Kecemasan pada malam 10 Februari 2011 yang mana pada pemerhatian saya hanya gelak, berborak dan ketawa sahaja sehingga terlepas pandang akan 2 botol kecil yang dilabelkan nama anak saya itu.

Akhirnya terlena kepenatan.

Sewaktu Lope diberitahu terpaksa ditahan di wad, memang saya sudah jangkakan memandangkan keadaan dirinya yang tidak berupaya. Saya menghantarnya ke wad dan housemen bertugas bertanya mengenai latar belakang Lope dan segalanya mengenai dia. Doktor berbangsa India ini sangat peramah orangnya dan saya gemar apabila doktor yang ditugaskan di wad kanak-kanak ramah dengan senyuman dan mesra pesakit. Bukan seperti sesetengah doktor yang masam dan tidak tahu memujuk pesakitnya.

Malam pertama di HPJ

Selesai urusan Lope di wad, saya meminta diri pulang. Sekali lagi saya beruntung kerana mempunyai Cik yang sanggup menunggu cucunya yang seorang ini. Saya pulang untuk mengambil pakaian dan peralatan untuk saya dan Lope. Saya jangkakan mungkin 2-3 hari juga kami berkampung disini. Pelbagai perkara timbul didalam kepala saya, bagaimana dengan kerja, bagaimana dengan Obiya dan bagaimana Lope sendiri. Gusarnya bersarang didalam hati. Pulang ke rumah, saya letakkan kepala sahaja disisi Obiya dan saya terlena.

Paginya saya datang ke wad pada jam 11 pagi dengan 3 buah beg besar. Beg pakaian, peralatan dan bantal-bantal Lope. Apabila sebotol air sahaja sudah dimasukkan ke badan Lope, dia tampak kembali aktif.

Lope @ hari pertama.

Namun sayangnya dia tidak boleh dibenarkan pulang lagi kerana Lope menolak untuk makan dan minum. Dia terlalu bergantung pada drip yang dimasukkan ke badannya. Mahu tidak mahu, Lope terpaksa ditahan disini.

Tengok macam mana berputarnya wayar drip ini, bukti Lope sedang sengap :P

... bersambung

21/02/2011

Mencari Ummu Ahmads.

Terbaca satu pesanan yang ditinggalkan di chatter box saya :

UmmuAhmads:
Salam. Saya selalu membaca blog ini sejak akhir-akhir ini, iaitu sejak anak ketiga saya disahkan autism. Salam kenal drp saya, dan moga dpt kongsi banyak pengalaman dapat saya jadikan panduan.... :)




Maaf sebab terlepas pandang. Busy masa kat spital.
Minta hubungi Put sebab nak kenal :)

Email: puterinuur@yahoo.com
Facebook: www.facebook.com/puterinuur
Twitter: www.twitter.com/puterinuur

Terima kasih.


19/02/2011

Roast Chicken untuk Encik Bubu

Semalam birthday Encik Bubu saya. Kesian dia kami tak celebrate apa-apa sebab saya flat sangat bila Lope dapat discharged dari wad. Maka, seharian pada 18 Februari itu saya tidur dan makan dan tidur dan makan sahaja kerjanya. Encik Bubu tidak banyak songeh, tidak merungut dan tidak mendesak, tetapi saya sebagai isteri rasa bersalah yang menggunung kerana mengabaikan sahaja hari istimewanya.

Hari ini, sebab rasa seperti nak tebus balik hari istimewa Encik Bubu, saya masakkan dia Roast Chicken. Resepi ringkas ini saya ambil dari Cik. Sangat senang, sangat cepat. Ini hasil air tangan saya pada 19 Februari ;)

Encik Bubu saya dengan ayam berekornya ;)
Happy belated birthday, Encik Bubu!

Ini pula, close up gambar ayamnya
sebab ni first time masak roast chicken, jadi over excited nak share gambar :P

Roast Chicken (Luar)









Roast Chicken (dalam)

Roast Chicken

Bahan untuk Roast Chicken
1 ekor ayam berekor yang tidak dipotong
3 sudu besar serbuk lada sulah
3 sudu besar serbuk jintan putih
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
Garam secukup rasa

Bahan dalam Roast Chicken
2 biji ubi kentang
1 biji telur

Bahan untuk Pencicah
3 batang cili besar merah
1 biji tomata
3 ulas bawang putih
1 sudu tepung jagung
3 sudu sos cili/tomato
2 sudu besar cuka makan
Garam/gula secukup rasa

Cara memasak Roast Chicken
Lumurkan semua bahan di atas pada ayam.
Perap sekurang-kurangnya 30 minit. (Lebih lama, lebih sedap)
Ubi kentang/telur direbus dan disumbat ke dalam ayam.
Kemudian bakar dalam oven/multi-purpose pan.

Cara membuat pencicah untuk Roast Chicken
Kisar cili merah ,tomato buah dan bawang putih dengan segelas air.
Masak kisaran tadi dengan menambahkan cuka, sos tomato & sos cili.
Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dibancuh.
Kacau sehingga sebati dengan menambahkan garam/gula secukup rasa.

Macam saya hari ni, sebab kat rumah takde oven, maka saya bakar je dalam multi-purpose pan dalam 50 minit dengan menggunakan api besar. Ada dinasihatkan makan semasa masakan masih panas sebab sangat sedap dia garing-garing macam tu.

Ok, nanti selamat mencuba yer :)

18/02/2011

Cintaku tanpa syarat :)

Hari ini, genap usia Encik Bubu saya bertambah lagi.

SELAMAT HARI LAHIR

Seronoknya kerana sudah 8 kali saya berkesempatan menyambut ulang tahun kelahiran lelaki yang paling bermakna dalam hidup saya. Saya menyayangi dia tanpa sebarang syarat. Memadai untuk saya jika dia sentiasa ada dan temani perjalanan hidup saya yang masih panjang dan berliku-liku.

Setelah 8 tahun bersama, saya gembira kerana saya diberi kesempatan ini untuk menyayangi dan disayangi olehnya. Mungkin bukan saban hari dia akan mengungkapkan sayang, namun saya tahu, cinta itu sentiasa ada didalam hatinya untuk saya, Lope dan Obiya.

Sempena hari penuh makna ini, saya mendoakan agar Encik Bubu kesayangan saya ini akan dimurahkan rezeki, dilimpahkan dengan kesihatan yang baik, akan menjadi golfer yang lebih bagus, berjaya dalam karier dan terus menjadi suami dan abah yang baik kepada saya, Lope dan Obiya.

Happy birthday, love!



Sent from my BlackBerry® Smartphone

17/02/2011

Terjadi lagi

"kesekian kalinya, tangan kecil itu bengkak lagi - merah, sembab dan pantang disentuh, meraunglah dia. terasa ingin sekali bertukar tempat, biar semua sakit itu hanya untuk bondanya" - Puteri Nuur At-Terawis, 8:50am.

Itu status FB saya. Ralatnya bila melihat tangan kecil itu bengkak kemudian bertukar sembab dan kemudiannya merah. Mahu tidak, Lope terpaksa menanggung sakit perit ini kerana ingin melengkapkan dose antibiotic. Jam 12 adalah dose terakhirnya, maka masih berbaki satu setengah sukatan itu. Saya sendiri trauma untuk melepaskan Lope untuk dicucuk sekali lagi. Khuatir dia disakiti lagi tanpa sebab. Anak saya bukan bahan uji kaji yang boleh dicucuk tarik badannya.

Apabila saya berada disini menemani Lope, ramai yang datang menziarah, bertanyakan khabar dan mengirimkan doa buat Lope. Terima kasih semua. Tak terbalas budi baik kalian. Datang pula tidak tangan kosong dengan pelbagai ole-ole untuk Lope dan untuk saya sendiri. Sungguh terharu. Bila saya disini juga, ramai yang menitip kata dan semangat mengatakan saya seorang ibu yang kuat.

