Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

13/12/2011

Nak gak review Ombak Rindu weh!

Okey. Tajuk sangat serupa dengan Mrs. Simplicity punya entri - Nak gak review Ombak Rindu weh! - ditiru dengan penuh niat :P 




Sebenarnya banyak sangat rancangan nak pegi tengok filem ni. Ajak Encik Bubu, semestinya ditolak mentah-mentah. Berpakat nak pegi dengan Knotwise, MascapoG & Erin, alih-alih tak pergi sebab timing tak kena. Janji plak dengan Mrs. Simplicity & Mama Likha pulak, tapi due to time constrain, semuanya tak menjadi. Bila filem ni dah cecah RM9 juta, barulah berjaya mencuri masa pergi tengok sensorang ajo. Don't ask me what time is the show ye. LOLs!


To those yang tak tahu, apa Ombak Rindu ni, adalah sebuah filem yang diadaptasi dari novel Fauziah Ashaari. Fauziah Ashari adalah seorang penulis yang bagus. Buah tangan karangannya selalu tidak pernah gagal memenuhi selera pembacaan saya. Ayatnya ringkas, dihurai dalam bait-bait yang sempurna membawa pembaca menyelami jalan cerita yang cuba disampaikan. Ombak Rindu adalah sebuah novel yang famous semasa saya di zaman sekolah dulu. Sebelum saya kasi review saya, ini adalah sinopsis Ombak Rindu.

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.


Kenapa saya nak tengok Ombak Rindu?
Nak tengok sebab saya pernah membaca novel ini. Sayangnya, jika ditanya kepada orang yang pernah membaca novel ini, saya rasa filem ini tak sampai umphhh nye. 


Pengolahan jalan ceritanya lemah especially part macam mana Izzah dijual kepada Kelvin. To those yang ada buku, try baca balik. Sebenarnya, penterjemahan novel ke dalam bentuk dialog sangat kaku dan banyak skip part-part menarik. Olahan script writer, director pun agak lemah sebab jalan cerita ni gagal memberi impak kepada saya (saya je ye, bukan orang lain). Ada masanya, ayat novel terlalu puitis dan dalam kehidupan seharian, kita tak guna bahasa dalam buku. Contohnya scene Haris minta maaf dengan Izzah yang sedang tidur, macam bercakap pada diri sendiri. Penterjemahan semula tak perlu ikut ayat novel kot. Tak sure pulak sape yang bertanggungjawab mengolah novel kepada skrip, tapi ada saya terbaca tweet dari siapa hari tu, katanya penulis novel tidak dijemput sama sewaktu pengolahannya. Betul ke tak, saya tak pasti.




Pemilihan Maya Karin mendokong watak Izzah juga dilihat kurang bertepatan. Walaupun saya bukan berilmu dalam skrin layar ni, saya tak rasakan pemilihan Maya Karin sebagai Izzah menepati kriteria. Saya akui, Maya Karin adalah seorang pelakon yang bagus tetapi untuk watak Izzah yang dilahirkan di kampung yang tak pernah keluar dari kampungnya, saya tak rasa anak kampung berwajah pan-asia dan bertutur agak pelat. Selainnya, watak yang didokong oleh Maya Karin ini memang layak diberi pujian. Dengarnya, Maya Karin sendiri belajar membaca al-quran demi filem ini.




Kemampuan Aaron Aziz nak berlakon watak romantik tak perlu diulas lagi. Semua orang tahu Aaron Aziz romantik, tapi bagi saya Aaron lebih romantik dengan Siti Saleha dalam drama Kasih Yang Suci ajo. Kali ni, memang la romantik tapi bagi saya tak umphh. Aksi kat katil, peluk sana sini tu tak rasa romantik sangat la plak. Mungkin, garapan dalam Kasih Yang Suci tu lebih baik. 




Selain cantik dan bijak, watak Lisa Surihani sebagai Mia nampak macam tak kena. Sememangnya watak Mia yang cuba digambarkan bersikap angkuh, keras kepala dan sombong serta nak ikut kepala dia je. Tapi, nak lakonkan watak kurang ajar tak perlu dengan bercakap asyik terpekik ajo kot masa marah. Ketip-ketip bibir semua bagai. Funnynya, sebab nak tonjolkan Mia tu seorang actress glamour bab balik dari study kat airport tu. Kelas ok, glam gitu rambut macam Lady Gaga :P Nampak over yang tak kena. Sorry Lisa, kali ni tak menjadi. Mungkin juga sebab dah install dalam fikiran yang Lisa Surihani ni lembut, ayu dan berlakon watak baik-baik ajo sebelum ini. 




Bront Palarae seperti tenggelam tapi saya suka scene yang Mail terjun sungai sebab nak dapatkan jam tangan Hariz (yang dihadiahkan sebagai hantaran kahwin) tu serta dialog selepas itu "aku tahu kau sedih Izzah. mata kau sedih" --> something like this la ayatnya - ada sebut mata, sedih. Okey, Bront Palarae pun muka ala-ala mat saleh tapi tak cakap pelat. So, saya rasa memang orang-orang kampung Izzah & Mail memang berwajah pan-asia :P


Soundtrack Ombak Rindu adalah terbaik. Tak salah kalau saya katakan filem ini hidup kerana soundtrack setiap kali muncul scene-scene yang menyayat hati tu, scene rindu, scene sedih -- suara Hafiz dan Adira sangat kena. Satu ni je kan OSTnye?


Keseluruhannya, saya rasa Ombak Rindu tak sesuai dijadikan sebuah filem kerana penterjemahan dari novel kepada filem kalau tak kena caranya tak menjadi. Sebenarnya, apa yang diperlukan adalah kupasan babak yang lebih detail. Saya yakin, kalau dibuat Ombak Rindu The Series, drama ni boleh meletup. Ini adalah review dari kaca mata seorang pembaca Ombak Rindu dan sebab saya beli tiket juga, saya adalah salah seorang yang menyumbang kepada filem yang mencecah sehingga RM9 juta itu. Saya juga yakin, filem ini dah cecah sampai RM9 juta disebabkan oleh nama-nama besar yang melakonkannya, juga kerana kekuatan novel itu sendiri serta adengan panas di katil oleh Haris dan Izzah. Well, berani yo! Macam cerita Hollywood.

Kalau nak baca lebih review, korang boleh check link ini:


Saya sememangnya menyokong filem-filem tempatan dan saya harap review saya ini tak kena condemn macam Knotwise review movie hantu itu hari.

Till then, take care.

10 comments:

alyyani said...

hehehe. like part bila put ckp org2 kampung mail dgn izzah ni berwajah pan asia agak nya. setuju gak, tah mana romantik aaron dlm ni,apsl x goosebump pun especially atas katil itu. biasa2 je. kena tgk ni cerita aaron dgn siti saleha tuh. kot bole jatuh cinta mcm org2 lain diluar sana :)

Noina said...

hehe..betul..mmg tak sama dengan novel..ina pun baca novelnya..masa dalam novel..meleleh2 air mata..tapi kat filem tak rasa sampai ke jiwa..maybe sebab pelakon kut..apa yang Put cakap mmg betul.. :)

Norazo Aslan said...

Puter, gerenti tak kena condemn la sbb ayat you berlapis dan cantik. Ayat mak dulu macam nak ajak orang bergaduh hahahaha! apa2 pun i love your review. terbaekkkk

eMMe said...

okey put, suke baca review kamu buat ni....rasa nak tgk sendiri....tak tgk lagi ni....tah la...nak ajak Fahiya, kamu nak tgk kali kedua tak? hehehhe....

Puteri Nuur At-Terawis said...

Aly: Kasih yang suci tu best. Walaupun takde scene kat katil over-over pun, romantik tu boleh ditafsir dalam banyak cara lagi.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ina: tak sama kan. Baca novel rasa macam meresap sangat.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Jia: bertapis noks, sebelum kutuk kita puji. nanti kena hentam dengan macam you, naya je. hahahhaah.

Puteri Nuur At-Terawis said...

eMMe: boleh ajo. :-)

::misz maney:: said...

btl tu..cite ni kurang umphhhh..lagipun maya karin kurang sesuai sebagai Izzah :P

harani said...

Aku dah pernah baca buku ni. Aku rasa cerita filem lagi bagus sbb ada yang tak clear dalam buku mcm bab bila izzah mula panggil Hariz Abang. Satu lagi Izzah dalam filem wataknya lagi baik daripada Izzah dalam buku. Izzah dalam buku pun tak pakai tudung and bukan guru ngaji. Dia actually bekerja sbg GRO then baru dia dijual... mmm overall aku rasa citer filem lagi menarik.. Itu pendapat aku.