Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

07/12/2011

Lope & eczema

Sebelum ni, saya ada post Tabloq - Kulit Eczema Lope Hampir Sembuh beberapa yang lepas. Dalam entry tu juga, berkongsi testimonial yang saya buat ke atas Lope selama 2-3 minggu. Alhamdulillah, ianya menjadi. Ada yang bertanya sejauh mana keberkesanannya pada Lope dengan lebih lanjut. Nak bercerita panjang, kena buat satu entry la.

Semasa Lope lahir dulu, masalah kulit adalah tidak ketara sangat. Boleh dikatakan, takde pun. Ruam-ruam biasa tu adalah. Apabila semakin besar, eczema ni berjalan seiring dengan asma. Memang Lope ada asma, dah memang ada dalam darah kot sebab FIL, Encik Bubu pun ada asma, bezanya tak seteruk Lope. Lope pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali due to asma. 

Bercakap mengenai kulit dan eczema, saya memang sangat ambil berat. Lope tak boleh berada didalam keadaan panas. Bila panas, dia berpeluh dan musuh paling utama Lope adalah peluhnya sendiri. Bila panas, dia akan terus menggaru, selepas garu mulalah kulitnya akan bertukar menjadi pink, kemudian merah dan seterusnya luka. Sebagai ibu, melihat kulit anak luka adalah seperti merasainya sendiri, malah effect dia mungkin lebih lagi. 

Sakit, gatal, panas, menggaru dan menangis adalah pakej lengkap.

Apa saya buat untuk kulit Lope?

1. Tukar susu formula

Bermula bertukar susu. Bila dah bertukar susu, ada masalah pulak bila dia tak boleh nak poo-poo. Perut jadi keras, kembung pun ada. Bila bertukar kepada susu lain, lain pula effectnya. 4-5 kali mencuba, barulah dapat susu yang sesuai sekarang ni selepas guna Isomil Plus

2. Jumpa dermatologist

Mengikut dermatologist, pada mulanya Lope ni adalah Atopic Dermatitis yang mana berpunca dari masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal. Mula-mula masa kecik Atopic tapi bila usia dah makin meningkat ni dah jadi oversensitivity dah. Peringkat umur sebelum mencapai usia 6 tahun adalah stage yang paling kronik untuk budak-budak yang ada eczema. Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, kita tak boleh pandang mudah. Bukannya dia akan hilang macam tu je. Untuk buatkan saya lebih faham, saya google mengenai lagi.

(a) Gejala-gelaja eczema

Accute Eczema
- "erythema" kulit berasa panas, bergejolak, gatal & keradangan (ada)
- "papules" pembentukan tompok-tompok merah. (ada)

Kronik Eczema
- kulit jadi kering, kemudiannya berair dan bersisik. (kering dan berair - ada)
- kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut. (ada)

(b) Punca eczema

Faktor Fizikal
- ahli keluarga yang mempunyai sejarah eczema, asma (ada)
- perubahan emosi yang ketara seperti stress (tak sure la plak :P)
- pemakanan & minuman spt. susu, seafoods (susu dah tukar)

Faktor Persekitaran
- asap rokok, bahan kimia, cuaca panas atau lembap (sebab tu Lope sentiasa kena sejuk)
- alahan: sabun, haiwan peliharaan & rumah berhabuk 

(c) Kitar Eczema

Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan  "allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.


Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah:






(d) Langkah-Langkah Pencegahan

Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan ezcema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.

  • Mengawal kitar ezcema dengan melembapkan kulit.
  • Mengubati keradangan.
Langkah-langkah Pengawalan Harian
  • Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
  • Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.


Sumber: SINI

3. Mencuba pelbagai jenis ubat alternatif

Perkara tambahan yang perlu saya ambil perhatian apabila mencuba ubat alternatif kepada Lope seboleh-bolehnya tiada bahan kimia. Tabiat Lope yang suka menggaru kulitnya, kemudian memasukkan ke dalam mulut adalah sesuatu yang perlu saya beri tumpuan. Sewaktu berjumpa dermatologist - seperti biasa hospital kerajaan akan memberikan krim Aqueos.

Sekiranya anda menggunakan Aqueous Cream untuk anak anda yang mengalami eczema - anda perlu tahu akan perkara ini.