Sebetulnya, saya sebaliknya.

Saya yakin, sesiapa sahaja yang mempunyai anak yang sedang sakit akan membuat perkara yang sama. Menjaga, menemani, menyayangi dan seterusnya berada sentiasa disamping mereka. Saya tidak kuat. Melihat Lope dicucuk berulang kali sahaja sudah mengundang gerimis didalam hati saya. Saya tidak merasai kesakitannya tetapi Lope. Saya sekadar meminjam kekuatan yang ada pada Lope. Walau berulang kali dicucuk, dia masih mampu kembali ke katil dan memanggil saya "mama" sambil bercerita dalam bahasa jermannya.

Lope juga masih mampu ketawa mengekek apabila setiap kali saya menyanyi kecil padanya. Dia adalah penghibur terbaik saya :) Dialah kekuatan saya, malah dia juga mampu melemahkan saya. Apa yang saya lakukan hari ini adalah sekadar tanggungjawab saya sebagai seorang ibu dan menjaga amanah Allah. Saya tidak kuat tetapi Lope yang kuat.

p/s: Lope dah dapat balik *yeay*

Sent from my BlackBerry® Smartphone

16/02/2011

Kaki kecil ini...

Perkara paling saya benci apabila berada disini adalah apabila terpaksa menyerahkan Lope untuk dicucuk. Saya mungkin terlalu emosi kerana saya mamanya. Melihat dia meronta, menangis, menjerit memanggil mama bukanlah scene yang boleh buat saya lihat dan tunggu sahaja. Scene ini lah yang sangat meruntun jiwa saya.

2 malam lepas, kedua-dua belah tangan Lope bengkak, kesan dari pengambilan antibiotic. Mahu tidak mahu, kesemua line yang sudah dicucuk ditangan kecilnya terpaksa dibuka dan doktor perlu mencari line darah yang baru. Malam itu, saya mendukungnya dan menghantar dia ke bilik rawatan untuk dicucuk. Malah bukan sahaja saya, Encik Bubu juga sama menemaninya.

Itu adalah antara malam yang sangat sukar untuk saya lupakan. 30 minit Lope didalam sana. 7 kesan suntikan di kaki dan 2 kesan suntikan di tangan dan kesemuanya adalah gagal! Sumpah saya naik angin. Sumpah saya kesal kerana tangan housemen yang mencucuk anak saya itu membuatnya sesuka hati. Kalau tidak yakin atau tidak tahu atau tidak nampak, boleh tak ditinggalkan sahaja pesakit ini untuk doktor yang lebih berkemahiran?

Sudahnya, hanya dengan 1 suntikan sahaja Lope berjaya dicucuk. Dia tidak perlu menerima 9 suntikan yang menyakitkan itu - tanpa sebab!

7 suntikan dikaki adalah zalim. Habit Lope yang suka menendang-nendang sangatlah menyukarkan keadaan kerana setiap kali jarum itu mencucuknya dia akan meronta, menggelupur kesakitan.

:(

Gambar di atas adalah kaki kecil Lope, kesan menerima 7 suntikan. Ada 2 kesan lebam. Adakah saya terlalu emosional kerana saya seorang ibu ataupun memang patut saya naik angin melihat badan kecil ini dicucuk sesuka hati.

Semoga Allah melindungi Lope, mempermudahkan segala urusannya dan kesihatan yang stabil. Terima kasih di atas semua kunjungan, doa dan keprihatinan semua yang bertanyakan mengenai Lope. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Sent from my BlackBerry® Smartphone

