Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

06/12/2011

TGIF

Giler lah, hari ni baru hari Selasa dah ghindu nak TGIF. Tapi, kali ini btol-btol rasa nak TGIF. 

Oh, for those yang tak biasa dengan shortform ni, TGIF = Thanks God (or Goodness) It's Friday. Ungkapan ni biasalah disebut-sebut oleh orang yang bekerja yang tiba-tiba rasa perlukan break. TGIF sebab esoknya tak perlu pergi kerja- saja nak celebrate sebab esoknya tak kerja.

But, in my case hari ini bukannya sebab nak minta cepatlah datang hujung minggu walau saya juga suka update FB/Twitter macam ni "Dear Friday, please come faster" pada hari Isnin :P Kali ni tekak saya nak kan ini!


Rasanya macam dah lama sangat tak pergi. Tapi, bila check balik, sebenarnya baru 2 bulan lepas singgah sini datang makan. Kalau macam saya, sesapa yang tinggal di Putrajaya, jangan lupa singgah di Alamanda Putrajaya ye. Bagi saya, outlet di TGIF di Alamanda adalah sangat spacious dan sesuai untuk keluarga. Tak ada masalah kalau nak tolak stroller anak dan order 2 buah hi-chair untuk anak-anak untuk makan bersama. Satu untuk Lope dan satu untuk Obiya.

Kali terakhir saya datang ke sini, saya mencuba Salmon. Memang Salmon adalah makanan kesukaan saya.  Tapi bila fikir balik, apa aje yang saya tak makan, kan? kan? :P 

Ini adalah pilihan TGIF saya.

Starter :

Buffalo Wings (12 pcs) - RM20.90
Frankly speaking, kalau nak rasa buffalo wings yang lebih sedap, silalah pergi ke Chili's.

Okey, maybe gambar ni tak best. Ini saya ambil dari Google.


 Nampak macam tak menarik je, close up sket.

Pergh!!! 

Main dish:

Untuk main dish, saya akan order anything Salmon. So, kalau korang pun suka Salmon, apa kata cuba Tennessee Salmon with Shrimp. Shrimp tu kena extra order lain sebab dalam menu takde macam tu. Kalau tak silap, order 6pcs fried shrimp tu tak sampai RM10. Boleh pilih sama ada nak makan dengan mash potato ataupun dengan fries.

Tennessee Salmon with Shrimp RM42.90
Biasalah gambar salmon ni diambil dengan kamera handphone je, so gambar dia tak cantik. So, google lagi jumpa gambar ni.

Ini saya google gambar dari blog Chooyaya Secret Garden
Apa yang bestnya Tennessee ni sebab gravy dialah yang sebenarnya rasa macam kicap manis cair ajo, tapi ada la lagi lainnya :P

Dessert:

Chocolate Oreo Mint Crunch & Strawberry Parfait - RM4.90 each
Ini first time makan mini dessert. Bila nama pun dah mini, memang kecik gila bekas ni. Kalau tak silap kalau order 2 - dapat buy 2 free 1. Saya memang beli la kan :P Untuk minum, saya cuma order soft drink aje sebab kat sini boleh re-fill. Rata-rata, dari segi harga, servis dan ambience - saya rasa seronok datang ke sini. Masa menunggu pun, kalau untuk kanak-kanak diaorang bagi crayon dan kertas untuk diaorang mewarna. Macam Obiya senanglah.

TGIF juga ada buat promosi sekarang ni iaitu Value Lunch dari Isnin hingga Jumaat. Range harga adalah dari RM18.90 - RM25.90 sahaja & dine-in sahaja.



So, let's TGIF! 

1 comment:

Anis said...

tq put for the info. xtau plak ada set lunch skarang! kena try :)