Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

28/12/2011

[Re-Post] MRI Brain pada 12/02/2008

Ini entry yang ditulis pada 27/02/2008 - sebelum Lope disahkan GDD & Autism. Waktu entry asal ni ditulis, Obiya masih tak ada. Nama Lope pun dipanggil Idris lagi. Saja nak share sekali lagi. Detik-detik awal menjadi seorang ibu kepada anak istimewa.


****
(Maaf lambat update, tak sempat. Takde gambar sebab tak bawa kamera)


Sepanjang minggu bermula 10/02/08, saya agak sibuk. Agak pack, bukan apa, selepas cuti CNY, saya sibuk dengan pemeriksaan kesihatan anak kesayanganku, Idris Naquiyuddin :) ke HKL, kena buat MRI Brain. Dalam hati ini, rasa macam nak luluh, rasa macam mama redha kalau Allah gantikan tempat mama dengan Idris, kesiannya budak umur 10 bulan macam ni kena lalui ujian macam tu. Bukan setakat tu sahaja, Idris kena puasa bermula jam 5 pagi. Dan, apa yang lagi menyedihkan, Encik Bubu tak boleh temankan kami, sebab dia ada monthly meeting kat HQ.


Malam 12/02/08, saya menumpang tido di rumah KakYan di Taman Selaseh, Gombak. Jaraknya agak dekat dengan HKL, dibandingkan dari Seri Kembangan. Jam 4 pagi,aku bangkit dari tido. Susukan Idris, minta si kecil 10 bulan ini bersahur. Habislah dia minum susu dalam paksa kemamaian dia. Pada Idris, beratus kali mama pesan, Idris kena puasa sampa MRI selesai. Anak mama kuat, jangan nangis. Saya harap agar dipermudahkan urusan Idris.


Jam 8.00 pagi, saya dah siap. Bibik pun siap. Idris pun sama. Al-hamdulillah, dia tak nangis. Appointment pukul 9 di PAED. Terharu sangat bila KakYan dan Abang Awish sama-sama ambil cuti, nak temankan Idris. Lagi diusik rasa terharu kerana dia abang ipar. Bukan nak kata abang-abang tak ambil pusing, tapi keprihatinan yang ditunjukkan tu menyentuh hati. Terima kasih Abang Awish.


Berbalik semula pada cerita Megat Idris Naquiyuddin.


Kakyan tolong drive-kan ke sana. Sepanjang perjalanan, saya peluk Idris. Dalam hati, terbit rasa sayu. Apa-apa yang berkaitan dengan Idris, memang saya agak fragile. Nasib baik, Kak Ning sepupuku nurse di HKL banyak membantu. Dari urusan parking, hingalah ke urusan pendaftaran. Idris dibawa masuk ke Unit Rawatan Harian, diambil darahnya. Dia tak nangis macam jarum tu mencucuk ibu jarinya, tapi terpekik tatkala nurse menekan ibu jarinya. Selepas ambil darah, baru Idris dibawa untuk menjalani MRI. Untuk makluman, nak buat MRI kat bangunan lain. So, kalau nak menapak, kami kena jalan jauh. Kalau nak pergi dengan kereta nanti susah parking. Tahulah sajalah HKL.


so, kami kena naik shuttle hospital. (Read: van!)


Susah giler, nasib datang dengan ramai orang. Senanglah nak lipat stroller Idris. Saya dukung Idris. Kakyan bawa barang-barang while bibik lipat stroller. Sampai ke Jabatan Pengimejan dan Xray (kalau tak silap la) kena Q, ambil turn nak buat MRI. Kesian Idris.. bimbang dia lapar dan menangis. Tapi, dia OK je. Cool.. masih senyum-senyum dan minta aku dodoikan mengantuk. Selalunya, Idris akan well-behave kalau mama pesan minta jadi good boy. Disini, aku jumpa dengan sorang kakak yang tengah peluk sorang budak lelaki, lebih kurang sizenya dengan Idris.


Aku usha, kenapa kakak tu ada kat situ.. rupanya, Allah nak temukan aku dengan orang yang mempunyai nasib yang sama denganku. Anak dia umur 12 bulan, masalahnya sama dengan Idrs, bezanya Idris lagi advance sebab Idris dah boleh angkat-angkat bontot. Aku termenung seketika, betul kata orang-orang tua, hidup jangan selalu dongak ke atas, tapi tenung ke bawah. Kalau sentiasa mendongak ke atas, kita tak akan sedar nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Aku bersyukur, Allah anugerah Megat Idris Naquiyuddin untuk saya bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.






MRI Idris dijalankan pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 11.40 pagi. Sepanjang sesi tu, Idris diberi ubat tido. Terasa sayu hati melihat Idris diletakkan dalam mesin yang besar gedabak. Kesian hero mama.. sepanjang sesi 40 minit tu, saya temani Idris. Kakyan, Abang Awish dan bibik ada di luar. Kami semua belum breakfast. Ada juga rasa laparnya, tapi rasa tu hilang begitu sahaja sebab bimbangkan Idris. Bila lesai urusan Idris, kami naik semula shuttle ke PAED Institut. Idris tido sampai pukul 2.30 petang, bila dia jaga barulah habis 1 botol susu. Pastu barulah balik semula ke rumah Kakyan. Result MRI akan keluar pada 10/03/08. 


Nanti akan ku update di sini. Tapi, cuaknya. 

3 comments:

fatonahHairil said...

Salam.terima kasih atas entry ni.Anak sy pon akan menjalani scan MRI ni di PPUM.haritu tak jadi buat sbb URTI.Ditunda pada 6hb/1.InshaAllah.Sekarang dah 4 bulan...Rasa takut dan mmg mengharapkan entry2 mcm ni utk penguat semangat.tk ya..-fatonah

aSmiDar said...

xsaba nak baca sambunganya..

Cik Rose Cute said...

alahai!! kesiannya....saya turut simpati....datang follow sini...