15/02/2011

jangan sakiti Lope saya lagi :(

Saya masih disini, setia menemani Lope. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan disini namun tak tertulis dengan kata-kata. Hari ke 5 disini merupakan hari yang amat mencabar untuk saya. Lope tambahan lagi.
Jam 2 pagi, saya yang ingin tidur menyelimuti Lope sebelum saya sendiri rebah di kerusi. Saya lihat tangannya menggigil. Saya jamah dahinya - panas. Lantas saya memanggil nurse dan suhu badan diambil - 37.7. Sah! Lope demam. Saya sendiri agak hairan, kenapa dia demam kerana sepanjang tempoh 4 hari pertama dia disini, dia tidak demam. Nurse kemudian datang semula dengan membawa 'bullet' dan memasukkannya ke anes. Namun Lope masih menggigil.
Saya kemudian mula diserang rasa takut untuk tidur. Saya duduk disisinya. Saya lihat dia tidak selesa. Nafasnya tidak teratur, dia menggigil hebat. Saya bukan doktor, tapi saya seorang ibu. Saya tahu, jika demam Lope mencecah 40 sekalipun, dia tidak menggigil kesejukan begini. Bibirnya tidak akan terketar-ketar begitu. seketika, bibirnya menjadi biru! Ya Allah, waktu itu saya sendiri tidak mempercayai mata saya. Lantas saya menekan loceng meminta bantuan jururawat. Tangan saya masih memeluk Lope. Dia masih juga menggigil kesejukan.
2 minit berlalu, bayang nurse belum kelihatan. Saya menjenguk keluar. Tiada sesiapa disitu. Saya bertawakal meninggalkan Lope seketika. Saya keluar dari bilik menuju ke kaunter jururawat. Tiada sesiapa disitu. Saya menjenguk ke dalam 3 bilik yang berada disitu - juga sunyi. Jam menunjukkan 2.30 pagi. Sehinggalah saya menjenguk ke dalam bilik tv, saya melihat 2 orang nurse itu sedang berbaring. Seorang sudah lena dan seorang sedang menonton tv sambil berbaring santai.
"Boleh tak saya nak minta ambil suhu anak saya sekali lagi, badan dia panas." Mereka saling berpandangan. Muka mereka kelat memandang saya. Mungkin juga menyampah.
"Dah ambilkan 10 minit tadi? Nak ambil lagi?"tanya nurse yang mengambil suhu badan Lope tadi.
"Badan dia panas. Saya pegang dia makin panas"dia bangun, masih dalam kemalasannya.
"Jangan bimbang kak, biasalah budak demam" jawabnya sepatah. Mentang-mentanglah pesakit bukan anak dia, sedap je dia cakap jangan bimbang.
"Takpun, kalau malas sangat nak ambil, kasi je saya pinjam termometer" waktu itu saya sudah menuju ke kaunter nurse sambil mata saya melilau mencari termometer. Bila saya menjumpainya, terus saya ke bilik mendapatkan suhu badan Lope.
39.6!
Bimbang saya bersebab, kan? Nurse berkenaan hanya menghubungi 'on call doctor' selepas saya berkeras mahu doktor sahaja melihat keadaan anak saya dan bukannya nurse. Apabila doktor datang 20 minit kemudian, Lope dah sedikit ok selepas saya sponging seluruh badannya. Doktor sendiri tak dapat nak pastikan kenapa Lope berkeadaan begitu.
Esoknya, Lope kembali OK. Tidak demam dan memanggil-manggil "mama" dalam senyumnya. Saya kembali tenang, berharap agar hari ini kami diberi pulang. Rasanya sudah sarat rindu saya pada Obiya. Tak lena malam-malam saya disini tanpa pelukan budak perempuan kecil itu yang selalunya tidur disebelah kanan saya.
............ To be continue.

Sent from my BlackBerry® Smartphone

11/02/2011

Selamat Hari Lahir Ke-2!

Okey, tengok gambar ni hati jadi sayu sebab saya memang tinggalkan dia kat rumah dengan Pinky hari ni satu hari :'( Pagi tadi semasa saya memberitahunya Lope perlu bermalam di dalam wad, dia nampak cemas dan mencari-cari Lope di ruang tamu dan bilik saya, memeriksa sekiranya Lope tidur disitu. Pagi tadi juga, saya bawa dia ke hospital, namun dia tidak berpeluang berjumpa Lope kerana kami ke sana bukan pada waktu melawat dan setiba di hospital, dengan pantas dia menuju ke arah Jabatan Rehabilitasi dimana dia sering menemani Lope menghadiri terapi.

