Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

26/12/2011

"Sue kan tiny"

... says Aboh.

Lagu ni, MaszCapoG yang tweet tadi. Bila dengar, pergh!

Dance With My Father by Luther Vandross



Dulu, kalau anak bongsu dia ni complaint Sue ni gemuk, Sue ni buruk, si ayah akan cakap dalam nada sinikal "Sue kan tiny" dan selepas tu kami sama-sama ketawa. Tak pun, ungkapan itu akan diiringi dengan cubitan manja anak bongsu di lengan Abohnya. Namun, dua-dua akan ketawa tak pun, anak bongsu itu akan muncung untuk 3-5 saat sebelum dipujuk dan ketawa lagi.

Indahnya saat itu. 

26/12/2007 - pagi tu Aboh dipindahkan ke ICU. Hari tu jugak saya ambil half day. Dari pejabat, saya terus ke HPJ. Masa tu, sampai di HPJ yang ada di bilik menunggu adalah Cik, Nyah, Andak dan Yong. Semua kami warga Putrajaya. Nasib baik juga saya sudah berpindah ke sini waktu itu. Kami bergilir-gilir masuk ke bilik ICU. Aboh ditempatkan di depan kaunter nurse. Badan Aboh penuh dengan wayar. Mata Aboh terpejam. Nafas Aboh naik dan turun. Ada masanya laju, ada masanya biasa sahaja. Mesin-mesin yang berada di sebelah kiri, kanan, atas dan depan Aboh satu pun saya tak faham apa fungsinya. 

Saya bacakan yassin. Kemudian, saya bisik pada Aboh. "The tiny Sue is here" saya gosok tangan Aboh dan Aboh genggam walau matanya tidak memandang dan masih tertutup rapat. Saya tahu Aboh dengar saya cakap. Entah kenapa, untuk kesian kalinya saya meminta maaf dan saya cakap betapa saya sayangkan Aboh. Saya tidak tahu Aboh dengar atau tidak, saya tak tahu Aboh faham atau tidak. Tapi, tangan Aboh dikuis lagi. Saya anggapkan itu satu isyarat untuk Aboh cakap 'roger' kepada saya.

Selepas itu, giliran abang-abang pula. Saya berada di luar. Menunggu dengan Cik. Doktor yang monitor Aboh datang kepada kami. Memberitahu akan keadaan Aboh. Ceritanya sama dengan doktor di HUSM dahulu. Kami faham. Kami juga berserah. Namun, Cik ada instinct yang lain. Cik tampak lebih sedih berbanding kami. Tapi Cik berdiam sahaja. Hari itu, seharian di bilik menunggu wad ICU di HPJ. Sampailah ke petang, saya pulang ke rumah Yong. Masa tu Lope dan Bibik di sana. Malah, petangnya juga Encik Bubu tiba dari Ipoh bersama Tun.

Jam 11.00 malam, handphone Cik berdering. Panggilan dari wad ICU, HPJ. Minta kami segera datang ke hospital. Waktu itu, kami seperti biasa. Semasa Aboh di HUSM juga, kami pernah melalui saat-saat itu. Encik Bubu dan saya membawa Cik ke HPJ. Sampai sahaja di sana, Nyah sudah berada disana. Seorang diri dia berdiri. Tanpa kata dia hanya memandang Cik. Juga tanpa bicara. Disebalik tirai, kelihatan Ayah Ngah. Kami masih dikawasan luar. Katil Aboh diselubungi tirai. Selepas itu, saya nampak nurse mencatatkan sesuatu. Kemudian, datang seorang doktor lelaki.

"Makcik, pakcik dah takde" 

Selepas itu, saya dah tak tahu apa yang ada disekitar saya. Saya nampak Cik terdiam. Tidak menangis, kemudian dipeluk Nyah dan kemudian Ayah Ngah. Saya sendiri memeluk Encik Bubu. Kedua-dua kami tergamam. Saya menangis. Saya berulang kali menyebut "Sue dah takde Aboh" .

Itulah cerita 26 Disember saya. 



Cerita yang sama akan saya tulis disini menjelang tarikh 26 Disember saban tahun. Cerita yang sama saya mainkan. Saya hanya punya cerita itu untuk dikongsi, untuk dikenang dan untuk diingati. Detik-detik akhir pemergian seorang lelaki yang sangat saya sanjung dan sayangi. 







Sebab itulah, apabila semalam saya baca semua tweet #alfatihahfird saya sungguh terkesan.  Saya tak pernah kenal siapa dia Firdaus sehinggalah semalam saya mengikuti cerita pemergiannya di Twitter. Banyak tweet yang saya baca menceritakan Allahyarham seorang yang baik. Saya percaya, orang yang baik Allah sayang. Orang yang baik, Allah jaga. Kerana Allah lebih menyayanginya.

Gambar ni ambil dari twitter Azreel Azhar @bam_reel
Kalau ada sesiapa yang ingin menderma kepada keluarga Allahyarham, sila berbuat demikian M2U 162106784493 (Aida Suraya) semua sumbangan akan diserahkan kepada keluarga Allahyarham. Juga, kepada sesiapa yang ingin melawat keluarga beliau, ini alamat rumahnya 8, Jalan Putra Perdana 6/14, Taman Putra Perdana, Puchong.

Atau, kalau tak mampu nak buat dua-dua tu pun, 
sedekahkan sahaja Al-Fatihah kepada mereka-mereka ini:

Allahyarham Firdaus Heder (1989-2011) 

Allahyarhamah Annisa Mohd Affandi (2001-2011) 

Allahyarham Megat Ramli bin Megat Adnan (1942-2007)

Terima kasih di atas kiriman al-fatihah anda. Kita tidak tahu, bila akan kita dijemputnya. Bila-bila masa sahaja. Maka, beramallah seperti kita akan mati esok. 

Till then, take care.

No comments: