Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

04/12/2011

Tabloq - kulit eczema Lope kini hampir sembuh!


Dua minggu yang lalu, Yong bertandang ke rumah dan mengesyorkan Lope menggunakan Tabloq. Sama seperti orang lain yang mula-mula mendengarnya, saya pun bertanyalah pada Yong "Tabloq? Apa tu?" Secara ringkasnya, jawab Yong "Ala, dia macam bedak sejuk tapi dia ada banyak lagi khasiatnya. yong tengok kat testimonial, salah satunya kulit baby rashes ni, try la kat Lope, mana tahu menjadi."

Maka, saya pun agak was-was nak gunakannya. Al-maklumlah, kulit Lope ni sangat sensitif. Kot-kot bila dah pakai ni, jadi lagi teruk ke, manalah tahu. So, sebelum saya gunakan Tabloq ni, saya google dulu cari infor yang sepatutnya.

So, ini adalah info yang saya dapat. Meh saya share kat sini. Ini adalah dari Facebook Tabloq.

Tabloq merupakan bedak sejuk warisan nenek moyang kita terdahulu. Tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan sesuai untuk semua jenis kulit. 100% campuran tanah liat.

Ok, bagi saya, intro ini agak meyakinkan untuk saya guna pada kulit Lope memandangkan saya sebolehnya tak mahu menggunakan bahan kimia untuk dia. Kalau dahulu saya mencuba Egyptian Magic Cream, kini saya mencuba Tabloq pula. Saya mencuba Tabloq kerana saya kehabisan stok cream sebelumnya. Bukan saya katakan yang cream sebelum ini tidak bagus, tapi apa salahnya mencuba produk tempatan sekiranya dari segi harga dan kualitinya adalah bagus, kan?

Ini adalah rupa bentu Tabloq sekiranya korang tak pernah tengok lagi :-)
Okey, saya sambung lagi baca.

Tabloq ialah salah satu jenis Ramuan Bedak Sejuk Warisan Tradisi Asli orang melayu yang masih kekal sehingga ke hari ini, termasuk bedak kulit rambai, bedak rukup dan bedak sejuk biasa. Namanya yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Terengganu, Kelantan dan Pahang sekitar tahun 40an hingga 80an. Sekarang hampir atau lebih 80% generasi sekarang khususnya orang Pantai Timur tidak lagi mengenalinya. Memikirkan akan kemungkinan pupus di telan zaman, Tabloq Marketing mengambil keputusan untuk mengembang semula dan memperkenalkannya kepada umum.



Campurkan Tabloq dengan air mineral.
Kalau nak pekat, campur dengan sedikit air, kalau nak cair, lebihkan airnya.



Khasiat dan kelebihan Tabloq
  • Menghilangkan jerawat dan juga jeragat.
  • Menyejukkan kulit.
  • Menghilangkan ruam pada kulit baby.
  • Mengeringkan muka yang berminyak.
  • Memutihkan kulit.
  • Menegangkan kulit.
  • Melembapkan kulit.
  • Mengecilkan liang roma.
  • Membuang daki serta sel-sel kulit yang mati.
  • Membasuh kemaluan wanita selepas haid.
  • Menyejukkan kulit ketika terkena Chicken pox (bertih) serta tidak meninggalkan parut.
  • Menghilangkan parut jerawat dan luka.
  • Membuang bulu ketiak.
  • Mengurangkan bahang panas akibat kulit terbakar.
  • Mengeringkan luka-luka.
  • Mengembalikan bentuk asal payudara selepas menyusukan anak.
  • Amat sesuai dipakai sapu ketika demam biasa atau deman campak.
  • Amat sesuai untuk mandian lulur.
  • Amat sesuai digunakan untuk bertayammum.
  • Sesuai untuk semua jenis penyakit kulit termasuk kudis. (penyakit kulit kayap) 
  • Sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina.


Bagi saya, yang saya highlightkan dalam tulisan merah itulah yang saya nak try. Bila saya baca balik khasiatnya, boleh juga saya gunakan sebagai bedak sejuk untuk muka saya. Maka, selama 2 minggu saya menggunakan produk Tabloq ini ke atas Lope.

Uji kaji 1 - lengan Lope

Uji kaji 2 - Pipi Lope

dan ini adalah gambar Lope yang diambil semasa on the way nak ke majlis birthday Malikha, anak si Ztee

Okey, ini gambar tak clear nak tunjuk pipi dan lengan Lope :P

Tapi, gambar ni jelas dan terangkan? 
Ini adalah gambar Lope pada 16/11/2011

So, ini adalah testimonial saya ke atas Tabloq. Saya sendiri yang mencubanya. Sebab Yong saya boleh dapatkan harga yang rendah untuk Tabloq ini, saya nak berkongsi dengan mana-mana ibu yang mana anak-anaknya mempunyai masalah eczema yang teruk untuk mencuba menggunakan Tabloq kepada anak mereka. So far, saya sangat berpuas hati. 

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini ---> Facebook Tabloq

Kalau rasa nak beli direct dengan diaorang pun tak jadi masalah.

Sumber: Facebook Tabloq

Bermula 4 April 2012, berikut adalah pakej baru Tabloq jika dibeli dari My.Little.Secret 


Sila emailkan sebarang pertanyaan/pembelian mengenai Tabloq ke email puterinuur@yahoo.com.

Jom cuba. Saya yakin sebab saya dah nampak ianya berkesan ke atas Lope.

6 comments:

Puteri's territory said...

Sue, Kak Yang berminat sangat, kan order from here tak?

Puteri Nuur At-Terawis said...

Kak Yang, boleh je. Nanti Sue send message kat FB Kak Yang. :-)

Princess Nur said...

Alhamdulillah..Dh sembuh kulit lope..Teruskan sapu tabloq tu sue,

fusherna said...

anak saya eczema agak teruk..ni doc dah bagi oral steroid sbb topical steroid dah tak berkesan..nak tengok gambar tangan & pipi lope lepas pakai cream ni boleh, pastu nak tahu berapa lama ambil masa utk baik tu.thanks!

Puteri Nuur At-Terawis said...

Fusherna,

Gambar Lope kat atas tu taken on 28/11/2011 after 2 weeks pakai Tabloq. Kalau nak tgk gambar yang lebih clear, nanti saya try ambil lagi tapi gambar tak clear sbb DSLR rosak, amik pakai handphone je.

Btw, pengalaman saya lah dengan eczema ni, memang dia macam tu. Sblm ni pakaikan Lope ubat2 hospital, dia OK kejap then tak menjadi balik. Dah macam2 jumpa dermatologist, tukar susu, tukar mandian, control makan minum dia, alih-alih eczema masih ada.

Sebelum ni, saya dah cuba cream EMC. Cream tu OK, takde dadah dan bahan kimia. Kulit pun jadi elok tetapi sebab EMC tu melembapkan sangat so untuk Lope tak sesuai sebab dia akan garu juga.

After pakai Tabloq untuk 2 minggu, saya dapati kulit Lope jadi kering. Saya baca testimonial pun ada banyak yang gunakan Tabloq untuk merawat luka-luka. Sekiranya terlalu kering, saya akan sapu dengan olive oil je sekali sekala.

Alhamdulillah, kulit Lope walaupun tak segebu gebas macam sebelum ni sebab masih dalam proses berkuping-kuping & baru nak tumbuh kulit baru.

Kalau ada sebarang pertanyaan, nak details lagi, just email me at puterinuur@yahoo.com.

Terima kasih.

Irfa said...

anak no2 saya pun ada mslh eczema.
seingat saya dari umur 2 tahun..skrg umurnya 7tahun dan mslh itu hilang dgn sendiri.tp sy faham macam mana rasanya bila tengok anak kita kena eczema..

nanti sya syorkan produk ini pd kawan