Rasa bersalah kerana tanggal angka 12 malam, Obiya menginjak usia 2 tahun tetapi saya tiada disisinya :'( Lope saya sayang, Obiya saya kasih. Tiada kurang, tiada lebihnya buat mereka berdua. Rasanya sudah lama saya menjadi mama kepada Obiya, namun baru 2 tahun sebenarnya. Sudah puas saya meniti detik bergelar ibu kepada anak tipikal kerana Obiya memberikan saya peluang yang sangat berharga melihat perkembangan seorang anak dari berbaring hingga berjalan, berlari dan aktif menari serta berdansa hanya dalam tempoh 2 tahun.

Terima kasih Allah kerana menyempurnakan journal seorang ibu seperti saya. Tidak banyak yang saya minta, cukup sahaja anak-anak dari zuriat saya ini dipermudahkan segala urusan dalam kehidupannya dan menjadikan mereka anak soleh dan solehan yang akan mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya kelak.

Dan ini, harapan mama untuk anak dara itu.

Buat anakku Puteri Mariam Sophia,

Sempena usia menginjak angka 2 ini, Mama doakan Phia akan membesar menjadi anak mama yang cantik, berbudi bahasa, pintar dan menjadi seorang adik yang patuh dan rajin pada Lope. Mama cuma ada Phia yang boleh Mama sandarkan harapan untuk menjaga Mama nanti tua nanti dan Lope.

Okey, maybe terlalu awal untuk anak Mama yang baru umur 2 tahun ni tapi Mama harap, bila Phia dah pandai membaca nanti, Phia baca semula semua catatan Mama di hari kelahiran Phia dan Mama nak Phia tahu yang Mama sayangkan Phia dan Lope sama banyak, tak lebih dan tak kurang.

Selamat Hari Lahir, Puteri Mariam Sophia.
Nanti kita celebrate bila Lope keluar wad nanti.

Sayang abadi,
Mama
11 Februari 2011
Wad 2C, Hospital Putrajaya


Sent from my BlackBerry® Smartphone

10/02/2011

Masih disini

Lope dah getting better. Ini gambar terbaru selepas on drip setengah botol tadi. Baru keluar suara dari mulutnya dan kerana tidak selesa tangannya dicucuk, suara rengekan manjanya tak henti kedengaran. Saya bersyukur, sekurang-kurangnya masih ada suaranya untuk saya dengar. Pergerakannya agak terbatas, namun sudah mampu kadang kala tersenyum tatkala saya memainkan Mickey Mouse and Friend dari YouTube player.

Insya Allah, kalau keadaan mengizinkan, esok boleh keluar. Harapnya lepas ni Lope dah kembali minum dan makan semula. Ghindu nak tengok Lope sama seperti sebelum ini.
Terima kasih juga atas iringan doa kalian semua.

Sent from my BlackBerry® Smartphone

Bermalam di Unit Kecemasan, kemudiannya ke Wad Pediatrik, Hospital Putrajaya

Selepas satu malam Lope muntah-muntah, saya bawa dia ke Klinik Kesihatan Presint 7 semalam. Kerana keadaan Lope yang tidak bermaya, doktor merujuknya ke Unit Kecemasan, Hospital Putrajaya. Setelah menjalani rawatan di bawah Unit Pemerhatian dan sampel darah juga diambil, Lope terpaksa di tahan di Wad Pediatrik.

Keadaan Lope sekarang sungguh 'sunyi' :( malah, sewaktu nurse mengambil sampel darah pun tiada tangisan yang keluar dari mulutnya kerana Lope dah tak mampu untuk menangis, namun riak mukanya menunjukkan dia menahan rasa sakit dicucuk jarum. Dari jam 3am hingga sekarang, Lope masih lena. Masih fobia untuk minum susu, malah jauh sekali untuk makan. Dalam masa 1 hari, berat badan Lope telah susut dari 14.5kg kepada 13.3kg :(

Saya rindukan bebelan mulut kecil Lope yang memanggil saya. Saya rindu gelak tawanya sewaktu mendengar saya menyanyikannya lagu I Love You dan kelibatnya yang berpusing-pusing aktif di playmat seperti kebiasaannya dia.

Get well soon, Lope!
Sent from my BlackBerry® Smartphone

07/02/2011

Akhirnya bersua si manis Aisya

Setelah asyik berbalas mesej di chatterbox, akhirnya 2 minggu lepas baru kami sempat bersua dengan Ayu ibu Aisya. Maaf Ayu, memang lambat cerita nak update kat sini ;) Dunia ini memang kecil kerana kami tinggal berhampiran. Maka, petang yang dijanjikan, sepatutnya kami bertemu main di Taman Wawasan, tapi disebabkan gerimis, maka saya menjemput mereka bersantai di teratak kecil saya sahaja.

Ayu datang dengan 2 orang adiknya serta 2 orang puterinya yang comel - Kakak dan Aisya. Tak susah rasanya untuk mencari chemistry di antara kami. Saya kagum dengam Aisya, bulu matanya cantik dan apabila saya bersoreh, rupanya Aisya cuma junior sebulan sahaja dari Obiya. Oh, lihat sahaja size anak dara saya. Rasa macam giant plak bila dia bermain dengan Aisya.

Ainur Ariana Damia (Aisya)

Memandang kepada Aisya, saya seperti terlihat gerakan Lope. Caranya menarik badan, berdiri dan meniti. Bezanya badan Aisya hampir separuh lebih ringan berbanding badan Lope dan ini memberi kelebihan pada Aisya untuk bergerak dengan lebih pantas.


Obiya juga tidak lekat duduknya. Sibuk sekali dia cuba menarik perhatian kakak. Memang dia begitu, dia gemar bermain dengan "kakak-kakak" ni.

Obiya melayan tetamu

geng-geng gegir sedang bermain

Tak lama Ayu bersama kami, Habib dan keluarga pula tiba. Rindu melihat budak yang suka senyum itu, namun tak lama kami bersantai bersama-sama kerana kami menerima jemputan bersantai-santai di rumah Ita pula.

Kaum ibu : Zura & Ayu

Kaum Bapa: Shah & Encik Bubu

Seribu kali sayang, selepas mereka pulang, hajat di hati ingin bersantai dengan mereka yang lain, tetapi Lope dan Obiya pula buat perangai.

Lope & Obiya - buat muka comel sebelum buat perangai.

Sorry Ita, lain kali nak sangat pergi melepak rumah Alisya Qaireen. Kami nak sangat mandi pool kat sana. Maybe lepas ni, nak minta Ummi & Abi Sarra buat acara pot-luck yer, kami nak serang. Nak pergi saje-saje, ku malu :P

p/s: tahun 2011 ni, nak jumpa lebih ramai blogger yang dianugerahkan anak istimewa. jika ada yang bertandang ke Putrajaya, silalah berhubung. Nak jumpa yer. Jangan segan-segan.


05/02/2011

Roomate saya !!!

Pejam celik. Pejam celik. Pejam celik.

Hari ini genap 8 tahun saya hidup bersama dengan roomate saya ni.

.
.
.

Happy 7th Anniversary, Mr. Bubu !
Kalau seorang budak kecik, maka budak itu dah belajar di darjah dua.

.
.
.

Us - after 8 years of marriage

Apa yang menariknya selepas 8 tahun bersama?

. bertambah berat badan .