Ditulis pada: 26/09/2011
Saya baru teringat tentang kajian terbaru mengenai aqueous cream. Walaupun baru satu kajian dijalankan, tetapi berita itu telah tersebar dengan lebih meluas di kalangan doktor yang merawat pesakit eczema. Ramai doktor yang mengambil langkah berhati-hati untuk tidak menggunakan krim itu lagi. 
Untuk sekian lama, pesakit eczema telah dinasihatkan oleh doktor untuk menggunakan krim pelembap aqueous yang agak murah untuk mengurangkan kegatalan pada kulit yang mengalami radang eczema. Krim aqueous yang mengandungi paraffin yang bertindak sebagai pelembap. Ia memberikan lapisan berminyak pada permukaan kulit untuk mengelakkan air tersejat dari permukaan kulit.
Oleh itu ia digunakan sebagai pelembap bagi pesakit yang mempunyai kulit kering dan merekah atau untuk pesakit eczema. Kadang kala ia digunakan sebagai 'sabun' alternatif bagi pesakit yang mempunyai alahan terhadap bahan pencuci yang lain. Tetapi kajian oleh Dr Manda Tsang yang diterbitkan dalam Jurnal Dermatology mendapati ramai pesakit eczema merasa pedih akibat penggunaan bahan pencuci ini. Sebelum ini kebanyakkan mereka menganggap kepedihan tersebut disebabkan oleh kesan bahan pelembap pada krim itu.
Rupa-rupanya krim aqueous akan menyebabkan radang pada kulit bertambah teruk dan pesakit mengalami kepedihan kerana krim ini mengandungi bahan pencuci (detergent) dinamakan sodium laury sulphate (SLS). Dalam satu kajian yang di lakukan di Bath University, United Kingdom mendapati krim aqueos mengurangkan ketebalan kulit yang sihat lebih dari 10% selepas penggunaan selama 4 minggu. Mereka mendapati sukarelawan yang menjadi 'pesakit' kehilangan air dalam jumlah yang ketara.

Prof Richard Guy, profesor di Jabatan Sains Farmeseutikal di universiti itu menyatakan bahan SLS ini digunakan untuk mengadun minyak paraffin dengan baik dan berbentuk krim. Ia digunakan secara meluas dalam pembuatan gel mandian dan bahan kosmetik lain. Tetapi apabila digunakan dalam masa yang lama, SLS akan mengurangkan ketebalan lapisan kulit yang sihat dan menyebabkan kehilangan air dari kulit lalu menyebabkan pesakit eczema menjadi lebih kering, gatal dan radang.
Saya bukanlah seorang dermatologist, juga bukan doktor atau ahli farmasi yang tahu setiap kandungan dan ubat. Saya pernah menggunakan krim ini dan saya masih ingat setiap kali selepas disapu Lope akan menangis dan menyapu pipinya. Kesian kan? Rupanya dia kepedihan. 

Selepas itu, saya mencubaEgyptian Magic Cream (EMC) selepas di sarankan oleh officemate saya. Kalau nak try baca review ada kat sini EMC Sesuai Digunakan Untuk Kulit Eczema yang mana saya pernah menulisnya disini. EMC bagus digunakan, tetapi apabila terlebih digunakan, kulit Lope menjadi terlalu lembap. Apabila lembap, jika sekali sahaja Lope menggaru, kulitnya akan tercalar dan seterusnya luka. 

Ini kulit muka Lope diperingkat awal eczema, masa sebelum kronik.
Pipi warna pink sebab itu adalah tanda-tanda awal.

Kulit Lope tidak lagi luka, namun masih dalam keadaan berkuping kekeringan. Apabila dia kering, setiap kali selepas mandi, saya akan menyapukan sedikit minyak zaitun. Selalunya diseluruh badan Lope. Masalahnya dengan Lope sebab dia akan menggaru sehingga luka jika tidak diawasi. Akibatnya, kini kulitnya sudah tidak luka tetapi masih berkuping-kuping. Saya tak ada gambar yang close-up dengan pipi dan lengannya. Tambahan pula, DSLR saya rosak. So, nak post gambar yang close up agak susah. Untuk beberapa orang yang email minta nak tengok gambar terbaru Lope di atas keberkesanan Tabloq (dengan izin Allah) , saya cuba upload weekend ni guna kamera yang proper.

Kulit Lope sewaktu menggunakan Aqueous Cream - merah, berair & berkedut -___-"

Till then, take care.

No comments: