Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

08/12/2011

"Mama, Hotdog - Hotdog" - Obiya

Mula-mula dengar Obiya sebut, agak termenung la fikir nak digest apa dia nak sebenarnya. Makin blur muka mamanya, makin naik angin si anak yang ended up berguling-guling menangis sebab mama tak faham. So, sekiranya Obiya cakap "hotdog-hotdog" tu sebenarnya dia maksudkan Mickey Mouse. Hahahha. Jauh benar bezanya, kan? *gelak-guling-guling* 


Macam muka sape? Encik Bubu? Saya?
Sekarang ni dah banyak dia nak bercakap. Sebelum raya puasa hari tu, Obiya 'susah' sket nak bercakap, tapi selepas pulang ke rumah Cik sepanjang seminggu berhari raya kat sana, vocab Obiya bertambah. Salah satu faktornya sebab dia nak bermain dan perlu berkomunikasi dengan sepupu-sepupunya yang sebaya dia. Bila dah jadi macam ni, baru saya perasan yang kat rumah disebabkan Lope tak bercakap lagi, maka Obiya pun sama tak bercakap juga walaupun kami kat rumah memang takde cakap pelat pun dengan dia.

Jadual rutin Obiya adalah tengok kartun. Ada kartun semuanya OK. Antara kartun yang Obiya suka mestilah Princess, Upin dan Ipin, Mickey Mouse dan Boboi Boy. Tapi, sebutannya sangatlahhhh lain. Pernah sekali saya bawa dia ke pejabat (macam dalam entri - Lope disampuk makhluk halus?) Sampaikan Fahi tak tahu apa yang dia sebut. Sebenarnya, masa tu dia minta Fahi tolong tukarkan kartun dari Upin & Ipin kepada Mickey Mouse.


Inilah yang dimaksudkan dengan "hotdog-hotdog" tu :P 




Memang btol la 'hotdog" sebab itu tajuk lagu ni. Lepas je saya tahu saya selalu tersilap, saya dah tulis 'kamus Obiya' kat rumah ni kot-kot Bibik tak faham apa yang Obiya cakap. Antaranya:

Akan = makan
Atik = cantik
Apin = Upin & Ipin
Acik = nasi
Chesssh = Princess
Dap = sedap
Eking = ice cream
Wit = duit


Kalau nak dilistkan, memang la sangat banyak. Selalu jugak rasa macam "wah! cepatnya Obiya dah bercakap" sebab saya selalu compare dengan Lope. Kadang-kadang, tanpa sengaja bandingkan dia berdua, tapi mana boleh sebab Lope & Obiya are in different league. Ada masanya, Lope akan meniru Obiya. Itu tak apa, sebab meniru kepada perkara yang lebih advance, tapi ada masanya si Obiya ni plak yang tiru abangnya. Dia paling suka, konon-konon buat tantrum macam Lope. Geleng kepala dan tangan sambil gelak. Gelak sebab dia tahu, mama akan gelak tengok dia tiru perangani Lope atau kadang-kadang dengan sengaja pegi tendang almari berulang kali - just like Lope. 

Obiya - masa rambut panjang
Till then, take care.

3 comments:

Miss Layaleya said...

hahahaha.. comey je!!

Lady Windsor said...

anak buah akak pun suka tengok citer hotdog tu...sampai hafal skrip...setiap hari tengok berpuluh kali tanpa jemu..

ieda said...

pretty girl..