Saya dan dia tidak lagi menggunakan baju-baju kami di awal perkahwinan sebab semua baju tu dah boleh masuk arkib dan kami dengan bermurah hati membelikan baju-baju baru untuk kami dalam perkataan yang lebih mudah : saiz badan kami semakin membesar!

kalau zaman dahulu, besar itu ukuran kebahagiaan sebab tulah orang sebut kerja besar, rumah besar, gaji besar tapi kenapa orang tanak sebut isteri besar itu juga ukuran kebahagiaan eh? ;) untuk entri bahagia saya ini, saya cuma nak menulis secara santai sebab saya gembira berkongsi kemakmuran rumah tangga yang baru 8 tahun jagung usianya. masih jauhhh nak menapak. masih jauhhh nak mengira bilangan ulangtahun di masa hadapan dan harapnya dengan 8 tahun yang pertama yang telah sukses ini akan membuahkan kebahagiaan yang berpanjangan dunia dan akhirat kami.

. dari dua menjadi empat .

a good Abah to Lope :)

dahulu, sebulan kahwin, terus saya beli pregnancy test. nak test kot kot saya dah berbadan dua, tapi saya terpaksa membeli beratus pregnancy test lepas tu kerana menjelang 3 tahun hidup dengan roomate saya barulah saya dikurniakan Lope dan 2 tahun kemudian barulah Obiya lahir ke dunia ini. selain encik bubu, mereka melengkapkan kehidupan saya sebagai isteri dan ibu sekaligus memberikan saya anugerah sepanjang hidup iaitu menjaga mereka selagi nafas dikandung badan. terima kasih encik bubu, kerana berkat ikatan kita, kita bersama dianugerahkan Lope dan Obiya, sepasang anak yang sangat berharga dan merekalah mengikat tautan kasih kita selamanya.

... and, Obiya too!

. serasi .

kalau dahulu walau tinggal sebumbung dengan roomate ni, ada aje perkara yang nak ditelagahkan namun keserasian antara kami terjalin selepas 5 tahun bersama. ya kami bergaduh, kami menjerit pada satu sama lain, kami juga memarahi salah seorang dan pernah juga cakap "eeeii.. benci!" tapi itu semua tak lama. Rekod paling lama kami tak bertegur sapa tak sampai 24 jam. kami sendiri tak sanggup nak terus jadi patung walau hati nak marah. bila duduk dekat-dekat asyik nak gaduh, bila berjauhan kami sering merindu. auwwww!

super cool when we're together :)

8 tahun dan masih menghitung detik-detik bersama di masa hadapan. terima kasih encik bubu kerana melengkapkan saya dan terima kasih sebab menyayangi saya seadanya saya. saya masih ingat sewaktu anim dan min tanya selepas kami selamat diijabkabulkan 8 tahun saya, quote "hanya cangkul dan tanah sahaja dapat memisahkan kami" buat saya sangat touching dan melting at the same time, dan alhamdulillah tak kira berapa banyak kami bergaduh pun, sepanjang 8 tahun in kami masih erat dan teguh bersama.

saya: abang sayang sue?
encik bubu: sayang
saya: banyak mana?
encik bubu: infinity and beyond

mode: lovey-dovey!

doakan kami sentiasa bahagia dalam membesarkan Lope dan Obiya dan mungkin juga adik-adik mereka dari dunia sampai ke akhirat. dan ini, dari abang nuar saya, dia nyanyikan lagu ni. saya nak tampal kat sini sebab saya nak korang tahu, encik bubu saya adalah teman terulung saya yang sentiasa ada untuk saya sepanjang 8 tahun saya bersamanya and he never let me down.

Abang, I love you ~*
happy 8th wedding anniversary



Teman Terulung
Anuar Zain

Bila bertaut senyuman,
Mata berlirikan,
Memancarkan keluhuran,
Cerah kesederhanaan mu,
Seindah kejujuran mu.

Detik seia sejiwa,
Terungkap setia,
Tiada upaya sepi,
Mata kudup penantianku,
Hadirnya teman sejati.

Melangkah kita menjejak mimpi,
Bahgia berdiri dengan mu di sisi,
Harapan kita meniti hari,
Sentiasa seiring.

c/o
Paling agung teman terulung,
Tenunan emas sayap hidup ku
Tak ingin ku undur bertamu,
Bertakhta teguh,
Ke akhir waktu